New life

One Wish Dimension

Author POV


Hwiyoung meregang badannya sebelum duduk di atas katilnya yang ditimbunin barang yang kini menjadi miliknya. Rasa ngantuk mula menguasai fikirannya namun dia tahu, dia tidak boleh bersenang-lenang dekat dunia ini. Seperti dijanjikan, dia ada benda untuk dibuat. 


Otaknya segera proses. Hari ini hari rabu, yup, sekolah.


Bangun dari katil, Hwiyoung menuju ke cermin panjang bersebelahan meja komputer. Hanya memakai seluar boxer sahaja, dia dapat lihat kesan parut dan juga lebam biru atau pun lebam lama yang tidak dirawat lagi memenuhi badannya. Kurusnya dia boleh menampakkan tulang rangkanya. Hwiyoung kecil ni memang hidup tiada gaya sihat langsung!!! Tengok dipenjuru biliknya, dia boleh nampak beberapa mangkuk ramyeon yang belum terbuka lagi masih tersusun disebelah almarinya. Dengan keadaan badan macam ini, memang susah dia nak melawan pihak musuh buat masa kini. Dia kena pastikan makan makanan yang sihat dan menambahkan pelbagai nutrisi dalam badannya.


So, nampaknya dia buat jadual. Seperti dia ingat, selain sekolah, Hwiyoung kecil mempunyai kerja part time di sebuah cafe. Memandangkan Hwiyoung kecil ni tidak menyertai mana-mana kelab sekolah, dia terus pergi kerja sebagai part time selepas waktu sekolah tamat.


Tanpa membuang waktu, Hwiyoung pun mengambil tuala dan segera pergi ke bilik mandi. Hari yang sibuk telah mula sekarang. 






Sekarang waktu 7:10 minit pagi. Kelas start pukul 8 pagi. Kerja part time start pukul 5 petang sampai pukul 9 malam, sepatutnya 10 malam tapi manager Lee tahu dia seorang pelajar dan limitkan waktu kerja dan hari dia bekerja dari hari isnin ke hari jumaat. Sabtu dan ahad ialah waktu off daynya. 


Selepas siap memakai uniformnya, Hwiyoung memandang komputernya. Dia tahu Hwiyoung kecil ini mempunyai identiti sebagai hacker di Underworld, dengan tubuh dan juga segala ingatan yang ada, dia juga tahu nak hack seseorang. Tapi buat masa ini, dia cuba menyesuaikan dirinya hidup sebagai Hwiyoung kecil di dunia ini. 


Dia keluar dari biliknya dan mula mengambil langkah menuju ke dapur. Rumah mereka ada 2 tingkat. Bilik ibu ayahnya dan abangnya di atas, manakala Hwiyoung duduk di tingkat bawah dan bilik pembantu rumahnya juga agak jauh, selang 2 bilik kosong tapi bersebelahan dengan dapur. 


Dia melihat 2 orang pembantu rumah sudah siap memasak makanan untuk abangnya. Seingat dia, tiada sesiapa memasak untuk Hwiyoung kecil sebab itu banyak bekas ramyeon di biliknya. Melihat badannya yang kurus dan tidak ada nutrisi, apa masalahnya kalau dia masak sendiri. Lagipun, tiada siapa larang dia untuk masak sendiri dalam rumahnya cuma arahan ibunya sendiri tidak membenarkan pembantu rumahnya memasak untuk Hwiyoung kecil. 


Dia pun mula melipat kedua-dua lengan baju uniformnya. Pembantu rumahnya tidak menghiraukan kehadiran dirinya. Mereka seperti biasa menyambung kerja tanpa peduli Hwiyoung. Di rumah ini, ada 2 orang pembantu seorang lelaki dan seorang perempuan iaitu Pembantu Soo dan Pembantu Lee. Yang tahu memasak hanya Pembantu Lee manakala Pembantu Soo hanya tahu membantu mengemas rumah dan mengemas laman rumah.


