You're My+ Chapter 4

You're My+

"Ha Ni!Seung Ho dah tunggu kamu dekat bawah ni!"Ha Ni segera menuruni anak tangga menuju ke pintu rumahnya apabila terdengar panggilan ibunya itu.Kelihatan SeungHo yang bertopi dan bercermin mata itu sedang menunggunya di luar.

"SeungHo!"Ha Ni memanggil mesra nama lelaki itu.SeungHo tersenyum ke arahnya sambil mengangkat sedikit tangan kanannya.

"Wah,seronoknya nampak?Ada apa-apa ke?"Soal SeungHo,ingin tahu.Ha Ni tersenyum lebar.

"Awak tak perasan apa-apa yang lain ke dekat saya hari ni,SeungHo?"Soal Ha Ni.SeungHo memerhatikan penampilan Ha Ni.Dahinya berkerut sedikit.Dia kemudiannya tersenyum sambil mengusap lembut rambut Ha Ni yang sedikit kerinting pada bahagian hujung rambut itu.

"Wah,tak pernah saya tengok awak cuba stail rambut macam ni,Ha Ni,"kata SeungHo.Ha Ni tersenyum malu.

"So,macam mana?Okey tak dengan saya?"Soal Ha Ni,ingin tahu.SeungHo angguk.

"Kalau awak suka,mesti SeungHo oppa pun suka kan?Eeee...tak sabarnya nak jumpa dengan SeungHo oppa esok!"Ha Ni begitu teruja untuk menghadapi hari esok.SeungHo tersenyum nipis.Perlahan-lahan,dia mencapai tangan Ha Ni,sebelum dibawanya ke suatu tempat.Ha Ni memandang pelik ke arah SeungHo.

"Eh,kita nak pergi mana ni?"Soal Ha Ni.SeungHo tidak memandang ke arahnya.

"Kolej,"jawab SeungHo,pendek.

"Hah?"

*****************************

"La...awak nak main piano rupanya.Kenapa tak main kat rumah awak je,SeungHo?"Soal Ha Ni,sambil tertawa kecil.SeungHo sekadar tersenyum sambil memberi ruang untuk Ha Ni duduk di sebelahnya.Ha Ni sekadar menurut.Dia menoleh ke arah SeungHo.Begitu juga dengan SeungHo.Dia kemudiannya cuba menekan butang-butang piano itu,namun lagu yang dimainkannya itu kedengaran sumbang.SeungHo tertawa mendengar lagu yang dimainkan Ha Ni yang kedengaran sumbang itu.Ha Ni mencebik.

"Cara awak main ni langsung tak berubahlah,Ha Ni,"kata SeungHo,masih lagi dengan tawanya yang bersisa itu.Ha Ni memandang tajam ke arah SeungHo.SeungHo kemudiannya meletakkan tangan Ha Ni di atas tangannya,sambil memandang ke arah Ha Ni dengan pandangan yang sukar diertikan oleh Ha Ni sendiri.Entah mengapa Ha Ni berasa malu , lalu dia menundukkan wajahnya ,enggan mahu terus memandang ke arah SeungHo.

"Kita main macam biasa,okey?"Kata SeungHo,sambil mula memainkan lagunya.Ha Ni tersenyum apabila terkenangkan kembali detik pertemuan mereka 13 tahun yang lalu.

"SeungHo oppa..." SeungHo berhenti daripada terus memainkan piano itu.

"Cara awak main piano ni...tak ubah macam SeungHo oppa main..."kata Ha Ni.SeungHo masih tidak menoleh ke arah Ha Ni.Dia sekadar mendengar kata-kata Ha Ni itu.

"Saya tak pernah panggil awak oppa kan?Padahal...awak lagi tua daripada saya,"kata Ha Ni lagi.Ha Ni menoleh ke arah SeungHo.

"Kalau saya nak panggil awak...SeungHo oppa...boleh?"Soal Ha Ni.Muka SeungHo berubah merah.SeungHo oppa?Ha Ni tertawa kecil.

