situation 2

Kelas Malam

 

 

“Ada apa kamu datang sekolah ramai2 malam ni.” tegur sorang mak guard yang sedang melakukan rondaan.

 

“Saja makan angin.” Jawab si mulut takde insurans, Kai.

 

“Ish kau ni cuba cakap elok2 sikit. Kitaorang ada kelas malam ni mak cik.” Balas Chen sopan.

 

“Oh kelas…mak cik ingat diorang je yang ada kelas, kamu pun ada jugak. Rajinnya, bagus2 teruskan. Mak cik minta diri dulu ye.”

 

“Diaorang? Apa maksud mak cik tu? Ada orang lain ke selain kita?” soal Jin.

 

Masing2 mengjungkitkan bahu. Lalu mereka pun menuju ke kelas seperti yang dimaklumkan dan terciptalah satu sejarah. Kedua-dua kelas yang selama ini bagaikan langit dengan bumi telah bertembung dan saling bertentang mata buat pertama kali hingga menjadikan keadaan awkward seketika.

 

“Korang buat apa kat sini?” soal Xiumin.

 

“Suka hati kitaorang lah. Ingat sekolah ni appa kau punya.” Jawab TK kasar.

 

“Amboi, cantiknya bahasa. kami ni tanya elok2 wahai saudara2 sekalian.” Balas Suho dalam nada yang masih terkawal.

 

“Kitaorang ada kelas kat sini malam ni. so ada masalah?” ujar Daehyun garang.

 

“Kelas? Bwahahahahaha….” seisi kelas penuh dengan gelak tawa kelas A walaupun D.O, Lay dan Hongbin cuba untuk tidak gelak tapi siapa boleh tahan beb kalau dengar.

 

“Kelas hujung macam  korang ni pun ada extra class jugak. Ini sudah pelik tapi benar. Kahkahkah…" sambung Ken kemudian bersama tawa yang masih tersisa.

 

“Aishhh…ini sudah mencabar kredibiliti ni. Tao, kau kasi kungfu kat dorang sekor2, berani2 gelak kat kita tanpa izin.” Chanyeol melepaskan amarahnya.

 

“Mi-mian. Kami tak sengaja...tergelak. Tapi sure kelas korang kat sini? Tak salah?” Lay cuba megawal keadaan apabila melihat aura hitam sudah terpancar dari kelas E.

 

“Yela! Oh, korang ingat korang kelas top, korang baguslah sangat. Bajet je lebih.” ujar Rome yang masih terasa.

 

“Relax2…perkara boleh bawa berbincang. Kita semua datang sini nak belajarkan. Tak mau gaduh2.” kata D.O lembut.

 

“Dahlah korang, pedulikan mereka nak cakap apa pun. Jom kita duduk.” arah Baekhyun pada anak buahnya.

 

Pelajar kelas E pun mengambil tempat duduk masing2 diikuti kelas A. Namun segalanya masih belum berakhir.

 

“Ini tempat duduk aku.” Changjo menegur seseorang yang telah merampas tempat duduknya.

 

“Ada aku tanya?” balas L.Joe sinis.

 

“Memanglah takde tapi ini tempat aku so aku nak kau bangun sekarang.” Changjo meninggikan sedikit suaranya.

 

“Apa yang kau tengok?” soal Changjo yang hairan melihat L.joe seakan-akan sedang mencari sesuatu.

 

“Takde pun tulis nama sesiapa atas kerusi meja ni. so ini bermakna free seating.” Balas L.Joe selamba badak.

 

“Engkau!” tengking Changjo yang sudah hilang kesabaran.

 

Ken mendekati mereka berdua. “Apa masalah lagi ni Changjo?”

 

“Si pendek ni ha tak malu duduk tempat kita.” luah Changjo pada temannya.

 

“Nak malu buat apa? Aku pakai seluar baju bukan pun.” L.Joe masih tidak mahu beralah.

 

“Sudah2…tempat lain banyak lagi kosong, duduk jelah mana2 pun. tak guna kau layan orang macam ni.” balas Ken sengaja menyakitkan hati L.Joe sebelum beredar bersama Changjo.

 

L.Joe sempat menghadiahkan jelingan maut pada Ken.

