A Good Bye

One Shot Collection...

 

Cinta itu ibarat seperti kain putih.kalau cantik diwarnakan,cantiklah ia dan sempurna,tapi kalau salah,ianya akan mencacatkan kesempurnaannya. 
 
Begitu juga aku.bahagia hanya sementara.kesempurnaan hanya sebentar.salahkah aku hanya kerana mencintai?itu peristiwa 8 tahun dulu.sewaktu aku dan dia dilamun cinta.sewaktu aku masih di buai mimpi.percintaan kami di restui keluarga,tapi aku tidak tahu dimana silapnya,bila kesalahan itu ditujukan pada aku.mungkin juga kekhilafan aku terlalu besar pada dia.kini,aku di sini,di sebuah negara matahari yang memancar,Malaysia.menjauhkan diri aku dari semua masalah yang aku hadapi.tapi aku tahu dengan melarikan diri tidak meleraikan apa apa.tapi aku terpaksa.aku tidak mampu untuk menghadapinya lagi.
 
Tipulah kalau aku katakan aku tidak pernah merindui dia.setiap masa.tapi yang amat mengecewakan aku,sekali pun dia tidak pernah mencari aku.mungkin juga aku tidak penting lagi dalam kehidupan dia selepas apa yang berlaku.aku bahagia di sini,ramai teman teman yang memahami..sedetik pun dia tidak pernah padam dari hati aku.aku harap dia bahagia dengan siapa jua pilihannya.
 
Hari ini aku sendiri di sini.aku cuba berbahasa Melayu,tapi lidahku masih lagi pelat.tapi mujur teman teman ku fasih berbahasa Korea.terima kasih pada siaran di sini yang sentiasa mempamerkan cerita cerita Korea.aku mengeluh,tanpa aku sedari keluhan aku di dengari seseorang.
 
"Rae,kenapa?"tanya Nyra.
 
"ani..mengenangkan nasib diri.aku rasa aku macam nak pulang lah,dah lama sangat aku tak balik Korea.aku rindu keluarga aku"
 
"emm...elok sangatlah tu.nanti pergi jumpa Sheida,tanya kan cuti kau.aku rasa banyak.sepanjang kau dekat sini,tak pernah lagi aku tengok kau pulang ke sana.kenapa?apa yang menghalang kau?"
 
"tak ada apalah.cuma aku rasa aku selesa tinggal di sini.kat sana sejuk sangat.di sini suam suam"kataku,cuba mengelak pertanyaan Nyra.
 
"banyaklah kau.aku teringin nak pergi sana tahu.bila kau cadang nak balik?"tanya Nyra lagi.
 
"tak tahu lagi.minggu depan aku kena pergi Genting,ada meeting dengan delegasi dari Korea.aku kena jadi jurubahasa.kata boss aku,mereka tak pandai sangat bahasa Inggeris.nak tak nak aku kena pergi juga kan?"kataku lagi.
 
"seronoknya kau.boleh pergi jalan jalan sampai Genting.aku,jangan haraplah.boss aku tu,meeting kat office je lah"
 
"aku bukannya pergi jalan jalan lah.aku pergi kerjalah."kataku cuba berbahasa Melayu.ketawa Nyra mendengarnya.
 
"tak sesuai langsung kau cakap bahasa aku.cakap sajalah bahasa kau"katanya.
 
"ya lah..orang tu kan memang pandai cakap bahasa aku."aku berpura pura merajuk.
 
"Eun Rae,kalau merajuk memang cantik.patutlah Jung Yunho tergila gilakan kau."
 
"yah!!!dia boss aku lah.tapi aku macam peliklah,boss aku tu orang Korea,tapi kenapa dia ajak aku pula?"aku menyoal diri sendiri.
 
"itulah aku cakap..alasan dia nak berdua duaan dengan kau"
 
"tak ada maknanya.maybe sebab aku setiausaha dia kot"
 
"yalah tu"
 
 
~**~**~**~*
 
****
"Rae"panggilnya.aku tidak bergerak.
 
"Rae"aku cuma tersenyum.dia bangun dari pembaringannya dan menghampiri aku.aku cuba untuk tidak membuka mata.
 
