End of Prologue : YOU & I

One Wish Dimension

Aku melihat orang yang mempunyai wajah macam aku ni. Wajahnya agak muda dengan sedikit lebam biru dipipi. Dia agak rendah dari aku...mungkin kurang 15cm dari aku??

 

"umur kau?," aku mula bertanya.

 

"umm...16 tahun," jawabnya. Dia hanya menunduk kepalanya sambil melihat kaki kirinya yang sibuk menggosok lantai putih bersih ini macam ada habuk ditapak kakinya. 

 

Aku terdiam. Dia mati agak muda. Mata aku merenung seluruh tangan dan wajah budak dihadapannya, terdapat lebam dan sedikit luka kecil di kaki dan lengannya. 

 


Buli. 

 


Budak ni kena buli. Hah. Tidak sangka melihat dirinya di dimensi lain kena buli sampai mati. Mengingat aku mase berumur 16 tahun dekat dimensi dunia aku, aku sendiri yang buli orang....tapi buli orang jahat lah. Orang kata dekat aku ni Budak Puaka. 

 

Rasanya Hwiyoung kecil ni perasan aku perhatikan dia dalam diam. Aku pun Hwiyoung, so baik aku panggil dia Hwiyoung kecil sebab yelah aku ni lebih tua sikit dari dia. Dia terus cepat-cepat menggeleng kepala sambil melambai tangannya dengan panik, sambil dia berkata "b-bukan mati sebab kena pukul tapi...err...tu pun salah satu sebabnya....," dia terdiam seketika. Mukanya sayu sambil tangan kanannya mencengkam erat di dadanya. "sebab sakit. Saya mati disebabkan penyakit," matanya perlahan-lahan bertentang mata dengan mata aku. 


Aku melihatnya tanpa berkata apa-apa. 


Ohh macam itu rupanya. 

 

Hwiyoung kecil ni betul-betul mengingatkan pasal diri aku yang dulu. Walaupun mana-mana Hwiyoung berada dimensi lain atau apa-apa situasi pun, dia tetap macam aku. Kau dan aku tetap serupa. 

 

Suasana suram ini buatkan lagi keadaan kite berdua dekat sini lebih kekok. "well...aku pun mati jugak tapi tak lah semuda kau. Hmm..rasanye 23 tahun tapi tak sempat sambut lagi...," 

 

"muda jugak tu, " jawabnya. 

 

"kan?"  jawab ku semula. 


"......," 


"......," 

 


Hwiyoung kecil memandangku lalu menghembus nafas tidak puas hati. "macam gini lah...saya susah nak terangkan tapi tengok apa yang saye nak tunjuk...," dia terus berjalan ke arah aku kemudian dia terus meletakkan tapak tangannya di mata aku.

 

Segala memori terpampang di dalam minda aku. Semuanya.

.
.
.
.
.
.
.

"mama, tengok adik dapat score 91 markah!!"

 

"hmp. Tetap sikit. Tengok abang kamu, Chani dengan Taeyang. Mereka boleh dapat 100 markah," 

.
.
.
"DIAM. Jangan kacau abang kamu sibuk berlatih! pergi masuk bilik kamu! SEKARANG," 
.
.
.
.
"dekat dunia ni kamu lah yang lebih baik mati je, sebab ape tau? Kamu tak ade nilai langsung,"




"Cikgu, ada orang curi buku teks saya," 

 

"kamu kan anak orang kaya, pergi lah beli buku baru. Disebabkan kamu tidak ada buku teks, hukuman tetap hukuman. Pergi berdiri depan pintu kelas," 




"tak pe ke kite buli dia?,"

 

"alah, family dia mane kisah pasal dia. Kalau pukul mata dia sampai lebam pun, family dia buat tak tahu je. Mase pertemuan ibubapa dekat kelas tahun lepas, ibubapa dia mane ade datang,"

 

"HAHA BELASAH JE BUDAK TU. BERANI MENGAKU TAK ADE DUIT. KAU KAN ANAK ORANG KAYA!," 



.
"kamu tak nak bagi tahu parent kamu ke?" 

 

"tak pe doktor Lee...saya ok je...,"

 

"haaa. Selemau-lemau kamu ni, tetap keras kepala. Saya memang tak dapat nak bantu apa-apa. Kalau ade rasa sakit mane-mane, jumpa saye."

 

"ok doktor..."







Hwiyoung kecil melepaskan tangannya dari dahi aku. Segala memori dari sejak dia kecil lalu 'tradegi malam' itu sehingga dia menghembus nafas terakhir, keseorangan dibiliknya...tiada siapa disisinya. Masa nyawa aku hampir tiada, aku tetap ada ibu dan ayah aku sentiasa disisi aku. Tapi dia...

 

Keseorangan. Tiada sesiapa yang menangis untuk dia. Tiada siapa sedih tentang kematian dia. 

 

Mataku mula berair, kedua-dua tanganku segera memeluk Hwiyoung kecil dengan erat. 

 

"kau orang yang tabah," aku masih memeluknya sambil mengusap kepalanya. "aku tahu apa yang kau rasa. Kau tak perlu nak jadi kuat dekat sini. Disini...luahkan lah semuanya. Aku ada disini."

 

Hwiyoung kecil menatap wajah aku. Dahinya berkerut. Matanya pula mula berair. Dia terus memeluk aku dan mukanya rapat didada aku sambil membasahi baju yang dipakai aku. 

