[FINAL] You're My+ Chapter 5

You're My+

Perlahan-lahan,Ha Ni memulas tombol pintu bilik yang tertera perkataan MBLAQ itu.Jantungnya berdegup kencang.Pintu itu ditolaknya secara perlahan.Dan kemudian....

.................................

Ha Ni terkejut apabila terdengar bunyi sorakan peminat-peminat lain yang begitu kuat sekali.Ha Ni mengesat matanya.Sekali lagi,dia melihat jam tangannya.Ada lagi 1 jam sebelum mereka dibenarkan masuk ke dalam dewan besar itu untuk bertemu dengan bintang-bintang pujaan mereka.Ha Ni tersenyum malu.Entah bagaimana dia boleh terlelap seketika sepanjang penantiannya untuk bertemu dengan idola kesayangannya itu.Mungkin dia berasa letih menunggu di situ.

"Kelakarlah..siap boleh mimpi nampak SeungHo masuk bilik MBLAQ lagi.Buang tebiat ke apa aku ni."Hatinya berbisik sendiri sambil tersenyum malu.Ha Ni kemudiannya membetulkan sedikit rambutnya yang panjang itu.Kali ini,dia kembali bersemangat dan tidak sabar untuk bertemu dengan bintang pujaannya itu,MBLAQ SEUNGHO.

***********************

SeungHo menarik nafas panjang sebelum menghembuskannya perlahan-lahan.G.O pula lebih selesa duduk di suatu sudut sambil mendengar pemain iPodnya.Manakala Lee Joon masih menanti rambutnya untuk siap digayakan oleh penggaya rambut.Begitu juga dengan Cheondung dan Mir.Mir menoleh seketika ke arah SeungHo yang kelihatan gelisah itu.

"SeungHo hyung tu kenapa?Resah semacam je,"soal Mir.

"Macam manalah dia tak resah.Hari ni kan Ha Ni datang sebab nak tengok dia,"kata Cheondung sambil menekan sesuatu pada telefon bimbitnya.Mir tersenyum.

"SeungHo hyung!"SeungHo menoleh ke arah Mir apabila terdengar namanya dipanggil.

"Apa kata kalau hyung jemput Ha Ni naik atas pentas lepas tu nyanyikan satu lagu khas untuk dia nanti?"Cadang Mir.G.O,Lee Joon dan Cheondung sekadar tersenyum mendengar cadangan daripada maknae itu.

"Ish..tak naklah..kalau Ha Ni dapat tahu pasal identiti Hyung macam mana?"Soal SeungHo.

"Aku rasa tak salah pun kalau dia tahu.Sampai bila lagi kau nak berahsia dengan dia?"G.O pula bersuara.SeungHo sekadar membisu.Perlahan-lahan,G.O mendekati ke arahnya sebelum meletakkan tangan kananya atas bahu kanan SeungHo.G.O tersenyum sambil menoleh ke arah SeungHo.

"Aku yakin...persahabatan kau dengan Ha Ni takkan tergugat sedikit pun kalau dia tahu yang bintang pujaan dia selama ni...rupanya adalah kawan yang sentiasa berada di sisi dia selama ni,"kata G.O.SeungHo menoleh ke arahnya.

"SeungHo Hyung,hwaiting!"SeungHo tersenyum apabila mendengar sorakan rakan-rakan MBLAQnya itu.

"Hwaiting!"Balas SeungHo.

********************

http://www.youtube.com/watch?v=Crsc-lwPLd8

Sorakan A+ bergema di seluruh dewan  apabila persembahan MBLAQ bermula.Ha Ni berasa begitu teruja apabila melihat bintang-bintang pujaannya sedang berada di hadapan matanya.

"SeungHo oppa!!!" Jerit Ha Ni apabila melihat SeungHo yang sedang berada di tengah pentas itu.Langkah tariannya begitu menggagumkan.

"Lee Joon!!!!"Kedengaran sorakan A+ yang lain apabila Lee Joon membuka sedikit pakaiannya semasa melakukan persembahan."Lee Joon oppa!!!"

"G.O oppa!!!"

"Cheondung oppa!!!"

"Mireu oppa!!!"

Ha Ni benar-benar berasa terhibur sepanjang menonton persembahan LIVE dari MBLAQ untuk pertama kalinya.Matanya tidak sekali pun terlepas daripada memandang ke arah SeungHo.Mereka turut bernyanyi bersama MBLAQ sehingga lagu yang dipersembahkan MBLAQ itu tamat.

"Annyeonghaseyo!Kami MBLAQ!"

Sekali lagi kedengaran sorakan A+ yang begitu kuat sekali sebaik sahaja MBLAQ memperkenalkan diri mereka.