"emmm..jagi tidur ya??kasihan oppa.apa nak buat ya?"katanya sambil tangannya mengosok gosok belakangku.aku tahu maksudnya,tapi dia,suamiku,tidak bisa dilayan telatahnya.nanti kami akan kelewatan.
 
"jagi..ottoke?oppa lapar,tapi breakfast oppa tak ready lagi"aku membuka mata mendengarkan itu.dia cuma tersenyum sinis.
 
"akhirnya..suka ya usik oppa?"dia mengosok hidungnya melawan aku.
 
"mana ada.jagi tidurlah.baru saja bangun.tadi kata lapar.tepi lah.boleh jagi siapkan breakfast"kataku,cuba mengelak diri darinya,sedangkan aku tahu apa yang dimaksudkannya.
 
"breakfast dah ready,tinggal nak makan sahaja lagi.boleh oppa mulakan?"
 
"oppa jangan nak mengada ya.tepilah.jagi nak bangun nie."
 
"tapi----"
 
"oppa...ingat hari ini kita ada meeting dengan delegasi dari China.nanti lambat pula"kataku,cuba memujuk lagi.tapi pujukan ku tiada maknanya bila dia mula mencumbui aku.
 
"oppa"
 
"shhh"katanya mendiamkan aku dengan bibirnya.dan pagi itu kami terlewat lagi..
 
~~
 
"what??!!!"jeritku bila aku mendengarkan itu.
 
"yes..lucky for you,is still in stage 1.and you know what,only surgery can make you survive"
 
"how long if i don't want to take the surgery?"
 
"maybe less 6 month"
 
"really sis?you're not kidding with me rite?"
 
"what make you think i'm kidding Rae?"
 
"i dont know sis.i can't think straight rite now.how i want to tell him?he my life sis.i dont want him suffer with me."aku memberitahu sahabat yang sudah aku anggap macam kakak aku sendiri.
 
"Rae..i know..but if you want to survive from this,you must do the surgery.or not you will died"kata nya lagi.aku cuma diam.
 
"jagiya..."aku tersentak mendengarkan suara itu.suamiku.apa yang di buat di sini?macam dia tahu aku di sini?aku melihat wajahnya yang seperti terkejut.
 
"jagi buat apa kat sini?"aku tidak menjawab.aku cuma mendiamkan diri.
 
"tak ada apa"aku bangun sebelum aku menyambung kata,
 
"i got to go sis.just don't let him know"kataku.aku tidak mahu tahu apa yang suami ku buat di sini.mungkin juga dia ada urusan yang perlu diselesaikan.sebaik aku keluar,aku mendengar perbualan mereka.
 
"what she doing here?"tanya suamiku kepada sahabat aku itu.
 
"monthly chek up"balasnya.
 
"why you not tell me?if she know something,how?"
 
"don't worry,she never know.i miss you"hampir tercabut jantung ku mendengarkan itu.
 
"me too,shall we?"kata suamiku.aku melarikan diri sebelum suami ku tahu.menahan airmata tanpa aku sedar sebuah kereta datang dari arah yang bertentangan.
****
 
Aku membuka mata.mimpi yang sama lagi.entah kenapa aku tidak boleh membuang peristiwa itu dari ingatan ku.pertama kali aku mengetahui yang aku di duakan oleh suamiku sendiri.aku bangun dari tempat tidurku.memulakan satu hari lagi yang tidak berapa ceria bagi diriku.berhadapan dengan boss aku yang sememangnya menaruh hati pada ku.tapi mungkin tidak.walaupun aku terluka dengan sikap suami ku,aku masih menyayangi dia sehingga ke hari ini.dia yang mengajar aku tentang erti rindu.
 
Selesai aku bersarapan,aku menyiapkan beg aku.kata boss aku,aku boleh datang lambat kerana balik sahaja dari kerja nanti,kami akan terus berangkat ke Genting.pada mulanya,aku berdegil,tidak mahu mengikutinya,tapi katanya aku harus mengikutinya kerana aku adalah setiausaha nya yang akan mencatit setiap minit mesyuarat yang akan di bentangkan nanti.
 
