You & I

One Shot Collection...

 

 
======================
 
'kau pergi di saat aku masih memerlukan mu,
 kau pergi di saat aku mula mencintai mu,
 aku inginkan dirimu,datang dan temui aku,
 kan aku katakan padamu,
 aku teramat mencintaimu....'
 
======================
 
"yah!!cepatlah.lagi  seminit persembahan kau nak mula.kau tak siap siap lagi"kata Eun Na,memarahi sahabat baiknya,Lee Donghae.
 
"sebentar lah.aku belum puas lagi lovey dovey dengan awek aku ni"balasnya.
 
"YAH!!LEE DONGHAE!!!kalau kau tak bawa badan kau ke sini,jangan harap aku nak fix make up kau.banyak lagi kerja lain yang aku nak buat"Eun Na mengugut.
 
"deh!!dehh!!bebel saja kau tahu..patutlah tak ada lelaki nak kau"kata Donghae lagi.
 
"bukan lelaki tak nak aku.aku yang tak nak dia orang".
 
"wae?kau lesbi?"
 
"michosso??!!!!"
 
"dah tu?"
 
"aku belum jumpa yang sesuailah..dah cepat,sebentar lagi PD mesti panggil kau.ha!!kan aku dah kata"kata Eun Na bila dia mendengar suara PDnim.
 
"kau ni tahu sahaja.itu lah aku sayang kau"kata Donghae.
 
"neh..aku sayang kau juga.pergi cepat"kata Eun Na lagi.
 
"deh..balik dengan aku tahu.tunggu"kata Donghae,mengingatkan.
 
Eun Na melihat lelaki itu melangkah menuju ke pentas persembahan.cinta dalam kehidupannya.ya!dia mencintai sahabat baiknya sendiri,tapi dia tidak mahu lelaki itu tahu.kerana itu di tahan hatinya dengan segala perlakuan lelaki itu.mereka tinggal bersama kerana kata Donghae,dia inginkan sahabat yang sentiasa disisi.
 
Dia,Lee Eun Na,jurusolek artis profesional dan lelaki itu,Lee Dong Hae,seorang artis popular..Donghae tidak mahu jurusolek lain selain dari Eun Na.katanya lagi,Eun Na memahami kulitnya.ketawa Eun Na mendengar ketika itu.
 
Dia mengenali Donghae sewaktu umur mereka 7 tahun.mereka satu sekolah.dia dan Donghae berjiran.sejak dari kecil dia memang meminati benda benda yang cantik manakala Donghae pula dengan lakonan dan nyanyian.mereka membesar bersama.belajar di kolej yang sama dan sekarang berkerja di tempat yang sama.dia juga tidak tahu bila dia jatuh cinta pada lelaki itu,tapi yang dia tahu sewaktu di Sekolah Tinggi.tapi,sedikit pun dia tidak pernah menunjukkan perasaan kepada lelaki itu.kerana lelaki itu akan sedar perubahan yang berlaku pada dirinya.
 
Eun Na melangkah menuju ke arah pentas.melihat aksi sahabatnya.terlalu seksi di pentas dan akan berubah menjadi keanak anakan bila mereka berdua sahaja.tersenyum pahit Eun Na.Eun Na mengosok gosok matanya.sejak akhir akhir matanya selalu sahaja gatal gatal.dia juga tidak tahu kenapa.adakah kesan sampingan kerana dia selalu bermain dengan bahan kimia?enak dia mengosok gosok matanya bila sepasang tangan menghentikan pergerakan.
 
"Hae.."katanya.
 
"seronok sangat aku tengok kau gosok mata tu.kenapa?"tanya Donghae,pelik dengan sikap sahabatnya.
 
"aku tak tahu,akhir akhir ni mata aku selalu gatal."
 
"rosak nanti mata kau"
 
"habis tu aku nak buat apa?gatal sangat ni"katanya lagi sambil tangannya menyambung tetapi dipegang Donghae.
 
"mari aku tiupkan"kata Donghae.Eun Na memejamkan matanya.hatinya berdebar kuat.
 
"kalau kau pejam mata,macam aku nak tiup?"ketawa Donghae melihatnya.
 
"ah!d..deh"dia membuka matanya hanya untuk melihat wajah Donghae seinci sahaja darinya.dia cuba mengawal debaran di hati.
 
"pali!!mata aku gatal sangat ni"
 
"neh..neh"Donghae meniup mata gadis itu.
 
"okay??"tanyanya.Eun Na mengedipkan matanya sebelum mengangguk.
 
"mari,aku letak ubat mata.kau tak cuci mata kau betul betul tu"kata Donghae lagi,menarik Eun Na.
 
"yah!!!!perlahanlah sedikit.kau bukannya ada jadual lagi selepas ini"kata Eun Na.
 
"eh!!aku tak beritahu kau ek?aku ada datelah"Eun Na mengetuk kepala Donghae.
 
"wae~??"
 
"kalau aku tahu kau ada date,aku baliklah dulu.aishh!!kau nie,buat aku marah saja"kata Eun Na lagi.
 
"la,kenapa pula kau nak marah?"
 
"buang masa aku.PABO!!!!"kata Eun Na.
 
"mian..mian..aku hantar kau balik ya?"
 
"tak payah!!aku balik sendiri.lagipun aku nak pergi tempat lain"
 
"mana?"
 
"suka hati akulah.dah lah,lepas"kata Eun Na cuba melepaskan diri dari pegangan Donghae.dengan pantas,Donghae memeluk gadis itu.
 
"yah!!kau buat apa ni?"Eun Na cuba menolak Donghae.wajahnya kemerahan.
 
"aku tak akan lepaskan kau selagi aku tak tahu kau nak pergi mana.kau sakit ke?muka kau merah semacam ni"
 
"tak lah.aku nak jumpa Ryna.Hankyung hyung tahu tak kau nak keluar date ni?"tanya Eun Na.Donghae mengangguk kepalanya.
 
"Ryna?Ryna mana?"tanya Donghae,cuba mengenali.
 
"itulah kalau aku kata kau pabo,kau marah aku.tapi kau nie memang pelupa.Ryna.doktor hati manager kesayangan kau tu lah"Eun Na memberitahu.
 
"deh??Hankyung hyung ada awek?tapi dia pesan dengan aku jangan ada hubungan dengan sesiapa pun.oh!!kalau dia tak apa ya.nanti hyung"kata Donghae lagi.
 
"kau nie memang pabo..pabo..pabo.."kata Eun Na lagi,cuba melepaskan diri.
 