"Malulah tu,"kata Ha Ni,mengusik SeungHo.SeungHo tersenyum.Dia menoleh ke arah Ha Ni.

"Ha Ni ah...kenapa awak suka dengan SeungHo...MBLAQ?"Soal SeungHo.Ha Ni memandang ke arah SeungHo.Mengapa pula SeungHo bertanyakan soalan itu secara tiba-tiba?Ha Ni mengalihkan pandangannya ke arah piano.

"Macam mana nak mainkan lagu Sad Memories yang SeungHo oppa selalu mainkan tu ye?"soal Ha Ni,sengaja menukar tajuk perbualan.

"Nan neon chowahae." Ha Ni terpana sebaik sahaja mendengar kata-kata SeungHo itu.Perlahan-lahan,tangannya itu dicapai oleh SeungHo.Ha Ni memandang ke arah SeungHo.

"Saya sukakan awak sejak dari pertama kali saya jumpa awak,Ha Ni,"kata SeungHo.Ha Ni masih lagi kelu untuk berkata-kata.Dia masih lagi terkejut dengan pengakuan SeungHo itu.SeungHo tersenyum ke arahnya.

"Saya tak peduli kalau awak lebih sukakan SeungHo MBLAQ daripada saya.Sebab saya faham.Dia mempunyai banyak kelebihan daripada saya.Tapi...apa yang penting...saya betul-betul sukakan awak,Ha Ni,"kata SeungHo.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut rambut Ha Ni itu.

"Saya suka dengan rambut awak,Ha Ni.Awak nampak cantik sangat,"puji SeungHo,sambil tersenyum.Dia kemudiannya mendekatkan wajahnya kepada Ha Ni,sebelum dikucupnya lembut pipi Ha Ni itu.

***********************

Ha Ni tidak dapat melelapkan matanya.Puas dia beralih ke kiri dan ke kanan,namun dia masih tidak dapat melelapkan matanya.

"Nan neon chowahae."

Muka Ha Ni berubah merah apabila mengenangkan kembali kata-kata SeungHo siang tadi.Dia menutup wajahnya dengan bantal.

"Kenapa dengan SeungHo tu?Takkan sebab aku cakap aku nak panggil dia oppa...dia cakap dia suka dekat aku kot?"Soalnya sendiri.

"Saya sukakan awak sejak dari pertama kali saya jumpa awak,Ha Ni."

Sekali lagi Ha Ni menutup wajahnya dengan bantal sebelum menjerit.

"Kenapa dia buat aku macam ni?!!!!Malunya!!!!!!!!"Jerit Ha Ni.Dia kemudiannya bangun dari pembaringannya.Dia melihat poster MBLAQ yang dilekatnya pada dinding biliknya itu.Dia menggenggam tangannya.

"Tak apa.Aku yakin aku dapat lupakan semua ni kalau aku dah jumpa dengan SeungHo oppa nanti.Ha Ni hwaiting!!!"

Ha Ni mengalihkan pandangannya daripada poster MBLAQ itu apabila dia terdengar sesuatu dari luar rumahnya.Perlahan-lahan dia berjalan ke arah tingkap biliknya.Kelihatan SeungHo sedang bercakap melalui telefon bimbitnya sambil berjalan menuju ke keretanya yang terparkir di luar rumahnya itu.Entah apa yang dibualkan oleh SeungHo itu pun,langsung tidak dapat didengarnya.SeungHo kemudiannya menaiki keretanya sebelum dipandunya kereta itu menuju ke suatu tempat.

"Ke mana pula SeungHo nak pergi malam-malam ni ya?"Soal Ha Ni.

*************************

Keesokan harinya...

 

Ha Ni menekan loceng rumah Seung Ho,dengan niat mahu berjumpa dengan lelaki itu sebelum dia pergi ke MBLAQ fanmeeting yang akan diadakan tidak lama lagi.Ha Ni mengukir senyuman manis apabila melihat ibu SeungHo muncul di muka pintu.

"Selamat pagi,ahjumma,"ucap Ha Ni,penuh rasa hormat.