Leka aku mengemaskan pakaian aku bila aku terpandangkan gambar perkahwinan kami.aku memejam mata mengingati janji yang di buat ketika kami berkahwin.dia akan bersama dengan aku tidak kira dalam susah ataupun senang.sakit atau pun tidak.dia mengotakan semuanya.dia yang menyelamatkan aku dari penyakit itu.dia yang memaksa aku melakukan pembedahan itu.katanya dia tidak mahu berpisah dari aku.katanya aku adalah segala galanya.aku hanya tersenyum tawar ketika itu.
 
SEGALANYA.tapi DIA yang meletakkan kesalahan itu di bahu aku.DIA yang membuatkan aku melarikan diri dari semua insan yang aku sayang.DIA yang membuatkan hati aku menjadi beku.DIA yang menjadikan aku pengemis cintanya.sedang leka aku melayan perasaan,telefon bimbit aku berbunyi.aku melihat nama pemanggil.Ah!bos aku.dengan malas aku menjawab,
 
"Yobseyo?"kataku.
 
"Rae,tak payah masuk office.siap sekarang.sekejap lagi saya sampai.kita kena sampai sana awal.delegasi itu dah sampai"kata Tuan Yunho.
 
"deh??!!kata esok?"aku terkejut mendengarnya.
 
"tak jadi.semalam dah mereka sampai,tapi semalam saya ada hal.so,saya janji dengan mereka selewat lewatnya malam ini kita sampai.pali ya"katanya.
 
"deh..deh..saya dah siap.cuma nak siapkan beg saja."kataku sambil mematikan talian.aishh!!awal pula delegasi itu sampai.lama nampaknya aku kena berada di sana.sebaik aku menutup zip beg aku,aku terdengar bunyi hon kereta,dah sampai ke?cepatnya.dengan sepantas yang mungkin aku menuruni tangga untuk sampai ke pintu depan.nanti aku sms sahajalah Nyra.
 
"mian..saya terlambat."kataku.Tuan Yunho hanya mengangguk.dia memecut keretanya menuju ke destinasi yang dituju,aku disebelah hanya mendiamkan diri.Tuan Yunho kalau bab kerja,memang serius.aku tidak berani berkata apa apa.dalam kebosanan,aku ketiduran,membiarkan Tuan Yunho memandu sendiri.
 
~***~**~**
 
"Rae,nanti tolong saya ya.saya tak pandai lah nak layan delegasi ini.kalau papa dulu pandailah.saya suruh papa pergi,tapi dia tak mahu.dia suruh saya belajar dengan awak.ish!!boringnya meeting meeting macam ini.kalau saya pergi jalan jalan dengan awak kat sini tak apalah juga"kata Tuan Yunho memandangku.
 
"Tuan,ini untuk kebaikan tuan juga.banyak yang tuan belajar,lagi banyak pengalaman.saya tak boleh sentiasa nak ikut Tuan."dia hanya mengangguk.
 
"tapi---"
 
"tak ada tapi tapi.kalau Tuan nak berjaya seperti usahawan usahawan lain,Tuan kena terima.mari,kita dah lambat"aku mengajaknya.dia hanya mengikut.
 
Kami sampai di tempat yang di janjikan.aku mencari delegasi yang di maksudkan sebelum aku terpandangkan wajah seseorang.dia??tak akan lah.aku menuju ke arah yang sekumpulan orang yang ingin berjumpa dengan kami.aku menunduk hormat,meminta maaf tanda kelewatan kami.
 
"mian.kami terlewat.saya Lee Eun Rae dan ini boss saya,Jung Yunho.kami akan membawa anda semua melawat taman tema ini sebelum kalian putuskan dengan projek yang ingin digabungkan bersama syarikat kami.dan ini adalah salah satu dari projek terbesar kami."kataku bila aku terdengar sesuatu.aku menoleh.dia.sedang memandangku dengan wajah yang tidak bisa aku tafsirkan.adakah dia tidak suka melihat aku disini?ataupun dia merindui aku?
 
