Can't I Love You ?

One Shot Collection...

 

"yah!!aku banyak kerja ini.jangan kacau"katanya pada lelaki itu.
 
"suka hati akulah..jom temankan aku lunch.aku lapar ini."
 
"pergilah sendiri.aku tak ada masa.aku nak siapkan ni,nanti boss marah pula.tepilah."
 
"ala jom lah.hyung yang suruh aku ajak kau makan.dia kata kau diet sekarang ni"katanya lagi.Sun Ra memandangnya dengan pandangan yang tajam.
 
"CHO KYUHYUN!!!!!baik kau pergi dari sini sebelum aku naik darah"kata Sun Ra.
 
"ada aku kisah?"kata Kyuhyun sambil menarik tangan gadis itu.Sun Ra meronta ronta ingin melepaskan diri.
 
"lepaslah.sakit"katanya lagi.Kyuhyun hanya tersenyum sinis.dia hanya meneruskan langkahannya sampai ke kereta dan menghumban Sun Ra ke dalamnya.
 
"yang kau ni tak faham bahasa ke apa?aku kata tak nak,tak naklah"kata Sun Ra lagi.
 
"kalau kau berani turun dari kereta ini,kau tengoklah apa aku buat"Kyuhyun mengugut.
 
"kau nak buat apa?aishh!!kalau tak sebab oppa suruh aku kerja sini,tak ada masa aku nak kerja.baik aku duduk rumah.tak adalah aku kenal kau yang membosankan ni"kata Sun Ra.
 
"bosan bosan aku pun,kemana pun dengan aku juga kan?"
 
"kalau kau tak beria beria,aku pun tak inginlah"kata Sun Ra.hatinya benar benar sakit ketika ini.wajah Kyuhyun mula berubah.
 
"mian Ra-ah.aku ajak kau pergi makan saja,bukannya apa pun,susah sangat ke?"tanya Kyuhyun.suaranya berubah sama sekali.
 
"aku cakap aku tak nak kan?janganlah paksa.dah banyak kali aku cakap dengan kau.tapi kau tetap dengan perangai kau yang tak berubah ubah langsung.aku tak tahu macam mana awek kau tahan dengan kau"kata Sun Ra.nada suaranya juga berubah,lembut pada pendengaran Kyuhyun.
 
"Sungmin hyung beritahu aku,kau dah tiga hari tak makan apa apa.teruknya diet kau.pengsan nanti siapa susah.aku juga kan?sebagai teman kau,aku sayang kau Ra-ah.aku tak nak tengok sahabat aku sakit"kata Kyuhyun lagi.Sun Ra hanya membuang pandang ke luar.
 
'sahabat,itu yang kau sentiasa beritahu aku Kyu.aku dah penat jadi sahabat kau..'hatinya berkata kata sendiri.Kyuhyun yang perasan perubahan pada wajah itu memanggil temannya.
 
"Ra-ah!!"jeritnya bila Sun Ra seperti berkhayal.
 
"ah!wae?!!"Sun Ra pula bersuara kasar.
 
"aku panggil kau dah banyak kali.jauh kau termenung.kenapa Sun Ra?"
 
"tak ada apalah.aku malas nak bertekak dengan kau.kau pandu saja kereta kau diam diam.kata laparkan?jauh lagi tempat tu?kau dengan aku saja atau Jae Hee ada sekali?"tanya Sun Ra.
 
"kita berdua sahaja,kenapa?kau takut"usik Kyuhyun lagi.
 
"tak ada maknanya"
 
~**~~**~~
 
"kenapa dengan adik oppa ni?balik dari kerja tadi oppa tengok diam sahaja.banyak sangat ke oppa bagi kerja?"tanya Sungmin kepada donsaengnya,Sun Ra.
 
"taklah..penat layan raksasa"Sun Ra memberitahu.Sungmin hanya tersenyum,tahu siapa yang dimaksudkan donsaengnya.
 
"emm..raksasa itu juga yang adik sayangkan?"Sun Ra hanya mendiamkan diri.
 