Mungkin mereka anggap Hwiyoung nak air panas untuk buat ramyeon seperti setiap pagi. Kali ini tidak. Dia pastikan, dia makan makanan yang baik dan yang pasti mesti sedap. Dia akan jaga dirinya kali ini. Kehidupan di dimensi lamanya, dia pernah hidup seorang buat sementara waktu, so memasak memang benda biasa dia buat. 


Tanpa membuang waktu, tangannya segera capai kuali non stick dan 2 biji telur. Scramble egg dengan telur, sedikit sos cili dan 2 keping roti. Tidak perlulah dia makan makanan instant mulai hari ini. 


Reaksi pembantu rumahnya agak terkejut melihat kemahiran Hwiyoung yang tetiba boleh masak benda lain selain instant ramyeon. Namun, mereka ada benda lain nak buat daripada tengok Hwiyoung masak telur 2 biji. Mereka pun mula menghantar sarapan kepada abangnya, Taeyang and Chani yang sudah duduk di meja makan. Taeyang dan Chani merupakan kembar tidak seiras, wajah yang lain dan sikap berlainan. Namun mereka dapat mengimbangi dengan baik sebagai kembar. 

Selepas Hwiyoung siap memasak sarapannya, dia pun ke meja makan dimana abangnya sedang makan. 


Sesampai meja makan, Chani tidak memandanya langsung hanya tumpu makan sarapannya manakala mata Taeyang merenung kejap pada Hwiyoung dan terus sedikit terkejut melihat makanan yang dipegang Hwiyoung, dia tahu setiap pagi Hwiyoung selalu makan ramyeonnya tapi hari ni sarapan lain daripada yang lain.


Hwiyoung pun letak pinggan makan di atas meja sebelum duduk di atas kerusi. 


"pagi hyung," kata Hwiyoung dengan ceria. Senyuman terpampang diwajahnya. 


Taeyang dan Chani mendiamkan diri mereka sahaja sambil menyuap sesudu nasi kedalam mulut. 


Tidak apa. Hwiyoung berusaha untuk membaiki hubungan dengan abangnya. Biar pun ambil masa tapi jika hubungan ini boleh dibaiki, dia rela berusaha selama-lamanya.


Siap sahaja makan sarapan yang simple ini, dia terus bawa pinggan ke dapur dan cuci. Sebelum pergi ke sekolah, dia menyapa riang pada abangnya. 


"hyung, Hwiyoung pergi sekolah dulu," kata Hwiyoung sambil melambai tangannya sebelum keluar dari pagar rumah. 


Taeyang dan Chani hanya pandang sesama mereka. Sejak bila adik mereka ini banyak mulut sangat pagi-pagi macam ni? 


"sejak bila adik kite banyak cakap?" soal Taeyang sambil membuka mangga basikalnya. Sudah berapa lama dia tidak melihat adiknya tersenyum begitu. 


Chani memandang Taeyang dengan muka masamnya. "entah...," jawabnya. 


Chani memang tidak kisah pasal Hwiyoung. Dulu, adiknya selalu sangat sibuk berkepit dengan dia. Apa yang dia buat, Hwiyoung cuba tiru dia dan apa yang paling tidak malu, Hwiyoung cuba mengambil hati ibunya dengan tiru apa yang dia dan Taeyang buat. Chani tidak suka perangai adiknya itu. Ingat adiknya lebih baik dari dia? Hah! Sebab itu selama ini dia berusaha segala-segalanya dari akademik sampai olahraga dia cuba buat terbaik, manakala adiknya pula makin lama makin tenggelam, akademiknya makin teruk, tidak menyertai kelab disekolah kemudian balik lewat malam. Makin lama, dia makin tidak heran dengan adiknya dan sekarang dia kena buat terbaik kerana ibu dan ayahnya akan menurunkan tanggungjawab mereka pada dia dan Taeyang. Dia tiada masa nak fikir pasal adiknya Hwiyoung. Bila dia dan Taeyang dengar tentang Underworld beberapa tahun lepas, ia bukan sekadar dunia lain tapi penuh dengan jenayah dan pelbagai benda gelap yang orang awam tidak sepatutnya tahu. Patutlah ayahnya menyuruh dia dan Taeyang menyertai pelbagai kelas pertahanan diri sejak kecil dan juga mengambil kelas penggunaan senjata secara rahsia. 