 

"urk...uhh...uwuahh...uaahhhh...ahhhhh..uaahhhhhhhhh!," Hwiyoung kecil terus menangis sekuat-kuat didalam pelukan aku. Aku pula mengusap kepalanya perlahan-lahan tanpa henti. 


'Tragedi malam itu', semuanya berlaku disebabkan lelaki tak guna itu. Aku nampak dalam memori dari Hwiyoung kecil. Lelaki itulah berpunca kemusnahan keluarga Kim. Walaupun memori yang aku lihat tadi tu dalam keadaan kabur sebab Hwiyoung kecil masih lagi budak kecil, aku tahu dia. Dia merupakan orang yang juga hampir musnahkan kehidupan aku dekat dunia aku yang dulu. Orang yang sama memusnahkan hidup aku dan juga Hwiyoung kecil. Haha ironiknya antagonis tetap sama walau di mana-mana dunia dimensi sekalipun. Famiglia tidak guna itu masih lagi musuh di dunia Hwiyoung kecil. 

 

Aku berjanji untuk memusnahkan kumpulan famiglia itu kerana mereka telah pun musnahkan hidup budak ini. Aku tidak akan maafkan mereka. 

 

Hwiyoung kecil mula bercakap semula dengan matanya yang masir merah. Comel. "err...boleh saye panggil hyung..kalau tak nak...saye....err tak pe."

 

Aku tersenyum. "boleh je." jawabku. 





"Tapi Hwi, kenapa kau nak hyung ganti tempat kau didunia kau sendiri? Hyung pun dah mati juga, so tidak masuk akal bagi hyung untuk ganti tempat kau," 

 

"hyung memang kena ganti tempat saya...antaranya ialah roh yang paling kuat diantara dimensi ialah hyung sendiri. Dimensi lain, semua hwiyoung dah mati. Hanya dimensi hyung sahaja dapat bertahan hingga akhir dan juga salah satunya berjaya menghapus kumpulan famiglia itu." Hwiyoung kecil tersenyum sambil berkata lagi. "saya setiap hari berdoa dan berhajat untuk jadi kuat, sangat kuat agar dapat hancurkan famiglia itu...," 

 

Aku tidak dapat terima!

 

"kalau hyung ganti tempat kamu..., apa yang jadi pada kamu?!" 

 

Hwiyoung kecil hanya tersenyum nipis. "saya kan dah mati...,"

 

"tapi hyung pun dah mati jugak?! Kenapa hyung boleh ganti dan hidup sebagai kamu??" 

 

Hwiyoung kecil segera memotong percakapan aku. "bukan ke...hyung ada hajat...,"

 

"apa maksud kamu?" 

 

"hajat hyung untuk diberi peluang kedua untuk selamat semua orang?" 

 

"m-macam mane...kamu tahu?" 

 

"masa saya letak tangan saya dekat dahi hyung tadi dan tunjukkan semua memori saya pada hyung, saya pun juga nampak memori hyung semuanya. Lelaki yang kite berdua benci ialah orang yang sama dari famiglia sama kan?" Hwiyoung kecil pun berkata lagi tanpa beri aku peluang untuk bercakap langsung. "timeline di dimensi saya dengan hyung hampir sama. Cuma sedikit perubahan pada setiap personaliti seorang yang hyung kenal je disini. Setiap tradegi atau sesuatu yang berlaku di dimensi saya...ia akan berlaku sama seperti dimensi hyung yang lama. Kiranya hyung tahu masa hadapan sehingga 23 tahun di dimensi saya since hyung mati pada waktu itu," terang Hwiyoung kecil." so hyung tahu untuk cara balas dendam kan?," Hwiyoung kecil tersenyum nakal dihadapan aku. 

 

Hoh...budak ini boleh tahan pendendam dia. 

 

"lagipun hyung, bila hyung ambil alih badan saya, segala memori dan juga kemahiran genius saya masih lagi ada. So hyung tak perlu risau nak buat alasan 'saya lupa ingatan disebabkan bla bla bla' dekat orang yang saya rapat ataupun kenal. Saya tahu hyung boleh handle semuanya tanpa saya risau,"

 

Tiba-tiba badan aku mula berasap putih. 

 

"oh nampaknya masa dah tiba," kata Hwiyoung kecil sambil melambai tangannya pada aku. "so hyung, please....jaga ibu ayah dan terutama sekali abang kembar saya tu, diorang masih baru belajar dunia underworld, apa-apa masalah mereka buat...hehe tolong selamatkan mereka, ok hyung? Dan please, jangan benci mak ayah saya...sebab mereka pun mak ayah hyung jugak mulai sekarang. Kalau ada masa sampaikan sayang saya pada mereka. Bye hyung..., "

 

Aku hanya mengangguk kepala. Badan aku semakin lama hilang diruangan putih yang kosong itu. 









Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata aku. 

 

Berada di dalam sebuah bilik yang gelap, bersepah sana dan sini, segala barang seperti buku diari, anak patung arnab dan juga beberapa bantal sekeliling aku. Semuanya barang bermakna bagi Hwiyoung kecil, semuanya memori terindahnya sebelum mati keseorang didalam bilik yang sunyi sepi ini. 

 

Yup. Aku tidak sangka. 

 

Kali ini ku betul-betul hidup semula.....mengganti tempat Hwiyoung kecil. Demi dendam, sudah tiba masanya, aku akan buat dunia Underworld lintang-pukang macam aku buat dekat dunia lama aku.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
WhiteRunes
Cliffhanger

Comments

You must be logged in to comment
minsikyeoja
#1
Chapter 1: so, mereka bertukar tempat la ke demensi lain hahaa menarik~~