Because I Loved You

One Shot Collection...

 

--start pov--
 
Lagi seminggu konsert itu akan di sini.di negara aku.tak sabarnya aku nak jumpa dia.sudah hampir setahun kami tidak berhubung,kerana dia terlalu sibuk,tapi hati ku mengatakan sebaliknya.mungkin juga dia tidak mengingati aku lagi.aku hanya peminat.katanya aku adalah peminat bertuah kerana berjaya menakluk hatinya.aku mampu tersenyum ketika itu.indah sungguh kata kata itu,tapi tidak seindah hatiku sekarang.kami jarang berhubung.melalui email juga tidak.sejak dia tinggalkan aku disini,email aku seolah olah tak wujud padanya.aku yang sering menghantar email,tapi balasan tidak pernah datang.aku kecewa.mungkin juga ketika ini dia sedang bersama insan lain seperti yang diperkatakan.mungkin juga hubungan jarak jauh kami tidak menjadi.tidak apalah.aku menenangkan diri sendiri,nanti aku pergi ke konsert mereka,monolog hatiku..
 
seminggu kemudian....
 
Aku disini hari ini.berdebar hati ini sewaktu melangkah masuk ke stadium.aku mengambil tempat tertutup.aku tak nak dia nampak aku.biar aku sahaja yang melihatnya..aku tak nak dia merasa apa apa perasaan bila melihat aku.30 minit kemudian konsert pun bermula.mereka keluar bergaya dengan persembahan mereka,tapi mata aku hanya pada dia..itu dia.semakin bergaya sekarang.aku hanya tersenyum melihatnya.gembiranya dia tidak terkata.mungkin juga insan itu menjaganya dengan baik.setiap kali dia ketempat aku berada,aku akan pastikan aku berdiri di celahan orang ramai yang berada di situ.matanya memerhati ke kiri kanan,mungkin risau aku akan mencarinya.jangan risau awak,saya tak akan sentuh awak pun..4 jam konsert aku tidak terasa apa apa.dari dulu aku begini.setiap kali aku melihat konsert mereka,pasti tidak terasa lama.
 
Aku melangkah keluar,meninggalkan dewan itu bila aku ditarik ketempat tersembunyi.aku hampir menjerit bila aku terlihatkan dia yang menarik.aku tersentak melihatnya.
 
"awak..."kataku
 
"deh saya.awak nak balik dah?"aku hanya mengangguk.
 
"kenapa awak?"tanya ku.
 
"mian"katanya.
 
"wae?"
 
"kerana mengabaikan awak"
 
"tak apa,saya faham"sebaik mungkin aku cuba menahan airmata supaya tidak gugur.
 
"awak,jangan macam ini"katanya lagi.
 
"habis tu awak nak saya macam mana Park Jung Soo?"
 
"marah saya,pukul saya atau apa sahaja,tapi please jangan diamkan diri sebegini"
 
"kan saya cakap dengan awak nie.bila masa pula saya diam?"kataku.
 
"awak.."aku diam.tiada apa yang perlu diperkatakan.dia tetap dia dan aku tetap aku.
 
"masuk Jung Soo,.nanti ELF nampak awak susah.saya balik dulu.bye"kataku berlalu pergi.
 
"awak,tunggu"panggilnya.
 
Aku hanya tersenyum pahit.meneruskan langkahanku.lagi lama aku di sini,aku pasti aku tewas.hati aku kecewa dengannya.bukan kerana dia mengabaikan aku atau apa,tapi hatiku benar benar terguris kali ini.
 
Bicara mata ini tidak pernah mengaburi,
bicara hati ini hanya kau yang tahu,
setiap nadi dan denyutan jantung ini,
memberitahu betapa aku rindukan dirimu.
 
Aku dan dia kekasih senyap.tiada sesiapa yang tahu.aku hanya mencintai dia.begitu juga dia.kami mula rapat melalui laman twitter yang menghubungkan aku dan dia.dia rajin sekali membalas twitterku pada mulanya,tapi sekarang tidak lagi.aku hanya boleh melihat,tapi aku tahu aku tidak boleh mengetahuinya.Park Jung Soo..nama dan orangnya adalah istimewa dalam hidupku...
 
--end of pov--
 
*~*~*~*~*~
 
Eika termenung panjang.dia rindukan lelaki itu.dia tahu dia baru berjumpa,tapi dia tidak tahu kenapa dia begitu merindukan lelaki itu.lelaki itu hanya biasnya suatu ketika dahulu,sekarang mereka berkasihan.hubungan jarak jauh..dia tahu lelaki itu terlalu sibuk dengan promosi album,mengacara dan bermacam macam lagi.bila dia mendengar lelaki itu pengsan akibat keletihan,dia di sini seperti cacing kepanasan,merisaukan lelaki itu.dia bernasib baik kerana Donghae  sering memberitahu tentang perkembangan lelaki itu.Eika dan Donghae juga rapat selepas mereka semua mengetahui hubungan dia dan lelaki itu.
 