"kau cakap aku pabo sekali lagi,aku kiss kau"
 
"memang pun.macam lah kau berani.pabo!"kata Eun Na,dengan tidak semena mena bibirnya di kucup.dia menolak Donghae,tapi lelaki itu seperti khayal.dengan sekuat tenaga yang ada,dia berjaya menolak Donghae.
 
"kau kenapa?!!!!"dia menjerit ke arah Donghae.
 
"kau cabar aku kan?"kata Donghae.
 
"pabo Hae."katanya lagi.
 
"Eun Na"panggil Donghae.
 
"wae??ada masalah?dahlah,daripada aku layan kau ni,lebih baik aku pergi jumpa Ryna"katanya,menahan debaran di hati.
 
Sebaik Eun Na berpusing,air matanya mengalir perlahan.begitu sukar dia mempertahankan perasaannya bila di kucup lelaki itu.dia melangkah dengan laju untuk keluar dari tempat yang menyesakkan dadanya itu.dia tahu dia tidak boleh bertahan lama lagi di sini.dan lelaki itu tersenyum sinis.
 
 
Beberapa bulan kemudian..
 
 
"Hae,kau balik awal tak malam nie?"tanya Eun Na sewaktu dia sibuk mewarnakan wajah lelaki itu.
 
"tak tahu.wae?"Donghae terasa sesuatu.
 
"ani...kalau kau balik awal boleh aku masak.esok aku nak balik Mokpo.ada hal sedikit"kata Eun Na.tidak sedikit pun wajah lelaki itu di pandang.
 
"yah!!selalu kau balik tunggu aku tak ada schedule.ini kenapa tiba tiba?"
 
"aku rindu umma dan appa.aku nak lawat kubur mereka"kata Eun Na lagi,menahan air mata untuk gugur.
 
"kau bohong.selalu pun kau mesti paksa aku ikut.kenapa Na?"tanya Donghae,inginkan kepastian.
 
"tak ada apa.betul lah.dah lah,PDnim dah panggil,nanti kau lambat pula."katanya menolak lelaki itu.
 
"tunggu aku Na.kau jangan balik dulu"kata Donghae sebelum dia naik ke pentas.
 
"aku terpaksa Hae.aku tak nak kau tahu.aku kena pergi Hae.aku sayang kau.sayang sangat sangat,tapi kau hanya pandang aku sebagai teman.tidak lebih dari itu"bibirnya berbicara perlahan.
 
"mian Hae.malam ini aku tak boleh tunggu kau.banyak hal aku kena langsaikan"katanya lagi.dia berlalu pergi.
 
"Eun Na,ke mana?tak tunggu Donghae dulu?"tanya Hankyung.
 
"tak lah hyung.orang ada kerja nak buat.nanti hyung balik dengan dia ya."
 
"deh..kirim salam Ryna ya..cakap dia hyung misss dia"
 
"cakaplah sendiri.bye hyung"kata Eun Na.dia seperti melarikan diri.mengeleng Hankyung melihatnya.
 
"hyung!!!mana Eun Na?"tanya Donghae.
 
"dah balik.dia suruh awak balik dengan hyung"kata Hankyung.
 
"aisshhh!!!orang suruh tunggu la"
 
"Donghae,kenapa dengan dia?hyung nampak dia macam pelik hari ini"
 
"kan??orang pun tak tahu.jom lah hyung"kata Donghae.geram dia dengan sikap Eun Na.
 
 
2 jam kemudian...
 
 
"yah!!kau kat mana?dari tadi aku call tak jawab"tanya Donghae.
 
"kejap lagi aku balik.aku ada hal ini"balas Eun Na.
 
"banyaklah hal kau.aku dah lapar ini.aku belum makan dari pagi tahu.kata nak masak.dah lama sangat kau tak masak untuk aku"
 
"deh...deh...lagi 5 minit aku sampai"kat Eun Na mematikan talian.
 
Tersenyum Eun Na dengan perlakuan Donghae.tidak pernah belajar sabar tapi semua itu sudah biasa bagi Eun Na.cuma yang dia takutkan bila dia sudah tiada lagi nanti,siapa pula yang akan bertahan dengan dengan semua perlakuan Donghae.Eun Na mengeluh sebelum meneruskan perjalanan ke apartment yang di kongsi bersama Donghae.
 
Dia menarik nafas sebelum dia menekan loceng berkali kali.dia mengelengkan kepalanya,mengeluarkan kunci bila pintu rumah itu terbuka dari dalam.tersenyum dia melihat Donghae yang masam mukanya.
 
"kau tak bawa kunci ke?"tanya Donghae.
 
"mian...banyak barang aku ni.aku malas nak ambil kunci."
 
"aishh!!banyak sangat alasan kau.aku sibuk tahu.mari,aku bawa barang tu"bebel Donghae.Eun Na hanya senyum di dalam diam.entah bila lagi dia akan mendengar bebelan Donghae.
 
"dah...dah..pergi depan.aku nak masak ni.karang kalau kau menyibuk dekat sini tak siap masakan aku"kata Eun Na,melangkah menuju ke biliknya.
 
"kata nak masak?nak pergi mana pula  tu?"tanya Donghae.
 
"aku nak salin pakaian.tak akan aku nak masak pakai macam ini?"
 
"tak salahkan.seksi sikit"
 
"banyak lah kau.tepi"katanya menolak Donghae.
 
Donghae hanya tersenyum melihat Eun Na.'kalaulah kau tak ada'bisik hatinya.dia menuju ke ruang tamu,menekan nekan siaran yang tidak berapa menarik perhatiannya bila dia terpandangkan Nemo.sedang leka dia menonton,terdengar namanya di panggil.
 
"kejap..aku tengok Nemo nie"kata Donghae.
 
"kalau kau tak nak makan aku simpan.nanti kalau kau nak makan,ambil sendiri.tadi kata lapar.aku nak tidur nie"kata Eun Na.
 
"deh..deh..aku datang ni"merajuk bunyinya.tertawa kecil Eun Na melihatnya.
 
"ya!!!buruknya bibir kau macam tu.macam beruk.cepatlah.nanti kita tengok lagi ya"pujuk Eun Na.Donghae hanya mengangguk.
 
"kau tak makan?"tanyanya bila dia melihat Eun Na hanya memerhatikannya.
 
"tak..aku diet.lagipun aku seronok tengok kau makan.berselera sungguh"
 
"sejak bila pula kau diet?setahu aku kau juga kata tak mahu diet diet"tanya Donghae lagi.
 
