situation 7

Kelas Malam

 

 

 

Di dalam dewan...

 

“Baekhyun-ah.” panggil D.O yang datang menghampiri Baekhyun. “Ada apa?” soal Baekhyun.

 

“Masalah kita dah selesai, semua dah ada bukan? Jadi aku fikir sudah tiba masanya kelas kau dan aku bekerjasama buat kali kedua, untuk cari jalan macam mana nak keluar dari sekolah ni.”

 

“Deal.” Balas Baekhyun tanpa banyak soal.

 

“Korang semua! Kelas A dan E, mari berkumpul sini cepat.” Jerit  D.O memanggil yang lain.

 

“Ada apa D.O?” soal Xiumin sebaik sahaja menghampiri. “Apa hal ni Baek?” soal Rome  pula pada ketuanya.

 

“Kitaorang dah sepakat. Kita semua perlu berbincang bersama macam mana nak lepaskan diri dari sini.” Terang Baekhyun.

 

“Wait! sejak bila… korang rapat ni?” soal L.Joe hingga yang lain2 memandang mereka berdua. Baekhyun memandang D.O dan begitu juga sebaliknya.

 

“Errr…” D.O sudah tersengih manakala Baekhyun pula,  “Ah! sekarang ni takde masa nak jelas semua tu. Kita kena cepat keluar dari sini sebelum…” “Sebelum apa?” soal Chen dengan pantas.  “Sebelum masak kita semua dikerjakan.” Sambung D.O pula hingga membuatkan mereka teringat kembali kejadian aneh yang mereka alami sepanjang malam itu.

 

“Macam mana kita nak keluar dari sini? Serius otak aku tak dapat berfungsi sekarang ni kalau korang tanya aku.” kata TK awal2.

 

“Lagi satu. Barang2 kita semua tertinggal kat dalam kelas. Kalau nak patah balik ambil, huhu… sorrylah beb tapi takkan nak tinggal macam tu je kot?” soal Sehun.

 

Chanyeol yang mendengarnya segera menjawap. “Mwoya?! Tinggal? Andwae! My little bear~ huhu…”

 

Kai menggeleng kepala melihat keadaan kawannya yang sorang itu. “Poyo ah kau. Harap je badboy konon tapi still lagi main dengan benda camtu.”

 

“Pasal barang tu kita fikir kemudian. Cari jalan keluar dulu ok? Palli… think something.” Lay memberi pendapatnya.

 

“Kita tak cukup orang sekarang ni, kembar Jo takde. Tak perlu tunggu ke?” soal Jongup sambil memandang yang lain.

 

“Mana kembar Jo?” soal Changjo yang baru tahu tentang ketidakhadiran si kembar.

 

“Dorang pergi tandas tadi.” Jawap D.O.

 

“Selama ini?” soal Luhan yang perasan kembar Jo telah keluar dari dewan tadi.

 

“Aku rasa baik kita pergi tengok. Manalah tahu kot berlaku something bad dekat dorang.” Cadang Hongbin.

 

“Takkan semua pergi?” soal Suho.

 

“Biar aku dengan Ken dan Changjo je yang pergi tengok dorang. Yang lain tunggu sini.” Kata Hongbin. Kelas E hanya mendiamkan diri melihat mereka berbincang.

 

“Arra… tapi korang please be careful.” Pesan D.O sebelum mereka bertiga berlalu. Namun sebaik sahaja mereka membuka pintu dewan.

 

“Kwangmin?” “Youngmin?” kata mereka bertiga serentak hingga mengejutkan yang lain.

 

“Huh? Da-darah? Asal baju kau penuh dengan darah ni Youngmin?” soal Ken yang terkejut melihatnya. “Dan kau juga Kwangmin.” Ujar Changjo pula.

 

Mereka membawa si kembar Jo menemui rakan-rakan yang lain.

 

“Apa yang dah berlaku? Korang baik2 saja kan?” soal Luhan yang bimbang sebaik sahaja melihat mereka.

 

“Kwangmin, kenapa dengan hyung kamu ni? ” soal D.O.

 

“A’ah… cuba kau bagitau kitaorang apa yang dah jadi. Jebal… jangan buat kitaorang risau.” pujuk Xiumin.

 

Kwangmin memandang wajah hyungnya kemudian memandang mereka semua sebelum membuka mulut.

 

-30 minit yang lalu-

 

“Da-darah?!”

 

Namun tiba-tiba keadaan menjadi gelap. Gulp! Kwangmin terdiam sejenak. “Ah! mwoya?!” kata Kwangmin perlahan yang tidak senang hati dengan keadaan itu. Ketakutan mula menjalar dalam dirinya tetapi tidak dapat dibandingkan dengan kerisauan terhadap hyungnya, Youngmin yang masih berada di dalam. Walaupun dia terasa ingin melarikan diri demi hyungnya, Kwangmin memberanikan diri menghadapi situasi itu.

 

“Youngmin! Please cepat buka pintu ni. Youngmin-ah!” jerit Kwangmin yang sudah tidak keruan sambil mengetuk-ngetuk pintu tandas berulang kali namun tiada jawapan daripada Youngmin.

