2001 and 2003 Story

My Husband Is Bad Boy

April 2001

 

Chanyeol berjalan masuk kedalam rumah agam tersebut dengan malas dan meluat.Dia dipimpin setia oleh mamanya.Kemudian dia berpaling kearah dapur.Seorang budak lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya sedang menyorok disebalik pintu.Chanyeol mengerutkan dahi.

 

“mama..budak mana pulak dalam rumah ni?”.soal Chanyeol.Puan Park melihat kearah budak lelaki tersebut.

 

“oh..atuk cerita..dia anak pembantu rumah yang dah meninggal dunia”.ujar Puan Park.Chanyeol menganggukkan kepala.

 

Pantas Chanyeol masuk kedalam bilik dan bermain dengan gembiranya.Malas dia nak turun makan tengahari dengan mama,papa dan atuknya.

 

Kris berjalan sekitar dapur sambil memegang mulutnya.Dia melihat sekeliling.Dia takut kerana dia berjumpa dengan orang yang tidak dikenalinya.

 

“oi...siapa kau ni?”.soal Chanyeol.Kris berpaling kebelakang.

 

Kris hanya membisu dan menundukkan kepalanya.

 

“Oi..kau pekak ek?”.Chanyeol menonyoh dahi Kris.Kris hanya membisu.

 

Chanyeol hanya mencebik dan membuka peti sejuk dan mengambil segelas susu.Dia menjeling sekilas Kris yang berlari pergi.

 

“pelik”.

 

 

 


 

 

“baiklah semua..hari ini kita ada kawan baru..namanya Park Chanyeol..dia datang dari London”.ujar cikgu tadika sambil menggosok kepala Chanyeol.

 

Semua pelajar lain berbisik-bisik.Kris hanya menundukkan wajahnya dan kaku.

 

“eh..tu budak dekat rumah semalam...kenapa dia duduk sorang-sorang je?”.Chanyeol berbisik didalam hati.

 

Chanyeol duduk ditempat yang tidak begitu jauh dari tempat Kris.Chanyeol hairan.Kenapa Kris seorang aja duduk dimeja bulat tu?.

 

“baiklah semua..sekarang ni kamu cari kumpulan kamu untuk bermain plastisin ya”.ujar cikgu.Semua teriak kegembiraan.

 

Chanyeol melihat kearah Kris yang menuju kearah meja kumpulannya.Semua ahli kumpulannya menjeling Kris benci.

 

“andwae!kau tak boleh duduk sini!kau ada aids!pergi!pergi!”.ujar pelajar lelaki disebelah Chanyeol.Kris menangis tersedu-sedu disitu dan berlari kebelakang kelas dan menangis disitu.

 

Cikgu pun berlari anak pergi kearah Kris.Chanyeol hanya mencebik bibir dan melihat Kris disana.

 

 

 

 

 

 

“Oi...beri kami gula-gula tu”.ujar seorang budak lelaki berbadan gempal.Budak lelaki tersebut lebih tua daripada Chanyeol.

 

“tak boleh”.ujar Chanyeol.

 

Pantas kolar baju Chanyeol ditarik kasar.Rambut Chanyeol dikusut kasaikan.

 

“jangan sentuh akulah Pig!”.jerit Chanyeol.

 

“yah!kau tahu tak aku sape??”.soal lelaki tersebut.

 

Chanyeol hanya mencebik bibir.

 

“bapak aku pengetua sekolah rendah sana tau!bila kau naik sekolah rendah nanti!siap kau!hahha!”.budak lelaki tersebut dan beberapa budak lelaki lain ketawa.Beberapa minit kemudian kepala budak lelaki yang berbadan gempal tersebut terkena tin air yang sudah kemik.

 

“bapak dia lebih hebat dari kau.Bapak dia ada 10 buah kereta.Rumah agam yang ada 15 buah bilik.mempunyai Empayar yang kedua terbesar dia Asia.Dan hari-hari dia makan daging”.ujar Kris.

 

“mungkin bapak kau dan kau akan hidup merempat lepas ayah dia tahu apa kau buat pada anak dia”.ujar Kris.Budak lelaki tadi terus berlari dengan kawan-kawannya pergi.

 

Kris pun menghulurkan tangannya.Terus Chanyeol mencapainya dan bangkit dari rebahnya.

 

“wow...kau ni hebatlah..”.ujar Chanyeol.

 

Kris menggelengkan kepala.

 

“hey...jom jadi kawan..kau lebih okey dari budak annoying dalam kelas”.

 

Kris tersenyum mendengar apa yang dikatakan Chanyeol.Mereka terus berjabat tangan.Bermulanya sebuah persahabatan dari peristiwa hari itu.

 

 

 


 

 

 

Jun 2003

 

Chanyeol dan Kris berbual kosong didalam kelas.Begitu juga dengan pelajar lain.Semuanya gembira kerana minggu depan adalah cuti musim panas yang dinanti-nantikan oleh semua.

 

“pelajar semua...senyap!senyap!”.ujar cikgu Woo sambil menghentak kaki.Semua berpaling kehadapan dan senyap.Semua mata kini memerhati seorang pelajar perempuan berambut panjang dengan reben diatas kepala.Dia menggalas beg yang bewarna merah jambu dengan gaun ungu muda.

 

“pelajar semua..ini adalah pelajar baru..dia berpindah ke sekolah ini sebab papa dia dinaikkan pangkat”.ujar cikgu.Mata Chanyeol tidak puas memandang pelajar baru tersebut.

 

“baiklah nama dia Nara..berbaik-baiklah dengan dia ya”.ujar cikgu.Semua menyahut.Nara menunduk 90 darjah.

