Part 30
Mr Arrogant!I Love YouSubin memicit kepalanya yang terasa berat.Selimut yang menutupi tubuhnya ditolak perlahan.Bayangan Kris tiada di mana-mana.Dalam hati Subin mengucap syukur kerana suaminya itu tidak berada di rumah.Mengingatkan pengalamannya malam tadi,Subin kembali menangis.Dia bangkit dari katil perlahan-lahan menuju ke tandas.
Dia yakin pasti Kris yang membawanya ke bilik tidur malam tadi.Air pancut dibuka dan dibiarkan mengalir dibawah tubuhnya.Bersama dengan aliran air mandi,tangisannya juga turut jatuh.'Abang,sampai hati buat Subin macam ni.Apa salah Subin?'.Lirih gadis itu sendiri.
Setelah agak lama di tandas,Subin keluar dan mencapai baju yang mudah dipakai.Badannya masih sakit-sakit.Entah bagaimana,dia tergelincir di depan pintu tandas dan jatuh terduduk.Dia menekan perutnya yang sangat sakit.Darah mengalir dari celah kangkangnya.Subin panik namun tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Dia menyeret tubuh ke tepi katil dan mencapai telefon bimbitnya.Nombor telefon Amber di dail.Malangnya tidak berangkat.Ingin menelefon Kris,sungguh dia lebih rela mati dari menelefon lelaki itu.
Menelefon Chanyeol?Mana mungkin,takut nanti kawannya itu memberitahu Sooyoung.Alih-alih suaminya akan tau jua.Akhirnya dia mengambil keputusan mendail nombor telefon Suho.Bagaimanapun,dia harus mendapatkan pertolongan dari seseorang.
"Helo?".Suara garau Suho kedengaran dari talian sebelah.
"Awak...tolong saya.Saya sakit".Rintih Subin.
"God,awak kat mana ni?Saya datang sekarang!".Suara Suho kedengaran gusar.
"Rumah....".Kemudia talian terus terputus.Suho mencapai kunci keretanya dan meninggalkan pejabat dengan tergesa-gesa.Sungguh jelas terpancar kerisauan yang memuncak diwajahnya.
*
Comments