We Married Now

My Husband Is Bad Boy

Cepat betul masa berlalu.Sekarang Rai dah berkahwin dengan Chanyeol yang kelihatan jahat itu.Mereka berdua senyap didalam kereta.Rai kaku melihat cincin dijarinya.

 

"jadi..nama kau Seol Rai".

 

Itu soalan yang pelik yang baru keluar dari mulut Chanyeol sejak bermula mereka didewan kahwin tadi sampailah dalam kereta sekarang.

 

"ya..saya Seol Rai..tahun 3-2".ujar Rai sambil curi-curi lihat Chanyeol disebelah.

 

"kau pernah kena belasah tak??".

 

Nak terbatuk Rai dibuatnya mendengar soalan Chanyeol.

 

"er..ta..tak!".

 

"pembohong".ujar Chanyeol sambil lihat kearah muka Rai.Rai hanya kaku.

 

"mana awak tau?".soal Rai sambil menggenggam erat tangannya.

 

"musim luruh..tahun 3 menengah rendah..kau kena belasah dengan geng perempuan...hurm..dan masa tu hidung kau berdarah..".ujar Chanyeol.Ternganga Rai dibuatnya.

 

"ehhhh...mana awak tahu?".soal Rai.Chanyeol terkedu.Pantas dia melihat kearah Rai."

 

"sekolah kau..berjiran dengan sekolah aku...jadi aku nampak kau hari tu..lepastu..spek mata kau hancur...dan skirt kau terse...

 

"aiiiiii..sudahlah!!saya tak nak ingat memori lalu...ish".ujar Rai sambil menutup telinga.

 

"tak nak ingat tengkorak kau..ianya sebahagian hidup kau kot..ingat kau ni komputer ke?boleh padam memori?".soal Chanyeol.Rai hanya menundukkan kepala.

 

"kenapa ..awak tak tolong saya masa tu?".soal Rai.Chanyeol tak menjawabnya.Hanya bisu.

 

"yalah..takkan dia nak melompat masuk pagar sekolah aku..hish..tak logik".Rai berbisik sendiri.

 

"kenapa kau nak rahsiakan perkahwinan ni?".soal Chanyeol sambil mengeluarkan kotak rokok.Terbeliak biji mata Rai.

 

"ehh!!jangan hisap!".Rai merampasnya dan membuangnya melalui tingkap.

 

"you little jerk!".Chanyeol mengetap gigi.

 

"awak bukan sahaja membunuh diri dengan merokok..malah turut mengancam nyawa saya dan pemandu didepan".ujar Rai.Dapat didengar pemandu dihadapan menahan ketawa.Chanyeol berdehem dan membetulkan kotnya.

 

"kau belum jawab soalan aku".ujar Chanyeol dingin.

 

"sebab..status kita berlainan.....dan..banyak lagila sebab..saya tak reti nak cakap macam mana".ujar Rai.

 

"takpelah..aku rasa aku pun macam kau..tak nak orang lain tahu...aku dah kahwin..paling malang lagi kahwin dengan budak perempuan pelik dan hodoh macam kau ni".ujar Chanyeol sambil melihat ke luar tingkap.

 

"perempuan pelik dan hodoh?".Rai berbisik sendiri.

 

 

 

 


 

 

 

 

 

Rai yang baru keluar dari bilik air berjengket-jengket berjalan.Entah kenapa.Dia nak buat macam tu.Dia tengok ke arah katil.Chanyeol dah tidur rupanya.

 

Dia pun pergi lebih rapat.Chanyeol tidur nyenyak sangat.

 

"dia pakai subanglah....rantai pun dia pakai....".Rai berbisik didalam hati.

 

"dah sudah mandi?".soal Chanyeol dengan tetiba.

 

"omo!!awak buat saya terkejut!".Rai memegang dadanya.

 

"tidurlah sebelah ni".ujar Chanyeol sambil tersengih sinis.

 

"ta..takpelah..saya lebih selesa tidur atas lantai".ujar Rai.

 

"hati-hati...bawah katil biasanya ada lipas".

 

Rai memekakkan teliganya dan berselimut sampai habis satu badan.

 

"aku lagi takut kau dari lipas Park Chanyeol oi! ".

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jimiekhyun
#1
Chapter 3: hai saya kembali untuk membaca cerita comel iniiiiii~
Ayla_Qistina
#2
Chapter 49: siapa yang buat tuuuuy meh bana ganyang dia . dia dh delete belum?
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Overdose_Kpopers
#4
Chapter 49: By the way siapa pulak la yang pegi buat cerita guna main character Sehun ngan Hyunmi? Saya paham perasaan author. Saya punya fanfic horror exo yg saya post kat facebook, ada org jadi kucing hitam. Sukahati nenek atuk sepupu suami dia je copy paste citer saya. Dah la tak bagi credit. Saya penat2 pikir camna nak jadikan citer tu super seram, dia senang senang je.
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 47: Hoho saya kembali balik nak baca cerita ni. Ni dah kali ke 18 saya baca. Best sangat! Tu yg baca banyak kali tuhh.
Chiko_Miari #6
Chapter 49: Ada org tiru??..jahatnya..
Btw..bestnyaa!!kikiki
xoxohayi #7
Chapter 47: pasang lagu you are my everything -gummy meleleh air mata... serious sedih..
Galaxyboo_
#8
Chapter 46: Wtf suho?! Aku dh la mmg x suka suka, bca plk suho psycho cm ni buatkn aq nk siat2 gila tu. Ohhh my kris youre so kind angel omona ><
Galaxyboo_
#9
Chapter 10: Kris meninggal ka kna buang kolh ni? Confius i
Galaxyboo_
#10
Chapter 3: Gila bhai klu x terima kena saman >< hahaha wth?!