Only You

One Shot Collection...

 

Dia melihat fancam itu berulang kali.tidak mempercayai matanya.suaminya separuh bogel.dia tidak marah.tidak juga cemburu.menjadi isteri kepada selebriti dunia,dia kena menempuh semua itu.dia tidak boleh membenarkan dirinya cemburu,marah atau apa saja yang berkaitan dengan perasaan.
 
Dia amat pasti itu..tapi kadang kadang perasaan itu memakan dirinya.dia terluka sendiri.dia menangis sendiri.di depan suaminya dia tidak mempamerkan wajah terluka atau apa sahaja.dia hanya mempamerkan wajah yang ceria.memang dia ceria bila suaminya pulang dari luar negara.Kerana itu masa mereka bersama.kerana itu masanya dia terasa disayangi.
 
Suaminya tidak membenarkan dia menelefon atau menghantar mesej atas alasan dia akan amat sibuk berlatih.tapi yang mengguris hatinya bila suaminya ber tweet di tweeter.ada masa.kenapa dia tidak dibenarkan untuk menghubungi suaminya?dia membuat akaun tweeter itu tanpa pengetahuan suaminya.juga akaun facebook.suaminya tidak mengetahui semua itu.kerana dari situ dia bisa mengetahui apa yang suaminya lakukan..ELF lebih tahu dari dia.
 
Dia,Lee Eun Rae,isteri kepada Dancing Machine Asia,Lee Hyuk Jae.mereka berkahwin atas dasar cinta.suaminya itu akan pulang sekali dalam sebulan,itupun hanya sehari.selepas itu suaminya akan ke luar negara lagi.
 
Dia dulunya seorang penari di SM TOWN.di bawah bimbingan Jae Yul oppa.penari latar Super Junior.dia tertawan dengan keunikan kumpulan itu..bila dia berkahwin,Hyukjae tidak membenarkan dia menari lagi.kata Hyukjae,tubuhnya hanya untuk tontonan suami,bukan orang ramai.dia akur.kerana cinta..kerana sayang.
 
Tapi sejak akhir akhir ini dia merasakan suaminya seperti sudah berubah.dia tidak tahu.atau mungkin perasaannya sahaja.dia sudah tidak mengenali Lee Hyukjae lagi.HyukJae tetap Eunhyuk pada Jewel,tapi padanya Eunhyuk bukan Hyukjae yang dulu...mungkin dia ada membuat kesilapan yang membuatkan Hyukjae berubah..pada sahabat baiknya juga tidak diceritakan tentang perasaannya terhadap Hyukjae.hanya yang mampu dilakukan ketika ini mengeluh.
 
Iphonenya berbunyi menandakan ada pemanggil.dia tiada mood untuk mengangkatnya.akalnya benar benar buntu ketika ini.dia membiarkan deringan itu mati dengan sendirinya.saat ini hatinya benar benar kecewa dengan sikap suaminya.bila Iphone itu berbunyi menandakan ada mesej masuk,dia juga membiarkannya.Iphone itu berbunyi lagi.
 
Bila dia ingin mencampakkan Iphone itu serta merta tindakannya beku melihat nama yang tertera.'Hubby Honey'.dia teragak agak untuk menjawabnya atau tidak.tapi dia tahu suaminya seorang yang panas baran.dia berfikir sebentar,untuk menjawab atau tidak.akhirnya deringan itu mati dan berbunyi lagi..dia pasti suaminya sedang menahan kesabaran untuk tidak mencampakkan Samsung Galaxy SIII miliknya,akhirnya dia menjawab.
 
"yobseyo?"jawabnya.
 
"pergi mana?berapa kali call baru nak jawab?!!!"Hyukjae menghamburkan kemarahan.hilang niat sebenar dia menelefon isterinya.
 
"Rae kat bawah.wae oppa?"tanya Eun Rae..berbohong
 
"dah tak tahu nak bawa telefon tu ke bawah?"Hyukjae tidak berpuas hati dengan jawapan itu.
 
"mianhae oppa.selalu oppa tak pernah call pun.ada apa?"Eun Rae memberanikan diri bertanya.
 
"tsk..tsk..tsk..oppa nak call isteri sendiri pun tak boleh?"Hyukjae berjaya menenangkan dirinya.
 
"tak lah.oppa kan sibuk.nanti Rae ganggu pula"kata Eun Rae lagi.
 
"ada masa sedikit.Rae buat apa kat bawah?"tanya Hyukjae.
 
"oppa,kat rumah kita ni kat bawah tu ada apa?Rae tengok tv"jawab Eun Rae.
 
"oppa rindu Rae"Eun Rae mengerutkan keningnya.buang tabiat apa suaminya ini.
 
"emmmmmm"
 
"Rae...kenapa?"
 
"kenapa apa?"
 
"oppa tahu ada sesuatu yang menganggu fikiran Rae."
 
"tak ada apa lah oppa.Rae okay.oppa tak payah risaukan.lagi pun oppa sibuk kan.tak perlulah call Rae."kata Eun Rae lagi.menahan air mata untuk gugur,tapi Hyukjae bukan bodoh untuk tidak menyedarinya.
 
"Rae..baby..kenapa nie?"
 
"tak..Rae okay.jinjja.oppa tak payah risaukan Rae.oppa buat yang terbaik untuk show oppa ya"kata Eun Rae lagi.Hyukjae teringatkan sesuatu.
 
"Rae dah tengok?"
 
"apa?"
 
"performance solo oppa?"
 
"sudah"
 
"Rae tak marah?"
 
"oppa rasa?"
 
"Rae...."
 
"oppa,tipu lah kalau Rae kata Rae tak ada perasaan cemburu tengok unnie unnie tu sentuh oppa.tapi siapa Rae untuk menghalang?"
 
"Rae,oppa mian okay?"kata Hyukjae lagi cuba menenangkan isterinya yang sememangnya tak tenang.
 
"oppa,Rae okay.tak apa oppa.Rae tahu oppa buat untuk Jewel kan?"
 
"Rae...oppa..."tapi percakapannya dipotong isterinya.
 
"oppa,Rae kena pergi dulu.ada kelas.oppa buat yang terbaik ya.jangan risaukan Rae.Rae okay oppa.bye"kata Eun Rae menamatkan panggilan.
 
Dia tahu jika dia lama lagi airmata yang ditahan semasa berbual dengan suami pasti akan gugur.akhirnya mutiara itu gugur juga.tidak mahu mendengar kata pemiliknya.
 
Eunhyuk bukan milik dia.Eunhyuk milik dunia.dia hanya memiliki Lee Hyuk Jae sahaja,tapi nampaknya Lee Hyuk Jae itu juga semakin jauh dari Lee Eun Rae.Lee Hyuk Jae itu bukan Lee Hyuk Jae yang dia kenali 8 tahun dulu.comel...pemalu..dan pendiam..
 