"entah.sejak aku dah berumur kot"Eun Na membalas.
 
"tua sangat ke kau?"
 
"kalau kau nak tahu,aku dah 30 tahun sayang oi.."
 
"kalau kau 30,aku pun samalah lah kan?"Eun Na mengangguk.
 
"tapikan,kenapa aku rasa aku macam muda?"
 
"dah..jangan nak perasan..makan cepat.aku tak kemas barang lagi ini,nanti tak sempat pula"Eun Na memberitahu.
 
"kau naik kereta kan?kenapa pula tak sempat?"Donghae bertanya hairan.
 
"tak..aku naik train.kereta kau pakailah.aku malas nak drive."kata Eun Na sambil tangannya mengosok gosok matanya.
 
"Na...kan aku kata jangan gosok mata kau macam tu?rosak nanti"
 
"gatal sangat ni"katanya tanpa mempedulikan teguran Donghae.
 
"Na...cuba jangan degil"kata Donghae memegang tangan gadis itu.
 
"mari,aku tolong cucikan dengan air.aku baca kalau mata selalu gatal,elok cuci dengan air."kata Donghae,menarik tangan Eun Na,menuju ke sinki.
 
Selesai,mereka ke ruang tamu,menonton televisyen.tapi fikiran Eun Na entah ke mana mana.fikirannya tidak bersama,dia menoleh,melihat wajah di sebelahnya.'mian..Hae'bisik hatinya.dia tersentak bila Donghae menegurnya.
 
"ya!!kenapa kau tengok aku macam tu?"tanyanya.
 
"tak ada apalah..Hae..,nanti kalau aku tak balik sini lagi,kau tak apa apakan?kau tak akan rindu aku kan?"
 
"la...kenapa pula?kerja kau kan di sini.kau nak buat apa lama lama dekat Mokpo?kau bukan ada sesiapa pun lagi dekat sana.kau ada aku sahaja,itupun dekat sini."kata Donghae sambil memandang Eun Na.Eun Na hanya tersenyum mendengar kata kata Donghae.
 
"aku kata kalau..tapi kalau betul pun,aku tak kisah.aku dah biasa seorang diri,lagipun dekat dengan kubur umma dan appa aku.kerja boleh cari Hae.berdasarkan pengalaman yang aku aku ada,mesti akan ada orang yang akan upah aku berkerja dengan mereka.itupun kalau aku masih sihat"Eun Na tersenyum hambar.
 
"sejak dua tiga hari ini,aku rasa kau macam peliklah.ada apa apa yang kau rahsiakan dari aku?janganlah Na,nanti siapa pula yang nak solekkan aku?"Donghae bertanya lagi.
 
"kan ramai lagi.mereka lagi hebat dari aku.aku biasa sahaja"balas Eun Na.
 
"tapi kau faham aku.kau tahukan,kulit aku ada alahan dari kecil lagi?"
 
"tak apa,aku dah ajar mereka.nanti pandai pandailah kau"kata Eun Na lagi.
 
"Eun Na,kenapa nie?aku buat apa sampai kau tak nak solek aku lagi?"tanya Donghae,tidak tenang dengan sikap sahabatnya.
 
"tak ada apa apa lah.aku okay sahaja.aku masuk  tidur dulu lah.kau pun tidur juga,esok pagi kau ada schedule awal kan?selamat malam"kata Eun Na sambil mencium pipi lelaki itu.itu juga rutin harian mereka.kalau salah seorang pulang lewat,pasti yang seorang lagi tidak lena tidurnya.
 
"deh"kata Donghae,mengucup pipi Eun Na pula.
 
Eun Na berpusing,melangkah menuju ke biliknya.sebaik sahaja menutup dia menutup pintu,airmatanya jatuh bagaikan empangan pecah.dia menekup mulutnya,tidak mahu tangisannya di dengari sahabatnya.dia memegang dadanya.menahan kesakitan yang teramat sangat.dia bersandar pada pintu itu sambil berbisik perlahan,
 
"maafkan aku Hae.aku tak boleh beritahu kau apa masalah aku.mian Donghae"katanya sambil menangis.dia terduduk di muka pintu itu.ketika ini dia tidak mahu berbuat apa apa pun.
 
Sementara itu diruang tamu,lelaki itu membiarkan sahaja sahabatnya.tapi hatinya benar benar tidak keruan dengan sikap Eun Na ketika ini.apa yang tidak kena dengannya?telinganya bukan tuli untuk tidak mendengar tangisan gadis itu.ingin sekali dia mendakap gadis itu,tapi ditahankan hatinya.dia mengakui dia selesa bila bersama Eun Na.mungkin juga kerana mereka berkenalan dari kecil.dia mengeluh sebelum dia melangkah ke biliknya untuk melelapkan mata.hari esok pasti sibuk buatnya.
 
 
 
 
SETAHUN 6 BULAN KEMUDIAN...
 
 
 
"Donghae.."Hankyung memanggilnya.
 
tiada balasan...
 
"Donghae!!!"
 
masih lagi sama...
 
"YAH!!!LEE DONGHAE!!!"jerit Hankyung.
 
Tersentak dia dari lamunannya.
 
"hyung!!!wae??"
 
"hyung panggil awak dari tadi.awak ke mana?"tanya Hankyung.
 
"tak ada.orang ada sahaja dekat sini.cuma letih"katanya.
 
"letih??tak pernah pula hyung dengar awak merungut letih.kenapa Hae?ada yang hyung tak tahu?"tanya Hankyung lagi.
 
"aniya....hyung..apa khabar Eun Na sekarang?lepas dia balik Mokpo setahun lepas,orang tak pernah lagi dengar berita dia.orang ada call dia,tapi nombor dia tiada dalam perkhidmatan.dia pergi mana hyung?semua cara komunikasi dengan dia orang dah cuba,tapi satu pun tiada balasan.ada sesuatu berlaku dengan dia ke hyung?Ryna tak cakap apa apa?"tanya Donghae,mengharapkan jawapan dari lelaki yang sudah di anggap seperti abang sendiri itu.
 
"Hae..hyung dengan Ryna dah lama putus.Ryna tak nak ada komitmen dengan hyung.katanya ada lagi yang lebih penting dari hyung."Hankyung memberitahu.
 
"deh hyung?bila?"Donghae terkejut mendengarnya.
 