 

 “Ah! eottohkae?” Kwangmin semakin buntu dan bimbang akan keadaan Youngmin lantas Kwangmin memutuskan untuk menendang pintu tersebut walaupun dalam gelap-gelita. Dia tidak peduli asalkan dia dapat membawa Youngmin keluar. Saat kakinya hampir mengenai pintu,  keadaan kembali menjadi terang dan dengan sendirinya pintu tersebut terbuka secara tiba2.

 

“Youngmin-ah!” Kwangmin terus memeluk hyungnya. “Hyung gwenchanna?” Kwangmin memandang Youngmin dan matanya mula berkaca.

 

“Hyung… please jawap Kwangmin.” Kwangmin menggoncang bahu Youngmin yang kelihatan seperti orang terkejut dan Kwangmin mula perasan ada sesuatu membasahi baju Youngmin.  “Da-darah ni… bukan milik hyung kan?” Tiada respon daripada Youngmin.

 

“Hyung… jebal… jangan buat Kwangmin macam ni.” Rayu Kwangmin dan air matanya mula mengalir. Kwangmin memeluk Youngmin dengan seeratnya.

 

“Hyu-hyung takut.” Kedengaran perlahan suara Youngmin menyapa telinga Kwangmin.

 

“Eoh?” mata mereka saling bertentangan. Kwangmin mengesat air matanya. “Apa yang hyung takutkan?”

 

“Benda tu.  Dia ada disini tadi dan ka-kacau hyung.” Luah Youngmin yang ketakutan. “Benda? Maksud hyung?” Kwangmin kebingungan. Setahunya, hanya dia dan Youngmin sahaja berada di situ. Youngmin menunjukkan bahagian atas dengan jari telunjuknya. Perlahan-lahan Kwangmin mendongak dan betapa alangkah terkejutnya saat Kwangmin memandang tepat ke arah siling yang dipenuhi dengan darah pekat hingga meniik jatuh atas bahunya.

 

“Mari kita cepat pergi dari sini.” Kwangmin terus menarik tangan Youngmin keluar dari situ.

 

Masing2 terdiam sebentar sebaik sahaja Kwangmin selesai bercerita. Kwangmin memandang wajah hyungnya yang masih lagi gementar dengan kejadian tadi.

 

“Uwaaa… ingatkan hyung dah kena gigit dengan vampire tadi,huhu… risau Kwangmin tau. Kwangmin cuma ada sorang hyung je and Kwangmin taknak kehilangan dia.” Youngmin memandang wajah adiknya pula lalu menggenggam erat tangan Kwangmin.

 

“Mian kalau hyung dah buat adik hyung ni risau.” Mereka saling berpandangan lalu berpelukan sambil diperhatikan teman-teman yang lain.

 

“Ohhh… so sweet~” mereka semua tersentuh melihat hubungan erat antara adik-beradik itu. Dalam pada itu, kedengaran esakan perlahan seseorang. “Isk…Isk…”

 

“Huh? Tao? Kau pun menangis jugak?” kata V dengan agak kuat kerana terkejut melihat Tao hingga menarik perhatian mata-mata yang lain.

 

“Mana ada! Ma-mata aku masuk habuklah.”  Tao cpat2 mengesat air matanya dan melarikan  pandangannya ke arah lain.

 

“Tao…” panggil Jin sayu. Tao terdiam sekejap seolah2 sedang memikirkan sesuatu.

 

“Aku… terharu tengok dorang dan…” Tao menghentikan katanya sebentar sebelum menyambung semula. “dan just terfikir.” “Fikir apa? Cuba bagi tahu kitaorang.” tanya Jin dengan tidak sabar. “Kenapa kita semua tak kenal dari dulu je? Budak kelas A pun takdelah teruk sangat macam yang difikirkan.” Luah Tao jujur sehingga membuatkan mereka menyedari akan sesuatu. Mereka mula mengimbas kembali apa yang mereka sama2 lalui hanya dalam satu malam.

 

“Maybe korang budak nakal, malas belajar, selalu berseronok je tapi kitaorang pun bukanlah perfect sangat.” ujar Luhan tiba2.

 

“Kenapa? Korang kan pandai, cemerlang, digemari berbanding dengan kami ni yang selalu timbulkan masalah dan dipandang rendah.” soal Baekhyun ingin tahu.

 

“Sebenarnya kitaorang jeles tengok korang.” “Huh?” semua budak kelas E memandang Ken.

 

“Faham2 jelah, kelas A kan sentiasa menjadi harapan guru dan juga sekolah. Walaupun kitaorang rasa bangga tapi jauh di sudut hati kitaorang rasa terbeban dan tertekan. Kitaorang pun ada juga benda yang ingin dibuat dan jadi gegila kekadang macam korang.” Luah Ken yang terbayang semula sewaktu dia dan beberapa rakan yang lain melintasi kelas E. Betapa happeningnya kelas E ketika itu walaupun ketika itu waktu belajar.

 

“Ok, biar kitaorang terus terang jelah. Untuk pengetahuan korang semua, kitaorang ni selalu perhatikan kelas korang.” kata Sehun pula.

