You're My+ Chapter 3

You're My+

SeungHo meletakkan jaketnya di atas katil sebelum membaringkan dirinya,melepaskan kepenatannya selepas berlatih seharian.Dia menoleh ke arah kalendar di atas meja bersebelahan dengan katilnya itu.Tinggal lagi 3 hari sebelum MBLAQ Fanmeeting diadakan.Perlahan-lahan,dia melepaskan keluhan berat.Ini bermakna,tinggal lagi 3 hari...untuk Ha Ni bertemu dengannya sebagai MBLAQ SeungHo,identiti yang dirahsiakannya selama ini.Bibirnya menguntum senyuman manis apabila mengenangkan Ha Ni,satu-satunya wanita yang sudah lama mendapat tempat di hatinya.

 

Imbas kembali...13 tahun yang lalu...

 

"Bukan macam tu caranya,SeungHo.Cuba awak dengar saya main sekali lagi."Puan Kang menegur cara SeungHo bermain piano.Dia menunjukkan sekali lagi cara yang betul memainkan lagu yang diajarnya itu kepada SeungHo.SeungHo memerhatikannya tanpa beralih sedikit pun.

"Okey.Cuba awak buat sekali lagi.Saya nak tengok,"kata Puan Kang.SeungHo menuruti arahannya.Kali ini,Puan Kang tersenyum puas.Teknik SeungHo bermain piano semakin baik dari hari ke hari.Kepala SeungHo itu diusapnya lembut.

"Bagus,bagus.Macam nilah yang cikgu nak,"puji Puan Kang.SeungHo tersenyum malu,mendengar pujian guru pianonya itu.

*****************

SeungHo terus berlatih bermain pianonya walaupun guru pianonya itu sudah pun beredar hampir 1 jam yang lalu.Dia memainkan lagu-lagunya dengan penuh penghayatan sehinggakan dia tidak sedar bahawa dirinya itu sedang diperhatikan oleh seseorang dari luar tingkap rumahnya.SeungHo terkejut apabila terdengar tepukan dari luar sebaik sahaja dia habis memainkan lagunya.Dia menoleh ke arah tingkap rumahnya.Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum.

"Hebatlah awak main piano tadi.Saya suka dengar,"kata kanak-kanak perempuan itu.SeungHo menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Mungkin dia berasa malu dengan pujian yang diberikan oleh seseorang yang tidak pernah dikenalinya itu.

"Em...terima kasih.Tapi...awak ni siapa?"Soal SeungHo,ingin tahu.

"Saya Ha Ni.Saya baru saja pindah ke sini,"kata kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Ha Ni itu,mesra.SeungHo tersenyum ke arahnya.

"Saya SeungHo,"kata SeungHo,turut memperkenalkan dirinya.Kelihatan Ha Ni tersenyum lebar sebaik sahaja SeungHo memperkenalkan dirinya.

"Awak nak jadi pemain piano ke bila dah besar nanti,SeungHo?Saya suka lah dengar awak main tadi,"kata Ha Ni.Perlahan-lahan,SeungHo angguk sebagai menjawab pertanyaan Ha Ni itu.

"Awak nak dengar saya main lagi?"Soal SeungHo.Laju sahaja Ha Ni mengangguk.SeungHo kemudiannya membukakan pintu untuk Ha Ni.

"Marilah masuk,Ha Ni,"kata SeungHo,menjemput Ha Ni masuk ke dalam rumahnya.Ha Ni tersenyum.SeungHo kemudiannya menghulurkan tangannya kepada Ha Ni.Ha Ni mencapai tangan SeungHo tanpa ragu-ragu.SeungHo menarik lembut tangan Ha Ni,menuju ke arah pianonya.

"Marilah duduk sebelah saya,Ha Ni,"kata SeungHo.Perlahan-lahan,Ha Ni mengambil tempat di sebelah SeungHo.Wajahnya begitu teruja dapat melihat piano dengan lebih dekat.SeungHo yang menyedari riak wajah Ha Ni itu ,tersenyum lebar.

"Kalau awak nak main,mainlah,"kata SeungHo.

"Em,tapi saya tak pandai main piano macam awak,"kata Ha Ni.SeungHo kemudiannya meletakkan tangan Ha Ni di atas tangannya,sebelum memainkan lagunya pada piano itu.Wajah Ha Ni berubah teruja.Dia menoleh ke arah SeungHo.Begitu juga dengan SeungHo.

******************************************

SeungHo tersenyum sebaik sahaja mengenangkan kembali pertemuan pertamanya dengan Ha Ni 13 tahun yang lalu.Waktu itu,Ha Ni kelihatan begitu comel pada pandangan matanya.SeungHo melihat gambar Ha Ni di dalam telefon bimbitnya itu.

"SeungHo oppa!SeungHo oppa!"

"Yang Seung Ho!!!Yah!"

SeungHo tersenyum apabila membayangkan panggilan Ha Ni terhadapnya.

"Kenapa kau tak beritahu saja yang kau ni sebenarnya MBLAQ SeungHo dekat Ha Ni tu?Kan bagus kalau dia tahu.Tak adalah kau perlu berahsia macam ni."

Kata-kata G.O sebelum ini kembali mengganggu fikirannya.Kata-kata G.O itu ada benarnya.Tidak salah sekiranya Ha Ni mengetahui mengenai identitinya sebagai MBLAQ SeungHo.

"Antara saya dengan MBLAQ SeungHo,awak suka siapa lagi?"

"Kenapa awak tanya macam tu,malaslah saya nak jawab."

SeungHo mengeluh.Bagaimana dia mahu menghadapi Ha Ni ketika MBLAQ fanmeeting tidak lama lagi?Perlukah dia memberitahu Ha Ni perkara yang sebenarnya sebelum MBLAQ Fanmeeting itu diadakan?

 

To be continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shiningdorks #1
This seems nice, I'll be waiting for you to update it ^^