situation 8 - FINAL I

Kelas Malam

 

 

 

“Hello Mr Principal yang disayangi lagi dibenci.” perlahan bunyinya untuk perkataan dibelakang apabila datang seorang wanita tinggi lampai dan berparut di dahi yang tiba2 muncul atas pentas.

 

“Hai Mrs Hye.” Tegur Mr principal semula dengan ceria.

 

“Aishhh main tak tunggu aku pun.” Muncul seorang lagi wanita yang berambut pendek, bertahi lalat besar di tengah hidung dan memiliki seraut wajah cengil + seram.

 

Bam! Bam!

 

“Haha… relakslah Mrs Yook, game baru nak start.” Ujar seorang lelaki dalam pakaian sukan yang royak rabak dan bertompok darah yang datang ke arah mereka bertiga sambil rebound bola keranjang.

 

“Mr Koo, cikgu yang paling… malas!” ujar Mrs Hye kembali dengan muka meluat.

 

“Si-siapa dorang semua ni? Muncul secara tiba2. Hodoh tahap A+++ pulak tu.” Soal Xiumin dengan wajah blur.

 

“Wei korang, ini semua bukan mimpi kan?” soal Rome yang mula mengalami kecelaruan otak. 2 3 kali dia menampar pipinya sendiri.

 

“Adakah kita sedang berhadapan dengan h.a.n.t.u?” soal L.Joe selamba. Gulp! Masing2 terdiam dan saling berpandangan satu sama lain.

 

Makhluk2 jelmaan tersebut berpaling mengadap mereka. “Annyeonghaseyo wahai pelajar2 kelas A dan E yang dikasihi. Mesti korang semua curious dan tertanya-tanya sekarang ni tentang siapa kami kan?” Bicara wanita yang dikenali sebagai Mrs Yook.

 

“Ehem. Sebagai perkenalan, let we introduce ourself.”

 

Mr Shin > Ex-Principal UltraBoy High School

Mrs Hye > guru Sains

Mrs Yoo > guru disiplin

Mr Koo > guru Sukan

 

“Ah! aku dah ingat!” ujar Daehyun tiba2 hingga mengejutkan yang lain.

 

“Apa yang kau dah ingat?” tanya Chanyeol padanya.

 

“Aku pernah dengar satu cerita. Mereka semua sebenarnya adalah bekas2 guru kat sekolah ni kira2 10 tahun yang lepas.”

 

“Maksud kau? Aku tak faham.” Soal Kai pula.

 

“Cerita dia macam ni. Kira-kira 10 tahun yang lalu telah berlaku satu kemalangan di Blok X di tingkat 3. Semasa kejadian, semua para guru sedang bermesyuarat tergempar tentang satu kes. Tak silap aku kes itu melibatkan antara pelajar kelas... ah! aku tak ingat. Tapi,  kebetulan pulak masa sesi bersidang tu, cuaca buruk. Sewaktu tengah berbincang, tiba2 bumbung blok tu runtuh dan mengorbankan nyawa 4 orang guru manakala yang lain dapat menyelamatkan diri.” Terang Daehyun panjang lebar pada teman-temannya.

 

“Adakah 4 orang tersebut… mereka?” soal Hongbin sambil memandang makhluk2 ngeri itu.

 

“Terima kasih Daehyun atas maklumat lanjut. Ternyata kamu memang bijak selain mulut murai, HAKHAKHAK…” ujar Mr Shin diiringi tawa dengan kuat.

 

“Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Tak sabar rasanya.” Kata Mrs Hye penuh excited sambil menepuk tangan.

 

“Ap-apa yang encik2 dan puan2 nak dari kitaorang semua?” Kris memberanikan diri menyoal.

 

“Apa kami nak? Wait and see.” Balas Mrs Yook berserta pandangan tajam yang menakutkan.

 

“Maaflah encik2 dan puan2 tapi rasanya kitaorang… tak dapat tunggu kot. Korang semua, LARI!!!” Baekhyun menjerit memberi arahan dan dalam keadaaan yang kelam kabut, mereka semua lari bertempiaran menuju ke pintu keluar menyelamatkan diri masing2 namun D.O, Suho, Tao, Ken, L.Joe dan Jin kurang bernasib baik kerana gagal keluar dari situ apabila pintu keluar dewan ditutup dengan tiba2 saat mereka hampir di pintu lalu terperangkaplah mereka berenam di dalam dewan bersama si Mr Principal.

 

“Nak main kasar ye. HEHE I like.” Kata Mr Koo sebelum menghilangkan diri bersama 2 orang kawan hantunya.

 

***

 

Di dalam bilik muzik, aras bawah

 

Krik… krik… krik…

 

20 saat kemudian…

 

DANG!!!

 

“Opocot mak kau senget.” Latah V yang terkejut dengan bunyi piano tetiba.

 

“Yah!” marah yang lain sambil memandang Chen yang tertekan key piano dalam keadaaan gelap sewaktu ingin membetulkan kedudukannya.

 

“Sorrylah, bukan sengaja. Tak perasan tadi.” Jelas Chen dengan muka minta simpati.