Ingin sekali dia terbang ke Korea waktu itu,tapi perkerjaannya membataskan dia.dia hanya menghubungi,bertanyakan khabar,tapi lelaki hanya berkata dia tidak apa apa.bila Eika melihat lelaki itu berlakon dalam WGM,hati nya disini benar benar kecewa,betapa mesranya lelaki itu dengan Kang Sora.sejak itu,Jung Soo tidak pernah menghubunginya lagi.hampir setahun hubungan mereka tergantung,dia tidak tahu dia masih lagi ada dalam hati Jung Soo atau tidak.bila dia melihat Jung Soo tadi,rindunya terubat,ingin sekali dia memeluk lelaki itu,tapi bila mengenangkan dia dan Jung Soo tidak tahu apa statusnya,dia menghalang dirinya.tidak membenarkan dirinya mendekati lelaki itu terlalu lama kerana dia tahu dia pasti akan tewas dengan mudah.dengan itu dia bertindak kejam dengan dirinya sendiri.
 
Dia leka melayan perasaanya sendiri bila emailnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.dia hanya memandang sebentar sebelum membuka email itu.'Jung Soo'bisik hati kecilnya.
 
'~Eika Jagiya~,
 
  Apa khabar awak jagiya?awak masih marahkan saya?maafkan saya Eika.saya tahu saya bersalah kerana mengabaikan awak.awak tahu awak siapa dalam hati saya kan?jangan menghukum saya dengan berdiam diri Eika.saya perlu tahu apa yang ada dalam hati awak.Eika,saya benar benar rindukan awak.rindukan kita yang dulu.awak,saya minta maaf awak.saya bukan sengaja ingin mengabaikan awak,tapi awak tahu schedule saya macam manakan?Eika,dimana pun awak berada awak sentiasa dalam hati saya.jangan fikir yang bukan bukan.Eika,kalau awak baca email ini,please reply.saya nak sangat tahu keadaan awak.saya tahu saya baru bertemu awak tadi,tapi sikap diam awak membuatkan saya gusar...Eika,hati awak masih tak berubah kan?'
 
                                                                                                                                                                                                   
                                                                                                                                                                                                            
 
 
Eika hanya memandang email tanpa apa apa emosi.dia tidak tahu dia perlu membalas atau tidak.benar apa yang dicakapkan lelaki?benar lelaki itu merindukan dia?dia tidak tahu.dia buntu untuk membalas.tiada jawapan untuk pertanyaan lelaki itu.dia menutup laptop itu membawa dirinya ke alam mimpi.mungkin dialam sana dia bertemu jawapannya.
 
 
~~**~**~**~**~~
 
Jung Soo a.k.a Leeteuk termenung di depan laptop itu.menanti balasan dari sebelah sana.hampir sejam dia di depan laptopnya menanti,tapi tiada apa apa.adakah gadis itu benar benar marah padanya?adakah gadis itu sudah tiada apa apa perasaan padanya?Leeteuk hanya mengelengkan kepalanya menidakkan apa yang bermain di fikirannya.Eika,nama yang benar benar membuatkan hatinya berdetak hebat ketika ini.pertama kali bertemu di SS yang diadakan di negara gadis itu.dia terpikat dengan senyuman gadis itu.memang impiannya untuk bercinta dan berkahwin dengan peminatnya sendiri..
 
Mereka berbalas twitter bila si gadis rajin menghantar sms di laman twitternya.mulanya dia tidak tahu siapa,tapi bila dia melihat profile gambar gadis itu,dia pasti gadis itu.mereka mula rapat.dia tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya bila pertama kali digandingkan dengan Kang Sora dalam WGM,hatinya benar benar bagai dirasuk kecantikan Kang Sora sehingga dia lupakan gadis yang bernama Eika Syafiqah.hampir setahun,bila Donghae mengingatkan dia.Donghae memberitahu betapa gadis itu merindukan dia.dia rasa bersalah sangat.dia tidak tahu untuk memulakan dulu.bila dia diberitahu yang SUPER JUNIOR akan mengadakan konsert di negara Eika,hatinya terlalu gembira.akhirnya dia dapat berjumpa gadis itu sekian lama dia mengabaikan gadis itu.
 
