You're My+

Description

"Hey Girl

You're my sunshine

and 

My little princess

and

I wish

That I could be with you...

Forever..."

 

MBLAQ You're My+

 

Foreword

 

Aku sudah dapat menjangkakan semua ini akan berlaku.Walau seawal mana pun aku cuba untuk sampai ke sini...usahaku ini bagaikan tidak bermakna sama sekali.Tapi...tidak mengapalah...sekurang-kurangnya aku masih lagi berdiri tidak jauh dari tempat di mana bintang-bintangku bakal bersinar.Aku menanti kehadiran mereka dengan penuh sabar.

Sabar?

Ah!!!!Cepatlah oppa!!!!Ha Ni tak sabar sangat nak jumpa dengan oppa-oppa ni!!!!

Kali ini...

aku mesti sampaikan sesuatu yang sudah lama aku ingin sampaikan kepada satu-satunya idola di hatiku...

SEUNGHO OPPA...

Alangkah bahagianya sekiranya SeungHo oppa mengetahui betapa dalamnya perasaanku terhadapnya...

Aku begitu menggagumi bakatnya...

Bagiku...

Dia seorang yang sangat sempurna...SANGAT SEMPURNA!

 

"OPPA!!!!!!!"

Aku mula menjerit apabila melihat kehadiran sebuah van hitam yang besar sedang menuju ke arah kami yang setia menunggu kehadiran idola kesayangan kami itu.Kini,tibalah saat yang dinantikan.Jantungku bagaikan berhenti berdegup apabila melihat MBLAQ yang baru sahaja melangkah keluar dari van itu.Kakiku bagaikan terkunci di situ apabila melihat lelaki idamanku,SeungHo oppa  sedang berada tidak jauh dari tempatku berdiri.Entah mengapa,bagaikan ada satu kuasa yang menolakku ke hadapan sehingga tubuhku terlanggar SeungHo oppa.SeungHo oppa memandangku,seolah-olah terkejut dengan tindakanku itu.Mukaku berubah merah,malu dengan kelakuanku sendiri.Dengan pantas,aku segera menghulurkan hadiahku kepadanya sambil menundukkan wajahku.Jantungku berdegup kencang apabila melihat tangannya memegang hadiahku itu.

"Terima kasih."

Aku tersenyum lebar sebaik sahaja mendengar ucapan terima kasihnya.Perlahan-lahan,aku mendongak untuk melihat wajahnya.Namun,bukan wajah SeungHo oppa yang muncul pada pandanganku itu tetapi....

"Yah... bangunlah.Awak nak tidur sampai bila ni?"Perlahan-lahan aku membuka mataku.Kelihatan samar-samar wajah seorang lelaki .

"SeungHo oppa?"Soalku.

"Apa SeungHo-SeungHo oppa ni?Bangunlah.Kita dalam kelas ni,"kata lelaki itu.Aku cuba membuka mataku luas-luas.Kelihatan wajah kawan sekelasku,SeungHo di hadapan mataku.Ya...namanya SeungHo.Serupa dengan nama bintang hatiku,SeungHo oppa dari MBLAQ.

"Kacaulah awak ni...saya baru je jumpa dengan SeungHo oppa tadi tahu tak?"Marahku.

"Saya pun SeungHo juga.Awak tak puas lagi ke duduk sebelah saya ni?"Kata SeungHo yang bercermin mata itu.Aku mencebik ke arahnya.

"Tak!Awak tak macam SeungHo oppa saya,"kataku.Kelihatan SeungHo tertawa kecil.

"Yelah yelah...nanti saya suruh SeungHo oppa awak tu jumpa dengan awak.Awak punya angau ni dah parah sangat.Takut saya tengok awak ni,"kata SeungHo.

"Yah!"Aku memukul belakangnya.Kedengaran lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Eee...kalau SeungHo oppa awak tu tau awak ni kasar macam lelaki,confirm dia reject!Padan muka!"Kata SeungHo.

"Yah!"Kedengaran lelaki itu ketawa,begitu seronok mengenakan aku.Jagalah...awak SeungHo!

 

 

-Ha Ni (21 tahun)

 

Comments

You must be logged in to comment
shiningdorks #1
This seems nice, I'll be waiting for you to update it ^^