"Annyeonghaseyo,saya Cheondung!" Cheondung memperkenalkan dirinya sambil melambai ke arah A+ yang sedang berada di hadapan pentas itu.

"Annyeonghaseyo,saya Lee Joon!"Lee Joon mengenyitkan matanya ke arah A+ membuatkan A+ menjadi tidak keruan dengan aksi comelnya itu.

"Annyeonghaseyo,saya G.O!"G.O melambai ke arah A+ sambil mengukir senyuman menawannya itu.

"Saya Mireu!!!!!"Jerit Mir,sekuat hatinya.

"Annyeonghaseyo.Saya SeungHo!"SeungHo melambai ke arah A+ sambil tersenyum.

"SeungHo oppa!!!!"Jerit Ha Ni,teruja.

SeungHo cuba mencari-cari kelibat Ha Ni yang berada dalam kalangan peminatnya yang ramai itu. Tidak lama selepas itu,bibirnya menguntum senyuman gembira apabila matanya dapat menangkap kelibat Ha Ni yang turut sedang memandang ke arahnya itu.

Ha Ni yang menyedari pandangan SeungHo ke arahnya,berasa terkejut.Entah mengapa,tiba-tiba jantungnya berdegup dengan pantas.Apatah lagi apabila melihat SeungHo sedang tersenyum ke arahnya.

"SeungHo oppa...pandang aku ke tadi?'Soal hatinya,tidak percaya.Ha Ni kemudiannya mengukir senyuman bahagia.Jauh di sudut hati,dia masih belum boleh percaya bahawa dia kini sedang berada di suatu tempat yang sama di mana SeungHo MBLAQ berada.

"Saya faham kalau awak lebih sukakan MBLAQ SeungHo.Sebab dia mempunyai lebih banyak kelebihan daripada saya."

Tiba-tiba,dia teringatkan SeungHo.Dia melihat telefon bimbitnya,dengan harapan ada panggilan daripada lelaki itu.Namun,Ha Ni hampa.Dia langsung tidak dapat menghubungi lelaki itu.Entah ke mana lelaki itu pergi pun,langsung tidak diketahuinya.

"Kenapa tiba-tiba aku teringatkan SeungHo?"Ha Ni memandang ke arah SeungHo yang sedang berada di atas pentas itu.Kelihatan SeungHo sedang rancak berinteraksi dengan rakan-rakan MBLAQnya itu.

"Sepatutnya aku berasa gembira sebab impian aku untuk berjumpa dengan SeungHo MBLAQ dah tercapai.Tapi..."

"Saya sukakan awak sejak kali pertama saya berjumpa dengan awak,Ha Ni."

Ha Ni menggeleng-geleng kepalanya,cuba melupakan kata-kata SeungHo yang kembali menerjah ke dalam fikirannya itu.

***************************

"Baiklah...seterusnya SeungHo akan mempersembahkan sebuah persembahan yang istimewa untuk semua A+ kami yang kami sayangi."Kata-kata Lee Joon itu mendapat tepukan gemuruh dan sorakan daripada A+ yang berada di dalam dewan itu.SeungHo kemudiannya mengambil tempatnya.

"Lagu ini...saya tujukan khas kepada seseorang..."

Ha Ni memandang ke arah SeungHo.Begitu juga dengan SeungHo.SeungHo kemudiannya mengukir senyuman manis ke arahnya.

"Kepada seseorang yang begitu bermakna dalam hidup saya."

SeungHo kemudiannya mula memainkan lagunya menerusi pianonya itu.

 

"Hebatlah awak main piano tadi.Saya suka dengar."

"Em..terima kasih.Tapi...awak ni siapa?"

"Saya Ha Ni.Saya baru saja pindah ke sini."

"Saya SeungHo."

 

Air mata Ha Ni mengalir sebaik sahaja mendengar lagu yang dimainkan oleh SeungHo itu.Lagu itulah yang menjadi titik pertemuan antara dirinya dengan SeungHo.Dan lagu itulah...yang sering dimainkan oleh SeungHo ketika mereka menghabiskan waktu bersama.Dan...hanya dia dan SeungHo sahajalah yang mengetahui lagu tersebut.Hanya mereka berdua!

 

"Ala...jomlah ikut saya pergi MBLAQ fanmeeting,SeungHo..."

"Saya bukan tak nak ikut awak,Ha Ni.Tapi,saya betul-betul ada hal lain minggu depan.Saya mungkin tak dapat nak ikut awak pergi jumpa dengan SeungHo awak tu."

 

 

"Saya nak tanya satu soalan dekat awak,Ha Ni."

"Awak nak tanya apa?"

"Antara saya dengan MBLAQ SeungHo,awak suka siapa lagi?"