Dulunya dia tertarik atas sebab itu.tapi sekarang suaminya semakin lari dari sikap itu.suaminya semakin seksi dan menarik hati sesiapa sahaja yang melihat.seperti dia juga.walaupun lelaki itu suaminya,tapi bila dia melihat suaminya di atas pentas hatinya bergetar hebat..seperti pertama kali jatuh cinta.
 
~~~~~~~~~~~~~~~
 
Sementara itu di sebuah stadium di Seoul dimana Super Junior mengadakan SS4#ENCORE,ada seseorang yang gelisah.gelisah dengan reaksi isterinya.Dia bukan terlalu bodoh untuk tidak menyedari nada suara insan kesayangannya.suara itu berubah di saat dia bertanyakan tentang persembahan solonya.
 
Dia tahu pasti isterinya itu berasa sakit hati.dia tidak membenarkan isterinya menari lagi selepas perkahwinan mereka,tapi di kala ini dia merasakan yang dia terlalu melampaui batas.dia mengeluh bila Sungmin menegurnya..
 
"Hyuk,wae?"
 
"aniyo"
 
"Hyuk,bukan semalam hyung kenal Hyuk.Hyuk,boleh cerita dengan hyung?"tanya Sungmin.
 
"tak ada hyung.betul.Hyuk okay"katanya lagi.
 
"pasal Eun Rae?"tebak Sungmin.
 
"hyung..."
 
"Hyukjae a.k.a Eunhyuk,hyung kenal awak.care to tell me?"
 
"hyuk rasa bersalah je.tadi suara dia semacam je.macam menangis.hyung,orang terlalu melampau ke hyung?"tanya Hyukjae lagi.
 
"maksud hyuk?"Sungmin meminta penjelasan.
 
"perfomance solo orang.orang rasa macam orang dah buat dia terluka sangat hyung.macam mana nie hyung?orang sayang dia sangat sangat hyung..tapi orang rasa macam ada sesuatu disebabkan perfomance tu."kata Hyukjae menutup muka dengan kedua belah tapak tangannnya.
 
"Rae kata apa?"
 
"memang lah dia tak kata apa apa.tapi orang kenal dia hyung.dia tak akan cakap dengan orang walau apa pun perasaan dia"Hyuk Jae menuturkan kata.
 
Dia tahu Eun Rae.isterinya itu bukan jenis dengan senang memberitahu perasaannya.baik dengan dia ataupun kawannya.Eun Rae lebih suka memendamkan perasaan sendiri.dia takut dia kehilangan isterinya disebabkan itu.
 
"Hyuk,hyung rasa dia faham.dia juga seorang entertainerkan dulu?"
 
"itu dulu..sekarang nie perasaan dia mesti tak sama."
 
"wae?"tanya Sungmin lagi.
 
"hyung,kami kahwin rahsia hyung,tiada siapa pun tahu kecuali member Super Junior dengan manager.hyung boleh kata dia rasa selamat ke?"tanya Hyuk Jae kembali pada Sungmin.
 
"mian Hyuk.bukan itu maksud hyung."kata Sungmin.memahami hati dongsaengnya yang berkocakan.
 
"it's okay hyung.mungkin orang yang banyak fikir kot"kata Hyuk Jae sambil mengusap usap mukanya.
 
Dia hanya mengeluh,Lee Eun Rae,insan yang di kahwini atas dasar cinta.dia menyayangi gadis itu sepenuh hatinya.8 tahun dulu.sewaktu mula mula dia bertemu mata dengan gadis itu.dia hanya tersenyum bila mengenangkan pertemuan mereka.banyak masalah yang timbul,tapi itu sengaja di cipta.dia sengaja keluar dengan artis lain untuk membuatkan Eun Rae perasankan dia.
 
Dia tahu gadis itu mencintainya tapi dia biarkan sahaja kerana ingin melihat reaksi gadis itu.bila penari latar utama itu cedera,dia sudah tahu siapa yang dia mahukan.tapi itu semua bergantung pada Jae Yul hyung.bila Donghae mencadangkan nama itu,dia hanya tersenyum.Donghae yang mengetahui hanya memandangnya dalam diam.dia mengeluh lagi bila dia diberitahu persembahan solonya akan bermula..
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
***flashback***
 
Dia tersenyum gembira bila menerima surat itu.surat yang melayakkan dia menyertai AKADEMI TARIAN di SM TOWN STUDIO.gembira sangat.usaha nya yang selama ini akhirnya membuahkan hasil jua.2 tahun dia berusaha untuk menjadi penari di Akademi Tarian itu.dia kecewa bila sahabat baiknya,Hae Ra menempah tiket kesana dulu.tapi tak mengapalah,dia tumpang gembira untuk sahabatnya.dia juga akan memasuki AKADEMI SM TOWN itu.nanti,lagi sebulan..'sabar Eun Rae....Hae Ra,kau tunggu aku..'
 
 
 
 
~5 bulan kemudian~
 
"Hae Ra"panggilnya.
 
"hmmm"
 
"kau pilih siapa?"tanyanya.
 
"pilih siapa apa?"
 
"antara 15 orang tu,yang mana satu pilihan kau?"tanya Eun Rae.matanya menghala ke arah kumpulan yang baru debut 3 bulan lepas,SUPER JUNIOR.
 
"kalau kau?"tanya Hae Raa kembali pada nya.
 
"orang tanya dia,dia tanya aku pulak.emmm..kalau aku,aku suka tengok Hankyung hyung punya dancing.cantik..sama juga dengan Shindong hyung,Eunhyuk hyung dan Donghae hyung"kata Eun Rae.
 
"Donghae?"Hae Ra seperti terkejut.
 
"Hmm..kenapa?kau suka dia ya?"teka Eun Rae.merah muka sahabatnya itu.
 
"betul RaRa?"Hae Ra hanya mengangguk.
 
"jangan risau.aku cuma suka tengok dia menari saja.aku suka kat orang lain"kata Eun Rae perlahan,tersenyum sendiri.tanpa dia sedari senyumannya mencairkan hati seseorang.
 
"siapa?"galak mata Hae Ra.ingin tahu.
 
"adalah,tapi jangan risau,bukan Donghae tahu."kata Eun Rae.
 
"kenapa dengan saya?"tiba tiba terdengar suara.Eun Rae tersenyum.Hae Ra pucat.
 
"tak ada apa hyung,kami berbual je"kata Eun Rae.
 
"hyung??!!"Donghae seperti terkejut.
 
"deh hyung,saya tak pandai nak panggil orang lain oppa kalau dia tak istimewa buat saya."kata Eun Rae lagi.
 
"yang nie kenapa diam je?"tanya Donghae.matanya tidak lepas memandang Hae Ra.
 
"oh!roh dia dah terbang hyung.ada orang bawa lari"kata Eun Rae sambil ketawa.Hae Ra menjeling memandang sahabatnya.
 
"Rae,kita ada training nie.jom,nanti Jae Yul oppa marah pula,lambat"
 
"RaRa?dah habislah.kita kan nak balik dorm nie?tunggu van syarikat kan?"kata Eun Rae.sengaja membuatkan Hae Ra tidak senang duduk.
 
"Rae!!"jerit Hae Ra.
 
"wae!!!"dia membalas.menahan tawa.Donghae hanya tersenyum melihat telalatah kedua gadis itu.
 
"mian oppa..jom Rae"Hae Ra menarik Eun Rae dari terus lama lama di situ.Eun Rae melepaskan tawanya bila dia sudah mempastikan mereka sudah jauh  dari Donghae.
 
"RaRa!!kau patut tengok muka kau.teruk sangat.hahaha!!!"Eun Rae melepaskan tawa sambil memegang perutnya.
 
"kau memang.hampir nak tercabut jantung aku tau.malu aku Rae.geram betul aku dengan kau"kata Hae Ra sambil mencubit cubit lengan temannya itu.
 
"okay!!okay!!mianhae okay.tapi tak salahkan aku rapatkan hubungan korang?"kata Eun Rae lagi.
 
"Rae,kita nie siapa Rae?dia orang tu artis.kita hanya penari latar saja.itu pun kira nasib baik lah dapat menari dengan mereka.penari latar pun penari latar lah.asalkan aku dapat lihat dia masa practice"kata Hae Ra.bila melihat redup wajah sahabatnya itu,hatinya terusik.betul kata kata Hae Ra.dia hanya tersenyum mendengarkan itu.
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
~ 4 tahun kemudian~
 
"Rae!!!!!!!"jerit Hae Ra sekuat hati.
 
"kau kenapa RaRa?"terperanjat jantungnya di kejut sebegitu.
 
"Lee Eun Rae!!Hae melamar aku!!"kata Hae Ra gembira.
 
"jinjja?!!!chukahae Ra Ra"kata Eun Rae tumpang gembira dengan kegembiraan sahabatnya.
 
2 tahun sudah sahabatnya itu berkasihan dengan Donghae.bila Donghae memulakan langkah dulu mengejarnya,Hae Ra teragak agak.tidak menyangka yang dia menjadi pilihan.dia tersenyum lagi sambil memeluk sahabatnya itu.
 
Hanya dia yang masih berseorangan.bukan berseorangan.hatinya telah ditakluki tapi belum dijelajahi.hanya dia yang merasai,tapi tidak insan itu.pada Hae Ra hanya diceritakan tentang orang itu.Hae Ra sahabat yang memahami.dia tidak memaksa Eun Rae untuk memberitahu siapa.Hae Ra hanya tahu seseorang,tapi belum tahu siapa.
 
"Rae,kau macam mana?"tanya Hae Ra sambil meleraikan pelukan itu.
 
"macam mana apa?"Eun Rae bertanya.
 
"Rae,jangan buat tak tahu boleh?aku tahu kau tahu aku maksudkan apa"
 
"dia bukan untuk aku RaRa.mencintai tak semestinya memiliki"kata Eun Rae.
 
"aku rasa dah hampir 3 tahun kau cakap pasal 'dia'.boleh beritahu aku siapa?"tanya Hae Ra,menebak.
 
"suatu hari nanti kau akan tahu.bila dia nak datang jumpa family kau?""tanya Eun Rae mengubah topik perbualan.
 
"Rae,pandai kau ya.ubah topik.dia kata nanti dia tengok jadualnya.aku tak sangka Rae,aku gembira sangat."
 
"ya..aku tahu Ra Ra sayang"usik Eun Rae.mereka menoleh bila terdengar seseorang terbatuk kecil.
 
"oppa!!!"Hae Ra mendapatkan Donghae.
 
"jagiya!!awak kalau jumpa Eun Rae,tak ingat oppa lagi ya?"Donghae mengusik.
 
"mian oppa.banyak cerita nak beritahu dia.oppa dari mana?"
 
"baru habis practice dengan EunHyuk lagu duet kita orang,tapi back up dancer utama lagu tu injured.Jae Yul hyung tengah cari replacement"
 
"Eun Rae!!!"Hae Ra menjerit.
 
"ah!wae??!!!"
 
"kau kan hafal step tu kan?"tanya Hae Ra.
 
"jinjja?!!"Donghae bertanya .
 
"deh oppa!!setiap malam mesti dia dancing step tu"
 
"RaRa!!!pandailah kau.mana ada"
 
"Rae,setiap kali kau dance lagu tu,aku tengok Rae.aku pura pura tidur"
 
"pandailah kau Hae Ra.apa kata kau?"Eun Rae memulangkan paku buah keras.
 
"andwae!!!!Hae Ra tak boleh.sebab yang menari backhand dengan EunHyuk.andwae!!andwae!!"Donghae menjerit kecil.Eun Rae tergelak kecil.
 
"hyung jealous?"Eun Rae membulatkan mata.
 
"cakaplah apa pun.ya!Hae Ra tak boleh pegang pegang macam tu"kata Donghae lagi
 
"Rae,aku pun tak nak,aku sayang yeobo aku ni"kata Hae Ra.
 
"deh!deh!habis siapa yang ganti unnie tu hyung?"tanya Eun Rae.
 
"tak tahu lah.,tapi Rae bolehkan?hyung cadangkan nama Rae je lah"kata Donghae lagi.
 
"andwae hyung!!"jerit Eun Rae.
 
"wae Rae?"tanya Donghae.
 
"a'ah..kau kenapa?"tanya Hae Ra pula.
 
"t..t..t..tak ada apa lah.cuma aku tak nak je.lagipun aku tak pandai sangatlah dancing tu."kata Eun Rae berdebar.
 
Yang sebenarnya dia mengelak dari Lee Hyuk Jae.Ya!!dia menyimpan perasaan pada jejaka itu sejak 3 tahun yang lalu. dia tertarik dengan sifat pemalu dan senyuman jejaka itu.tapi dia tidak pernah memberitahu sesiapa,termasuk Hae Ra.Hae Ra hanya tahu dia suka seseorang tapi dia tidak tahu siapa.
 
"atau kau nak mengelak dari 'dia'?"tanya Hae Ra.
 
"huh!!siapa?"
 
"'dia' yang kau suka lah"kata Hae Ra lagi.
 
"siapa?Eunhyuk?"tanya Donghae pula.
 
"tak tahu dia..oppa tanya lah dia"kata Hae Ra sambil memandang Eun Rae.
 
Dia tahu siapa  yang dimaksudkan Eun Rae.sudah acapkali dia melihat sahabatnya itu memandang Hyukjae.penuh dengan rasa cinta..rasa sayang.tapi dia tidak tahu kenapa Eun Rae menyembunyikan darinya.matanya sahabatnya itu bersinar bila dia melihat Hyukjae.nampak sahaja bayang,sahabatnya itu akan ceria sepanjang hari.
 
"habis tu siapa?"tanya Donghae.
 
"mana ada sesiapa hyung.pandai pandai je Hae Ra nie"Eun Na menjawab.menyembunyikan perasaan di hati..
 
 
Memang dia gembira bila Hae Ra menyebut namanya,tapi dia tidak boleh.melihat lelaki itu dari jauh sahaja hatinya sudah berdegup kencang,ini pula dari jarak dekat..backhand dance lagi.dia melihat Hae Ra tersenyum sinis seperti mengetahui sesuatu yang tersimpan.dengan perasaan yang berperang,dia tidak sedar Hae Ra meninggalkan dia mengikuti DongHae.tapi Eun Rae seperti tahu Hae Ra memerlukan penjelasan.gasaklah.dia melangkah menuju ke kafeteria bila perjalanannya di halang.
 
"ah!heechul hyung,wae??"dia bertanya.
 
"Jae Yul cari Rae.katanya ada hal yang ingin dibincangkan"
 
"apa?"
 
"mana hyung tahu.dia tunggu di bilik meeting dengan Hyukjae"
 
"H....H..h...hyukjae?"dia gagap.
 
"deh..wae?"
 
"tak ada apa apalah.Rae pergi dulu.gomawo hyung"katanya.
 
Dia menuju ke tempat yang dikhabarkan bila dia terdengar satu suara yang mengusik jiwanya ketika ini.Hyukjae dan kekasihnya.ya!!Hyukjae mempunyai kekasih.salah seorang dari artis SMTOWN.satu satu puncanya dia tidak memberitahu isi hatinya pada sesiapa.dia mengintip dan mereka sedang berciuman.hancur luluh hatinya melihatkan itu.air matanya gugur bagaikan empangan pecah.Eun Rae mengigit bibir.kenapa dengan aku nie?dia bukan untuk kau Rae.kenapa kau perlu menangis untuk seseorang yang bukan milik kau?hatinya berkata sendiri.mencintai tak semestinya memiliki.kalau kita sayangkan seseorang itu,kebahagiaan dia adalah kebahagiaan kita.walaupun kita akan terasa sakit.
 
Menyayangi bermakna kita melepaskan orang yang kita sayang dengan rela walaupun kita rasa seperti mati.itulah yang dilakukan Eun Rae sekarang.melepaskan seseorang yang amat dicintai.kerana kegembiraan dia adalah kegembiraan kita jua.
 
Eun Rae bangun dari tempat persembunyiannya dan menuju kebilik yang di maksudkan Heechul sebentar tadi.matanya merah kerana menangis.
 
"pabo Eun Rae!!pabo!!!"dia memarahi dirinya.
 
"siapa yang pabo?"Hyukjae tiba tiba muncul di belakagnya.
 
"ah!!Hyukjae hyung.tiada siapa siapa."katanya.
 
Dia hanya melihat Hyukjae melangkah pergi tanpa berkata apa apa tanpa dia ketahui senyuman sinis berbunga di bibir lelaki itu.