Bila hari yang dinantikan tiba,dia mencari kelibat gadis itu.memang dia nampak gembira di atas pentas,tapi matanya tetap mencari gadis itu.bila matanya terpandang gadis itu,Eika seolah olah cuba menyembunyikan diri.seperti tidak mahu dia tahu yang gadis itu berada disitu.4 jam perjalanan konsert terlalu lama buatnya.dia jadi tidak keruan bila dia terpandangkan mata gadis itu penuh dengan kesedihan yang dia sendiri tidak bayangkan.bila sahaja konsert itu selesai,dia menyamar menunggu di luar stadium itu.dia menarik gadis itu sebaik sahaja dia ternampak kelibat gadis itu.gadis itu terkejut tapi dia tenang kembali setelah dia tahu dia yang menariknya.
 
"awak..."katanya
 
"deh saya.awak nak balik dah?"gadis hanya mengangguk.
 
"kenapa awak?"tanya gadis itu
 
"mian"katanya.
 
"wae?"
 
"kerana mengabaikan awak"
 
"tak apa,saya faham"suara gadis itu berubah.
 
"Eika,jangan macam ini"katanya lagi.
 
"habis tu awak nak saya macam mana Park Jung Soo?"bergetar suara gadis itu.
 
"marah saya,pukul saya atau apa sahaja,tapi please jangan diamkan diri sebegini"dia berkata.mengharapkan gadis menunjukkan perasaannya.
 
"kan saya cakap dengan awak nie.bila masa pula saya diam?"kata gadis itu.
 
"Eika...."gadis itu diam.tidak membalas apa yang diperkatakan.
 
"masuk Jung Soo,.nanti ELF nampak awak susah.saya balik dulu.bye"kata gadis itu sambil berlalu pergi
 
"Eika,tunggu"panggilnya.
 
Tetapi gadis itu tidak menoleh.sedikit pun tidak.gadis itu seolah olah tidak dengar akan dia memanggil dan di saat itu juga dia teramat tahu gadis itu terluka terlalu dalam.dia melihat gadis itu melangkah pergi.bukan dia tidak mahu mengejar kerana perkara sebegitu akan mejadi isu besar nanti.
 
"hyung..."panggil Donghae.mengejutkannya dari lamunan.
 
"ah!Hae..tak tidur lagi?"tanyanya.
 
"tak..kenapa hyung?"tanya Donghae.
 
"kenapa apa?"
 
"hyung nampak macam susah hati?noona tak balas email?"Donghae bertanya.Leeteuk mengangguk perlahan.
 
"dia dah tidur la tu hyung.penat,balik dari konsert kita tadi"
 
"baru jam 11 malam Hae,tak akan dia dah tidur?"hatinya benar benar mengharapkan Eika dah tidur.
 
"hyung,dia bukan macam kita hyung.schedule dia tidak terlalu padat macam kita.jangan sama kan dia dengan kita hyung.hyung tidur ya,mungkin besok ada balasan dari noona."kata Donghae memujuk..
 
"mungkin juga.tidur Hae,esok kita kena naik flight pagi"kata Leeteuk.Donghae hanya mengangguk.melihatkan hyungnya membaringkan diri di katil hotel itu.
 
Leeteuk hanya memejamkan mata.dia tidak tidur.dia hanya berpura pura supaya Donghae tidak risau akan dirinya.kalau pagi esok tiada balasan dari gadis itu,dia akan kerumah gadis itu.dia tahu kerana mereka juga sering berbalas hadiah.dia memejamkan matanya mengharapkan dia akan terlelap,tetapi matanya seolah olah degil.tidak mahu mendengar katanya.dia bermenung sendiri sebelum dia benar benar di bawa ke alam mimpi..
 
*~*~**~**~**~**~
 
Eika sedang menyediakan sarapan bila loceng rumahnya berbunyi.
 
"siapa pula pagi pagi ini?"dia berkata sendirian.
 
Dia membuka pintu itu,melihat siapa gerangannya.terkejut sangat dia bila dia melihat siapa.
 
"J..j...j..jjung Soo"katanya.
 
"neh saya.boleh saya masuk Eika?"tanya Leeteuk.Eika hanya mengangguk.
 
"apa khabar Eika?"tanyanya.
 
"s..s..s..sihat"jawab gadis itu.
 
"kenapa dengan awak Eika?awak takut saya apa apa kan awak?"Eika hanya diam.
 
Dia memerhatikan Leeteuk.terlalu lama dia tidak melihat wajah itu sedekat ini.mata mereka bertentangan.di waktu dan ketika ini hanya mata yang memainkan peranan..
 
"saya tak boleh lama.flight saya sebentar sahaja lagi"Leeteuk memecahkan suasana yang senyap itu.
 
"oh...dah tu kenapa awak datang?tak menyusahkan awak?"tanya Eika.
 
"tidak...selagi saya tak tahu apa yang bermain di fikiran awak.Eika.saya betul betul minta maaf.bukan niat saya untuk mengabaikan awak.saya tak tahu apa yang jadi pada diri saya.Eika,saya sayangkan awak Eika.sayang sangat sangat------"percakapannya dipotong Eika.
 