"it's okay.kami pun baru sahaja sampai.saya Lee Sun Ra,dan ini tuan empunya delegasi ini,Lee Hyuk Jae.kami berbesar hati kerana pihak anda sudi menerima kedatangan kami"katanya.aku menghulurkan salam perkenalan,berjabat tangan dengan mereka semua dan memperkenalkan diri masing masing.dia orang terakhir yang aku ingin berjumpa ketika ini.tapi aku perlu profesional.ini hal peribadi.dia juga sama.dia menghulurkan tangannya,aku seperti teragak agak.
 
"Lee Hyuk Jae"katanya.
 
"L..L.ee Eun R..Rae"aku menjawab dengan keadaan yang bergetar.
 
"Eun Rae"Tuan Yunho menyelamatkan keadaan.
 
"deh?"
 
"persiapan macam mana?dah settle?"
 
"dah tuan.semuanya sudah dibereskan malam tadi."Tuan Yunho hanya mengangguk.aku ingin memberitahu lebih lanjut bila telefon bimbitnya berbunyi.
 
"sebentar,saya jawab call dulu"giliran aku pula yang mengangguk.dia melangkah,mungkin private call.
 
Aku sendirian melihat keadaan sekeliling.sudah lama rasanya aku tidak berada di kawasan begini.pertama kali aku,dilamar menjadi kekasih.kedua kali,aku di lamar menjadi isterinya.di taman tema miliknya yang terletak Gangnam.senyuman aku terukir di bibir bila aku melihatkan betapa keanak anakan dia ketika ini.yang membuatkan hati aku bergetar hebat.walaupun dia seorang CEO di sebuah syarikat besar,sifat keanak anakannya tidak pernah hilang.
 
Senyuman aku terpadam bila mata kami bertentang.aku cuba melarikan pandangan mata ku.melihat sekeliling bila kendengaran bunyi tapak kasut.semakin dia menghampiri,aku semakin mengenali pemiliknya.dia.aku buat tidak tahu,tapi bila dia bersuara,aku terkedu.soalan yang aku tidak sangka keluar dari bibirnya.
 
"apa khabar Eun Rae?"tanyanya.aku hanya menarik nafas sebelum menjawab.
 
"sihat.awak?"tapi aku tidak menoleh.aku membelakangi dia.
 
"benci sangat awak dengan saya ya.sampai awak tak nak tengok saya"katanya.aku hanya memejam mata.tidak mahu perasaan bersalah menguasai diri.
 
"Rae---"
 
"saya datang sini atas urusan kerja Hyukjae.dan saya tak tahu yang ini berkaitan dengan awak.mian"kataku.
 
"kenapa kalau ianya berkaitan dengan saya?"
 
"saya tak akan datang.saya tak akan munculkan diri di depan awak.mian"kataku ingin berlalu pergi bila tanganku di pegangnya.aku cuba melepaskan diri.dia menarik aku ke dalam dakapannya.memeluk aku seperti tidak mahu melepaskannya lagi.
 
"Hyukjae,lepaskan saya.semua staff awak tengok.awak tak nak malu kan?rapat dengan perempuan mandul macam saya?wanita yang tidak mampu untuk memuaskan segala kehendak awak.wanita yang hanya inginkan kekayaan awak.wanita yang hanya akan membuatkan awak menghabiskan harta awak dengannya.saya akan bayar kembali setiap sen yang awak keluarkan untuk saya.saya tidak akan membenarkan diri saya menghalalkan wang itu.saya pasti Hyukjae.tunggu sebentar lagi.saya pasti akan membayarnya kembali.dan juga terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya untuk seketika.terima kasih kerana pernah mencintai wanita pencukur macam saya.terima kasih k-----"percakapanya dipotong sepasang bibir.dia cuba melepaskan diri bila yang memegangnya semakin kuat.
 