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
~2 minggu kemudian~
 
Hari yang dinantikan pun tiba.Eun Rae berdebar debar hatinya.masa latihan minggu lalu banyak kesilapan yang dilakukan.dia dipilih kerana gelaran yang di beri.QUEEN OF DANCING.terutama back hand dance yang melibatkan dia dan Hyukjae.dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri bila dia terasa bahunya ditepuk seseorang.dia menoleh melihat.Ah!Donghae hyung.
 
"nervous?"tanya Donghae.dia hanya menganggukkan kepalanya.
 
"Relax ya..bukan Rae tak biasa pun."
 
"tapi yang ini lain hyung"balasnya.
 
"apa yang lain?konsert juga kan ?Rae dah biasa ikut kami tour kan?kenapa pula dengan yang ini?"tanya Donghae cuba menebak hati gadis itu.
 
"ye lah...biasanya Rae kat belakang je.ELF tak nampak muka Rae.ini lead hyung.dengan DANCING KING lak tu.Rae takut silap step."
 
"tak ada apa apa lah Rae.hyung pasti Hyukjae pandai cover kan nanti.jangan risau kay?"dia hanya mengagguk kan kepala sahaja.
 
Seelok sahaja Donghae pergi dia didatangi Hyuk jae pula.
 
"hyung"dia cuba mengawal perasaan di hati.
 
"Rae..apa yang hyung buat di atas pentas nanti Rae ikut saja ya.jangan banyak soal.jangan nervous sangat tau.nanti tarian jadi tak cantik"kata Hyukjae sambil menepuk bahu gadis itu.
 
Bergetar badan Eun Rae dan Hyukjae bukan bodoh untuk tidak menyedari itu.Hyukjae hanya tersenyum..kerana apa yang bakal dibuat di atas pentas nanti bukan sesuatu yang main main.ianya melibatkan maruahnya.hanya dia yang tahu.pada Donghae  juga tidak dikhabarkan perkara itu.
 
2 jam kemudian...
 
Super Show pun bermula.hati si gadis semakin berdebar.dia hanya melihat persembahan yang Super Junior berikan.sama juga dengan lagu yang memerlukan dia menjadi back up.tiba masa nya untuk dia mempersembahkan tarian itu.'I WANNA LOVE YOU'..bergema muzik itu bila dia bersedia untuk memulakan.hatinya semakin berdebar bila dia berada di depan lelaki itu.sebaik mungkin langkah tarian dilarikan mengikut irama.dia membuatkan kelihatan seperti biasa,tapi hatinya berdebar.terlalu..tapi terima kasih pada dewan itu.muzik yang bergema menyembunyikan debaran di hati.bila dia selesai membuat backhand dance itu,dia berhadapan dengan Hyukjae dan tidak semena mena bibirnya dikucup Hyukjae.dia hanya bisa kaku seperti batu.Hyukjae pula tidak melepaskan peluang itu.mencumbui bibir yang telah lama di idamkan dan berbisik...
 
"i wanna love you.."
 
pada ELF,itu hanya persembahan biasa..tiada apa apa.pada Super Junior juga sama.pada Hyukjae itu adalah isi hatinya yang sebenar dan pada Eun Rae pula itu adalah seperti mimpi.dia masih lagi kaku bila dia ditarik Donghae.menyedarkannya dari situasi yang dia berada sekarang.dia meneruskan langkah tarinya,tapi hatinya berdegup kencang,dia berusaha sebaik mungkin sehingga ke akhir persembahan itu.
 
Dia melarikan diri sebaik dia turun dari pentas.mengunci dirinya di bilik pakaian.malu pada dirinya sendiri.ingin rasanya melarikan diri pada ketika itu juga.airmatanya mengalir perlahan..suara itu membuatkan pergerakannya kaku.
 
"Rae,buka pintu ini.saya tahu awak ada kat dalam"suara itu...suara Hyukjae..
 
"Rae..mian kalau saya terlalu mendadak..tapi apa yang saya buat tadi adalah kenyataan.saya dah lama suka awak Rae..tapi saya tiada kekuatan untuk memberitahu.Rae..saya minta maaf kalau awak rasa saya mempermainkan awak.Eun Rae..maafkan saya"kata Hyukjae.
 
Eun Rae hanya diam mendengarkan itu.bukan Hyukjae sudah mempunyai kekasih?
 
"jangan tipu saya Hyukjae..awak dah ada kekasih,kenapa pula awak nak saya?"dia memberanikan diri bertanya.
 
"mereka semua hanya lakonan.untuk saya menyembunyikan perasaan saya pada awak.saya jatuh cinta pada awak pertama kali saya nampak awak di luar bangunan ini.pertama kali awak menjejak kan kaki disini.buka pintu Rae.biar saya tengok awak"kata Hyukjae lagi.
 
"saya tak apa apa.awak pergilah..awak masih ada kerja yang perlu diselesaikan,saya pulang dulu."
 
"Rae,awak ada satu show lagi dengan Sungmin hyung"kata Hyukjae mengingatkan.
 
"awak rasa saya boleh keluar lepas apa yang terjadi di atas pentas tadi?saya malu Hyuk jae.malu dengan Super Junior,malu dengan diri saya sendiri."
 
"maknanya awak malu dengan saya juga Rae?"sakit terasa dihati.
 
"t...tak!!jangan salah anggap.saya cuma tak mampu nak berdepan dengan orang ramai lagi."
 
"please Rae..demi saya"katanya lagi.
 
"kenapa saya perlu buat demi awak?"
 
"sebab awak juga mencintai saya.sekarang buka pintu ini Rae,sebelum saya buat sesuatu yang awak tak jangka."
 
Eun Rae membuka pintu itu..sebaik pintu itu dibuka,Hyukjae merempuh masuk dan menguncikannya semula.
 
"k..k..k..ke.n.napa HyukJae?"dia bertanya,..gagap..
 
"kenapa awak lari?awak lari dari saya?"tanya Hyukjae.dia mengepung gadis itu di dinding.
 
Dia hanya menunduk..
 
"Lee Eun Rae..pandang saya"katanya sambil mengangkat dagu gadis itu..
 
"awak tahu awak dah buat saya gila bayang?"tanya HyukJae.
 
"saya tak salah"selamba dia menjawab.
 
"awak salah Rae...salah sangat..kerana awak membuat saya menunggu terlalu lama.saya tunggu awak ucapkan dulu,tapi nampaknya tidak.."
 
"awak dah berpunya Hyukjae."balas Eun Rae.
 
"mereka semua tahu siapa yang saya suka,tapi bukan awak.termasuk kawan baik awak.tapi saya larang mereka dari memberitahu awak..Lee Eun Rae,saya Lee Hyuk Jae ingin melamar awak menjadi permaisuri hidupnya.sudikah awak?"
 
"layakkah saya?"
 
"sangat Rae..jebal..."Eun Rae hanya mengangguk dan mereka memeteraikan janji itu dengan kucupan..sejak itu mereka hidup bahagia walaupun mereka berkahwin rahsia..tiada sesiapa tahu.hanya mereka dan sahabat terdekat serta keluarga...
 
 
***end of flashback***
 
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  
Sekarang...(3 bulan kemudian)
 
Eun Rae hanya tersenyum pahit mengenangkan itu.hari ini dia disini.di Gyuongnam.dia keluar dari rumah itu bila hatinya tidak bisa menerima perlakuan Hyukjae.dia baru pulang dari mengajar..termenung sebentar sebelum pulang kerumah sewanya.dia hanya tersenyum melihat aboniem yang menjadi tuan rumahnya..dia ditegur dengan ramah.
 
"Eun Rae,baru pulang?"
 
"neh aboniem.ada apa apa untuk saya?"tanyanya mengusik.
 
"tak ada,tapi ada orang cari Rae.katanya kawan lama."kata aboniem.
 
"deh...siapa?"tanya Eun Rae pula.
 
"entah..bertutup dari atas sampai bawah.aboniem bagi tahu lah awak tak ada.lepas tu dia terus pergi."kata aboniem itu lagi.
 
"neh..gomawo aboniem..saya masuk dulu ya"katanya.
 
"deh"
 
Sebaik sahaja dia pergi,aboniem itu melepaskan tawanya.kerana dia tahu anak itu pasti terkejut.
 
Eun Rae membuka pintu rumahnya,tiada apa yang istimewa.hanya dia dan anaknya yang berada dalam kandungannya.'awak ke yang datang Hyukjae?'.dia bertanya pada dirinya sendiri.
 
Dia mengusap usap kandungannnya yang berusia 5 bulan itu,tanda terakhir dari Hyukjae.dia akan pastikan anak itu bahagia.jangan seperti dia.mengejar cita cita dan bila dia berkahwin cita cita itu terkubur kerana sayangkan lelaki itu.apa sahaja kata Hyuk jae dia menurut tapi tidak bila dia melihatkan Hyuk Jae dengan wanita lain hatinya berkecai.
 
3 bulan dia menanti panggilan atau apa sahaja agar Hyuk Jae datang memujuknya pulang.tapi tidak.sekali pun Hyuk Jae tak pernah datang mencari dia.kecewa sungguh dia.sebelum dia meninggalkan apartment Dancing King itu,sepucuk surat di tinggalkan serta semua barang yang pernah menjadi miliknya.itu semua hak Hyuk Jae.dia hanya meminjam.dia tidak pasti Hyuk Jae membaca atau tidak.dia hanya tahu Super Junior sibuk,tapi dia tidak tahu sesibuk mana,kerana dia dilarang berada di depan komputer lebih dari 1 jam.kata doktor boleh menjejaskan kesihatan anak yang bakal membesar di dalam kandungannya.
 
Dia juga terlalu letih.habis kelas tarian,,dia pulang.dia mengajar anak anak kecil tarian.tapi sekarang dia tidak boleh lagi.kata tuan empunya tempat dia berkerja,dia tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang bakal berlaku.dia sayangkan kandungannya dan kerana itu dia berhenti jua.hari ini hari terakhir dia mengajar di situ.nasib baiklah simpanannya cukup sehingga dia melahirkan nanti.selepas itu nanti dia kan mencari kerja.untuk dirinya dan anak yang bakal lahir.
 
Dia bangun menuju ke biliknya bila dia terasa seperti ada seseorang didalam rumah itu..'siapa?'.dia hanya mengangkat bahu.menyalin pakaian dan kedapur untuk menyediakan makan malam buat dirinya.dia sedang leka menyiapkan persediaan itu bila dia terasa sepasang tangan mengunci dirinya.satu di leher dan satu lagi di pinggangnya berjaga agar tidak terkena kandungan itu.dia hanya memejamkan mata kerana dia tahu sangat itu siapa.orang yang amat dicintainya.bau perfume itu..
 
"kenapa?"tanya empunya tangan perkasa itu.
 
".........."dia hanya mendiamkan diri.lelaki itu mengucup rambutnya.dia begitu rindukan wanita itu.
 
"kenapa Rae?kenapa tinggalkan oppa?"tanyanya lagi.
 
"dah berapa bulan?"tanyanya sambil mengusap usap perut wanita itu.
 
Tapi dia tetap tak menerima jawapan.hanya airmata kepada soalannya.dia memusingkan badan wanita itu menghadapnya.
 
"Rae....."
 
"pergi Hyuk Jae."hatinya terluka mendengarkan itu.
 
"oppa rindu Rae"
 
"pergi Hyuk Jae..sebelum rahsia awak terbongkar.pergi..sebelum wartawan tahu kedudukan awak..pergi..sebelum saya tidak membenarkan awak pergi.pergi..sebelum saya mengikat awak dengan saya sehinggakan awak tak boeh kemana mana lagi.pergi Lee Hyuk Jae...sebelum hati saya degil untuk mendapatkan awak..pergi..."kata Eun Rae dalam tangisan.
 
Hyuk Jae hanya menggelengkan kepala.
 
"shiroo..buat apa yang Rae nak buat..oppa rela..oppa tak sanggup kehilangan Rae lagi."
 
"jangan degil Lee Hyuk Jae"
 
"oppa nak degil demi Rae dan anak kita.oppa tak nak pergi mana mana tanpa Rae.biar JEWEL tanpa DANCING MACHINE.biar Super Junior tanpa Eunhyuk.janji Lee Hyuk Jae ada Lee Eun Rae.kerana tanpa Lee Eun Rae,Lee Hyuk Jae ini tidak boleh berbuat apa apa.cukuplah 3 bulan ini Lee Eun Rae meninggalkan Lee Hyuk Jae.dia sudah separuh gila mencari Lee Eun Rae."
 
"untuk apa?menghancurkan hati Lee Eun Rae lagi?cukuplah.tolong bagitahu dia,Lee Eun Rae ini sangat mencintai dia.tapi apa yang dia buat menyebabkan hati Lee Eun Rae ini hancur berkecai.jadi,biarkan Lee Eun Rae sendiri.dia tidak memerlukan orang yang tidak memerlukan dirinya."
 
"Lee Hyuk Jae minta maaf.dia tahu dia bersalah.bersalah sangat kerana dia terlalu bodoh mengejar yang lain pada ketika itu dia sudah ada berlian.maafkan dia..maafkan dia..."airmatanya mengalir laju.
 
Eun Rae pula tersayat hatinya melihatkan itu.di depannya kini THE FAMOUS ASIA ANCHNOVY @ DANCING MACHINE melutut memohon kemaafan.
 
"bangun Hyuk Jae.jangan buat saya rasa bersalah"
 
Lelaki itu juga keras hatinya.dia hanya melutut.kalau wanita di depannya ini tidak memaafkannya dia sanggup melutut berapa lama pun.Eun Rae mendapatkannya.menyapu air mata yang berada di mata lelaki itu.
 
"Oppa..bangun.jangan macam nie."katanya sambil menyandarkan kepala di bahu lelaki itu..lelaki itu tersenyum mendengarkan perkataan itu.Oppa..
 
"oppa..bangun.maafkan Rae kalau Rae membuatkan oppa tersiksa.bukan niat Rae oppa.tapi apa yang oppa buat benar benar mengecewakan Rae.Rae tak sesempurna orang lain.Rae hanya bersalah kerana Rae terlalu mencintai Lee Hyuk Jae.Rae tak  layak untuk semua itu.oppa..maafkan Rae.................."
 
"Rae tak salah."percakapannya di potong Hyuk Jae.dahi mereka bersentuhan.dia menyambung kata,
 
"Rae tak salah langsung.semua ini berpunca dari oppa."Eun Rae merasakan nafas lelaki itu terlalu hampir dibibirnya.
 
"Lee Eun Rae,boleh awak maafkan Lee Hyuk Jae?"
 
"kenapa Lee Eun Rae perlu maafkan Lee Hyuk Jae?"
 
"kerana dia tidak boleh tidur dengan lena tanpa kehangatan Lee Eun Rae.kerana dia tidak boleh  makan dengan betul tanpa masakan Lee Eun Rae.kerana dia juga tidak boleh merasakan apa apa tanpa Lee Eun Rae.kerana Lee Eun Rae,DANCING QUEEN SM ACADEMY,adalah pelengkap kehidupan DANCING MACHINE Super Junior,Lee Hyuk Jae."dia hanya tersenyum mendengarkan itu.
 
"chessy"dia memukul dada suaminya.hidungnya menggosok hidung suaminya.
 
"hanya dengan Lee Eun Rae...Lee Hyuk Jae akan sentiasa chessy"mereka tersenyum dan bibir mereka bersatu lagi.dan malam itu mereka berpelukan sambil bercerita tentang macam macam hal sebelum mata mereka terpejam....
 
 
~~~***~****~~
 