"lepas Eun Na kembali ke Mokpo,Ryna mula berubah.Ryna bukan Ryna yang dulu.bila dia dengan hyung,dia sentiasa ada yang menelefon.hyung cuma syak dia ada orang lain,tapi hyung tak pernah tanya sehinggalah suatu hari dia meminta perhubungan kami diputuskan.hyung hanya ingin dia bahagia walau dengan siapa pun dia.jadi hyung terima apa sahaja keputusannya."kata Hankyung lagi.pedih hatinya membicarakan tentang Ryna.
 
"hyung,mian..orang tak tahu..tapi orang betul betul rindu Eun Na.orang tak tahu kenapa hyung,tapi sejak Eun Na pergi,orang rasa sunyi.hati orang rasa kosong.orang keluar dengan ramai perempuan,tapi apa yang orang rasa dengan Eun Na tak sama dengan mereka.kenapa dengan orang hyung?"tanyanya.
 
"Hae,hyung tak boleh nak beritahu sebab hyung tak tahu apa yang Hae rasa.tapi hyung rasa Hae dah jatuh cinta,cuma Hae yang tidak menyedarinya"kata Hankyung lagi.
 
"jatuh cinta??dengan Eun Na??tak akanlah.orang kenal dia dari kecil hyung.kami membesar bersama.tiada satu pun yang dia tak tahu pasal orang.tak mungkin"kata Donghae lagi,tapi hatinya mula menyoal.
 
"Hae,kadang kala apa yang ada depan mata kita,kita tak akan hargai.bila dia tak ada,baru kita sedar dia amat penting dalam hidup kita.kita tak boleh tanpa dia.dari apa yang hyung lihat Hae dengan Eun Na sentiasa memerlukan antara satu sama lain,tapi bila dia dah tak ada,baru Hae rasa kehilangankan?fikirkan apa yang hyung katakan.dah,pergi tidur.esok ada fan meeting,nak buat parti hari lahir awak lagi.jangan pula mata tu lebam nanti"kata Hankyung,menepuk nepuk bahu jejaka itu.
 
"deh hyung"katanya.
 
Matanya tidak bisa lelap.hampir satu jam dia berbaring di katil itu.dia mengakui jiwanya benar benar kosong.
 
"Na,,,kau dekat mana?ada sesuatu yang berlaku dengan kau ke?aku rindu kau Eun Na.pulanglah"katanya perlahan.Dia mengingati keakraban mereka.tiada satu yang tidak dibuat tanpa Eun Na.hatinya benar benar inginkan Eun Na kembali.dalam dia memikirkan caranya,dia terlelap.
 
 
 
Keesokan hari....
 
 
"wah!!hyung...penat gila hari ini.ada apa apa untuk orang ke hyung?"tanyanya melihatkan Hankyung meneliti surat surat serta hadiah yang di terima di depan rumah mereka.
 
"memang lah semua untuk Hae.manalah ada untuk hyung."
 
"ala..merajuk pula bunyinya"Donghae mengusik.
 
"taklah.mana ada.nah!!ini semua surat awak,tapi ada sesuatu yang istimewa"
 
"dari Eun Na ke hyung?"tanya Donghae.galak matanya memerhatikan.
 
"tak tahu pula hyung.tak ada alamat pengirim.tiada setem.alamat rumah kita pun tak ada.tapi dia tulis nama awak."
 
"neh hyung.apa isi kandungannya?"tanya Donghae,tidak sabar.
 
"pita rakaman"Donghae melihat pita itu.tertulis indah namanya.tapi apa yang dia pasti itu bukan tulisan Eun Na.
 
"saesaeng fan kot hyung"Donghae meneka.
 
"entah.nak ke tak?tak nak hyung buang."kata Hankyung lagi.
 
"mintalah.orang masuk bilik dulu.letih sangat la hyung."Hankyung mengangguk.tapi rasanya tadi dia seperti melihat Ryna.tapi ditolak ke tepi imaginasinya.tak mungkin.
 
Sementara itu,Donghae yang menuju ke biliknya,tidak sabar untuk mendengar pita itu.dia menekan pita itu untuk mendengar siapa.alangkah terkejutnya dia mendengar suara itu.suara yang amat dirindui nya.
 
"Hae..na ya..sihat?aku sihat.Saengil Chukahae Lee Donghae.dah bertambah umur kau setahun lagi.macam kerja kau?masih sibuk seperti dulu?jaga kesihatan kau Hae.jangan sampai kau jatuh sakit pula,nanti siapa nak jaga kau?aku dah tak boleh.aku lupa,kau ada yang akan menemanikan?
Hae..mian...aku tak hubungi kau dalam masa setahun ni.aku ada hal.tapi dalam masa ini belum cukup untuk aku melupakan kau.aku rindu kau,tapi aku tak boleh kembali pada kau.jangan cari aku k??emm....mian...membebel pula aku.kau tentu tak suka kan?okaylah.itu sahaja.
p/s:jaga kesihatan.bila kau nak balik Mokpo?kasihan umma kau..dia rindu kau..k lah..bye..Saranghae"
 
Menitis airmatanya mendengarkan suara itu,dia seperti terkedu.dia terlalu merindukan Eun Na,tapi kenapa gadis itu berkata tidak boleh kembali?.dia berlari keluar,mencari Hankyung di ruang tamu.
 
"hyung!!!"dia menjerit sekuat hati.
 
"wae Hae??terperanjat hyung"katanya sambil memegang dada.
 
"Eun Na"katanya.
 
"neh?"Hankyung seperti tidak mempercayai telinganya.
 
"deh hyung..Eun Na.dia datang sini masa kita tak ada hyung.mesti dia yang hantarkan?"
 
"dia ada kata apa apa?"
 
"tak ada.dia cuma wish birthday,itu saja.lepas itu dia kata dia tak boleh kembali.apa maksud dia hyung?kenapa dia tak boleh kembali?kenapa dia tak bagi orang cari dia?hyung.....apa maksud semua ini?"tanya Donghae bertubi tubi.dia menyapu airmatanya.
 
"Hae,sabar Hae.nanti kita cari dia ya.mungkin ada sesuatu yang dia tak nak kita tahu.Hae ada cuti minggu depan.seminggu penuh."
 
"kita pergi Mokpo hyung.dia mesti ada di sana sebab dia kata umma rindu orang"
 
"mana Hae tahu??mungkin juga dia di Seoul.tak kan lah dari Mokpo dia nak datang hanya untuk menghantar pita rakaman nie?"Hankyung bertanya kembali.
 
"orang tak tahu hyung..orang tak boleh nak fikir sekarang ini.mind orang blank hyung"kata Donghae lagi.
 