"kenapa nie?nak kongsi dengan oppa?"tanya Sungmin bila melihatkan adiknya mendiamkan diri sahaja kerana adiknya itu seorang yang periang.
 
"tak ada apa lah oppa."kata Sun Ra,memandang jauh ke hadapan.teringat kata kata Kyuhyun petang tadi.
 
"dik...oppa kenal adik.wae?"Sungmin bertanya lagi.Sun Ra juga tahu oppanya bukan seorang senang berpuas hati.
 
"Kyu nak kahwin"katanya.dia mengetap bibir.Sungmin yang mendengar terkejut.
 
"deh?!"
 
"neh..Kyu nak KAHWIN"dia menekankan perkataan itu.
 
"dah tu?"Sungmin mengusik adiknya.
 
"oppa~~"Sun Ra merengek.
 
"habis tu adik nak oppa buat apa?nak halang perkahwinan dia?oppa dah cakap,jangan terlalu mendalam sangat perasaan tu.sekarang siapa yang sakit?"tanya Sungmin pada donsaengnya.
 
"adik tak suruh perasaan tu datang.adik pun tak tahu yang adik akan jatuh cinta dengan dia"kata Sun Ra,cuba mengawal tangisannya.
 
"adik..oppa tak marah adik.cuma oppa tak nak adik terlalu kecewa.tengok sekarang macam mana?adik juga yang terluka kan?"kata Sungmin.
 
"adik tak apa apa lah.oppa,tempat oppa ada pertukaran pekerja tak?kalau ada adik nak pergilah.boleh adik tengok tempat baru"
 
"tak payah nak mengada ngada ya.kalau adik pergi,oppa nak tinggal dengan siapa?dahlah kita berdua sahaja yang tinggal.umma ngn appa pun dah tinggal jauh.adik pula nak pergi?hmm..Sungmin..Sungmin..kenapa lah kau jadi macam ni?"
 
"oppa~bukan itu maksud adik.adik..adik...."
 
"oppa kenal adik oppa.nak lari dari masalah sendirikan?"Sun Ra hanya diam.memang itu tujuannya.
 
"adik,melarikan diri bukan jalan penyelesaiannya.adik lari kemana pun kalau perasaan adik masih pada Kyu,ianya tidak akan merubah apa apa.oppa boleh sahaja bagi adik tukar,tapi oppa tak nak.oppa nak tengok sejauh mana adik boleh menghadapi perkara ini.ini baru sikit dik.banyak lagi masalah yang akan timbul kalau masing masing tidak mengalah"Sun Ra memandang oppanya.
 
"apa maksud oppa?"
 
"tak ada apa.dah lah pergi tidur,esok kita nak tengok site kan?nanti lambat bangun,oppa juga yang susah."
 
"Deh"Sun Ra hanya mengangguk..
 
~**~**~
 
"Sun Ra-ah!!!!"tersentak dia mendengar suara itu.tanpa menoleh dia tahu siapa.
 
"wae Kyu?"
 
"aku nak beli cincin,tapi aku lupa saiz Jae Hee.teman aku boleh?lagipun aku tak pandai sangatlah nak pilih bentuknya.boleh tak tolong aku?"tanya Kyuhyun lagi.
 
"aku sibuklah.masa lunch nanti aku nak kena pergi site,temankan boss.pergilah sendiri."
 
"ala..bukan masa lunch.habis waktu kerja nantilah.lunch nanti aku pun nak pergi sana.itukan pelan aku kan?bolehlah"Kyuhyun memujuk lagi.
 
"adalah pula kau masa ya.aku ingat kau dengan game kau saja"Sun Ra membalas.
 
"yah!!aku nak kahwin kan?tak akanlah aku nak main game lagi.aku pun tahu lah nak bezakan masa game dengan important thing"kata Kyuhyun,geram dengan perkataan gadis itu.Sun Ra diam.
 
"nak teman aku ke tidak?"
 
"kalau aku kata tak pun,akhirnya aku kena ikut juga"
 
"tahu tak apa.pukul 8 malam tahu.aku nak balik dulu tukar baju.melekit kalau pergi site"
 
"deh" 
 
~**~**~**~
 
"cantik tak cincin ini?"tanya Kyuhyun pada Sun Ra.
 