 

“Jinjja? Hmm… patutlah setiap kali dalam kelas aku rasa macam ada orang perhatikan aku je.” balas Chanyeol yang sudah tersengih-sengih.

 

Kai sengaja menyiku pinggang Chanyeol. “Ish! Jangan nak perasan lebih2 boleh tak?!”

 

“Korang pun bukanlah seperti yang disangka jugak. Kitaorang selalu rasa yang budak kelas A ni sebenarnya suka menunjuk, sombong, perasan bijak, kaki bodek cikgu dan selalu pandang rendah dekat orang lain tapi tak sangka korang sanggup tolong dalam masalah yang kitaorang mulakan dulu tadi.” giliran Kris pula meluahkan pandangannya.

 

“Itu… puji ke kutuk?” soal Hongbin dalam nada bergurau. “Haha… kira 2 in 1 la.” balas Kris selamba.

 

“Nampaknya kita semua dah banyak salah faham antara satu sama lain.” kata Lay selepas mendengar pengakuan dari kedua-dua kelas.

 

“Chogiyeo. Ini.. sesi luahan ke?” soal Jongup yang sedari tadi hanya menjadi pendengar.  “Waeyo?” soal Lay semula.

 

“Hehe… Uppie ada pengakuan! Sebenarnya kan… Uppie suka kawan dengan Daehyun walaupun baru kenal.” ujar Jongup jujur tentang perasaannya.

 

“Huh?!” automatik mata Daehyun memandang Jongup dan dibalas dengan senyuman innocent Jongup hingga membuatkan Daehyun tersipu memandangnya.

 

“Ehem! Cari gaduh dengan dengan si dia ni pun best jugak.” kata L.Joe pula sambil menunjuk ke arah Changjo yang berdiri di sebelahnya tanpa memandang Changjo.

 

“Eh? Apahal kau ni?!” balas Changjo dengan nada tidak puas hati. “Sebab kau… nampak comel bila marah.” Muka Changjo mula merona mendengar sebab kenapa L.Joe suka cari pasal dengannya sejak bermula deti pertemuan mereka itu.

 

“Aku pula dah jumpa someone.” celah Suho. “Maksud kau apa?” soal Xiumin mewakili yang lain yang tidak mengerti apa yang Suho perkatakan.

 

“Tak sangka si panda ni penakut macam aku jugak. Mungkin ini yang dinamakan chemistry? Haha…” jelas Suho berbaur tawa yang ikhlas ditujukan buat Tao dan dibalas dengan cebikan Tao. “Mwoya?! Sesedap kau je panggil aku panda. Grrr…” Semua tersenyum melihat gelagat mereka berdua itu.

 

“Mianhei atas salah faham kitaorang tehadap korang  selama ni.” ujar D.O selaku ketua dan wakil Kelas A sambil memandang Baekhyun, ketua Kelas E. “Nado. Kitaorang pun mianhei.” balas Baekhyun dengan rendah hati.

 

Lalu mereka semua pun saling bersalaman dan berpelukan sesama mereka.

 

“Mulai saat ini, kita kawankan?” soal V.  "Ne!” jawap mereka semua dengan gembira.

 

Sedetik kemudian dengan tiba-tibanya…

 

KEDEBANG!!!

 

Pintu masuk utama dewan terbuka dengan sendirinya diikuti dengan angin kencang menerpa masuk ke dalam hingga mengaburkan pandangan mereka. Beberapa saat kemudian barulah keadaan kembali normal.

 

“Semua ini belum berakhir. Ha! Ha! Ha!” ujar seorang lelaki separuh abad yang muncul dengan tiba2 di hadapan pintu dengan muka yang agak menakutkan. Fizikalnya rendah serta berbadan gempal dan bercermin mata yang sudah pecah sebelah kiri. Pakaian yang dipakainya lusuh dan buruk seperti sudah berpuluh tahun. Mereka semua tergamam dan kaku melihat lelaki itu.

 

“Nu-nuguya?”

 

 

 

 

 

 


Apalah yang saya merepek dalam chappie ni kan? hahaha… Btw, annyeong my fellow readers~ /lambai/ saya nak ambil masa korang sikit untuk bertanya tentang pendapat korang. Agak-agaknya kan, korang nak sekuel cerita ni tak? Sebab… cerita ni akan tamat tak lama lagi, huhu… /sob/ Jadi sila tinggalkan ye pendapat korang tuk saya buat keputusan nak teruskan @ tidak. peace <3

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Azimah #1
Chapter 9: Chapter 9 : wow...best sngt..
Aida_Rusdi
#2
Chapter 9: Sequel3!!! Best sangat!
maisarahluhan #3
Chapter 9: Buat sequel!!!
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 9: yeah happy ending!!!
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 8: part v ngan chen mmng spoil la.. xD
hope dorang selamat and 'cikgu'2 tu aman..
dae_yeol
#6
Chapter 7: buatlah seque!! sambung okey^^
harryniel
#7
Chapter 7: sambung sambung sambung!!!!
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 7: pergh seram gile part jo twin tu.. sweet pula tngk sesi luahan perasan dorang tu.. hahah