 

Changjo menarik kerusi dan duduk disebelah Jongup.  “Apa yang kau membebel sorang2 tu.” Soal Jongup yang perasan Changjo sedang mengomel sesuatu.

 

“Si pendek tulah, dia dah curi tempat aku pastu aku pulak kena mengalah. Dahlah datang tanpa diundang.” Changjo menunjuk ke arah L.Joe.

 

“Hahaha…macam budak kecik je kau ni, biarlah kat dia. Buang masa je kau marah2, lebih baik kau ambik ni baca lagi bagus.” Jongup meletak sebuah buku di hadapan Changjo lalu menyambung kembali bacaannya.

 

Dalam beberapa saat, kelas yang aman damai bertukar menjadi riuh-rendah dek suara kelas E yang tak henti2 bercakap, bergurau dan ketawa hingga menimbulkan rasa kurang senang pada kelas A yang sedang menelaah.

 

“Silent please.”  Tegur si ketua, D.O dengan baik.

 

Keadaan still bising. D.O mengulangi lagi hingga ke-3 kali namun masih tidak diedahkan mereka.

 

Luhan yang kesian melihat D.O mula bertindak. “Tak guna kau cakap baik2 dengan diorang ni. Woi! Boleh senyap diam tak? Ingat ni pasar borong ke.”

 

Keadaan senyap serta-merta seolah-olah lalu di kawasan perkuburan.

 

“Apa hak kau nak jerit2 kat kitaorang ni?” radang Kai.

 

“Tadi kitaorang tegur baik2 korang buat donno je, bila cakap macam ni tahu pulak nak melenting. Yang korang dah mengganggu ketenangan kitaorang, korang taknak ambik tahu pulak.” Luhan menjawab balik dengan kasar.

 

“Hello ahjussi…apa masalah kau ni. suka hati kitaorang nak memekak ke, apa ke. Tak payah nak tunjuk rajinlah sangat.” giliran Rome pula melawan.

 

“Masalah sekarang ni, korang dah la menumpang kelas kitaorang pastu boleh pulak buat macam funfair.” Balas Sehun berani.

 

“Wahhh…ini dah kira menghina.” Tao menghentak meja dengan kuat lalu berdiri dan pergaduhan hampir tercetus namun terhenti apabila dengan lantangnya D.O bersuara.

 

“Hei korang semua, dengar sini dulu." jerit D.O. semua mata tertumpu padanya. "Mr Hwang mesej kelas malam ni tukar tempat. dia suruh kita pergi Blok X aras 2 kelas kedua hujung sekali.” sambung D.O semula. masing2 terkedu seketika.

 

“Mwoya? Blok X? Blok dekat dengan trek padang tu? Ish jauhlah.” rungut Kwangmin.

 

“Blok aneh tu ke? Yang terdapat kelas je selain tu tiada apa2?” Youngmin menambah.

 

“Hey, nak tahu tak? blok tu sebenarnya memang ada sebelum blok lain dibina dan tempat tu ‘keras’ sikit sebab tu hanya digunakan untuk waktu tertentu je apabila keadaan terdesak.” Daehyun membuka cerita.

 

“Mana kau tahu?” soal Ken pada Daehyun. “Adalah.” "Boleh percaya ke cakap kau ni." tambah Ken lagi.

 

“Betul ke? Malam2 gini pergi situ…macam bahaya je, laluan nak ke sana pun agak gelapkan.” ujar Kai yang seikit gusar tapi diperli oleh Sehun.

 

“Apsal? Takut? Harap muka je macam gangster tapi? erh.”

 

“Kau ni memang cari pasal eh. Habis kau tu berani sangatlah.” bidas Chanyeol membela BFFnya.

 

“Of courselah daripada orang tu.” giliran Sehun membalas serangan.

 

“Dah2. Daripada korang buang masa bergaduh, baik kita gerak sekarang. Pedulikan khabar angin tu semua, yang penting niat kita.” D.O memberi semangat pada mereka.

 

“Tadi sapa yang cakap besar? So sekarang, dia jalan depan dulu. amacam? Berani tak?” cabar Kai.

 

“Eleh, sapa takut.” Dengan beraninya, Sehun mengetuai  rombongan ke sana.