"Hae...rest dulu.nanti kita fikirkan caranya ya"pujuk Hankyung.Donghae hanya mengangguk.Hankyung pula hanya memandang Donghae dengan pandangan kosong.
 
 
~***~***~**
 
"Ryna,kau dah buat apa yang aku suruh?"tanya Eun Na ketika Ryna menyiapkan dia petang itu.
 
"dah..tapi aku rasa oppa nampak aku lah.tapi nasib baik aku sempat menyorok.kalau tak..."
 
"kalau tak kenapa?"tanya Eun Na lagi.
 
"kau kan tahu aku dengan oppa macam mana kan?"
 
"mian Ryn..sebab aku,korang putus."
 
"Na...aku dah cakapkan,itu bukan salah kau.aku yang nak jaga kau.aku sayang kau Na.kau sahabat aku.tapi aku tahu aku tak seperti Donghae"
 
"kenapa dengan dia pula?"
 
"kau sayang dia,tapi tak macam kau sayang aku.aku kenal kau masa kat kolej sahaja,tapi kau kenal dia dari kecil.beza betul aku dengan dia"kata Ryna.
 
"Ryn...aku sayang kau macam aku sayang diri aku sendiri.sama juga dengan dia.kau dengan dia sama penting dalam hidup aku.aku minta maaf kalau aku menyusahkan kau.aku tak minta Ryn.aku tak nak jadi macam ini."kata Eun Na lagi.
 
"Na...aku minta maaf.aku tak rasa kau menyusahkan aku.mian Na kalau kata kata aku menyinggung perasaan kau"katanya memeluk sahabatnya itu.
 
"aku tak apa apa lah.tapi kalau kau tak sanggup,tak apa.aku tak kisah.aku bisa sendiri"kata Eun Na lagi.
 
"Na..mian...jangan cakap macam tu.aku rela hilang kekasih dari aku hilang teman sebaik kau.sampai bila kau nak sembunyikan perasaan kau dari dia?"Ryna membuka bicara lain.tidak mahu membicarakan hal itu.
 
"Ryn..dengan keadaan aku macam ini,kau rasa aku boleh luahkan perasaan aku pada dia?biarlah Ryn.aku tak nak menyusahkan sesiapa lagi.cukuplah kau seorang..kalau boleh aku juga tak nak kau habiskan sisa hidup kau dengan menjaga aku.kau perlu kecapi kebahagiaan kau sendiri.kenapa masa kemalangan tu,aku tak terus----"percakapannya di potong Ryna,
 
"tak terus apa??!!jangan kau berani nak teruskan ayat kau tu.kau ingat aku kisah dengan kebahagiaan aku?aku lebih kisahkan kau.kau yang jaga aku masa aku sakit dulu.sekarang masa aku pula yang jaga kau.jangan fikirkan soal lain Na.fikirkan soal kau dulu"Eun Na hanya tersenyum mendengar bebelan sahabatnya itu.
 
"aku teringin sangat nak tengok wajah kau.mesti lagi cantik dari dulu kan?"kata Eun Na.
 
"aku biasa sahaja.kau lagi cantik dari aku"dia mengucup pipi sahabatnya itu.
 
"kalaulah aku boleh melihat.aku cantik pun tiada gunanya,aku cacat Ryn.aku tak pernah salahkan sesiapa.tidak juga takdir.aku cuma berserah.aku harap aku pergi dulu dari kau,kerana aku nak kau bersama semula dengan Hankyung hyung.bukan macam aku.aku tak akan dapat apa yang aku nak"kata Eun Na lagi.
 
"Na..kau cakap sekali lagi macam tu,aku tak nak cakap dengan kau."kata Ryna,merajuk.
 
"hehehe..mian..aku gurau sahaja.janganlah marah.aku dapat bayangkan buruknya wajah kau macam mana kalau merajuk"
 
Ketawa mereka dengan telatah masing masing.sudah lamanya rasa Ryna tidak mendengar suara Eun Na ketawa sebegitu.begitu juga Eun Na.sejak Ryna menjadi penjaga tetapnya,gelak ketawa Ryna seperti terhapus.sedang asyik mereka mengenakan antara satu sama lain,loceng rumah mereka berbunyi.Ryna memandang Eun Na.
 
"siapa Na?kau ada jemput sesiapa datang ke?"tanya Ryna.
 
"aku pula.aku keluar rumah pun tidak sepanjang setahun ini.kawan kau kut"kata Eun Na pula.
 
"aku rasa tak ada sesiapa tahu kita di sini selain dari umma Donghae kan?"tanya Ryna.Eun Na mengangguk.loceng itu seperti tidak mahu berhenti bunyinya.
 
"pergilah tengok Ryn..entah entah jiran sebelah nak minta tolong ke apa ke kan"
 
"Deh..kau tunggu sini ya"katanya kepada Eun Na.Eun Na hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
 
Ryna menuju ke arah pintu rumah mereka.dia membuka pintu dengan perlahan dan alangkah terkejutnya dia melihatkan Hankyung di depan rumahnya.dengan tindakan refleks,dia menutup pintu itu semula sambil memegang dadanya.dia mendapatkan Eun Na semula,memberitahu kehadiran lelaki itu.
 
"Na..oppa..macam mana dia tahu aku tinggal sini.apa aku nak buat ini?"katanya gelabah.
 
"chincca??pergilah jumpa dia Ryn.sampai bila kau nak sembunyi dari dia?"tanya Eun Na padanya.
 
"aku tak nak Na.aku tak nak jumpa dia.aku tahu aku akan tewas kalau aku jumpa dia.aku tak nak Na."katanya lagi.tapi hatinya begitu sekali ingin bertemu Hankyung.
 
"Ryn...hati kau Ryn.hati kau kata lain.aku faham Ryn.pergilah.mungkin ini jodoh kau.jangan kisahkan aku.dia tak bawa Donghae kan?"tanya Eun Na.
 
"tak nampak pula.aku nampak dia seorang sahaja"
 
"pergilah Ryn.jemput dia masuk.tak baik tahu biarkan bakal suami di luar"Eun Na mengusik.
 
"bila pula dia bakal suami aku?"
 
"ya lah..pergilah"dia menepuk bahu Ryna menyuruhnya pergi.lega hatinya mendengar langkahan Ryna.
 
Mengeletar tangan Ryna memusing tombol pintu itu.dia tidak akan yakin akan dirinya.dia menarik nafas sebelum dia membuka pintu itu,melihat wajah yang teramat di rinduinya.
 
"deh"hampir tidak keluar suaranya.
 
