You're My+ Chapter 2

You're My+

SeungHo menemani Ha Ni untuk membeli pakaian baru untuk dipakainya semasa berada di MBLAQ fanmeeting nanti.Terdapat begitu banyak pilihan baju yang dijual di situ,namun satu pun tidak dapat menarik minat Ha Ni untuk membelinya.SeungHo melepaskan keluhan kecil apabila Ha Ni masih belum lagi membuat pilihan bajunya sedangkan sudah hampir 2 jam mereka berjalan-jalan di dalam pusat beli-belah itu.

"Ha Ni ah..." Ha Ni menoleh ke arah SeungHo yang memakai baju sejuk berserta hoodie berwarna biru gelap itu.Entah mengapa,kali ini SeungHo memakai cermin mata hitam.Ha Ni sendiri pelik dengan cara pemakaian SeungHo itu.

"Apa?"Soal Ha Ni.

"Tak ada lagi ke baju yang berkenan di hati awak tu?Dah nak dekat 2 jam kita berjalan ni.Satu pun awak tak beli lagi ni,"kata SeungHo,merungut.

"Ala,SeungHo.Sabarlah...saya tak tahu nak pakai baju apa ni.Saya kenalah pakai baju cantik-cantik untuk SeungHo oppa saya.Awak pun tahu kan?"Kata Ha Ni,masih sibuk mencari baju yang ingin dibelinya.SeungHo melepaskan keluhan berat.Sungguh dia betul-betul sudah kepenatan.Sesekali dia melihat jam tangannya.Lagi setengah jam,dia perlu beredar dari situ.Ada suatu perkara yang perlu dia selesaikan pada hari tersebut.Tidak lama selepas itu,telefon bimbitnya berdering.SeungHo melangkah menjauhi Ha Ni yang masih leka mencari baju itu.Dia berjalan ke suatu sudut sebelum menjawab panggilan telefonnya itu.

"Yeoboseyo..."

"Yah..SeungHo yah..kau kat mana ni?"Kedengaran suara seorang lelaki menerusi telefon bimbitnya itu.

"Aku ada dengan Ha Ni ni...Teman dia shopping.Kenapa kau call aku ni,G.O?"Soal SeungHo.

"Kau tanya aku kenapa?Aku nak remindkan kau je..kita ada latihan petang nanti.Aku tak nak kau lewat.Kau nak Ji Hoon Hyung mengamuk ke?"Soal G.O.SeungHo menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Aku tahu wei...Cuma sekarang ni dah nak dekat 2 jam dia pusing pusing satu shopping complex ni.Tapi satu baju pun dia tak berkenan.Mati aku macam ni.Dahlah aku memang pakai tutup habis..sebab tak nak kena serbu dengan fans punya pasal,"kata SeungHo.Kedengaran G.O ketawa.

"Nasib kaulah.Siapa suruh kau rahsiakan sangat identiti kau tu dari dia.Apa salahnya kalau dia tahu yang kau ni...SeungHo yang dia puja-puja tu.Kesian dia tahu tak,"kata G.O.SeungHo mengeluh.

"Aku tahu.Tapi...aku cuma tak nak..persahabatan kami terganggu kalau dia tahu aku ni SeungHo MBLAQ dia tu.Aku nak terus berkawan dengan dia sebagai SeungHo macam ni.Bukan SeungHo MBLAQ tu,"kata SeungHo.

"Apa bezanya?"Soal G.O.

"Adalah.Kalau aku cerita kat kau pun,bukannya kau faham,"blas SeungHo.

'Oh...kau nak berlagak dengan aku ekh.Fine..tapi jangan lupa..balik cepat tau.Balik sebelum Ji Hoon Hyung balik,arasso?"Soal G.O,cuba mengingatkan SeungHo.

"Arasso...jumpa nanti,"kata SeungHo,sebelum mematikan panggilan telefonnya itu.Dia kemudiannya melangkah mendekati Ha Ni semula.

"Dah jumpa dah bajunya?"Soal SeungHo.Ha Ni menoleh ke arahnya.

"Saya tak tahulah.Awak rasa baju ni...okey tak dengan saya?"Soal Ha Ni sambil menunjukkan baju blous berwarna biru kepada SeungHo.Kelihatan SeungHo berfikir seketika sambil melihat blaus yang dipegang oleh Ha Ni itu.

"Em...saya rasa blaus merah ni lagi sesuai dengan awak."SeungHo mengambil blaus berwarna merah lalu dipadankan pada tubuh Ha Ni.

"Em...yes.Perfect!"Kata SeungHo sambil mengenyitkan mata kepada Ha Ni.Ha Ni memegang blaus merah yang dipilih oleh SeungHo itu.

"Awak rasa okey ke blaus merah ni dengan saya?"Soal Ha Ni lagi,inginkan kepastian.SeungHo angguk sambil menunjukkan isyarat bagus.Ha Ni tersenyum.

"Gomawo,SeungHo yah.."Ucap Ha Ni,gembira.SeungHo kemudiannya melihat jam tangannya.

"Em..Ha Ni..saya rasa saya kena pergi dululah.Saya ada hal kejap ni,"kata SeungHo.