 

“baiklah Nara..kamu duduk sebelah Kris ya”.ujar cikgu.Nara mengangguk kepalanya.

 

Nara pun berjalan pergi kearah tempat duduk disebelah Kris.Mata mereka bertembung . Nara mengukirkan senyumannya pada Kris.Kris hanya menundukkan kepala 60 darjah dan berpaling kehadapan.Chanyeol yang berada di belakang Kris hanya merenung Nara dari belakang.

 

 


 

 

 

“wow...kau dah umur 9 tahun...wow...kau senior aku?kalau aku tonyoh kepala kau...kau kisah tak?”.soal Chanyeol.Pelajar lelaki yang berbadan gempal tersebut menggeleng kepala.

 

“tulah kau..bodoh sangat..bak sini semua duit kau”.

 

“tap..tapi awakkan kaya?”.

 

“ya..aku kaya..tapi aku tetap nak duit kau..”.ujar Chanyeol sambil menampar muka pelajar tersebut beberapa kali.

 

Chanyeol mengambil spray cat lalu menspray cat tersebut pada baju pelajar tersebut.

 

“tidak!apa kau buat ni!!?”.

 

“apa?nak ngadu pada bapak kau?mengadulah...bapak kau takkan berpihak pada kau”.ujar Chanyeol sambil ketawa.Chanyeol berpaling ke kanan.Dia melihat Nara yang memerhatikannya dengan wajah ketakutan.

 

Chanyeol hanya kaku.Pantas Nara berlari.Chanyeol meraup wajahnya.

 

satu tumbukkan diberi kepada pelajar lelaki tadi pada perut.Chanyeol tersenyum puas.

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

Chanyeol hanya memerhati Kris dan Nara yang sedang ketawa bersama-sama sambil membuat latihan.Chanyeol mencebik bibir.

 

“Nara..biar saya belikan air minuman dekat sana ya?”.

 

Nara mengangguk pantas.Kris pun berjalan pergi.

 

“oi”.

 

Nara berpaling kebelakang dan melihat kearah Chanyeol.

 

“apa?”.soal Nara.

 

“aku ada hadiah untuk kau”.ujar Chanyeol sambil menghulurkan satu kotak.

 

“woah..Chanyeol ada hadiah untuk Nara?”.Nara tersenyum dan mengambilnya.

 

Perlahan-lahan Nara membukanya.

 

“ahhhhhhhhhhh”.

 

Seekor katak besar bewarna hijau melompat dari kotak.

 

Chanyeol tergelak-gelak sambil menepuk-nepuk tangannya.Nara menggigit bibir sambil mengesat air mata di pipinya.

 

“Chanyeol jahat!Nara tak suka Chanyeol!”.Nara menampar pipi Chanyeol dan berlari pergi.

 

Beberapa minit kemudian Kris pun datang dengan 3 tin air minuman.Keningnya terangkat.

 

“aik..mana pulak Nara pergi?”.soal Kris.Kris cuba melihat Chanyeol.

 

Chanyeol hanya kaku dan memegang pipi kirinya.

 

Kris pun terpandang kebelah kirinya.Nara yang sedang berlari pergi.

 

“kau usik apa pada Nara?”.soal Kris.

 

Chanyeol hanya membisu.

 

“Yeol..Yeol...adalah benda pelik-pelik kau buat..nah..air ..jomlah kita sambung buat kerja...”.

 

 

 

 

 


 

 

 

“Oi..aku ada hadiah untuk kau”.ujar Chanyeol.

 

“hah?hadiah..hadiah apa?”.soal Kris.

 

Chanyeol pun mengambil tangan Kris dan meletakkannya pada tapak tangan Kris.

 

“cincin?”.soal Kris.

 

Chanyeol anggukkan kepala.

 

“saiz ni besar sikit..bila muat nanti..kau pakai..aku nak kau simpan cincin ni..aku pun ada satu”.ujar Chanyeol sambil menunjukkan rantainya.Kris tersenyum.

 

Kris pantas tersenyum.

 

“terima kasih Chanyeol”.

 

“aish...buat apa nak berterima kasih”.Chanyeol menggeleng kepalanya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jimiekhyun
#1
Chapter 3: hai saya kembali untuk membaca cerita comel iniiiiii~
Ayla_Qistina
#2
Chapter 49: siapa yang buat tuuuuy meh bana ganyang dia . dia dh delete belum?
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Overdose_Kpopers
#4
Chapter 49: By the way siapa pulak la yang pegi buat cerita guna main character Sehun ngan Hyunmi? Saya paham perasaan author. Saya punya fanfic horror exo yg saya post kat facebook, ada org jadi kucing hitam. Sukahati nenek atuk sepupu suami dia je copy paste citer saya. Dah la tak bagi credit. Saya penat2 pikir camna nak jadikan citer tu super seram, dia senang senang je.
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 47: Hoho saya kembali balik nak baca cerita ni. Ni dah kali ke 18 saya baca. Best sangat! Tu yg baca banyak kali tuhh.
Chiko_Miari #6
Chapter 49: Ada org tiru??..jahatnya..
Btw..bestnyaa!!kikiki
xoxohayi #7
Chapter 47: pasang lagu you are my everything -gummy meleleh air mata... serious sedih..
Galaxyboo_
#8
Chapter 46: Wtf suho?! Aku dh la mmg x suka suka, bca plk suho psycho cm ni buatkn aq nk siat2 gila tu. Ohhh my kris youre so kind angel omona ><
Galaxyboo_
#9
Chapter 10: Kris meninggal ka kna buang kolh ni? Confius i
Galaxyboo_
#10
Chapter 3: Gila bhai klu x terima kena saman >< hahaha wth?!