"in...Ryna??!"Hankyung terkejut.tidak menyangka dia akan bertemu Ryna di sini.dia menelan air liur sebelum menyambung kata.
 
"ini rumah Ryna?"tanyanya.gadis itu hanya mengangguk.
 
"bukan Eun Na?"tanyanya lagi.
 
"rumah kamilah"gadis itu hanya menundukkan kepalanya.tidak berani menatap mata jejaka di hadapannya.
 
"Ryna...kenapa?"
 
"kenapa apa o..Hankyung ssi??"
 
"kenapa Eun Na tinggal dengan awak?Eun Na bukan di Mokpo ke?"Ryna hanya mengelengkan kepalanya.
 
"dia tinggal dengan Ryna sejak setahun yang lepas.selepas dia kembali dari Mokpo.Ryna yang jaga dia lepas dia accident.masuklah.nak duduk di luar ke?"Hankyung meletakkan diri di sofa sebelum dia  meneruskan pertanyaanya.
 
"Eun Na accident??kenapa kami tak tahu??"
 
"deh,,hari yang sama dia pulang dari Mokpo.teksi yang di naiki terlibat kemalangan dengan trak.malangnya dia,kaki dia hancur dalam kemalangan itu.mata dia pula---"Ryna tidak bisa menyambung kata.
 
"kenapa dengan mata dia?apa yang berlaku sebenarnya Ryna?"bila Hankyung terdengar suara itu.
 
"Ryn,kau dah jemput hyung masuk??apa khabar dia?"tanya Eun Na dari biliknya.
 
"deh..dia sihat.wae Na?"Ryna memandang Hankyung.
 
"ani..saja lah aku tanya.jangan bagi dia jumpa aku ya"kata Eun Na lagi.
 
"kenapa pula?Donghae tak ada Na.oppa datang seorang"kata Ryna lagi sambil mendapatkan Eun Na.dia menyuruh Hankyung menunggu sebentar.Hankyung hanya memerhatikan tingkah mereka..
 
"kenapa Na?kenapa oppa tak boleh jumpa kau?"tanya Ryna lagi.
 
"aku segan Ryn.keadaan aku tak sama macam dulu.aku tak nak dia tengok aku terbaring sahaja kat katil ini.aku segan Ryn"
 
"tapi Na,aku dah suruh dia masuk.mesti dia nak jumpa kau"kata Ryna lagi.
 
"Lee..Eun..Na.."terdengar suara Hankyung.
 
"Hankyung hyung"suaranya retak.
 
"kenapa macam sampai macam ini sekali keadaan awak?Eun Na,Donghae tahu semua ini?"tanya Hankyung lagi.Eun Na hanya mengelengkan kepalanya.
 
"tolong hyung,jangan sampai dia tahu.orang tak nak dia tahu"Eun Na merayu.
 
"tak boleh Eun Na,hyung kena beritahu Donghae.dia perlu tahu"kata Hankyung lagi.
 
"hyung...orang merayu hyung....please...jangan beritahu dia."kata Eun Na lagi.airmatanya mengalir perlahan.
 
"Eun Na,awak tahu dia cari awak merata rata.lepas dia terima pita rakaman awak,dia seronok sangat tapi dalam pada masa yang sama dia sedih sebab dia tak tahu kedudukan awak.dia dah tak macam orang Eun Na.sesibuk mana pun dia,dia sentiasa ingatkan awak.awak teramat penting dalam kehidupan dia Eun Na"Hankyung memberitahu.
 
"orang hanya teman pada dia hyung.kenapa dia perlu cari orang?"
 
"kamu berdua saling memerlukan"
 
"apa maksud hyung?"tanya Eun Na tidak mengerti.
 
"awak akan faham nanti.sekejap lagi dia sampai"beritahu Hankyung.
 
"hyung!!!kan dah kata jangan beritahu dia?apa aku nak buat nie Ryn.tolong aku Ryn"katanya mula gelisah.
 
"Ryna akan keluar dengan hyung.itupun agaknya dia"kata Hankyung bila dia mendengar bunyi loceng.Eun Na semakin gelisah.
 
"Ryn,,,sembunyikan aku.aku tak nak jumpa Donghae Ryn.aku belum bersedia"
 
"Na,kau nak aku sembunyikan kau di mana?kau kena kuat Na.hadapinya ya?"pujuk Ryna sambil mengosok gosok belakang sahabatnya.
 
"Ryn"
 
"Eun Na"dia mendengar suara itu.
 
"selesaikan Hae.hyung bawa Ryna keluar"kata Hankyung sambil menarik tangan Ryna.
 
"tak nak.Ryna tak boleh tinggalkan Eun Na"
 
Hankyung tidak mempedulikan rengekan Ryna.dia menarik gadis itu sekuat hatinya,membawanya memasuki kereta dan bergerak meninggalkan tempat itu.
 
"kita nak pergi mana?"tanyanya.Hankyung memandang wajah itu.
 
"di mana hanya ada kita.awak dan saya"jawab Hankyung.
 
"untuk apa?saya tak nak.hantar saya pulang"
 
"dan saya terlalu degil tidak mahu mendengar kata awak.kerana saya perlu tahu alasan yang terbaik kenapa awak memutuskan hubungan kita.adakah atas sebab ini atau ada sebab lain."kata Hankyung ,tegas.
 
"tiada sebab..itu urusan saya dan awak,tak perlu tahu"Ryna tidak mahu mengalah.
 
"please Ryna..jangan sisihkan saya dari kehidupan awak"kata Hankyung lagi.
 
"saya tak pernah sisihkan awak,Hankyung.cuma saya lebih diperlukan seseorang.awak tak pernah padam dari ingatan atau hati saya.saya tak nak awak sengsara.saya tak mahu awak rasa apa yang saya rasa.saya inginkan yang terbaik buat awak.saya ingin awak cari kebahagiaan awak sendiri kerana awak tak akan gembira dengan saya.saya akan membebankan awak saja.mian Hankyung.saya tak boleh teruskan hubungan kita.Eun Na lebih memerlukan saya"kata Ryna panjang lebar.
 