"kita putus Jung Soo.saya tak nak jadi beban pada awak.saya tak nak berprangsangka buruk pada awak..saya tak nak hubungan kita terumbang ambing Jung Soo.saya tak tahu berapa lama saya boleh tahan.saya tak nak jadi penghalang awak Jung Soo.lagipun saya bukan sesiapa.saya hanya bertuah kerana awak memilih saya.banyak lagi orang yang lebih sempurna dari saya"kata Eika.Leeteuk terperanjat mendengarnya.
 
"tapi kenapa Eika?apa salah saya?"
 
"awak tak salah.saya yang bersalah kerana saya terlalu mencintai awak.mungkin saya akan terluka tapi perasaan itu akan sembuh dengan sendirinya.memang ianya akan masa yang lama,tapi tak apa lah,asalkan saya tidak menjadi beban pada fikiran dan hati Park Jung Soo"kata Eika.airmatanya mengalir perlahan.
 
Leeteuk menarik gadis itu dalam dakapannya.dia tidak sanggup untuk kehilangan gadis itu.gadis itu terlalu bermakna pada dirinya.
 
"awak tak pernah menjadi beban Eika.saya tak pernah anggap awak seperti itu,tapi kenapa awak cakap macam tu?awak dah bosan dengan saya?"
 
"tak Jung Soo.saya tak pernah bosan dengan awak.awak adalah impian dan harapan saya.awak ada dalam setiap jiwa dan perasaan saya.dalam hati saya tiada siapa yang boleh mengantikan awak.awak segala galanya bagi saya.tapi saya tak nak bebankan fikiran awak dengan saya.saya sendiri tak tahu sampai bila awak boleh bertahan dengan saya.hubungan kita dipisahkan beribu ribu kilometer.saya tak nak disebabkan saya awak hilang segala galanya Jung Soo.saya tak nak Jung Soo"kata Eika lagi.
 
Leeteuk memegang wajah gadis itu dengan kedua tangannya.melihat ke dalam mata gadis itu.
 
"awak percaya saya?"tanyanya perlahan.gadis itu mengangguk perlahan.
 
"jadi kenapa awak anggap diri awak beban pada saya?tengok mata saya Eika.awak nampak apa yang saya rasa?"Eika hanya mengangguk lagi.
 
"Eika,saya sayang awak seperti mana awak sayang saya.jangan cakap pasal perpisahan dengan saya Eika.saya tahu awak juga tak boleh berpisah dengan saya kan?awak jangan risaukan apa apa.saya janji saya tak akan abaikan awak lagi.cukuplah dulu.saya terlalu mengejar berlian hinggakan saya tersedar saya tak boleh hidup tanpa suasa.kerana suasa saya lebih bersinar dari berlian itu,kerana suasa itu terlalu setia pada saya"kata Leeteuk,mengucup dahi gadis itu.
 
"saya hanya suasa pada awak Park Jung Soo?"Eika bertanya.lelaki itu mengangguk.
 
"kerana ianya tidak terlalu menyerlah di depan orang ramai.dia hanya menyerlah pada pemiliknya,Park Jung Soo."kata Leeteuk sambil tersenyum.dahi mereka bersentuhan.Eika juga membalas senyuman lelaki itu.
 
"awak tak terlewat Jung Soo?"tanya Eika.
 
"tidak.saya tunda flight saya.saya balik petang nanti"katanya.
 
"tak ada schedule?jangan begitu Jung Soo.awak tahu kan kerja awak lebih penting dari saya?"
 
"pada saya awak lagi penting.awak,tak nak ikut saya balik Korea?"tanya lelaki itu.
 
"nak sangat...tapi saya ada family kat sini.awak kena jumpa family saya dulu"
 
"neh"
 
"dan awak kena convert tahu?kalau betul awak sayang sayalah"kata Eika.
 
"apa sahaja buat awak"kata lelaki itu.
 
Pagi itu mereka berpelukan sehingga lelaki itu pulang.macam yang diceritakan sehingga tidak sedar masa berlalu.terlalu sedih hati mereka dan mereka juga tahu jadual kerja tidak membolehkan mereka berjumpa selalu.tapi satu yang pasti mereka mencintai satu sama lain.kebahagiaan sedang menanti mereka..
 
Setiap saat wajah mu bermain di ruang mata,
Setiap malam,wajahmu hadir didalam mimpiku,
memberitahuku betapa kau mendambakan aku.,
Hanya hati yang bisa mengerti ketika ini...
 
 
--the end--
 
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
A_MooNStar
#1
Nice actually :)
Pernah hantar karya(ff) kepada Malay Epop?
^_^