'Awak ada hal apa?"Soal Ha Ni.

"Em...saya ada hal dengan adik saya.Dah janji dengan dia nak jumpa pukul 5 nanti,"kata SeungHo.

"Oh yeke?Em...okeylah macam tu.Awak pergilah.Saya boleh balik sendiri,"kata Ha Ni.

"Awak okey ekh balik seorang?'Soal SeungHo,bimbang.

"Okey je.Jangan risaulah,"kata Ha Ni.SeungHo kemudiannya beredar dari situ namun ditolehnya ke arah Ha Ni untuk seketika.

"Ha Ni." Ha Ni memandang ke arah SeungHo apabila terdengar namanya dipanggil.

"SeungHo mesti suka dengan baju awak tu,"kata SeungHo,sambil tersenyum.Ha Ni tersenyum lebar sambil anggul.SeungHo kemudiannya beredar dari situ.

************************

SeungHo bergegas masuk ke dalam bilik latihan MBLAQ sambil diperhatikan oleh G.O,Lee Joon.Cheondung dan Mir.

"Ok.Jom kita start practice,"kata SeungHo,sambil menanggalkan hoodienya.

"Yang Seung Ho!!!" SeungHo terkejut apabila terdengar namanya dipanggil dengan kuat sekali.Dia menoleh ke belakang dan terkejut apabila melihat Jeong Ji Hoon sedang berada tidak jauh darinya.

"Hyung."SeungHo menundukkan sedikit badannya.

"Awak pergi mana?Awak lambat 15 minit tahu tak?"Soal Ji Hoon,tegas.

"Minta maaf,Hyung.Saya ada hal tadi.Saya janji saya takkan lambat lagi,"kata SeungHo,rasa bersalah.Ji Hoon melepaskan nafas panjang sebelum membuat isyarat kepada G.O,Lee Joon,Cheondung dan Mir untuk berdiri di sebelah SeungHo.Mereka segera menurut arahan daripada Ji Hoon.Ji Hoon kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya.Ji Hoon kemudiannya menunjukkan wang kertas bernilai $50.

"Awak nak duit ni?"Soal Ji Hoon.

"Ya."Serentak MBLAQ menjawabnya.Ji Hoon kemudiannya meronyokkan wang kertas itu di hadapan mereka.

"Awak nak duit ni?"Sekali lagi,dia menyoal anak-anak muridnya itu.MBLAQ memandang antara satu sama lain.

"Ya."

Ji Hoon kemudiannya membaling wang kertas yang sudah dironyok itu ke atas lantai.

"Awak nak duit ni?"Soalnya lagi.

"Ya."

Kali ini,Ji Hoon memijak duit itu pula.

"Awak nak duit ini?"Soalnya lagi.

"Ya."

Ji Hoon kemudiannya mengambil semula duit itu sebelum membetulkan kembali duit yang dironyoknya sebentar tadi.Dia memandang ke arah MBLAQ.

"Walaupun duit ini dironyok ataupun dipijak...nilainya tetap sama."Katanya.MBLAQ sekadar mendengar dengan penuh teliti.

"Begitu juga dengan manusia.Manusia tak semestinya akan sentiasa megah di atas.Adakalanya kita akan berada di bawah.Tetapi walau bagaimanapun kita berada...nilai kita tetap sama.Begitu juga dengan MBLAQ.Kali ni...awak semua mungkin sudah berjaya berada di atas..tapi jangan lupa..mungkin suatu hari nanti,awak mungkin akan berada di bawah.Apa yang penting,awak mesti sentiasa berusaha dan jangan lupa diri.Disiplin itu penting.Faham?"Soal Ji Hoon.

"Faham!"jwab MBLAQ dengan penuh semangat.Ji Hoon mengukir senyuman ke arah mereka.

"Bagus.Teruskan berlatih,"kata Ji Hoon sebelum melangkah keluar dari bilik latihan itu.Sebaik sahaja Ji Hoon sudah keluar dari bilik itu,mereka melepaskan nafas lega.

"Nasib baik.Aku ingatkan dia nak marah kita tadi,"kata Lee Joon,sambil mengipas singlet hitamnya itu.

"Miane.Kalau aku tak lambat tadi,mungkin tak adalah kita kena dengar ceramah Ji Hoon Hyung tadi,"kata SeungHo.G.O tersenyum.

"Relakslah.Macamlah kita tak biasakan,"kata G.O.

"So..macam mana kau boleh lepas dari Ha Ni tadi?'Soal G.O,ingin tahu.

"Macam biasalah.Adik lelaki aku..jadi bahan,"kata SeungHo.Mereka semua ketawa mendengar jawapan SeungHo itu.

"Hyung,sampai bila nak berahsia dengan dia?Hyung tak boleh nak rahsiakan benda ni sampai bila-bila tahu tak?"Soal Cheondung.Mir angguk,bersetuju dengan kata-kata SeungHo itu.

"Tengoklah dulu macam mana,"kata SeungHo.

"Dah jom kita practice,"ajak SeungHo.

"Okey!"

 

To be continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shiningdorks #1
This seems nice, I'll be waiting for you to update it ^^