"kau tanya aku buat apa?tanyalah Jae Hee."kata Sun Ra lagi.
 
"la,kalau Jae Hee ada kat sini,aku tak adalah ajak kau.baik aku ajak dia sahaja"kata Kyuhyun lagi.Sun Ra mengerutkan keningnya,tidak memahami maksud Kyuhyun.
 
"dia pergi mana pula?nak kahwin pun boleh berjalan lagi.tak faham aku korang nie"kata Sun Ra lagi.   
 
"dia ada hal kat New York.kerjanya memerlukan dia pergi"Kyuhyun memberitahu Sun Ra.
 
"dia tak ambil cuti ke?"
 
"dia cakap nak ambil lepas kahwin.aku suruh dia ambil 2 minggu.aku cadang nak honeymoon kat Bali"Sun Ra menoleh ke arah Kyuhyun.
 
"sibuk saja.itu tempat impian akulah.pergi tempat lain tak boleh?"Sun Ra mengetap bibir,menahan rasa.
 
"dah ke?lepas ini kita pergi tengok baju pulak ya.kau dengan Jae Hee kan sama size,taklah susah aku nanti"kata Kyuhyun lagi.Sun Ra hanya memandang.
 
'kau tahu hati aku Cho Kyuhyun?hancur gila bila kau buat aku macam ini.kau nak kahwin dengan orang lain,tapi aku pula yang kena menyamar jadi pengantinnya.nasib baiklah kau ada tempat yang special dalam hati ini'bisik hatinya.
 
"yah!!aku suruh kau pilih cincin,bukan suruh kau berangan"
 
"deh..deh..kejap..aku tengok."kata Sun Ra.dia melihat kesemua bentuk cincin tersebut.ada satu yang menarik perhatiannya.dia mengambilnya,mencuba di jarinya.macam sesuai.dia memandang Kyuhyun di sebelahnya.
 
"kalau aku,aku suka yang macam ini.tak mewah sangat.tapi kalau Jae Hee aku tak tahulah.dia kan model?takut selera dia tinggi pula lah kan"
 
"ambil sajalah yang ini"kata Kyuhyun,memberi cincin itu kepada jurujual untuk di balut.
 
"yah!!nanti kalau Jae Hee tak suka macam mana?"tanyanya.
 
"aku bagi sajalah dekat kau"kata Kyuhyun lagi sambil menarik Sun Ra mengikutinya.
 
"Cho Kyuhyun!!!karang tak kahwin kau aku kerjakan"Sun Ra mengugut.
 
"pali!!kedai kek tu nak tutup dah"kata Kyuhyun lagi.
 
"tak akan kek pun aku nak kena pilih?"
 
"deh..sebab aku tak tahu citarasa orang perempuan"
 
"macam tu baik aku saja yang kahwin dengan kau"Sun Ra menjeling Kyuhyun.
 
"eee!!tak nak aku perempuan macam kau"Kyuhyun berkata tanpa memikirkan perasaan gadis itu.
 
"kenapa?aku nie teruk sangat ke?"tanya Sun Ra.matanya mula berair.
 
"Ra-ah,mian..bukan maksud aku---"
 
"hantar aku balik"
 
"tapi---"
 
"hantar aku balik.aku tak ada mood nak teman kau dah.kau yang nak kahwinkan?kau buatlah sendiri.kalau kau tak nak hantar aku,aku balik sendiri"kata Sun Ra berlalu pergi.
 
"yah!!sejak bila kau sensitif sangat ni?"Kyuhyun berkata sambil kakinya laju mengejar gadis itu.tapi pertanyaannya seperti angin lalu.
 
"Sun Ra!!yah!!tunggu aku.mian"katanya lagi.Sun Ra semakin laju lariannya.tidak mahu Kyuhyun melihat apa yang berada di tubir matanya.
 
"maafkan aku Kyu.bukan aku tak nak berhenti,tapi aku tak nak kau lihat aku sebagai perempuan yang lemah"katanya sambil menyembunyikan dirinya di tandas itu..
 