Eun Rae bangun di tengah malam itu bila dia terasa terlupa sesuatu.dia melihat insan di sebelahnya itu.lama dia tidak memandang wajah itu.dia melarikan tangannya ke seluruh wajah itu sebelum dia ke dapur membancuh susu untuk bayi di dalam kandungannya.
 
 
"mian Aegiyah,umma lupa nak bagi Ae minum.appa Ae dah balik,umma lupa Ae.mian baby"katanya sendiri sambil mengusap usap perutnya.
 
 
"lepas nie kita dengar lagu appa ya?Aegiyah suka kan?"katanya lagi.merasakan pergerakan anaknya.
 
 
"deh..deh..mari"
 
 
Dia memulakan rutin hariannya sejak dia berpisah dengan Hyuk Jae.setiap malam pasti memainkan lagu itu untuk bayinya.biar bayi itu mengenali appa nya.melihat Hyuk Jae dengan gaya tersendiri..'NO OTHER'..lagu itu ditujukan khas buat suaminya.kerana lagu mempunyai makna tersendiri.dia hanya melihat.lagu yang membuat Hyuk Jae mula lupa diri.mula lupakan segala galanya..asalkan suaminya bahagia,dia tidak kisah....
 
 
"itu appa Ae.gatal...dari dulu lagi..buka sana buka sini..menarik hati siapa sahaja yang melihat,seksi.termasuk lah umma.mungkin juga umma yang salah kerana umma terlalu mencintai appa Ae"katanya pada bayi dalam kandungannya.anak itu bergerak gerak seolah olah memahami.tanpa disedari dia diperhati Hyuk Jae.suaminya itu hanya tersenyum mendengar sebelum dia bersuara..
 