"kenapa awak menghukum saya dengan hukuman yang awak belum pasti kesalahannya?kenapa awak perlu menuduh sedangkan buktinya masih belum ada?awak benar benar tidak mengenali saya Ryna.sejak saya katakan yang saya akan menjaga awak,apa pun jua keadaan awak saya akan menerimanya.saya tidak akan merungut.kerana saya telah berjanji pada diri saya sendiri,apa sahaja yang berkaitan dengan awak akan jadi sebahagian dari kehidupan saya."Hankyung memandang Ryna sebelum meneruskan percakapannya,
 
"saya sayang awak Ryna.sayang sangat.bila awak kata awak nak putus,saya terima dengan rela walaupun saya tak sanggup.saya biarkan hati ini terluka kerana saya ingatkan awak bahagia.kalaulah saya tahu awak menderita,saya tidak akan dan tak akan pernah lepaskan awak.kenapa awak sembunyikan semuanya dari saya Ryna?apa,saya tak cukup layak buat awak?"dahi mereka bersentuhan.mata bertentang mata.
 
"saya tak menderita Hankyung.saya cuma ingin menjaga Eun Na.dia perlukan seseorang untuk menjaga dia.dia tiada sesiapa lagi selain saya dan Donghae.tapi Eun Na tak mahu Donghae tahu akan keadaan dia yang macam tu.dia juga tak benarkan saya Hankyung,tapi saya yang inginkan.saya yang mahu menjaga dia.kerana saya tahu Eun Na bagaimana sikapnya.dia tidak akan menyusahkan sesiapa pun walaupun dia tersiksa.satu satu sikapnya yang saya kagumi..saya tak nak awak terperangkap dengan saya"kata Ryna lagi.
 
"awak tak pernah perangkap saya.tapi saya yang mahu diperangkapkan.please,bagi saya peluang untuk menjaga awak.tak kira berapa lama pun"kata Hankyung lagi.
 
"awak tidak akan menyesal?"tanyanya bila dia melihat Hankyung seperti bersungguh sungguh.
 
"tidak..saya sumpah dengan nama awak"kata Hankyung sambil mencium dahi gadis itu.Ryna hanya mengangguk.Hankyung tersenyum selesa melihatkan gadis itu.dia mengucup tangan gadis itu yang sememangnya berada dalam genggamannya sejak dari mula mereka menaiki kereta lagi.
 
"sekarang kita kena tunggu panggilan dari Donghae.sementara itu kita jalan jalan nak?"tanya Hankyung lagi.Ryna menganggukkan kepalanya sahaja.
 
 
Di rumah....
 
 
"Eun Na"panggil Donghae.
 
tiada jawapan.dia menyembunyikan wajahnya di bawah bantal.
 
"Na,aku nie.kau tak nak tengok aku?"tanya Donghae padanya.Eun Na hanya mendiamkan diri.
 
"Lee..Eun..Na..kenapa nie?aku cari kau dah lama Na.kau pergi mana?kenapa kau tak hubungi aku?aku call handset kau tapi tiada jawapan.apa yang terjadi sebenarnya Na?"tanya Donghae bertubi tubi.
 
"aku tak ada apa apalah.aku okay.balik lah Hae.jangan pedulikan aku.anggap aku tak pernah wujud dalam kehidupan kau selama ini."kata Eun Na pada Donghae.
 
"deh??31 tahun aku hidup dalam dunia ini,26 tahun masa aku,aku habiskan dengan kau.kau suruh aku lupakan kau macam tu sahaja?kau ingat aku jenis macam tu ke?kau kenal aku Na,tapi kenapa kau seolah olah mencabar kesabaran aku?!!"suaranya mula meninggi.
 
"aku tak cabar dan aku tak suruh kau datang sini.pergi Hae.jangan sampai aku buat kau benci aku"
 
"apa yang kau akan buat?Lee Eun Na yang aku kenal tak akan buat apa apa yang membolehkan aku membenci dia kerana dia mencintai aku,Lee Dong Hae."katanya dengan bangga.
 
"a..a..apa yang kau cakap nie Hae?k..kenapa kau merepek yang bukan bukan?"tanya Eun Na.airmatanya mengalir perlahan.
 
"Na,15 tahun kau tinggal dengan aku,cukup untuk aku meneka perasaan kau..tapi aku buat tak tahu sebab aku nak kau beritahu aku dengan sendiri.aku biarkan kau.aku buat macam macam yang menyakitkan kau,tapi kau masih lagi diam.kau tak pernah marah aku.kau tak pernah tegur apa sahaja yang aku buat.aku nakkan perhatian itu Na,tapi kau seperti tak kisah.kau hanya menjaga reputasi aku,tapi kau tak pernah lihat ke dalam hati aku.kau tak tahu bagaimana rasanya bila aku tengok kau berbual dengan lelaki lain??aku cemburu Na.cemburu sangat.tapi aku tahankan hati aku.aku keluar dengan perempuan lain sebab aku nak lupakan bayangan kau dengan orang lain.kau masih sama.kau tak pernah luahkan apa yang kau rasa selama ini.kau terlalu kuat Na"kata Donghae panjang lebar.
 
"kita sahabat Hae.itu yang kau beritahu aku.kau kata kau tak nak perempuan yang tak faham kau.kau kata lagi,kau tak nak perempuan yang tak pandai tahan sabar.aku letakkan batasan itu kerana kau juga aku tahu macam mana orangnya.aku tahan sahaja panas baran aku sebab aku sayangkan kau.aku sayang kau sangat sangat.aku rasa aku tak ada hak dalam untuk campur kehidupan kau.aku cuma sahabat buat kau,bukan sesiapa lagi"
 
"kerana itu kau sembunyikan diri dari aku?aku dah rasa kelainan masa kau kata kau nak balik Mokpo,tapi aku diamkan.kau menangis sehari sebelum kau pergi.kau ingat aku tak tahu?aku juga sayangkan kau Eun Na.tapi bukan sebagai sahabat."kata Donghae lagi.dia menatap mata Eun Na.
 
"aku tahu Hae.aku tak pernah ada dalam hati kau.dan sekarang kau dah mengakuinya.pergi Hae.biar aku sendiri.aku tak perlukan sesiapa untuk aku.sebelum kau keluar,tutup pintu elok elok.tinggalkan aku sendiri"kata Eun Na sambil menahan airmata yang tidak berhenti turunnya.Donghae merapatinya.duduk di birai katil itu.
 
"aku sayang kau bukan sebagai sahabat,tapi sebagai insan yang menduduki hati aku.aku,Lee Dong Hae,juga punya perasaan yang sama dengan kau.aku mencintai kau,Lee Eun Na.aku amat pasti itu"katanya sambil mengucup dahi itu.
 
"jangan Hae.aku tidak layak untuk mendengarnya"
 
"tapi kenapa?pandang aku Eun Na"katanya perlahan.
 
"tak nak"Eun Na mengelengkan kepalanya.
 