 

 

Ha Ni mengesat air matanya.Akhirnya dia faham.Selama ini...MBLAQ SeungHo yang sering dipujanya itu adalah sahabatnya yang sudah lama dikenalinya sejak dari kecil lagi.Ha Ni kemudiannya melangkah keluar daripada dewan itu dengan hati yang terluka.

"Miane!"

Langkah Ha Ni terhenti.Suasana dewan itu menjadi sepi secara tiba-tiba.

"Jeongmal miane...Ha Ni..."

Ha Ni terkejut apabila namanya disebut oleh SeungHo.Perlahan-lahan,dia menoleh ke belakang.Kelihatan SeungHo sedang berdiri di atas pentas sambil memandang tepat ke arahnya.

"Saya tahu...salah saya sebab rahsiakan mengenai perkara ni.Tapi saya buat semua tu sebab..."

Ha Ni memandang ke arah SeungHo,menanti penjelasan daripada lelaki itu.

"Sebab saya takut...saya akan kehilangan awak,Ha Ni."

Ha Ni terkejut sebaik sahaja mendengar kata-kata SeungHo itu.

"Saya takut kesibukan saya bersama MBLAQ akan membuatkan awak berasa jauh dengan saya.Saya nak..biarlah saya rahsiakan identiti saya sebagai MBLAQ SeungHo daripada awak...asalkan saya sentiasa boleh berada di sisi awak.Saya sentiasa boleh memainkan lagu-lagu kesukaan awak dengan piano saya.Dan apa yang paling penting...saya sentiasa boleh melihat awak sepanjang hidup saya,Ha Ni,"kata SeungHo.Air mata Ha Ni mengalir mendengar kata-kata SeungHo yang begitu mendalam maksudnya itu.SeungHo kemudiannya berjalan ke arahnya.Ahli-ahli MBLAQ yang lain termasuk semua yang berada di situ sekadar memandang ke arah mereka berdua.Kali ini,SeungHo berdiri betul-betul di hadapan Ha Ni.Ha Ni pula masih menundukkan wajahnya sambil menangis.SeungHo mengangkat dagu Ha Ni secara perlahan,membuatkan Ha Ni memandang tepat ke arah anak matanya.

"Miane,Ha Ni.Saya buat macam ni...sebab saya sayangkan awak,"kata SeungHo.Semua yang berada di situ berasa terkejut dengan pengakuan SeungHo kepada Ha Ni itu.Tetapi tidak bagi G.O,Lee Joon,Cheondung dan Mir.Mereka tersenyum bahagia apabila melihat keberanian SeungHo meluahkan perasaannya yang dipendam selama ini kepada Ha Ni di khalayak ramai.

"SeungHo Hyung dah ada skandal,"kata Mir,bergurau.Mereka yang lain ketawa mendengar gurauan Mir itu.

"Babo!"Kata Ha Ni,sambil mengesat air matanya itu.SeungHo tertawa kecil.Ha Ni memandang ke arah SeungHo.

"Saya kan kasar macam lelaki.Kenapa SeungHo oppa sayang dekat saya pula?"Soal Ha Ni.SeungHo mengusap lembut rambut Ha Ni itu.

"Oppa...sayang Ha Ni..sebab Ha Ni adalah Ha Ni yang oppa kenal 13 tahun yang lalu.Ha Ni yang tak pernah sekali pun berubah selama 13 tahun kita kenal.Biarlah Ha Ni ni kasar ke..nakal ke..yang penting..Ha Ni tetap cantik dan baik pada mata oppa."Ha Ni tersenyum malu mendengar kata-kata SeungHo itu.SeungHo kemudiannya menarik Ha Ni ke dalam pangkuannya.Ha Ni terkejut dengan tindakan SeungHo itu.

"Saranghae..."

Semua yang berada di situ bersorak sebaik sahaja mendengar kata-kata SeungHo itu.SeungHo tersenyum lebar.Ha Ni pula berasa malu.Mukanya berubah merah.

 

Hey Girl your my sunshine
And My little princess... and I wish I... ha... 
I wish that I could be with you... forever

Neoneun naui Sugar (sugar) naman balaboneun geol
Pretty baby my girl (neoneun naui ma love)
Naemam neodo aljanh-a neowa naha na janh-a naemam heundeuneungeol

 

SeungHo kemudiannya naik semula ke atas pentas sambil menarik tangan Ha Ni.Ha Ni sekadar mengikutnya sambil tersenyum.SeungHo memandang ke arah Ha Ni sebaik sahaja mereka sudah berada di atas pentas.