 

“Shhh diam. Nanti depa tahu kita ada sini.” Kris memberi peringatan sambil matanya mengintai ke luar tingkap.

 

Keadaan menjadi senyap semula. 10 minit telah berlalu.

 

Changjo memandang kawan-kawannya. “Mereka sudah tiada agaknya.”

 

“Fuhhh~” masing2 terduduk sambil menarik nafas lega. "Nasib baik kalau tak boleh lemas duduk dalam ni lama2." rungut Sehun yang berasa rimas dihimpit namun tidak bagi Luhan yang seronok dapat berlaga tubuh dengan Sehun. "Nak buat macam mana ini je tempat persembunyian yang sempat kita redah." tokok Xiumin. Keadaan kembali normal sebelum...

 

DANG!

 

“Opocot pak hang. Ish kau ni, aku teranjang keluar jugak karang.” Marah V dengan perlahan takut di dengari oleh pihak yang tidak diingini.

 

“Sorrylah… memang tak sengaja huhu.” balas Chen sambil merapatkan kedua2 tapak tangannya memohon maaf. Baekhyun memberi isyarat tangan memanggil mereka berkumpul rapat2.

 

“So apa pelan kita seterusnya?” bisik Baekhyun namun masih boleh didengari mereka.

 

“Cari jalan keluar tanpa dapat dikesan oleh mereka. Lagipun semua dah ada kan?” jawap Lay. Lalu masing2 memandang antara satu sama lain sambil mengira member mereka dalam hati.

 

“Mana D.O?” soal Youngmin cemas. “L.Joe, Jin dan Tao pun tak ada.” Balas Kai. “Termasuklah Ken dan Suho.” Tambah Kwangmin.

 

“Ah! sudah, jangan2…” “Dewan!” jerit mereka serentak. Sesaat kemudian, “Shhhhhh…”

 

“Jamkkan! Aku… macam nampak bayanglah.” Ujar Rome yang terpandang pintu.

 

“Next plan. Chanyeol, Sehun, Kai, Luhan, Rome, Tk, Youngmin dan Kwangmin, korang pergi ke dewan selamatkan dorang dulu. Kitaorang yang lain nampaknya kena settlekan sesuatu dulu sebab makhluk2 tu dah dapat kesan kita. Nanti kita jumpa di sana.” Arah Baekhyun.

 

“Arraseo.” lalu mereka berlapan segera keluar melalui pintu belakang.

 

DANG!

 

“Kau ni dah kenapa?!” jerkah V yang hilang sabar dengan kelaku Chen.

 

“Bu-bukan aku ta-tapi…” jawap Chen tergagap sambil matanya tidak berkedip memandang  piano di hadapannya.

 

“Hai.”

 

***

 

“Tu-tuan, boleh saya tanya sikit?” soal D.O setelah mengumpul segala keberanian untuk bertanya pada ahjussi principal yang berada di depannya walaupun D.O sendiri berasa nak termuntah melihat Mr Shin di mana daging pipinya sedikit robek hingga terjuntai ulat.

 

“Nak tanya banyak pun boleh.” balas Mr. Shin sambil menarik keluar ulat dipipinya lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. “Hmm~ delicious.”

 

Tekak mereka berenam mula terasa kembang melihat kelaku jijik Mr Shin. Sambil menahan dirinya daripada muntah, D.O menyoal semula. “Kenapa harus 10 tahun?”

 

Kawan-kawannya memandang D.O dengan dahi yang berkerut. Manakala Mr Shin menggeleng-geleng kepalanya. “Aishhh jangan cakap macam keling boleh tak? Cakap tu biaq terang, kasi orang faham.”

 

“Orang ke?” sindir L.Joe dalam hati. nak diluahkan, karang tak memasal mampus dia dikerjakan oleh pengetua tua kerepot tu.

 

“Mi-mian. Maksud saya, kenapa selepas 10 tahun baru tuan and the geng muncul semula dan apa kaitan dengan kami?” soal D.O dengan lebih jelas.

 

“Wanna know more?” soal Mr Shin balik pada mereka dan bagaikan burung belatuk mereka mengangguk ingin tahu.

 

10 years ago… pada suatu hari

Sekumpulan pelajar sedang bermain bola keranjang di gelanggang yang terletak berhampiran dengan makmal kimia dan pada waktu itu juga sesi p&p kelas A yang sedang melakukan ujikaji di makmal tersebut.

“Ish! Bising betullah diaorang tu. Tak reti hormat sikit ke orang tengah belajar ni.” Rungut Raewon, salah seorang pelajar kelas A pada teman sebelahnya.

“Kau macam tak kenal perangai budak kelas E tu macam mana. Diorang tu bukan jenis reti bahasa sebab tu cikgu Koo tak peduli biar je dorang main sendiri.” Balas temannya kembali.

“Yeahhh!!!” kedengaran pelajar kelas E bersorak gembira.

“Tengok tu, rasa nak seligi je kepala sekor2 bagi ada akal sikit.” Bebel Raewon geram.