 

Masing2 terhenti di hadapan tangga yang berlampukan cahaya yang semput. kejap ada, kejap takde. Tiada siapa yang berani mengofferkan diri untuk naik ke atas dulu.

 

“Orang kata lebih afdal kalau bagi yang tua jalan dulu.” V mengusul cadangan.

 

“Apa kau merapu ni? kat sini semua sebaya kan, tua pe bendanya.” jawab Chen.

 

“Ish, maksud aku ketua di dahulukanlah pandai!” jelas V.

 

“Oh…”

 

Kelas A memandang D.O manakala kelas E memandang Baekhyun.

 

“Apahal tengok aku. aku mana tahu kelas kat mana. Lagipun cikgu suruh dia bukan aku.” Baekhyun cuba mengelat.

 

“Uh…macam ni ketua korang?  Tak boleh harap langsung.” Changjo cuba menuang minyak atas api.

 

“Aik budak ni. kecik besar kecik besar aku tengok dia dari tadi. Baek, kau tunjuk sikit kat dia.” L.Joe mempertahankan ketuanya.

 

“Dah la korang. Tadi gaduh, sekarang gaduh. Kalau macam ni sampai raya cina pun tak habis.” luah Lay yang sudah bosan dengan perangai dorang.

 

 “Senang citer macam ni. dua2 ketua jalan depan sekali. Settle.” Kris memberi pendapat.

 

“Aku…aku setuju je.” jawab D.O tanpa banyak soal.

 

Mereka memandang ke arah Baekhyun pula.

 

“Oklah.” balas Baekhyun dalam keadaan terpaksa.

 

Setelah itu, mereka pun menaiki anak tangga satu persatu menuju ke aras 2. Tanpa disedari, Tao telah terpaut tangan Suho kerana sangkaannya itu lengan Chen kerana semasa naik tadi, Chen berada di  sebelahnya. Entah masa bila tertukar pun tak tahulah. Suho yang berasa lengannya  disentuh sudah usha pelik mamat sebelahnya. Kalau ikutkan nak sound je namun dibiarkan kerana dia pun sebenarnya penakut jugak. Harap muka je macho.

 

Kemudian, mereka pun tiba di kelas yang dinyatakan dan masing2 mengambil tempat duduk. 3 minit kemudian cikgu pun sampai.

 

“Oh kamu semua dah sampai. Kelas E pun ada sekali, bagus2.” ucap Mr. Hwang merangkap guru kelas A.

 

“Ini ke yang Encik kata special tu?” soal Hongbin innocent.

 

“Kenapa? Hahaha…sebenarnya Mr Hwang minta tolong daripada saya ajarkan dorang sekali sebab tak lama nak final exam kan dan memandangkan kamu pun berkebolehan so tak salahlah kan tolong kawan kita ni.”

 

“Kawan? Uhh.” Luhan mencebik.

 

“Sebelum kita start kelas, saya nak kamu semua duduk berasingan. Kelas A mesti duduk dengan Kelas E. saya taknak ada yang berpuak2 kat sini and yang lebih mestilah bantu yang kurang. Betul tak? So apa tunggu lagi bergeraklah cepat.” arah Mr Hwang.

 

“Alaaa…” masing2 tidak berpuas hati terutama si HunHan yang tak dapat dipisahkan mengalah si kembar Jo namun apa boleh buat nak tak nak terpaksalah diturutkan juga.

 

So, kedudukan telah bertukar dan susunannya seperti ini.

Baris hadapan : Suho – Tao, Hongbin – TK, D.O – Baekhyun,  Kwangmin – Jin

Baris tengah : Lay – Kris, Sehun – Kai, Ken – Rome, Jongup – Daehyun

Baris belakang : Xiumin – Chen, Luhan – Chanyeol, Youngmin – V, Changjoe – L.Joe

 

“Ok, masing2 dah ada partner so mari kita mulakan kelas.”

 

“Mr Hwang, saya ada satu soalan. Kenapa kelas malam ni buat kat sini bukan kat tempat biasa?” tanya pelajarnya, Ken.

 

“Sebab…perlu ke saya jawab? Rasanya tak payah kot. Suka hati sayalah nak buat kelas kat mana pun. Boleh kita mula sekarang?” balas Mr Hwang. Kelas E sudah tersenyum sinis.