You know I (I love you) you & I (I need you)
Ijeseoya nege gobaeg hal kkeoya
You know I (I love you) you & I (I need you)
Niga nae eokkaee gidael su-issge

When I fall in love love oh baby love love
Nan neoleul joh-ahandan mal-ya
When I fall in love love so many love love
Nan nisalang-i pil-yohae nuga mwo laedoi (say I love you girl)

Naneun neoui Sweety (sweety) naegen neomu yeppeun neo
Ojig neoman boyeo (neoneun naui ma love)
Jigeum naege dagawa nal an-wajwo niga neomu joh-aseo naegen
Neomu sojung hangeol

Oh listen to my boo uh uh fall in love baby
1015 ij-ji moshal geuttaeui sojunghan nal-eul gieoghae? naman-ui you're my +
Negaiss-eo haengboghae geujeo us-eum-i meomchujil anh-a
Neoui pyeonji hana-e usgoissneun naleulbwa eonje seulpeossna nunmul ttug geuchyeo now
Naneun saeng-gaghae bammada sinkke gidohae you&I neowana jeosesang kkeutkkaji

When I fall in love love oh baby love love
Nan neoleul joh-ahandan mal-ya
When I fall in love love so many love love
Nan nisalang-i pil-yohae nuga mwo laedoi (say I love you girl)

Baby U oh baby U
Baby you&you neoman salang handan yagsog neoleul naemam sog-e gyesog dam-a dulgeoya
Baby U oh baby U
Baby you&you mallo pyohyeonhal su eobs-eo nae simjang-i ganeundelo malhae Say I love you

When I fall in love love oh baby love love
Nan neoleul joh-ahandan mal-ya
When I fall in love love so many love love
Nan nisalang-i pil-yohae jigeum isungan (when I fall in love)

Baby U oh baby U
Baby yo my girl neoneun naega jikyeo julge oneulbuteo neoneun naui Sweety angel
Baby U oh baby U
Baby you're my girl ne jeonbuleul geol-eo naege ije neoman bala bolge Fall in love

******************************

Ha Ni dan SeungHo merenung ke arah langit malam yang indah itu.MBLAQ fanmeeting itu baru sahaja berakhir dan kini Ha Ni sedang bersama dengan MBLAQ SeungHo yang  juga merupakan teman rapatnya sejak kecil itu.SeungHo memandang ke arah Ha Ni yang berada di sebelahnya itu.Pipi gebu Ha Ni itu disentuhnya lembut.Ha Ni menoleh ke arahnya.

"Oppa..."Ha Ni bersuara.

"Hm?"SeungHo menanti apa yang Ha Ni ingin katakan itu.

"Tak apa ke kalau peminat oppa tahu yang oppa..."

"Yang oppa dan ada Ha Ni?"Soal SeungHo,memotong kata-kata Ha Ni.Ha Ni tidak segera membalas.Dia keliru sama ada mahu mengiyakan atau menidakkan kata-kata SeungHo itu.SeungHo tersenyum.

"Mereka mesti faham.Lagipun...tak salahkan kalau oppa nak bercinta dengan kawan oppa sendiri?"Soal SeungHo.Ha Ni tersenyum.SeungHo kemudiannya memaut bahu Ha Ni,untuk bersandar pada tubuhnya.

"Mulai hari ni,Oppa adalah milik Ha Ni.Ha Ni jangan risau,"kata SeungHo.Ha Ni tertawa kecil apabila mendengar kata-kata SeungHo itu.

"Lepas ni...Ha Ni kenalah tahan dari jealous kan kalau tengok oppa menari dengan perempuan lain nanti,"balas Ha Ni.

"Ya.Itulah yang Ha Ni kena belajar kalau nak jadi girlfriend oppa,"kata SeungHo.Ha Ni tersenyum.

"Oppa..."

"Ya?"

"Antara SeungHo oppa...dengan MBLAQ SeungHo...Ha Ni lebih sayangkan SeungHo yang  Ha Ni kenal 13 tahun yang lalu."Kata Ha Ni.SeungHo tersenyum mendengar jawapan Ha Ni kepada soalannya itu.

"Sebab?"Soal SeungHo.

"Sebab SeungHo oppa sentiasa bersama dengan Ha Ni selama ni,"kata Ha Ni sambil tersenyum.

"Tapi..Ha Ni sayang tak kat oppa kalau oppa jadi MBLAQ SeungHo?"soal SeungHo lagi.Kelihatan Ha Ni berfikir untuk seketika.SeungHo menanti jawapan Ha Ni.Ha Ni memandang ke arahnya.Ha Ni kemudiannya tersenyum sebelum menghadiahkan kucupan pada pipi SeungHo.SeungHo terkejut dengan kucupan Ha Ni pada pipinya itu.

"Dah...jangan banyak tanya lagi.Jawapan Ha Ni adalah muktamad,"kata Ha Ni.SeungHo kemudiannya tersenyum.

"Ha Ni..."Ha Ni menoleh ke arah SeungHo.

"You're My+."

 

 

~The End~
 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shiningdorks #1
This seems nice, I'll be waiting for you to update it ^^