 
"oppa pun sama."terkejut Eun Rae mendengar suara itu.
 
 
"oppa"katanya.
 
 
"oh!mengata oppa ya?"Hyuk Jae mengusik.meletakkan diri disebelah wanita itu.jari jemari mereka bertaut.dia mencium tangan wanita itu.
 
 
"mana ada.Rae cakap cakap dengan Aegiyah."balas Eun Rae.menundukkan wajahnya.mengelak dari menatap mata lelaki itu yang sememangnya tajam pandangannya.
 
 
"Aegiyah??"
 
 
"neh..nama anak Rae."
 
 
"kalau tak ada oppa,tak jadi.anak kita."balas Hyuk Jae.dia suka melihat wajah di depannya itu kemerah  merahan..semakin cantik pada pandangannya.
 
 
"gatal oppa nie ya.Rae letak nama Lee Eun Ae..Grace With Love.oppa suka?"
 
 
"oppa tak kisah...buat apa tadi?"
 
 
"ah!Rae minum susu..lupa pula..oppa punya pasal lah"
 
 
"kenapa pula?oppa tak buat salah pun"
 
 
"ye lah.oppa nak peluk peluk dengan Rae,kalau tak Rae tak lupa nak minum susu tahu?"
 
 
"tiap tiap malam macam nie?"tanya  Hyuk Jae.Eun Rae hanya mengangguk.
 
 
"sebelum tidur,Rae pasti bagi dia dengar suara oppa.biar dia kenal appa dia.bila Rae dah tak ada nanti,oppa jaga anak kita baik baik tau"kata Eun Rae..
 
 
"Rae nak pergi mana pula?"Hyuk Jae mengerutkan kening..
 
 
"mana lah tahu Rae pergi dulu nanti kan.."sesuatu yang tersimpan rapi di hatinya.
 
 
"kenapa cakap macam tu?"
 
 
"oppa..hidup mati bukan kita tentukan.kalau boleh Rae pun tak nak,tapi itu bukan kerja Rae oppa.itu kerja Tuhan."kata Eun Rae..
 
 
"itu oppa tahu lah.tapi  oppa tak mahu dengar dari bibir Rae."kata Hyuk Jae mengucup bibir itu..
 
 
"oppa tak nak tidur ke?dah pukul berapa dah nie.esok tak ada schedule?"tanya Eun Rae.
 
 
"Rae ..jagiya,kalau oppa ada schedule,oppa tak lah datang sejauh ini nak bawa Rae pulang."
 
 
"kalau dah tahu jauh,buat apa datang?nanti risau pula awek awek oppa kat sana"kata Eun Rae..merajuk.
 
 
"Rae..."
 
 
"tepilah"katanya sambil menolak badan Hyuk Jae.dan lelaki itu hanya tersenyum..suka sekali dia mengusik isterinya itu.
 
 
"Rae..mian okay.jangan lah merajuk"katanya sambil menarik wanita itu dalam dakapannya.
 
 
"tak..mana ada...Rae tak suruh pun oppa datang sini cari Rae..kenapa datang?takut Rae buat nama Lee Hyuk Jae busuk ke?jangan risau...Lee Eun Rae tahu batasnya.biar dia mati sekalipun,rahsia tetap rahsia."
 
 
"Rae!!!!kenapa dari tadi cakap pasal mati?"Hyuk Jae mula berang.
 
 
"tak ada apa apa lah."katanya sambil cuba melepaskan diri dari dakapan Hyuk Jae.
 
 
"Rae...oppa mian okay..oppa tak ada niat langsung nak tinggi suara dengan Rae,tapi oppa tak suka Rae cakap macam tu..mian ya jagiya"katanya sambil mengucup dahi isterinya itu.
 
 
Eun Rae hanya diam.terasa hati dengan percakapan Hyuk Jae.dia juga tidak tahu kenapa dia tiba tiba terasa hati.nak kata pembawakan budak,tak akan lah.dah 5 bulan..tak akan ada lagi perasaan macam tu...
 
 
"Rae..jangan la merajuk.nanti oppa nak peluk peluk dengan siapa?"pujuk Hyuk Jae.
 
 
"pergilah cari awek oppa tu..yang oppa buat dulu tu..Rae tak kisah..tapi jangan muncul depan Rae lagi dah...."
 
 
"Jagiya...oppa sooorriii kay?"Hyuk Jae membuat wajah lucu.meletus ketawa Eun Rae..
 
 
"ha!macam nie kan cantik..Eun Ae pun nanti manis wajahnya."kata Hyuk Jae lagi sambil tapak tangannya mengusap usap kandungan itu.
 
 
"oppa!!"Eun Rae memanggil.
 
 
"wae?"
 
 
"geli lah"katanya sambil menahan tawa..
 
 
"oh...sekarang baru geli ya..maas....."percakapannya dipotong sepasang bibir.empunya bibir itu kemerahan mukanya..walaupun sudah bertahun dia kahwin dengan Hyuk Jae,perasaan malu itu masih ada.... 
 
 
"Rae,kita balik Seoul ya?"Hyuk Jae mencuba nasib.
 
 
"tak nak..Rae nak tinggal sini."
 
 
"nanti siapa nak jaga Rae?oppa nak keluar album baru jagiya.nanti oppa sibuk macam mana?"
 
 
"sekarang pun oppa selalu sibuk.oppa balik je lah.Rae dah biasa tinggal seorang"kat Eun Rae.
 
 
"kan oppa kata tak nak...kalau Lee Eun Rae tak ikut Lee Hyuk Jae balik,Lee Hyuk Jae pun tak nak balik..biar dia kat sini dengan Lee Eun Rae..cari kerja lain.let be Super Junior tanpa Eunhyuk.Jewel tanpa Dancing Machine..macam oppa kata tadi,Lee Hyuk Jae nak Lee Eun Rae je..dia tak nak orang lain kalau Lee Eun Rae tak ada di sisi Lee Hyuk Jae."kata Hyuk Jae lagi.matanya tepat memandang anak mata Eun Rae.
 
 
"Rae tak nak balik Seoul oppa..tak nak..selagi Rae belum melahirkan,Rae tak nak.."kata Eun Rae.
 
 
"Rae..."
 
 
"jebal oppa..jangan paksa Rae.Rae okay.."katanya lagi.dia membenamkan muka di dada suaminya itu..
 
 
"deh..deh..oppa teman Rae okay?"
 
 
"tak apa..oppa balik ya..bila ada masa oppa datanglah..tapi jangan paksa diri..Rae tak nak sebab Rae oppa letih nanti"
 
 
"Rae....."
 
 
"oppa..Rae kena tidur..esok Rae nak bangun pagi..ada monthly check up...."
 
 
"kiss dulu.."
 
 
"shirooo.."
 
 
"nak lah"
 
 
"shirooo..kalau oppa nak juga,kejar Rae"katanya sambil berjalan menuju ke biliknya.sebaik dia ingin menutup pintu,pintu itu di tolak..
 
 
"oppa!!"
 
 
"oppss!!mian...Rae nak pergi mana??bukan boleh lari pun"Hyuk Jae memerangkap wanita itu di antara dia dan dinding.
 
 
Eun Rae melarikan wajahnya ke kiri dan kanan,tapi wajahnya di pegang Hyuk Jae dan Eun Rae bukan bodoh untuk tidak memperasankan mata suaminya itu penuh ghairah.dia hanya tersenyum dan menganggu suaminya lagi...bila dia di cumbui,dia sudah tahu maksudnya....dan malam itu mereka bersatu kembali.....
 
 
 
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
 
 
Bila bahagia datang menjelma,pasti ada dugaan yang datang melanda...
 
 
Begitu juga dengan Eun Rae...dia hanya mampu mengalirkan air mata..apa yang doktor itu memberitahu tadi masih terngiang ngiang di telinga nya....
 
 
 
 
~Awal pagi tadi~
 
 
Seperti biasa dia sampai di klinik itu seperti selalu.suaminya tidak dibenarkan ikut kerana dia tahu pasti ada sesuatu..
 
 
"morning doc"katanya..
 
 
"Puan Lee...awal hari ini?"tanya Doktor Ryna..
 
 
"deh....tak ada apa nak buat.macam mana doc?"tanyanya.
 
 
"Puan Lee nak dengar yang mana satu?yang baik atau yang buruk?"
 
 
"kedua duanya"
 
 
"yang baik...anak puan sihat.kandungan puan tiada masalah..anak puan pun aktif..indeed everything okay"kata Doktor Ryna lagi.
 
 
"yang buruknya?"
 
 
"emmm..macamana saya nak beritahu ya?"
 
 
"kenapa doktor?"
 
 
"penyakit puan semakin merebak..tak elok untuk bayi puan.puan kena gugurkan kandungan itu kalau puan sayangkan nyawa puan"
 
 
"berapa lama?"dia bertanya lagi..hanya airmata sebagai peneman.
 
 
"stage 3..lebih kurang 6 bulan sahaja lagi"
 
 
"sempat lah saya lahirkan anak ini."
 
 
"puan......"
 
 
"maaf doc tapi saya nak anak ini lahir.dia tak bersalah..dia tanda cinta saya Doktor..apa apa terjadi pada saya,selamatkan anak ini dulu"
 
 
"tapi puan..."
 
 
"please doc....terima kasih"kata Eun Rae sambil berlalu pergi.....
 
 
 
Tengahari ini....
 
 
Di sini..di taman yang dia selalu termenung mengenangkan masa masa dia bersama Hyuk Jae.dia tahu masa nya sudah semakin hampir..dia tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkara  itu.hanya dia dan doktor sakit puan yang merawatnya.dia masih termenung lagi bila Iphonenya berbunyi.
 
 
"oppa..."
 
 
"Rae kat mana?"tanya Hyuk Jae.risau suaranya.
 
 
"kejap lagi Rae balik.oppa jangan risau tau.kalau oppa lapar oppa makan lah dulu ya.masak apa yang ada kat peti ais tu"
 
 
"Rae nak rumah nie terbakar ke?"
 
 
"wae??Lee Hyuk Jae dah tak pandai masuk dapur?"
 
 
"emmm..sejak Lee Eun Rae muncul..cepat lah..oppa rindu Rae.."
 