"Rae,jangan cakap macam tu.saya ikhlas Rae.semua yang saya buat untuk awak,saya tak pernah harapkan balasan.ketika itu saya terlalu buta.saya terlampau mengikut perasaan,saya tidak memikirkan perasaan awak.apa yang saya tahu ketika itu,saya hanya mahukan seseorang yang memahami saya.yang boleh membelai saya ketika saya keletihan.saya dapat itu semua dari dia.layanan yang dia beri terlalu berbeza dengan awak.awak terlalu busy ketika itu Rae.bila awak pulang,awak kepenatan.awak biarkan saya.ya.awak kerja dengan saya,tapi saya rasa posisi saya sebagai CEO tidak sesibuk awak sebagai secreteary saya.saya hanya inginkan belaian.itu sahaja.saya ada keperluan saya..bila saya tahu awak sakit,saya mula menyesal.saya cuba untuk berbaik dengan awak,tapi awak bertambah dingin,saya tak tahu apa yang saya buat sehingga saya rasakan awak tidak mahu saya lagi.saya cuba Rae.saya putuskan hubungan saya dengan dia bila saya tahu awak sakit."
 
"hanya kerana saya sakit?awak memang tak relevan Hyukjae"
 
"hati saya sakit Rae bila awak sedikit pun tidak pernah memberitahu saya yang apa awak rasa.awak simpan semuanya sehinggakan saya rasa saya sebagai suami awak tidak penting dalam kehidupan awak.sampaikan saya sendiri tak tahu apakah saya masih ada didalam hati awak.tapi apa yang saya tahu,saya kena selamatkan awak.kerana saya tidak biasa hidup tanpa Lee Eun Rae.kerana apa pun yang saya buat,keutamaan saya adalah Lee Eun Rae.walaupun saya pernah menduakan dia.walaupun dia tidak mahu saya lagi,keutamaan saya tetap buat Lee Eun Rae.Lee Eun Rae..Lee Eun Rae..Lee Eun Rae..nama itu seperti mentera dalam kehidupan saya sehingga sekarang.saya tidak boleh berpisah dengan awak atau dengan nama itu.Lee Eun Rae hilang begitu sahaja di malam saya dan dia bergaduh besar hanya kerana benda yang tidak pernah wujud lagi.kerana terlalu marah saya keluarkan percakapan yang bukan bukan.ketika itu saya tahu Lee Eun Rae masih menyayangi saya.masih mencintai saya."dia menyapu airmatanya sebelum dia menyambung kata katanya lagi.
 
"8 tahun Rae...saya,Lee Hyuk Jae cuba menjejaki awak.bila saya bangun pagi,setiap hari sebelum saya membuka mata,saya harap awak ada disebelah saya.tapi semua itu hanya angan angan saya.saya hanya mengharapkan Lee Eun Rae muncul bila saya sudah berputus asa untuk mencarinya.dengan berat hati saya mengatakan yang Lee Eun Rae bukan untuk saya lagi.saya cuba melupakan awak,tapi keutamaan saya hanya pada awak.setelah sekian lama saya berputus asa,akhirnya saya berjumpa dengan awak disini.bila saya terpandangkan awak mula mula tadi,saya tidak mempercayai mata saya,.saya rasa mungkin itu khayalan saya kerana saya terlalu merindukan awak.dan suara awak mempastikan segala galanya.benar ini awak.isteri saya yang menghilangkan diri setelah sekian lama."
 
"awak dah habis bercakap Hyukjae?"aku bertanya dingin.dia mendiamkan diri.posisi kami masih sama.aku masih berada di dalam dakapannya.
 
"kalau dah,sila lepaskan saya.saya datang sini untuk berkerja,bukan untuk mendengar cerita rekaan awak semata mata.tolong Hyukjae.jangan sampai sabar saya hilang"tapi aku tahu dia.bila dia tidak bergerak,aku cuba melepaskan diri darinya tapi pelukannya terlalu ketat.
 
"Hyukjae---"
 
"Rae,jangan pisahkan saya dari awak lagi."
 