"please Eun Na.benarkan aku melihat kau"Donghae mencuba lagi.
 
"kau tak akan mampu Hae.kau tak akan sanggup.aku bukan Eun Na yang kau kenal dulu."
 
"Lee Eun Na"panggil Donghae,tegas.
 
"aku tak boleh Hae.aku nak sangat tengok wajah kau tapi tak boleh.kalau kau tengok aku pun,aku tak akan tahu.aku tak nampak apa apa Hae.pandangan aku gelap"
 
"apa maksud kau Eun Na?"tanya Donghae.
 
"aku buta Hae.atas sebab inilah aku melarikan diri dari kau.aku tak nak kau tahu masalah aku.aku tak nak kau susah hati .tapi malang tidak berbau.hari yang aku pulang dari Mokpo,teksi yang aku naiki terlibat dalam kemalangan.kaki aku tersepit.sekarang aku hanya ada sebelah kaki sahaja Hae,kau masih nak aku?kau sanggup?menjadi selebriti yang dikenali dunia,aku pasti kau terlalu sibuk.kerana itu juga aku tak pernah ganggu kau.tapi hati aku mahukan yang lain.aku terlalu merindukan kau.bila Ryna suggestkan pita rakaman,aku setuju.aku cuma nak sampaikan apa yang ada dalam hati aku.tapi aku tak sangka kau cari aku"kata Eun Na sambil menyapu airmatanya.
 
"Na..kau tipu kan?kau bohongkan?kau reka cerita sebab kau tak nak aku mencintai kau?tolong Eun Na,jangan bergurau"kata Donghae,tidak mempercayai telinganya.
 
"untuk apa aku bergurau perkara sebegini Hae?tiada gunanya.aku tak mahu memperdebatkan hal yang tidak penting bagi aku.pergilah..jangan kembali lagi.jangan pernah muncul lagi depan aku kerana kalau kau kembali aku pasti aku tidak boleh melupakan kau"kata Eun Na membaringkan dirinya membelakangkan Donghae.dia hanya menahan tangis.
 
Donghae hanya melihat Eun Na.dia seperti terkedu.dia melangkah keluar dari bilik itu.fikirannya buntu.untuk apa aku ke sini?dia terduduk di sofa di ruang tamu itu.berfikir sebaiknya.dia tidak tahu.dia sememangnya mencintai Eun Na,tapi apa yang di dengarinya dari Eun Na seperti mimpi.hampir satu jam dia berperang dengan perasaannya sendiri.dia hampir tidak mendapat jawapannya bila hatinya menyentuh akalnya.tersenyum dia bila kata putus telah dibuat.
 
Eun Na hanya berbaring.dia tidak mahu tahu apa yang ada diluar sana.biarkan mereka semua pergi,mencari kebahagiaan masing masing.dia memejam mata sambil berbisik perlahan,
 
"ini semua mimpi.Hae tidak akan pernah mencintai aku.apa yang aku harapkan?Eun Na,kau hanya bermimpi di siang hari"
 
"itu kalau kau tidur.ini kenyataan Na.aku di sini.apa yang aku cakap tadi semuanya ikhlas dari hati aku.maafkan aku Na kerana aku menghakimi kau sebentar tadi"kata Donghae merapati Eun Na.
 
"kenapa kau belum pergi Hae?kenapa masih disini?"Eun Na merasakan katil bertambah penghuninya.dia tersentak bila dia terasa sepasang tangan melilit pinggangnya.
 
"aku tak mahu pergi.aku inginkan kau Eun Na.Lee Eun Na,aku ingin kau menjadi peneman aku seumur hidup aku.adakah kau sudi?"tanya Donghae sambil mengucup rambut gadis itu.
 
"adakah aku layak Hae?aku ini beban pada semua orang.kalau aku jadi peneman kau,kau akan menyesal seumur hidup kau.kau tak malu?kau terkenal Hae-----"percakapannya di potong sepasang bibir.
 
"aku tak nak dengar kau cakap yang bukan bukan.apa yang aku inginkan aku akan dapatkan.aku tak ingin kau pergi dari aku Na.cukuplah setahun ini.jangan pernah tinggalkan aku lagi Eun Na.so..apa jawapan pada persoalan aku?"tanya Donghae lagi.
 
"aku rasa kau tahu Hae.aku tak perlu jawab"
 
"tapi aku inginkan jawapannya dari bibir kau Na"Eun Na hanya mendiamkan diri sebelum mengangguk.
 
"aku terlebih sudi Hae,cuma aku tak mahu kau malu"
 
"tak akan.maafkan aku selama ini"katanya sambil memusingkan badan gadis itu berhadapan dengannya.dahi mereka bersentuhan.Donghae hanya memerhatikan Eun Na.
 
"jangan tengok aku macam tu Hae.aku malu.aku rindu nak tengok wajah kau"kata Eun Na.
 
"mana kau tahu aku tengok kau?wajah aku masih sama.tak pernah berubah.dari dulu sampai sekarang malah bertambah handsome"Donghae menahan tawa.
 
"perasan..panahan mata kau,aku tahu.boleh aku sentuh wajah kau?"tanya Eun Na lagi.Donghae mengambil tangan Eun Na,meletakkan dipipinya.
 
"aku milik kau.tak perlu terlalu formal"kata Donghae sambil mengucup tangan itu.Eun Na tersenyum.
 
"senyuman kau masih belum berubah.secantik kau juga"
 
"banyaklah kau.Hae,mian,tapi aku nak minta tolong kau sikit boleh?"
 
"apa dia?"
 
"jangan terlalu charming.aku tak pandai nak kawal perasaan aku"
 
"deh..tidur ya.dah lama aku tak tidur dengan kau"
 
"yalah.bagi aku sama sahaja siang atau malam.aku tak boleh nak bezakan"
 
"Eun Na,aku akan jadi siang kau dan juga malam kau.tidur ya"kata Donghae mengucup pipi gadis itu.
 
"Saranghae Hae"kata Eun Na sebelum melelapkan mata.
 
"nado"kata Donghae menarik gadis itu ke dalam dakapannya sebelum dia juga di bawa ke alam mimpi.
 
Hankyung dan Ryna yang baru pulang menuju ke bilik Eun Na.tersenyum mereka melihatkan itu.mereka berdoa supaya Eun Na dan Donghae menemui kebahagiaan..
 
 
~~tHe eNd~~
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
A_MooNStar
#1
Nice actually :)
Pernah hantar karya(ff) kepada Malay Epop?
^_^