6

Psycho

DooJoon meminta diri untuk balik ke chalet dan meminta DongWoon untuk menemaninya ke chalet. DooJoon membuka pintu dan mempersilakan DongWoon masuk. 

DooJoon menutup pintu lalu menguncinya. DongWoon memandang DooJoon dengan raut wajah yang pelik. Mata DooJoon hanya merenung lantai yang tidak bernyawa itu. 

"Hyung, kau kenapa? Kalau nak ambil barang, tak perlulah nak...". DongWoon tidak menyambung ayatnya. 

Kali ini dia memandang DooJoon dengan wajah ketakutan. Fikirnya, DooJoon adalah orang yang bunuh pelajar-pelajar 3-A. 

DooJoon berjalan pantas ke arah DongWoon lalu menarik kolar baju DongWoon. "Kau tak payah nak berlakon lagi. Aku tau semua benda ni angkara kau. Baik kau mengaku sebelum aku yang bagi tahu semua orang semua benda ni angkara kau" kata DooJoon dengan marah.

"Apa yang kau cakap ni? Aku tak buat apa-apa pun" kata DongWoon dengan takut.

"Pada malam EunKwang mati, kau tak ada dalam chalet. Lepas tu, sebelum jeritan YuKyung dan NamJoo kau tak ada dengan kami semua. Kau dekat mana masa kejadian?" Tanya DooJoon bagai seorang detektif dengan tegas.

"Malam EunKwang mati aku jumpa kembar aku. Sebelum jeritan YuKyung dan NamJoo, aku dalam chalet. Mungkin aku berseorangan tapi tak bermakna aku yang bunuh diorang semua" kata DongWoon.

DooJoon melepaskan kolar baju DongWoon. "Kau ingat ya.. sekali lagi berlaku satu lagi pembunuhan, dan kau tak ada dengan kitaorang, kau orang pertama yang akan aku tumbuk" kata DooJoon sambil menunding jarinya ke arah DongWoon.

DongWoon memandang DooJoon dengan marah.

----

DooJoon keluar dari chaletnya. Dia berjalan masuk ke dalam hutan. Dia mahu bersendirian buat sementara waktu. Fikirannya serabut. Risaunya telah sampai had. Dia tidak mampu lagi menanggungnya. Dia risau jika dia dibunuh, lagi teruk jika pembunuh itu membunuh BoMi.

"hei!" tegur salah seorang rakan kelasnya.

DooJoon memandang ke arah suara tersebut. Rakan kelasnya itu tersenyum. DooJoon membalas senyuman tersebut. 

"Kenapa ni?" tanya KiKwang. 

Di kelas 3-A, KiKwang memang dikenali dengan sikap prihatinnya. Jika dia terlihat seorang rakannya bersedih, pasti dia kan mendengar masalah mereka.

"Entah lah. Aku tak tau nak cakap macam mana. Semua benda ni buat aku stres dan sakit jiwa. Aku risau. Terlalu risau sehingga tak mampu nak cakap mana. Aku risau kalau aku dibunuh, dan paling aku risau  dia mungkin dah rancang sekarang nak bunuh adik aku" kata DooJoon lalu menekup mukanya. 

KiKwang memandang dengan penuh simpati. Dia menepuk lembut bahu DooJoon. "Jangan risau. Aku pasti, selagi adik kau tak berganjak dari kumpulan pelajar dia akan selamat. Okay?" kata KiKwang sambil menunjukkan ibu jari ke atas dan memberi 'eye-smile' kepada DooJoon.

DooJoon memandang KiKwang dan turut tersenyum melihat senyuman KiKwang yang sehingga membuatkan matanya hilang. 

"Jomlah. Aku pasti diorang mesti risau. Cepat bangun. Hiyahh! beratnya kau ni" kata KiKwang yang uba untuk mengangkat DooJoon.

"Nak buat macam mana, kau tu pendek daripada aku" kata DooJoon sambil tergelak kecil.

"Mulut cabai betul kau ni" kata KiKwang lalu menumbuk bahu DooJoon. DooJoon hanya mengaduh kesakitan.

-----

"DongWoon, YoSeob, awak dah siapkan makan malam ke?" tanya cikgu Jeong. DongWoon dengan YoSeob mengangguk.

"Bagus. Awak berdua boleh hidangkan sekarang" kata cikgu Jeong dan berlalu pergi.

"Alamak! YoSeob hyung. Awak boleh tak lapkan mangkuk tu semua? Sebenarnya mangkuk tu dah lama, jadi dia berhabuk sikit. Tolong ya?" tanya DongWoon kepada YoSeob. YoSeob hanya mengangguk.

-----

Mereka semua menikmati hidangan yang dimasak oleh DongWoon dan YoSeob.

Cikgu Jeong dan EunJi menjatuhkan sudu mereka. Semua memandang mereka berdua.

Dengan tiba-tiba, cikgu Jeong dan EunJi memuntahkan darah. Semua pelajar menjauhkan diri dari mereka berdua. Tapi, bukan mereka berdua sahaja. Cikgu Choi, MinHyuk dan ChoRong juga mengeluarkan muntah darah. 

Mereka semua terduduk. NaEun dan BoMi berpelukan sambil menangis. Yang lelaki hanya mampu memandang lantai. Masih lagi terkejut dengan apa yang baru terjadi.

Si 'Dia' pula, berasa bangga dengan apa yang dia lakukan. Dia hanya memerhatikan tubuh-tubuh yang kaku. Melihat mereka mati merupakan satu hiburan yang indah bagi dirinya. 

 

-----

Saya nak mintak maaf sesangat. Mungkin bahagian yang si 'dia' bunuh 5 orang sekali tu memeningkan sedikit.. kekeke.

Oh ya! Caffeine memang terbaiklah. YoSeob look so hot and handsome betul masa nyanyi live. Rasa macam tak percaya pulak, bias saya yang acting macam budak kecik tu dh dewasa. Apa-apa pun, YoSeob Oppa Hwaiting!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Army_Baby97
[PSYCHO] Sorry, satu lagi note. Saya tak buat double check jadi, kalau salah tolong infrom ye? terima kasih ^_^

Comments

You must be logged in to comment
annoyinggurl #1
Sebenarnya aku orang Malay tapi letak Korea kat location. :P
queens12
#2
Chapter 1: i like it..hahah what yoseob is he killer...anii..haha
thunderNadia #3
Chapter 11: cerita yang terbaik , gikwang aku xmati and dia jadi hero dalam cita ney . HAHA
-endorphins
#4
Chapter 11: FInally, Yoseob ditangkap... :'(
Haish! Sad ending la citer ni! x'(
-endorphins
#5
Chapter 10: Junhyung! Tolong hidup! JUNHYUNG, PLEASE!!!!!
Srikandi
#6
Chapter 10: Arghh!!! Jangan bunuh Junhyung!!! Kikwang mati boleh kot... Pleaseeeeeeeeeeeeeee~!!!!! Naik gila kita baca cerita ni!! HAHA!! Update cepatt!! Memandangkan dah nak habis, baik habiskan cepatt!! :D
YoMahomies
#7
Chapter 10: Who picked number 4? lol
And may I know what's your PMR result? I'm a form 3 student too :)
MsCreepyPhoenix12
#8
okay...new reader here..keke..hwaiting..