"Hyukjae,awak dengar sini.sejak saya pergi dari awak,saya sudah berpesan pada diri saya supaya saya tidak akan jatuh dalam perangkap awak lagi.supaya saya tidak menderita dengan perangai awak lagi.cukuplah Hyukjae.saya bukan permainan awak lagi.saya ada perasaan dan tolong jangan pernah muncul depan saya lagi kerana saya benar benar telah membenci awak.awak tiada dalam fikiran saya atau hati saya.tolong,lepaskan saya"kataku melepaskan diri.dia memegang bahuku,menuturkan kata,
 
"pandang mata saya dan katakan awak benar benar membenci saya."aku memandang matanya sebelum aku meluahkan ayat itu dengan keterpaksaan,
 
"deh..saya benar benar membenci awak.selagi saya ada hayat"kataku sebelum berlari untuk pulang ke hotel tempat penginapan ku.dan dari ekor mataku,aku melihat dia melutut,menangis...
 
 
Beberapa bulan kemudian..
 
Hyukjae berada di depan pintu rumah insan kesayangannya.dia teragak agak untuk menekan loceng rumah itu bila dia ditegur dari belakang.
 
"can i help you?"tanya gadis itu.
 
"neh..i'm looking for this address"katanya memberitahu.gadis itu melihat.
 
"is here.why?"tanya gadis itu lagi.rasanya dia seperti pernah melihat wajah lelaki itu.
 
"and i looking for someone.is she here?"tanya Hyukjae lagi.
 
"who?maybe i know her"
 
"this person"Hyukjae menunjukkan gambar itu.
 
"Rae.."bisik gadis itu.
 
"you know her?"
 
"ya..she my best buddy.but why are you looking for she?"
 
"i miss her.she my wife"
 
"you H..H..hyukjae?Lee Eun Rae husband?"Hyukjae mengangguk.
 
"mian..she's not here anymore.but wait,she left something for you"kata Nyra berlalu masuk ke rumahnya.
 
"here..and i'm sorry"Nyra menyerahkan sepucuk surat dan sebuah kotak
 
"for what?"
 
"for not telling you the truth.i can't.i promise her"kata Nyra.
 
"it's okay.but where is she?"
 
"she left all of us..i take you to her."kata Nyra lagi.
 
"where?"
 
"just follow me."kata Nyra.dia memandu keretanya kearah yang ingin dituju.Hyukjae yang melihat hanya mengerutkan kening.kenapa ke sini?
 
"i think we are going to see Eun Rae,but why we here?cementry?"tanya Hyukjae.
 
"ya..she's here"kata Nyra lagi.Hyukjae hanya memandang batu marmar yang tersergam indah di hadapannaya
 
R.I.P.LEE EUN RAE IN MEMORIES.
DOB :1986 JUNE 26
DOD :2012 JUNE 29
 
"is really her?"Nyra hanya mengangguk.
 
"mian...i can't stay long here coz i got something to do.i'll go first ya?"Hyukjae hanya mengangguk.
 
"thanxs a lot"
 
"welcome.just remember one thing,she always love you"kata Nyra sebelum berlalu pergi.
 
Hyukjae hanya melutut melihatkan wajah yang tertera di depan kubur itu.Lee Eun Rae.dia mengusap wajah itu seperti wanita itu hidup.
 
"Rae,,jagi...wae??!!apa salah saya Rae?kenapa awak pergi tak beritahu saya?kenapa awak tinggalkan saya sendiri.Rae,i need u so much Rae.Hyukjae sayang Rae.kenapa Rae?!!"jerit Hyukjae sambil memegang dadanya.melepaskan segala yang terpendam.
 
"awak terlalu membenci saya kan?kerana itu awak pergi tidak memberitahu saya apa apa.sampai awak mati pun,awak masih tidak menganggap saya sebagai suami awak Rae.apa,kedudukan saya tak penting dalam hidup awak?Rae,berkali kali saya menuturkan perkataan maaf,tapi awak seperti tidak mempedulikan saya.saya sakit Rae.saya perlukan awak.untuk apa saya hidup sendiri di sini jika tiada awak yang menemani?"kata Hyukjae menekup mukanya menahan tangis.Nyra yang melihat dari jauh hanya menangis.
 
"saya tak nak tinggalkan awak,tapi saya terpaksa pergi.dan nampaknya saya terpaksa menetap di sini kerana awak bersemadi di sini.saya tidak boleh berjauhan lagi dari awak.saya pergi dulu Rae,nanti saya datang lagi.ada perkara yang saya perlu selesaikan."katanya bangun dari kedudukannya.
 