“Semua sudah siap ke menulis laporan?” soal cikgu kimia yang baru masuk semula ke dalam makmal. “Ne~” jawap pelajar2 kelas A.

“Ok, kamu semua boleh hantar buku ke meja depan dan balik ke kelas.” Semua pelajar mula mengemas barang dan menutup buku masing2 lalu bangun menuju ke depan menghantar buku. Sewaktu giliran Raewon menghantar bukunya. “Raewon, boleh kamu tolong cikgu sebentar?” “Boleh Mrs Hye.”

“Good.” Mrs Hye menghulurkan sesuatu pada Raewon.“Kamu ambil beaker ni, tolong siramkan cecair ni dalam pasu pokok kacip fatimah dekat belakang makmal ya, saya ada hal kejap. Hati-hati bawa tu. Terima kasih.”

“Arraseo.” Raewon pun keluar dari makmal bersama beaker yang dipegangnya menuju ke belakang makmal. “Cecair apakah ini?” soalnya sendirian.

Dalam pada masa yang sama, angin mula bertiup sedikit kencang yang kemudiannya diikuti hujan renyai2 turun membasahi bumi . Pelajar2 kelas E yang masih lagi bermain mula berlari mencari tempat teduhan dan secara tidak sengaja, salah seorang daripada mereka telah terlanggar bahu Raewon hingga menyebabkan dirinya hilang keseimbangan lalu pranggg!

“Omoya!” ucap Raewon yang terkejut sambil menekup mulutnya apabila beaker yang dipegangnya telah jatuh mencium lantai hingga pecah berderai. Cecair yang ada di dalam, mula mengalir berserakan dengan perlahan. “Ottohke?”

“Not my fault.” Ujar pelajar yang telah melanggarnya tadi dengan muka tidak bersalah sebelum melarikan diri.

“Yah! Dorawa!” jerit Raewon kepada pelajar terbabit.

“Apa yang bising2 ni?” soal Mrs Hye yang datang menjenguk selepas mendengar bunyi kecoh. “Omo! the liquid. How dare you. Kamu tahu tak itu pemberian dari Tuan Pengetua? Ah matilah saya kalau dia tahu.” Luah Mrs Hye yang mula panik sebaik sahaja melihat nasib cecairnya itu di lantai.

“No! not me Mrs Hye but student from class E. Jinjja!” Raewon cepat2 bersuara mempertahankan dirinya.

“Are you said true Raewon?”

Insiden itu telah menimbulkan kekecohan apabila pelajar Kelas E tersebut tidak mengaku bersalah sebaliknya menyalahkan Raewon kerana telah menuduhnya semasa disoal siasat oleh Mrs Yoo, guru disipllin. Hal itu bertambah buruk apabila pelajar2 lain kelas A  dan E mula masuk campur dan berbalah sesama mereka untuk mempertahankan rakan masing2. Kalau pembaca nak tahu, kelas A dan E memang musuh tradisi bagaikan Lin Dan bertemu Chong Wei, anjing Rottwailer bertemu kucing garong. Satu sidang mesyuarat tergempar terpaksa diadakan antara guru bagi menyelesaikan masalah tersebut. Namun tanpa diduga berlaku kemalangan. –EOF-

 

“Kamu sudah mengerti sekarang?” soal Mr Shin setelah usai bercerita.

 

“Jadi maksud tuan adalah… balas dendam? Tuan n the geng mati sewaktu hendak menyelesaikan kes antara kelas A dan E jadi sekarang ni mahu jadikan kami sebagai gantinya? Begitu?” Jin cuba membuat konklusi.

 

“Kelas A dan E memang dari dulu lagi suka cari masalah tak kiralah individu atau kumpulan dan tak pernah berdamai even selepas kejadian itu.” Tambah Principal Shin lagi.

 

“Tapi encik pengetua, kami semua bukan macam dulu lagi. Kami sekarang sudah jadi BFF.” Jawap Ken dan terus memeluk bahu L.Joe dan Jin yang berada di kiri kanan Ken.

 

“Betul tu. Kami yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu bertengkar sekarang menyayang~” sampuk Tao dalam nada nyanyian. Sempat lagi tu berlawak, tak padan dengan pengecut.

 

“Really? Let we see how deep your lovely friendship.” Mr. Shin tersenyum sinis hingga menampakkan barisan giginya yang hanya Tuhan saja yang tahu betapa ngerinya mata melihat.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Azimah #1
Chapter 9: Chapter 9 : wow...best sngt..
Aida_Rusdi
#2
Chapter 9: Sequel3!!! Best sangat!
maisarahluhan #3
Chapter 9: Buat sequel!!!
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 9: yeah happy ending!!!
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 8: part v ngan chen mmng spoil la.. xD
hope dorang selamat and 'cikgu'2 tu aman..
dae_yeol
#6
Chapter 7: buatlah seque!! sambung okey^^
harryniel
#7
Chapter 7: sambung sambung sambung!!!!
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 7: pergh seram gile part jo twin tu.. sweet pula tngk sesi luahan perasan dorang tu.. hahah