"Eh,Ha Ni.Selamat pagi.Ada apa datang rumah ni?Nak cari SeungHo ke?'Soal Puan Yang,mesra.Ha Ni tersenyum sambil angguk.

"Saya nak jumpa dengan SeungHo.Dia ada tak kat dalam?"Soal Ha Ni,ingin tahu.

"Oh...dia tak adalah,Ha Ni.Dia ada hal sikit harini.Dia tak beritahu Ha Ni ke?"Soal Puan Yang,sambil tersenyum dengan makna yang tersirat.

"Oh yeke?Em...tak apalah macam tu.Nanti saya call dia.Terima kasih,ahjumma.Maaf ganggu,"kata Ha Ni.

"Ha Ni bersiap cantik-cantik ni...nak pergi mana?"Soal Puan Yang,ingin tahu.Ha Ni tersenyum.

"Em..saya nak pergi MBLAQ Fanmeeting.Saya dah ajak SeungHo haritu,tapi dia tak nak pergi,"kata Ha Ni.Puan Yang tersenyum lagi.

"Dia memang tak dapat nak ikut Ha Ni hari ni.Sebab dia ada hal.Ahjumma tanya dia pun..dia tak nak jawab,"kata Puan Yang.

"Em..tak apalah.Kalau macam tu,saya pergi dulu ya,ahjumma,"kata Ha Ni,sambil menundukkan sedikit tubuhnya.Dia kemudiannya beredar dari situ.Puan Yang menggeleng.

"Haih~sampai bilalah si SeungHo ni nak berahsia dengan Ha Ni tu?"Soalnya.

*********************

Ha Ni menunggu di luar dewan besar itu bersama-sama A+ yang lain.Dia melepaskan nafas panjang sambil melihat jam tangannya.Ada lagi 2 jam sebelum MBLAQ fanmeeting bermula.Ha Ni kemudiannya melihat hadiah yang disimpannya di dalam beg kertas itu.Dia ingin memberikan hadiah itu kepada SeungHo ketika berlangsungnya fanmeeting itu nanti.Ha Ni tersenyum lebar.Sungguh dia tidak sabar untuk bertemu dengan SeungHo sebentar lagi.

"Saya tak peduli kalau awak lebih sukakan SeungHo MBLAQ daripada saya.Sebab saya faham.Dia mempunyai lebih banyak kelebihan daripada saya."

Kata-kata SeungHo itu masih lagi terngiang-ngiang dalam fikirannya.Wajah Ha Ni berubah muram tiba-tiba.Adakah SeungHo berkecil hati dengannya kerana dia lebih menumpukan perhatiannya terhadap SeungHo MBLAQ daripada SeungHo yang sudah lama dikenalinya sejak dari kecil itu?Ha Ni buntu.Sudah berkali-kali dia cuba menghubungi lelaki itu,namun tiada satu panggilannya pun dijawab oleh lelaki itu.Sibuk sangatkah?

Perhatian Ha Ni kemudiannya beralih kepada kelibat seseorang yang dikenalinya sedang berjalan menuju ke suatu tempat.Kelihatan lelaki itu sedang cuba menyembunyikan dirinya daripada dilihat oleh peminat-peminat yang berada di situ.

"Tu...SeungHo ke?"Soal Ha Ni,sendiri.Dia kemudiannya cuba mengekori lelaki itu tanpa lelaki itu sedari.Kelihatan lelaki itu sedang menuju ke suatu bilik yang agak tersorok itu.

"MBLAQ"

"MBLAQ?Ni bilik MBLAQ ke?Apa yang SeungHo buat kat sini?Bukan dia kata dia ada hal lain ke hari ni?"Soal Ha Ni.Dia tidak faham dengan situasi yang sedang berlaku itu.Perlahan-lahan,dia melangkah menuju ke arah bilik itu.Jantungnya berdebar-debar.Dia menelan air liurnya.Dia kemudiannya memusing tombol pintu itu secara perlahan-lahan...

 

 

To be continued....

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shiningdorks #1
This seems nice, I'll be waiting for you to update it ^^