Dia memasuki keretanya,menangis semahu mahunya bila dia teringat barang yang dikirim oleh teman Eun Rae tadi.dia mengambil surat itu,mengoyakkannya ,tidak sabar untuk mengetahui isi kandungannya.dengan tangan yang terketar ketar dia membaca tulisan yang amat di kenali itu,
 
'Lee Hyuk Jae @ Yeobo,
mungkin ketika awak membaca tulisan ini,saya sudah tiada bersama awak lagi.meninggalkan segala galanya yang saya sayang.tapi saya tak kisah,kerana ketika saya menulis surat saya bersendirian di dunia ini.tiada awak untuk menemani.tiada keluarga di samping.mungkin awak tak tahu,family saya terbabit dalam kemalangan kapal terbang sewaktu mereka ingin menemui saya di sini.sejak itu saya menyesal.saya salahkan diri saya atas segalanya.saya hanya pembawa malang pada orang yang saya sayang.
 
Yeobo,
apa khabar awak ketika ini?saya pasti awak sedang berbahagia.saya sentiasa doakan itu.saya harap awak tak akan menangisi kerpergian saya.saya juga tidak tahu apa yang mendorong saya untuk menulis warkah ini,tapi saya pasti awak akan mencari saya kembali.kerana saya amat mengenali awak.
 
Hyukjae....
saya tidak pernah membenci awak.awak segala segalanya dalam kehidupan saya.sejak saya mengenali awak,awak merubah seluruh kehidupan saya.awak mengajar saya erti cinta,rindu dan sayang.awak membuat malam saya tidak lena dan siang saya terlalu pendek bila saya bersama awak.awak memberi sesuatu yang amat berharga dalam kehidupan saya.saya bahagia sangat sayang.sangat sangat.sehingga sesuatu meragut kebahagiaan saya.bila saya disahkan sakit.kerana itu sentiasa pulang lambat.bukan kerana saya sibuk,tapi kerana saya membawa diri di tempat tempat kenangan kita.pada ketika itu fikiran saya hanya memikirkan awak.bagaimana awak nanti kalau saya dah tiada?kerana Lee Hyuk Jae terlalu bergantung pada saya,Lee Eun Rae.
 
Bila saya terdengar perbualan awak dengan dia,doktor yang merawat saya ketika saya terserempak dengan awak di klinik dia,hati saya benar benar hancur.tidak menyangka,orang kesayangan saya dan orang kepercayaan saya.terlalu luluh hati saya ketika itu.saya hanya ingat saya berlari keluar,selepas itu saya tidak tahu apa apa lagi.
 
Bila saya sedar saya berada di hospital.awak menangis teresak esak seperti saya sudah mati.ketika itu saya hanya berharapkan itu.kerana tiada kesakitan lain lagi selepas saya mati.awak marah saya.awak kata macam macam,tapi saya cuma tersenyum,dan bila awak kata saya harus buat pembedahan itu,senyuman saya terhapus.macam mana awak tahu?saya pasti mesti dia yang memberitahu kan?
 
Hyukjae,
Saya tak nak melakukan pembedahan itu.kerana ianya akan menyakitkan saya,tapi awak memujuk.saya takut Hyuk,saya takut sangat.kerana kalau saya melakukan pembedahan itu,saya tidak boleh memberikan awak zuriat.saya tahu,awak sangat sayangkan kanak kanak.mereka terpaksa membuangnya.saya tak beritahu awak sebab sebenar,cuma saya kata saya tak nak.tapi saya sesungguhnya saya kalah dengan Hyukjae bila dia berjaya lagi membuat saya mempercayai kata katanya.
 
Sebulan kemudian,awak mula berubah.awak mula jarang pulang kerumah.saya tidak mahu bertanyakan apa apa lagi.kerana saya tahu awak akan kembali kepada dia.saya mula berfikir,kenapa awak perlu selamatkan saya?tapi saya diamkan,bila mana saya terdengar awak berbual dengannya melalui telefon.mesra sangat.saya hilang sabar ketika itu.tapi saya diamkan juga.saya tak mahu awak kata saya mengongkong awak.awak mungkin perlukan seseorang yang memahami.
 