 
"ngada ngada..kejap lagi ya.."kata Eun Rae
 
 
"neh..luv u"
 
 
"luv u too"katanya sambil mematikan talian.
 
 
Dia hanya memerhatikan Iphone itu.Lee Hyuk Jae....satu nama yang terpahat di hatinya..tak mungkin dia boleh padamkan begitu sahaja. tapi kebahagiaan yang boleh diberikan pada Hyuk Jae tak lama.dia tahu kalau dia minta cerai sekali pun,Hyuk Jae pasti tak akan menceraikannya.dia juga tahu dia tak bisa berbuat apa apa lagi..dia akan berikan apa sahaja yang Hyuk Jae mahukan sebelum matanya tertutup rapat..
 
 
Dia melangkah meninggalkan taman itu.kalau dia lama lagi pasti Iphonenya akan berbunyi.Hyuk Jae memang akan terserlah sifat keanak anakannya kalau dengan Lee Eun Rae.dia mengenali itu selepas perkahwinan mereka.bukan mudah untuk dia mengawalnya,tapi kerana cinta dia buatkan semuanya tampak mudah..Hyuk Jae akan berubah bila dia menjadi Eun Hyuk.terlalu seksi di atas pentas...tidak boleh di gambarkan dengan kata kata.
 
 
Dia sampai ke rumahnya..aboniem itu hanya tersenyum melihatnya.
 
 
"aboniem."sapanya..
 
 
"Eun Rae..baru balik?"
 
 
"a'ah..ada check up.."katanya memberitahu.
 
 
"siapa lelaki itu?"
 
 
"siapa pula?"
 
 
"yang aboniem bagi kunci semalam.katanya nak tunggu Rae pulang,tapi aboniem tak nampak nampak pun dia keluar"
 
 
"aboniem bagi kunci?nasib baik saya tak terperanjat tau"katanya sambil ketawa..
 
 
"neh..siapa dia Eun Rae?"
 
 
"ah!!kawan saya.katanya nak tumpang sebentar"Eun Rae berbohong...aboniem itu bukan terlalu tua untuk tidak mengetahui.tapi kalau anak di depannya ini tidak mahu memberitahu dia tak memaksa.
 
 
"saya masuk dulu aboniem"kata Eun Rae lagi.
 
 
"neh"
 
 
Sebaik dia melangkah masuk,dia di peluk dari belakang dan empunya tangan itu mengusap usap perutnya.dia hanya menyandarkan kepalanya ke dada bidang lelaki itu..memejamkan mata merasai kehangatan tubuh lelaki itu.
 
 
"oppa.."
 
 
"hmmm"lelaki itu mengucup seluruh rambut dan pipinya..
 
 
"oppa...Rae baru balik nie.belum mandi lagi"katanya,cuba memberhentikan suaminya dari perlakuannya..
 
 
"tapi oppa rindu Rae"kata Hyuk Jae..masih lagi mengucup isterinya.
 
 
"oppa..chessy...Rae pergi sekejap je pun.baru 5 jam..3 bulan pun elok je..lepaslah"kata Eun Rae.
 
 
"kejap je lagi..3 bulan tu pun oppa susah nak survive..oppa takut Rae lari lagi..Rae kan suka lari"katanya sambil memusingkan badan wanita itu menghadapnya..dahi mereka bersentuhan.mata bertemu mata..
 
 
"itu dulu..sekarang tak lagi..tapi kali ini kalau Rae lari lagi,Rae lari untuk selama lamanya.oppa tentu tak boleh cari Rae lagi"kata Eun Rae perlahan..
 
 
Hyuk Jae hanya mengerutkan keningnya..tidak faham apa yang diperkatakan isterinya.
 
 
"apa maksud Rae?"tanya nya.
 
 
"er..tak ada apa apa lah.Rae salin baju kejap.boleh Rae masak.oppa laparkan?"kata Rae..cuba mengelak.tapi Hyuk Jae tetap Hyuk Jae.tidak mahu mengalah..
 
 
"tak lah.kalau nak salin baju,kat sini pun boleh..tapi jangan nak lari dari soalan oppa.jawab Rae"Hyuk Jae tegas berkata.
 
 
"betul lah..tak ada apa apa"
 
 
"Rae nak lari dari Hyuk Jae lagi?Rae ingat Hyuk Jae tak boleh cari Rae?kat mana pun Rae,oppa pasti akan cari.jadi jangan fikir nak lari lagi tahu?"kata Hyuk Jae.matanya digenangi air..
 
 
Eun Rae hanya memandang mata itu.penuh dengan keikhlasan dan sayang serta cinta.Eun Rae tahu dia sudah tewas..bila dengan lelaki ini dia pasti tewas dengan mudah..
 
 
"oppa"panggilnya.
 
 
"hmmmm"
 
 
"Rae ikut oppa balik Seoul"
 
 
"jinjja?"tanya Hyuk Jae.bersinar matanya.Eun Rae hanya mengangguk.dia mengucup lagi bibir itu..
 
 
"oppa..dari tadi buat itu.tak bosan ker?"tanya Eun Rae..
 
 
"bosan juga..tapi apa boleh buat.Rae je yang ada kat sini"kata Hyuk Jae lagi..mengusik..dan wajah di depannya itu berubah sama sekali
 
 
"dah tu,buat apa kat sini lagi?pergi balik..ramai lagi girlfriend oppa yang ada kat sana"
 
 
"tapi dia orang tak sama macam Rae.walaupun ramai yang berada di keliling oppa,tak sama perasaan macam yang Rae bagi.hanya dengan Rae oppa boleh rasa dicintai,disayangi dan oppa boleh buat macam macam tanpa rasa takut.terutama yang ini"katanya sambil mengucup kandungan itu.
 
 
"oppa.."Eun Rae malu..Hyuk Jae hanya tersenyum..
 
 
"tapi ELF tak tahu oppa.JEWEL juga  tak tahu yang Eunhyuk dia orang dah kahwin.apa oppa rasa kalau mereka tahu?"tanya Eun Rae lagi.tidak mahu disebabkan dia Hyuk Jae hilang segala galanya.
 
 
"oppa tak kisah.yang oppa kisah sekarang JEWEL yang depan oppa nie.dia lebih berharga dari segala galanya.Lee Hyuk Jae tak kisah apa apa pun bila dia dengan Lee Eun Rae"kata Hyuk Jae lagi..
 
 
"always chessy..dah lah.Ae dah lapar nie.umma dia pun sama.jadi boleh tak appa Ae lepaskan umma Ae sebentar?umma Ae nak pergi masak"kata Eun Rae.mengucup bibir suaminya pula.
 
 
"tapi appa Ae tak puas lagi nak manja manja dengan umma Ae"katanya.
 
 
"pleasa appa Ae..tak kasihan dekat Ae?"
 
 
"deh.."katanya melepaskan Eun Rae tapi tidak sebelum dia mencumbui isterinya itu..
 
 
 
~*~*~*~*~*~*~*~*
 
 
SEOUL...(1 minggu kemudian)
 
 
 
"oppa...kalau Rae keluar nak jumpa kawan boleh?"tanya sewaktu mereka makan malam itu.
 
 
"siapa?lelaki ke perempuan?"berbaur cemburu pertanyaan itu.
 
 
"Lee Hae Ra"jawabnya
 
 
"wife Donghae?"
 
 
"neh..boleh ke?"tanya nya lagi
 
 
"kenapa nak jumpa dia?"
 
 
"saja je lah..dah lama dah tak berbual dengan dia"
 
 
"dengan oppa tak boleh berbual ker?"tanya HyukJae lagi..
 
 
"oppa..tak apa lah kalau tak boleh"kata Eun Rae.
 
 
Malas dia mahu memanjangkan cerita.masa makan malam itu menjadi terlalu panjang buat Eun Rae.dia hanya mendiamkan diri selepas itu.sepatah di tanya suaminya sepatah di jawapannya..hatinya benar benar geram dengan Hyuk Jae..
 
 
Hyuk Jae pula semakin pelik dengan sikap isterinya.tidak boleh dia berkata silap sedikit,isterinya itu pasti merajuk atau terasa hati.bila dia bertanya Donghae,perempuan hamil memang begitu.kata Donghae lagi,kena banyak bersabar..dia sendiri tak tahu.mungkin juga.
 
 
Dia tiada di waktu waktu awal kehamilan Eun Rae.dia terlalu sibuk mengejar dunia.mengejar benda yang bukan milik dia hinggakan dia terlupa dia milik seseorang.bila orang kesayangannya pergi,baru dia sedar,dia telah kehilangan sesuatu yang amat berharga.dia mencari Eun Rae di serata tempat,tapi tidak berjumpa.dia menyalahkan dirinya sejak itu..
 
 
Teruk dia dimarahi oleh keluarganya..mungkin juga Sora noona memahami.memberitahu dimana Eun Rae berada.tapi kesibukannya membuatkan dia tidak bisa pergi kesana.dan seminggu lalu,kesempatan itu datang kerana Super Junior diberi cuti sebelum mereka melancarkan album baru.
 
 
Dia ketempat yang di khabarkan.memang Eun Rae di situ.ahjussi itu memberitahu Eun Rae berkerja.dia meraup mukanya mendengarkan itu.dia meminta jasa baik ahjussi itu membenarkannya menunggu Eun Rae di rumahnya.pada ahjussi itu dipesan supaya tidak memberitahu kedatangannya pada Eun Rae.ahjussi itu hanya mengangguk.
 
 
Dia membuka pintu..dia tersentak bila melihatkan keadaan rumah itu..hanya ada sebuah tv serta pemain dvd.dia melihat sekeliling dan hanya ada satu bilik.isterinya tinggal disini..dia hanya mengeluh dan dia menyembunyikan dirinya bila dia terdengar pintu itu dibuka.melihat keadaan diri isterinya..Eun Rae hamil,kenapa dia tidak mengetahuinya??dia hanya memerhatikan isterinya termenung di depan tv.bila isterinya bangun untuk kebilik,dia melarikan diri ke bilik air..melihat apa yang dibuat isterinya..memerhatikan Eun Rae...dia lupa pada segalanya.tanpa sedar kakinya melangkah ke arah isterinya yang sedang sibuk menyediakan makan malam.
 