 

“Ne…” 

 

hampeh punya cikgu. boleh pulak kenakan aku depan kelas E. ishhh malunya. Mana nak letak muka ni.’ - KEN

 

“Alamak! cikgu tertinggal set kertas latihanlah. Hmm macam mana ni? mungkin dalam kereta kot, cikgu pergi tengok kejap. By the way, bolehlah kamu berkenalan ngan kawan sebelah kamu tu and ajar dulu apa yang patut sementara tunggu cikgu datang balik. Lagi satu, jangan gatal2 nak tukar tempat. Kalau cikgu dapat tangkap, siap cikgu kerjakan.” pesan Mr Hwang sebelum melangkah pergi meninggalkan sesama dorang.

 

Dengan itu, bermulalah sesi berkenalan dengan jiran sebelah meja. Apa2 pun mestilah bermula dengan ketua kan. Betul tak? Barulah di ikuti dengan yang lain pulak.

 

“Hai, saya Kyungsoo tapi diaorang panggil saya D.O.” ujar si Ketua A mesra.

 

‘hmmm…nak balas ke tak? Karang diam kata sombong pulak. Tengok muka dia…aishh dia buat muka innocent pulak. boleh tergoda ni kalau tengok lama2.’ - BAEKHYUN

 

“Errr…Baekhyun.”

 

“Apa? Bacon?” automatik dahi Baekhyun berkerut seribu.

 

“Hehehe…gurau je.” sambung D.O semula yang geli hati melihat ekspresi wajah Baek sedemikan.

 

‘Ish mamat ni bergurau pulak…aku gigit karang.’ - BAEKHYUN

 

Seterusnya. “Lay imnida..” Lay memperkenalkan diri bersama sebaris senyuman manis.

 

Kris memandang sekilas pada Lay lalu berkata tanpa perasaan. “You’re not my style.”

 

Namun berbeza bagi dua orang ini pulak. Seorang cakap tak henti2. Yang seorang lagi sepatah ditanya, sepatah dijawab. Siapa lagi kalau bukan Daehyun si talkactive dan Jongup si pemalu.

 

Perkenalan meja belakang sebelah kiri tepi tingkap bermula dengan baik.  “Saya Xiumin. Awak?” “Chen Chen Chen." "Hahahaha…” sama2 ketawa.

 

Suho merenung partner sebelahnya. 'Eh! Ni bukan mamat yang peluk aku tadi ke?’ . Tao terasa dirinya dipandang lalu berpaling memandang Suho. Suho sedikit terkejut namun dia balas dengan senyuman. ‘Eiii peliknya smile dia.’ bisik hati Tao.

 

Manakala Hongbin dan TK hanya berbalas senyuman. Itupun tak ikhlas.

 

Lain pulak hal dengan mamat dua ekor ni. “Aku masih tak puas hati dengan kau pasal hal tadi.” ujar Changjo dingin. “So kau nak buat apa? Kau nak ? Silakan.” jawab si loya buruk L.Joe. “Ergh! Bagi free pun aku taknak la.” “Bluekkk!!!” L.Joe menjelir lidah pada Changjo.

 

Bagi yang lain-lain pula, mereka hanya berdiam diri membuat hal sendiri. First time berdepan, so awkward la sikit ditambah pula dengan kejadian sebelum ini.

 

 

Tanpa mereka ketahui, ada ‘sesuatu’ yang sedang memerhatikan mereka dalam diam.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Azimah #1
Chapter 9: Chapter 9 : wow...best sngt..
Aida_Rusdi
#2
Chapter 9: Sequel3!!! Best sangat!
maisarahluhan #3
Chapter 9: Buat sequel!!!
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 9: yeah happy ending!!!
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 8: part v ngan chen mmng spoil la.. xD
hope dorang selamat and 'cikgu'2 tu aman..
dae_yeol
#6
Chapter 7: buatlah seque!! sambung okey^^
harryniel
#7
Chapter 7: sambung sambung sambung!!!!
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 7: pergh seram gile part jo twin tu.. sweet pula tngk sesi luahan perasan dorang tu.. hahah