Saya cipta pertengkaran kita.saya perlu lepaskan awak.awak tak perlu bahagia dengan orang macam saya..tapi hati saya terlalu hancur bila awak mengeluarkan kata kata itu.awak meletakkan kesalahannya di bahu saya.ya,saya hancur sangat ketika itu.awak benar benar menghina saya.saya tak bisa menerima lagi.malam itu juga saya keluar dari rumah itu dengan harapan awak akan berbahagia dengan siapa pun pilihan awak.
 
Tapi,hati saya tidak pernah menipu saya.saya hanya menipu diri sendiri.sesaat pun saya tak pernah lupakan awak.saya keluar dari negara ini.dengan harapan yang sama,saya akan lupakan awak.saya ke Malaysia,kerana disini,ramai teman teman saya.mereka amat memahami saya.saya gembira di sini.saya lupakan semua masalah yang melanda,tapi saya tetap tak boleh lupakan awak.8 tahun Hyuk,8 tahun saya di sini,sekali pun awak tidak pernah datang mencari.awak terlalu bahagia tanpa saya.saya doakan kebahagiaan kekal milik awak selamanya.
 
Tapi pertemuan kita di Genting secara tidak sengaja,benar benar menguji saya.saya cuba berlagak selamba,tapi hati saya tetap tidak mahu.saya ingin memeluk awak.saya ingin mencium awak.tapi saya tahankan perasaan saya..bila mana awak yang datang ke arah saya dulu,saya gementar.saya mengaku,saat awak memeluk saya,saya hilang kawalan.saya cuba melepaskan diri dari awak.dan bibir awak bertemu saya.saya gagal mengawal perasaan,saya benar benar melt.lucky for me,that kiss only for a while.
 
Awak pasti ingat yang saya benar benar membenci awak,kan??tidak Hyuk,saya tidak pernah membenci awak,tapi saya terpaksa menuturkan perkataan 'benci' itu.masa saya tak lama,saya tidak boleh beritahu awak.penyakit saya datang kembali.saya tak nak awak sakit...biar awak sakit sekarang dari kemudian..saya cuba lari dari kenyataan Hyuk.kenyataan yang saya benar benar mencintai awak.
 
Hyukjae,
Jangan bersedih diatas kepergian saya..saya tunaikan janji saya.dalam kotak itu ada saya sediakan buku bank atas nama awak.saya bayar kembali kos perubatan yang pernah awak bayarkan untuk saya.saya tidak mahu berhutang.saya tidak mahu awak menganggap saya sebagai 'pencukur'
 
Akhir sekali sayang,
Jangan pernah mengingati saya.saya harap awak akan berbahagia hingga ke akhirnya.cuba lah untuk menjadi seseorang yang lebih bertanggungjawab.jangan permainkan perasaan wanita lain sesuka hati awak.akhir kata,awak sentiasa dalam hati saya walaupun saya tiada lagi di dunia ini.'I ALWAYS LOVE YOU'
 
Yang terlalu menyayangimu,
LEE EUN RAE <3
 
Hyukjae hanya mampu menangis.memeluk surat itu di dadanya.sesal menyelubungi diri.dia membuka kotak yang terukir indah namanya.terdapat dua buku dari dua bank yang berlainan.apa yang sama hanya namanya,LEE HYUK JAE.
 
"pabo Rae"kata Hyukjae sambil menangis semahunya.dia menyapu airmatanya sebelum dia memandu keretanya menuju ke hotel tempat penginapannya.memori dia bagaimana dia mengenali isterinya,berlegar legar di fikiranya.dia hanya mampu menangis.dia tidak mahu untuk berpisah lagi.Eun Rae adalah insan yang benar benar mengajarnya cinta.kerana baginya,Hyukjae tanpa Rae,bagaikan awan tanpa langit...
 
"Selamat tinggal sayang"suara itu berbisik...
 
~the end~
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
A_MooNStar
#1
Nice actually :)
Pernah hantar karya(ff) kepada Malay Epop?
^_^