 
Dia tahu dia tewas saat dirinya menyentuh wanita itu.terlalu merinduinya.tapi bila persoalannya di balas dengan air mata,dia juga tahu dia terlalu bersalah...bersalah kerana sanggup mengecewakan wanita itu,melukakan hati yang suci bersih itu..yang tidak memikirkan apa apa sebelum memikirkan tentang dirinya..apa yang dia pakai.apa yang perlu dia buat..apa yang dia ingin makan.terlalu menjaga reputasinya walaupun hati itu akan terguris..dia tidak memikirkan semua itu.yang dikejarkan glamour.dengan gelaran Dancing Machine King,dia lupa diri.dia lupa ada insan yang akan terluka dengan perlakuannya.dia lupa dia seorang suami.dia lupa dia ada hati yang perlu di jaga.
 
 
"oppa..."panggil wanita itu.dia tersedar dari lamunannya.
 
 
"deh.."memerhatikan wanita itu.
 
 
"tak tidur lagi?"lembut suara itu bertanya.
 
 
"belum mengantuk lagi."balas nya.
 
 
"besok ada schedule kan?nak bangun pagi....tidurlah"kata isterinya.
 
 
Ah!Eun Rae..terlalu menjaganya.menjaga hati dan perasaannya..biar dia terluka,tidak mengapa.asalkan dirinya di jaga rapi.dia mendapatkan isterinya.
 
 
"mari lah.kita tidur sama"katanya menarik tangan lembut itu.Eun Rae hanya menurut.
 
 
Dia membaringkan Eun Rae.menyelimutinya sebelum dia turut membaringkan diri disebelahnya.menarik wanita itu mendekatinya.mengunci wanita itu dengan lengannya.mengucup dahi wanita itu sambil berkata,
 
 
"betul nak jumpa Hae Ra?"Eun Rae hanya mengangguk.
 
 
"bila?"dia bertanya lagi.
 
 
"kalau boleh esok.tapi kalau tak boleh tak apa lah"kata Eun Rae.
 
 
"pergilah.oppa izinkan...tapi jangan balik lambat sangat."pesan Hyuk Jae.
 
 
"jinjja???!!!gomawo oppa"kata Eun Rae.merapatkan lagi dirinya ke dada suaminya..Hyuk Jae hanya tersenyum melihatkan gelagat isterinya.tadi merajuk sangat..dia mengucup hidung wanita itu dan melelapkan matanya.membawa dia ke alam mimpi bersama Eun Rae....
 
 
 
~**~**~**~**~**~**
 
 
Keesokkan harinya...@Cafe Wing Of Love@
 
 
"Lee Hae Ra?"dia bertanya.sengaja berpura tak kenal...
 
 
"Lee Eun Rae!!!!"sahabatnya itu menjerit keseronokan.mereka berpelukan.
 
 
"kau tak kenal aku Rae?!!"Hae Ra berpura marah.
 
 
"kau dah makin cantik.maklumlah isteri kepada selebriti terkenal"kata Eun Rae mengusik.
 
 
"kau pun apa kurangnya.masih menawan seperti dulu.cuma aku perasaan kau dah kurus sikit..kenapa?kau sakit ek?"Hae Ra menebak.
 
 
"er..tak lah..aku okay.cuma aku kurang selera.sejak berbadan dua ni"katanya.
 
 
"aku rasa kau kahwin dulu dari aku..baru anak pertama?"
 
 
"dua kali aku gugur.tapi suami aku tak tahu.kata doktor tu rahim aku tak kuat.yang nie baru menjadi.kau pula macam mana?"
 
 
"aku dah dua...1 lelaki 1 perempuan.yang perempuan Hae Na..yang lelaki pula Dong Ra.dua dua berumur 2 tahun,kembar"kata Hae Ra memberitahu.
 
 
Dia melihat redup wajah sahabatnya itu,seperti menyembunyikan sesuatu.
 
 
"kau ke mana Rae?"
 
 
"aku ada RaRa.aku cuma merajuk dengan Hyuk Jae."
 
 
"sampai kena melarikan diri?"Hae Ra tidak berpuas hati dengan jawapan itu.
 
 
"kau tak akan faham RaRa.kau beruntung kau dapat Donghae"kata Eun Rae lagi
 
 
"macam mana aku nak faham kalau kau tak fahamkan aku?apa sebenarnya yang terjadi Rae?teruk aku tengok Hyuk oppa masa tu"
 
 
"a..a..a..ku nampak dia dengan Krystal..bercumbuan.apa perasaan kau kalau kau kat tempat aku?"
 
 
"neh??masa bila?"Hae Ra bertanya lagi.
 
 
"masa tu aku baru balik dari klinik.aku gembira sangat.tak sabar nak bagitahu dia yang aku mengandung.aku terus ke SM.aku cari Hyuk Jae,tapi kata Jae Yul hyung dia kat studio.aku terus naik,tapi aku dihalang Eeteuk hyung.dia kata Hyuk Jae busy dengan cheoro terbaru.masa tu aku dah rasa sesuatu,aku terus ke studio yang diperkatakan bila aku nampak dia tengah make out dengan Krystal.luluh hati aku RaRa..berkecai....a..a..a..ku.---"Eun Rae tidak bisa menyambung kata.Hae Ra hanya memandang.
 
 
"Rae.."hanya itu yang mampu diungkapkan.Eun Rae hanya tersenyum.
 
 
"aku okay dah sekarang.aku bahagia sangat walaupun kebahagiaan itu bukan buat aku"
 
 
"apa maksud kau?"tanya Hae Ra.tidak mengerti maksud sahabatnya.
 
 
"tak ada apa apa lah.kau macam mana?bahagia?"tanya Eun Rae.
 
 
"macam kau katalah.mungkin aku bernasib baik aku dapat Donghae.dia seorang yang memahami..dia tak pernah larang aku dari buat apa yang aku suka,janji aku pandai jaga batasan aku sebagai isteri..aku bahagia sangat.sekarang,aku duduk rumah,jaga anak anak.Donghae tak kisah kalau aku nak menari kembali,tapi aku yang tak nak.aku nak jadi yang terbaik buat dia."kata Hae Ra...
 
 
"kau jumpa aku nie Hyuk Jae tahu ker?"tanya Hae Ra lagi.
 
 
"nak mati dia tak tahu??kena merajuk dulu,baru dia izin aku jumpa kau.kau tahu lah dia punya jeles macam mana kalau dengan aku,tapi kalau dia tak apa."
 
 
"tapi itu juga yang kau sayang kan?"usik Hae Ra.
 
 
"kerana dia ada sesuatu yang dia tak buat dengan orang lain..hanya dengan aku saja.chessy line"kata Eun Rae tersenyum sendiri.
 
 
"RaRa,aku sebenarnya ada hal yang dicakapkan pada kau.itu pun kalau kau sudi mendengarnya"
 
 
"apa?"
 
 
"bila aku dah tiada nanti,kau jaga anak aku ya.asuh dia baik baik.bukan aku tak percaya Hyuk Jae,tapi aku tahu dia pasti sibuk.."
 
 
"Rae!!apa yang kau cakapkan nie?"Hae Ra melihat sahabatnya itu.
 
 
"janji dengan aku RaRa."
 
 
"tak nak.aku tak nak janji apa apa sebab aku tak tahu apa yang kau maksudkan"
 
 
"RaRa,masa aku ada sekejap je saja lagi.aku harap kau boleh jaga anak aku ni"kata Eun Rae,memujuk sahabatnya itu..
 
 
"aku dah cakap Rae,kalau kau tak beritahu aku sebabnya,aku tak nak."kata Hae Ra lagi.
 
 
"RaRa..janji dengan aku kau jangan beritahu sesiapa pun pasal ini.termasuk suami kau.suami aku pun tak tahu.aku sakit Hae Ra.doktor yang merawat aku kata aku cuma ada 6 bulan sahaja lagi.itulah aku nak kau jaga anak ini"kata nya tenang..
 
 
"kau sakit apa Rae?"
 
 
"womb cancer"
 
 
"n..n..neh?kau tak tipu kan?jangan main main Eun Rae.ini soal hidup dan mati"kata Hae Ra pula.
 
 
"RaRa,tak akan lah perkara macam nie aku nak memain?memang aku suka bergurau,tapi bila melibatkan perkara macam nie,aku serius Lee Hae Ra".Hae Ra tahu itu benar benar serius bila nama penuhnya disebut Eun Rae.
 
 
"kau tak buat rawatan?"tanya Hae Ra.
 
 
"kan aku cakap tadi aku gugur 2 kali.bukan sebab rahim aku tak kuat.tapi sebab terapi yang aku jalani.aku berubat RaRa,tapi tiada makna bila hasilnya tiada.aku give up.aku nak zuriat aku RaRa.aku nak tinggalkan orang yang aku sayang dengan tanda cinta aku.sejak itu aku tak buat dah terapi tu.walaupun aku tak ada,aku nak Hyuk Jae tahu aku sayangkan dia sepenuh hati aku.kau ingat senang aku nak maafkan dia kalau tak kerana aku nak menghabiskan sisa hidup aku dengan dia??aku nak rasa kebahagiaan itu dengan dia walaupun sekejap.aku banyak merajuk sekarang nie.aku suka bila dia pujuk aku...terasa disayangi sangat.dia rasa dia bersalah kalau dia tak menurut kata aku.bukan niat aku RaRa,tapi itu caranya aku nak bermanja dengan dia."
 
 
"Rae..dah berapa lama Rae?"tanya Hae Ra..
 
 
"tahun kedua aku di SM.kau ingat masa aku selalu sakit perut tu?"tanya Eun Rae.Hae Ra hanya mengangguk.Eun Rae menyambung kata,
 
 
"masa tu lah.aku ingat aku sakit perut biasa je,tapi bila aku pergi check up,gelap dunia aku bila aku disahkan sakit.salah satu sebab aku pendam perasaan aku..aku tahu aku tak akan boleh bahagia..kerana takdir memang tak ada di sisi aku"kata Eun Rae.
 
 
"kenapa kau tak pernah beritahu aku Rae?aku kawan kau Rae"tanya Hae Ra.
 