Selepas membuka mangga basikal, adik-beradik kembar ini pun terus pergi ke sekolah. Walaupun mereka kaya, ibu dan ayah mereka ingin mereka berbasikal ke sekolah agar dapat menambah kekuatan fizikal mereka. Seperti biasa mereka cuba buat terbaik demi ibu dan ayah mereka. 




Ding! Dong! Ding! 


Jarum pendek berada tepat di nombor 8. Kelas telah pun bermula, Hwiyoung pula tepat sampai ke kelasnya. Macam biasa, tiada siapa menyapanya dan ada yang tidak ingin memandangnya. Yelah, dia ni mangsa dibuli, sesiapa yang sapa dia mesti kena ikut buli sekali. Jadi tiada siapa yang ingin jadi kawannya. Disebabkan tiada sesiapa dalam kelas ni pandang dia, ada juga orang memandangnya...yup...pembuli memandangnya dengan senyuman jahat. Ada lah benda-benda jahat mereka nak buat dekat dia hari ini. 


Nampaknya hari ini hari paling buruk baginya. Dengan tubuh badan macam ini, mana mampu dia melawan semula. Tapi apa yang bagus kena buli ini, dia dapat meningkat rasa tahan sakitnya. Kalau nanti dia mula menjejak kaki secara rasmi di Underworld, iaitu sebuah dunia jenayah gelap, rasa sakit dari segi mental dan fizikal memang perkara biasa dalam dunia itu. So dia tidak kisah dibuli. 

 

Semasa dia berjalan menuju ke mejanya di belakang, tiba-tiba salah seorang pembuli menyelit kakinya di depan betis Hwiyoung menyebabkan dia terjatuh seperti katak diatas lantai.

 

"HAHAHAHAHAHA DIA TERJATUH," salah seorang pembuli tertawa terbahak-bahak melihat Hwiyoung yang terjatuh.

 

Hwiyoung pun mula bangkit perlahan-lahan. Rasa sakitnya terserlah di mukanya. Nampaknya dia ada kesan lebam baru di kakinya.

 

Guru kelas pun masuk, maka kumpulan pembuli tadi senyap semula manakala Hwiyoung sambung berjalan semula ke mejanya. Dengan menghembus nafas lega, dia merenung keluar jendela disebelah mejanya. 

 

Bila waktu rehat mula, kumpulan buli tadi tiba-tiba menyuruh Hwiyoung beli makanan untuk mereka. Dalam ingatan Hwiyoung, mereka jarang menyuruh Hwiyoung kecil beli makanan sebab mereka ada mangsa buli yang lain boleh belikan makanan untuk mereka. Mungkin mangsa buli tu tidak hadir ke sekolah hari ini. Setahu dia, setiap waktu rehat Hwiyoung kecil dibelasah di tandas lama lelaki dibangunan lama sekolah. 


Tanpa banyak merungut, dia pun bangun dari kerusi lalu segera membelikan makanan untuk kumpulan pembulinya. 




Kelas diteruskan selepas rehat, hari ini dia tidak dibelasah teruk, hanya 1 atau 2 kali tendang diperutnya. 


Hwiyoung terus termenung semula sepanjang hari sambil memikirkan pelan untuk hancurkan kumpulan famiglia kejam. Dia tidak perasan waktu sekolah sudah habis manakala waktu kelab akan bermula beberapa minit lagi. Dia terus mengambil beg sekolahnya dan terus meninggalkan sekolah secepat mungkin sebelum pembuli jumpa dia. Nampaknya masa untuk pergi ke tempat kerjanya. 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
WhiteRunes
Cliffhanger

Comments

You must be logged in to comment
minsikyeoja
#1
Chapter 1: so, mereka bertukar tempat la ke demensi lain hahaa menarik~~