 
Sebulan kemudian (hari perkahwinan)
 
"adik...bangunlah.kita dah lambat ini.nanti marah pula Kyuhyun dengan oppa"kata Sungmin pada adiknya.dia mengejutkan adiknya yang sedang lena di buai mimpi.Sun Ra hanya mengosok gosokkan matanya.dia yang masih lagi mamai tidak mendengar apa yang diperkatakan oppanya.
 
"adik!!bangunlah.pergi mandi.nanti kita lambat"
 
"nak pergi mana pula?"tanya Sun Ra yang masih lagi mamai...
 
"kan hari wedding Kyu,tak nak attend ke?"Sun Ra membeliakkan matanya mendengarkan itu...
 
"malaslah oppa.adik nak duduk rumah sahaja.oppa sajalah pergi"kata Sun Ra.bukan tidak mahu,tapi hatinya tidak bisa melihat Kyuhyun bersama orang lain.
 
"adik jangan nak mengada ngada ya,cepat bangun kalau tak nak rasa penangan oppa"Sungmin berkata tegas.Sun Ra hanya menurut.
 
"ha!!ni oppa ada beli mandian baru.cubalah"kata Sungmin sambil menyerahkan mandian itu kepada adiknya.
 
"ish!!oppa ni macam macam"katanya sambil melangkahkan kaki ke bilik air.
 
Satu jam kemudian...
 
"Dik..cepatlah.nak mekap lagi ini"kata Sungmin.
 
"oppa,nak pergi kahwin Kyu saja.perlu ke mekap semua ini?"
 
"perlu..kata Kyuhyun Jae Hee nak adik jadi pengapit.gaun ini Kyuhyun hantar pagi tadi,dia suruh adik pakai"kata Sungmin lagi.
 
"gaun??tapi ini gaun yang adik teman dia cuba hari itu.ini gaun pengantin oppa,takkan lah adik nak pakai gaun macam ini?"tanya Sun Ra.
 
"oppa tak tahu.itu yang Kyuhyun pesan,itu yang oppa beritahu.cepatlah.kereta dah tunggu dah tu"
 
"deh..deh..oppa keluar dulu."katanya sambil menutup pintu.membiarkan dirinya di dandan oleh jurumekap yang di upah oppanya.'macam macam oppa dengan Kyu ni'bisik hatinya.
 
Selesai,dia melangkah keluar.Sungmin yang menunggu terpegun melihat kecantikan adiknya setelah didandan sebegitu rapi.
 
"oppa!!"panggilnya,tetapi Sungmin masih lagi seperti patung.
 
"oppa!!"panggilnya lagi sambil tangannya melambai lambai ke arah oppanya.Sungmin yang seperti terkejut melihat adiknya sambil matanya berkelip kelip.
 
"oppa!wae??!tak cantik ke?"tanya Sun Ra.
 
"cantik sangat..mari.nanti kita lambat pula"kata Sungmin,menarik adiknya ke arah kereta.
 
"oppa,perlahan lah,sikit.adik jatuh nanti macam mana?gaun ini dahlah mahal"
 
"deh...deh"kata Sungmin,memperlahankan langkahan.dia membuka pintu untuk adiknya,menyuruh adiknya masuk,sebelum dia ke tempat memandu ke tempat yang dituju.perjalanan mereka tidak lama kerana dewan perkahwinan itu dari rumah mereka tidak jauh.
 
Sampai sahaja,Sun Ra seperti terpegun melihat keindahan dewan itu.cantik,tapi dia seperti pelik.semuanya seperti yang di beritahu kepada Kyuhyun.'tak akan Jae Hee terima sahaja apa yang aku beritahu?'hati kecilnya berkata kata.Sungmin memegang tangannya membawa dia masuk ke dewan itu.sebaik sahaja dia melangkah masuk,muzik perkahwinan bergema.dia memandang Sungmin,meminta penjelasan,tapi oppanya cuma tersenyum membawa dia ke altar itu.dia yang seperti kebingungan memandang ke depan.lelaki yang memakai sut putih itu,Cho Kyuhyun,sahabatnya,cinta dalam kehidupannya,tapi kenapa dia yang kena ke altar?dia mencari cari Jae Hee bila dia terpandangkan Jae Hee bersama atlet kebanggaan Korea,Kang Tae Joon.dia yang masih dalam terperanjat tidak perasan tangannya telah berubah pemilik.dari oppanya ke Cho Kyuhyun.
 