 
"aku tak nak kau simpati dengan aku"
 
 
"Rae....kau...kau begitu tabah Rae.kebahagiaan pasti ada"
 
 
"tengok lah.RaRa,aku kena balik.dah lambat nie.kau naik apa?"
 
 
"Donghae datang ambil aku.kau?"tanyanya.
 
 
"aku balik sendiri.Hyuk Jae kata dia ada hal"
 
 
"aku hantarkan?"
 
 
"tak apa..aku ada hal lain"katanya cuba mengelak..
 
 
 
Sebaik dia keluar dari cafe itu,matanya terpandangkan sesuatu.dia seperti mengenali kereta itu.dan airmatanya mengalir perlahan bila mata nya mempastikan apa yang dia nampak.Hyuk Jae dan Krystal.Hyuk Jae masih belum berubah nampaknya.untuk apa dia memujuk aku??Eun Rae bertanya sendiri pada dirinya.dia hanya mengeluh.melangkah menuju ke perhentian bas....
 
 
 
~*~*~***~***~***~
 
 
Hyuk Jae hanya memerhatikan sahaja gelagat isterinya.sejak balik dari jumpa Hae Ra tadi,Eun Rae menjadi pendiam.tidak banyak bercakap.sepatah yang dicakapkan,sepatah juga yang dibalas.dia mendapatkan Eun Rae.memeluk isterinya itu dari belakang.menghidu keharuman isterinya.
 
 
"Rae"panggilnya..
 
 
"deh oppa"
 
 
"kenapa nie?"tanyanya.
 
 
"kenapa apa?"tanya Eun Rae kembali.
 
 
"oppa perhatikan balik tadi,Rae diam je.selalu tak macam nie..oppa ada buat salah ker?"tidak bersalah pertanyaan itu.
 
 
"Rae nak biasakan oppa...tak lah.Rae penat...penat sangat.mian ya oppa"katanya.matanya masih memandang kearah apa  yang sedang dibuatnya. tidak memberitahu Hyuk Jae perkara sebenar.
 
 
"kalau dah penat,kenapa tak tidur saja?"
 
 
"Rae tak boleh tidur"
 
 
"wae?"
 
 
"tak ada apa apa lah..oppa..kalau Rae tanya sesuatu boleh tak?"
 
 
"apa dia?"
 
 
"kalau Rae dah tak ada nanti,apa oppa nak buat?"
 
 
"Rae!!dah berapa kali oppa beritahu?jangan cakap pasal mati.oppa tak suka dengar terutama dari bibir nie"kata Hyuk Jae mencumbui bibir Eun Rae dengan kasar.Eun Rae cuba melepaskan diri,tapi pegangan Hyuk Jae terlalu kuat,dia hanya membiarkan sahaja.menurut perlakuan suaminya.dia dilepaskan Hyuk Jae bila mereka memerlukan udara untuk bernafas.
 
 
"oppa..Rae tanya je.jangan lah marah sangat"katanya.terasa bibirnya membengkak..
 
 
"oppa tak nak dengar lagi pasal perkara ni.kalau Rae cuba bangkitkan lagi,tahu lah apa oppa nak buat"kata Hyuk Jae berlalu pergi.tapi telinganya terlalu sensitif dengan perkataan Eun Rae,
 
 
"lepaskan Rae,Hyuk Jae.semua yang Rae buat salah.cakap salah.tak dengar cakap pun salah.apa yang boleh Rae buat untuk puaskan hati Hyuk Jae?betul ke Hyuk Jae sayang Eun Rae?kenapa Rae tak pernah rasa disayangi Hyuk Jae?mungkin Hyuk Jae akan rasa tenang bila Rae dah tak ada lagi nanti"katanya perlahan..
 
 
Hyuk Jae mendapatkan Eun Rae.memeluknya seerat eratnya.mencumbui rambut itu dan seluruh wajah Eun Rae sambil mulutnya mengucapkan perkataan maaf berkali kali.Eun Rae hanya menyembamkan mukanya didada Hyuk Jae..
 
 
"Rae...oppa mian sangat.tapi oppa tak suka mendengarnya"
 
 
"oppa kena terima hakikat"itu sahaja jawapannya..
 
 
 
########################
 
 
5 bulan kemudian
 
 
Hyuk Jae hanya memerhatikan wajah yang pucat di katil hospital itu.ibu kepada anaknya..dia hanya menyesali dirinya.tidak peka terhadap insan kesayangannya.dia mengenggam tangan wanita itu sekuat kuat yang boleh.seolah tidak mahu melepaskannya.dia mencium dahi wanita yang sedang lena itu.sepucat mana pun wajahnya,wajah itu tetap tenang.airmatanya gugur.
 
 
"oppa"suara itu memanggil,hampir tidak di dengari.
 
 
"Rae"
 
 
"kenapa oppa nangis?Rae okay lah.Rae tak apa apa.oppa jangan risau ya"
 
 
"Rae,kenapa Rae?kenapa Rae asyik nak lari dari oppa?apa kesalahan oppa kali ini Rae?"tanya Hyukjae.
 
 
"oppa tak salah.kalau Rae tak ada pun,oppa dah ada pengganti Rae.ibu kepada anak Rae,kan oppa?"Eun Rae tersenyum lemah menuturkan itu.
 
 
"apa Rae cakap nie?"Hyukjae inginkan kepastian..
 
 
"Rae mungkin tak tahu apa apa oppa.tapi apa sahaja yang Eunhyuk buat,Jewel tahu oppa."
 
 
"Rae..."
 
 
"tak apa  lah oppa.satu saja pesan Rae,jaga anak kita baik baik.bagi dia kasih sayang yang sepenuhnya.jangan abaikan dia ya oppa..Eun Ae berhak dapat yang terbaik......"mesin itu berbunyi kuat.Eun Rae menarik nafas,menyambung kata,
 
 
"c..c..suma satu Rae nak oppa sentiasa ingat..Lee Eun Rae sentiasa mencintai Lee Hyuk Jae walau siapa pun dia.bukan kerana dia Eunhyuk,tapi kerana dia Lee Hyuk Jae..hanya Lee Eun Rae saja tahu siapa Lee Hyuk Jae sebenar..Rae penat oppa.Rae nak tidur.Selamat tinggal"kata Eun Rae.memejamkan matanya.
 
 
Hyuk Jae hanya menangis semahu mahunya..dia tahu dia telah kehilangan seseorang yang amat bermakna dalan hidupnya..Lee Eun Rae..dia perlu kuat demi Eun Ae.dia berjanji dia akan menjaga anak itu sebaik yang mungkin...dia mencium wanita itu buat kali terakhir..melihat sepuas puasnya sebelum dia tidak dapat melihatnya lagi....
 
 
 
***********
 
 
 
~epilogue~ (8 tahun kemudian)
 
 
 
"Eun Ae!!"panggilnya..
 
 
"wae appa?"
 
 
"cepatlah..kita dah lambat nie.macam perempuan"
 
 
"appa!!!memang lah Ae perempuan..apa lah appa nie"marah anaknya.Hyuk  Jae hanya menepuk dahi.
 
 
"pali!!pali!!nanti kita lambat sampai."
 
 
Eun Ae hanya menggelengkan kepala melihat gelagat appanya.setiap tahun pasti begitu sejak 8 tahun dulu.kata haelmoninya.di hari ini.kata haelmoni hari ini hari ulangtahun kematian Umma..dan setiap kali menjelangnya hari ini,appa pasti kelam kabut.takut umma menunggu lama,kata appa.
 
 
"apa lagi tu??cepat lah"kata appanya lagi.menghidupkan enjin kereta.
 
 
Sejak Eun Rae pergi,Hyuk Jae menjadi pendiam.dia tidak mahu berkahwin lagi kerana padanya,tiada sesiapa yang bisa mengantikan Eun Rae.dia juga meninggalkan sikap playboynya.dia rasa kerana sikap itulah dia kehilangan Eun Rae,satu satu wanita yang bertahan dengan semua perangai nya.wanita yang amat memahaminya.
 
 
Mereka sampai ke tempat yang dituju.Eun Ae mengikut langkahan kaki appa nya yang laju...
 
 
"Rae,oppa bawa anak kita.dia kata dia nak jumpa Rae"kata Hyuk Jae,memula bicara.
 
 
"umma..Ae datang umma.Ae rindu umma..umma sihat?appa kata umma pandai masak.selain itu umma juga penari....jinjja umma?umma,kenapa umma pergi dulu?tak sempat Ae nak manja manja dengan umma"kata Eun Ae.menyapu air mata yang gugur di pipinya.
 
 
Hyuk Jae hanya mendengar percakapan anaknya,dia juga sama seperti Eun Ae..mendambakan kasih wanita itu.
 
 
"Rae...Selamat Hari Lahir Rae..maafkan oppa..kalau lah oppa tak buat Rae pergi dari oppa..kalau lah oppa boleh putarkan semula mesin masa..kalaulah..terlalu banyak kalau dalam hidup oppa."ayat yang sering di ucapkan sejak 8 tahun dulu.
 
 
Angin yang menyapa wajah mereka seolah olah memahami kesedihan mereka.
 
 
"Ah!lupa oppa nak beritahu,oppa dah tunaikan impian kita..oppa dah buka Akademi Tarian.sama macam impian Rae..JEWELDIAMOND..okay tak nama itu?diamond itu adalah Rae,kerana Rae sangat berharga dalam kehidupan oppa"katanya lagi.
 
 
Dia duduk di situ bersama Eun Ae.tidak sedar hari dah petang.banyak yang dibualkan bersama Eun Rae..dia menceritakan tentang Eun Rae pada Eun Ae..dia hanya menyedarinya bila anaknya menegur..
 
 
"appa,kita tak nak balik ke?hari dah nak malam ni"kata anaknya.
 
 
"kalau boleh.Rae,oppa balik dulu..nanti oppa datang lagi ya..Lee Eun Rae,SARANGHAE"katanya sambil mengucup batu marmar itu.dia melangkah meninggalkan tempat itu dengan hati yang berat sekali...
 
 
 
---the end---
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
A_MooNStar
#1
Nice actually :)
Pernah hantar karya(ff) kepada Malay Epop?
^_^