You're My+ Chapter 1

You're My+

Ha Ni segera berjalan menuju ke arah SeungHo yang sedang menunggunya di hadapan pintu pagar kolejnya itu.Lelaki itu tersenyum ke arahnya.

"Ada apa yang awak nak cakap dengan saya ni sampai nak suruh saya tunggu awak dekat sini?"Soal SeungHo,ingin tahu.

"Ala awak ni...takkanlah nak tunggu saya pun tak boleh.Selalunya awak memang tunggu saya pun kan kalau saya tak suruh,"kata Ha Ni.

"Saya pelik sebab kali ni awak yang suruh saya tunggu awak kat sini.Ada apa-apa ke?"Soal SeungHo lagi.Ha Ni tersenyum ke arahnya.Dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya sambil menunjukkan sesuatu kepada SeungHo.SeungHo mengambil telefon bimbit Ha Ni itu.

"MBLAQ Fanmeeting?"Soal SeungHo,sambil menoleh ke arah Ha Ni.Ha Ni angguk sambil tersenyum lebar.

"JTC baru je update berita ni kat fancafe tadi.Jom kita pergi nak?Saya tak pernah lagi jumpa SeungHo oppa saya depan mata.Asyik tengok dekat TV je.Tak bestlah,"kata Ha Ni,cuba memujuk SeungHo untuk pergi bersamanya.Kelihatan SeungHo sedang memikirkan sesuatu.

"Ala..tak payahlah fikir-fikir lagi,SeungHo.Jom sajalah.Please..."Pinta Ha Ni,bersungguh-sungguh.

"Saya bukan tak nak ikut awaklah,Ha Ni.Tapi saya betul-betul ada hal minggu depan.Saya mungkin tak dapat nak ikut awak pergi jumpa SeungHo oppa awak tu,"kata SeungHo.Wajah Ha Ni berubah muram.

"Ala...kalau awak sibuk,saya nak pergi dengan siapa?Awak seorang saja kawan baik saya tau tak?"Kata Ha Ni.SeungHo melepaskan keluhan kecil.

"Saya selalu tak dapat pergi jumpa MBLAQ oppa saya sebab awak selalu tak dapat temankan saya pergi jumpa mereka,"kata Ha Ni lagi.

"Nak buat macam mana Ha Ni.Saya memang tak dapat nak pergi dengan awak.Lagipun awak boleh cari kawan lain untuk pergi jumpa dengan MBLAQ ."Kata SeungHo.Ha Ni mencebik.

"Ooo...kalau MBLAQ..macam-macam awak bagi alasan dekat saya ye..sibuklah..ada hallah..tapi bila ada group perempuan lain yang buat show,laju saja awak ajak saya ye,"kata Ha Ni sambil menarik kuat telinga SeungHo.

"Ouch!Sakitlah,Ha Ni,"keluh SeungHo,mengaduh kesakitan.Ha Ni tersenyum sumbing.

"Padan muka!"Kata Ha Ni.

"Ala..SeungHo...jomlah...kali ni saja,please?"Sekali lagi,Ha Ni cuba mengajak Seung Ho untuk pergi bersamanya.Seung Ho membetulkan cermin matanya.

"Miane.Saya betul-betul tak dapat join.Miane,Ha Ni,"kata SeungHo.Ha Ni berubah muram.Seung Ho kemudiannya memaut bahu Ha Ni.

"Ala..janganlah sedih.Awak boleh je pergi jumpa MBLAQ kalau saya tak ada dengan awak pun,"kata SeungHo.Ha Ni tetap membisu.

"Aish,budak ni.Merajuk la pula dia,"kata SeungHo."Jomlah,Ha Ni.Saya belanja awak kat restoran depan tu.Jangan buat muka itik tu lagi.Buruk tahu tak?SeungHo tak suka,"kata SeungHo,sengaja mengusik.Ha Ni mencebik ke arahnya.Seung Ho sekadar tersenyum.

*******************************

"Ha Ni!Ada surat ni!" Ha Ni segera melangkah ke ruang tamu apabila terdengar namanya dipanggil oleh ibunya.Matanya terbuka luas apabila melihat lambang JTC yang tertera pada sampul surat itu.Pantas sahaja dia membuka sampul surat itu.Ha Ni terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya sebaik sahaja selesai melihat isi di dalam sampul surat itu.

Tidak lama selepas itu...

"AAHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!AKU DAPAT PERGI FANMEETING MBLAQ!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Ha Ni menjerit sekuat hati apabila namanya terpilih untuk pergi ke MBLAQ fanmeeting pada minggu hadapan.Air matanya mengalir kerana dia berasa terlalu gembira.Dia melihat sekali lagi tiket yang dimenanginya itu.Ternyata usahanya untuk bertemu dengan bintang pujaannya itu tidak sia-sia.Sungguh dia berasa tidak sabar untuk bertemu dengan MBLAQ terutamanya dengan Yang SeungHo.Sekali lagi Ha Ni menjerit sekuat hati.

Tiba-tiba,telefon bimbitnya berdering.Ha Ni segera mengangkat telefon bimbitnya sebaik sahaja melihat nama SeungHo yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.

"Yeoboseyo!!!!"

"Oit..kenapa jerit-jerit ni?Sakit telingalah,"kata SeungHo.

"Cuba teka?"Kata Ha Ni.

"Teka apa?Saya call awak malam ni sebab pelik dengar awak terjerit-jerit kat rumah tu,"kata SeungHo,yang tinggal bersebelahan dengan rumah Ha Ni itu.Ha Ni tertawa.

"Tak lama lagi,saya akan dapat jumpa dengan SeungHo oppa saya!!!"Kata Ha Ni.

"Yeke?Tipulah..."Kata SeungHo,tidak percaya.

"Tak percaya?Ok..jumpa depan tingkap sekarang,"kata Ha Ni,sambil menuju ke arah tingkap biliknya yang berhadapan dengan tingkap bilik SeungHo itu.Kelihatan Seung Ho turut berada di situ.Ha Ni kemudiannya menunjukkan tiketnya kepada SeungHo.

'See?See?Saya dah cakap dah..awak tak nak percaya,"kata Ha Ni,masih lagi berbual dengan SeungHo melalui telefon bimbitnya itu.

"Ada satu je ke tiket dia?"Soal SeungHo.

"Ala..kalau ada dua pun,bukannya awak boleh pergi,"kata Ha Ni.Kedengaran SeungHo tertawa.

"Okey okey...sorrylah.Memang saya tak boleh nak ikut.Nak buat macam mana,"kata SeungHo.

"Em...Ha Ni.."

'Apa?"Kata Ha Ni.

"Saya nak tanya satu soalanlah dekat awak,"kata SeungHo.

"Awak nak tanya apa?"Soal Ha Ni.

"Antara saya dengan SeungHo oppa awak tu...awak suka siapa lagi?"Soal SeungHo,ingin tahu.Kedengaran Ha Ni ketawa mendengar soalannya itu.

"Soalan apa yang awak tanya ni?Kelakarlah,"kata Ha Ni.Soalan SeungHo itu kedengaran agak lucu kepadanya.

"Jawablah Ha Ni.Saya betul-betul nak tahu ni,"kata SeungHo.Ha Ni berhenti ketawa apabila menyedari nada suara SeungHo yang kedengaran serius itu.Dia memandang ke arah SeungHo yang sedang berada di hadapannya itu.Kelihatan lelaki itu turut memandang ke arahnya.

"Ah...malaslah saya nak jawab soalan awak ni.Mengarut jela awak ni,SeungHo.Dahla saya nak masuk tidur ni.Bye!"Ha Ni segera mematikan panggilan telefonnya itu sambil memandang ke arah SeungHo.Dia kemudiannya melambai ke arah SeungHo sebelum menarik langsir bilik tidurnya.SeungHo kelihatan hampa.

"Mestilah dia sukakan SeungHo MBLAQ lagi,"kata SeungHo perlahan.Dia masih lagi belum berganjak dari tingkap biliknya itu.Dia masih lagi memerhatikan bilik tidur Ha Ni yang terang itu.Pasti gadis itu belum tidur lagi.Pasti gadis itu juga sedang berseronok dengan tiket yang dimenanginya itu.Perlahan-lahan,SeungHo mengukir senyuman manis.

"Kau menang,SeungHo,"kata SeungHo sambil menoleh ke arah poster MBLAQ yang melekat pada dinding biliknya itu.Agak lama juga dia melihat ke arah gambar SeungHo di dalam poster itu.

"Tapi aku tetap tak kan mengalah dengan kau,SeungHo."SeungHo tersenyum sinis sambil memandang ke arah gambar SeungHo di dalam poster itu.

 

To be continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shiningdorks #1
This seems nice, I'll be waiting for you to update it ^^