"gomawo hyung"bisik Kyuhyun pada oppanya.dia melihat Kyuhyun,meminta penjelasan.Kyuhyun cuma tersenyum dan majlis pun bermula.dalam keadaan yang masih terperanjat,dia telah sah menjadi isteri Kyuhyun.dia menarik Kyuhyun ke tepi bila tetamu sudah mula beransur pulang.ingin bertanyakan sesuatu,tetapi Kyuhyun telah membuka mulut terlebih dahulu.
 
"mian.aku tahu mesti banyak persoalan yang bermain di fikiran kau.aku dah lama sukakan kau,tapi aku tak tahu macam mana nak luahkan dekat kau.pertama kali aku nampak kau masuk office Sungmin hyung.sejak itu mata aku hanya pandang kau sahaja.aku dekati kau dengan cara yang salah,sebab aku suka tengok kau marah.bila kau marah,wajah kau semakin cantik.aku berusaha dekatkan diri aku dengan kau sehinggalah kau dan aku menjadi teman.aku benar benar suka kau Sun Ra,dan aku berharap aku tak bertepuk sebelah tangan.aku suka sikap kau yang terlalu berterus terang,yang tidak pandai berputar belit.aku betul betul tak tahu nak buat macam mana sehinggalah Jae Hee memberi cadangan."beritahu Kyuhyun,menarik nafas sebelum menyambung kata,
 
"Jae Hee suruh aku berpura pura bercinta dengan dia.tengok kau macam mana,tapi aku salute kau.kau terlalu pandai menyimpan perasaan kau--"
 
"pura pura?aku tak faham Cho Kyuhyun"kata Sun Ra,tidak memahami apa yang sedang berlaku.
 
"Cho Jae Hee..dia adik perempuan aku yang baru pulang dari luar negara.kau tak kenal dia,kerana itu aku ikut rancangan dia.kau nampak sebelah dia tu?itulah bakal suami dia,Kang Tae Joon."kata Kyuhyun sambil melihat ke arah gadis itu.
 
"kau marah?"tanya Kyuhyun.Sun Ra hanya mendiamkan dirinya.
 
"kalau aku marah pun Kyu,aku tak boleh buat apa.aku dah jadi wife kau.tapi macam mana kau tahu?aku tak pernah beritahu sesiapa kecuali oppa"itu yang menyentakkan fikirannya.Sungmin oppa.
 
"deh..Sungmin hyung yang beritahu aku.dia kata kau dah lama suka kan aku.aku gembira sangat bila kau ada perasaan yang sama dengan aku.suprised wedding ini semua cadangan hyung.dia kata kau suka akan kejutan"kata Kyuhyun lagi.
 
"tapi bukan kejutan yang macam ini.hampir gugur jantung bila aku lihat oppa bawa aku naik altar tadi.kalau tak,kau kenalah kahwin dengan orang lain"kata Sun Ra sambil mendekati Kyuhyun.
 
"apapun,gomawo sebab kau sudi terima aku yang serba kekurangan ini.aku harap kau akan bimbing aku menjadi isteri kau yang terbaik"kata Sun Ra lagi.dia mendakap lelaki itu.
 
"kekurangan kau,akan aku penuhi,begitu juga dengan aku,kekurangan aku hanya akan dipenuhi oleh kau.LEE SUN RA,can i love you?"kata Kyuhyun mengucup dahi gadis itu.dahi bertemu dahi.Sun Ra hanya mengangguk.
 
"with all my heart,kerana aku juga ingin mencintai kau"kata Sun Ra.mereka berpelukan,tidak peduli akan keadaan sekeliling,kerana ketika itu,mereka berada di dunia yang mereka berdua impikan..
 
~the End~
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
A_MooNStar
#1
Nice actually :)
Pernah hantar karya(ff) kepada Malay Epop?
^_^