Start now!

One Wish Dimension

Cling!

 

Bunyi loceng bergetar dibalik pintu kedai. Akhirnya dia sampai juga di tempat kerjanya, Sharry Cherr. Sebuah cafe yang jual kopi yang berkualiti. Cafe ini sering dilawat oleh penggemar kopi. Bukan itu sahaja, is juga dilawati kaum wanita. Well, pemilik kedai ini, Jaeyoon...merupakan seorang lelaki yang tampan dan 'sweet' bila layan customer terutama sekali wanita.

 

 

"Hwi!," panggil Jaeyoon saat melihat Hwiyoung baru melangkah masuk ke kedainya.

 

 

Hwiyoung terus melambai kecil sebagai 'ya saya' pada Jaeyoon sebagai balas. Semua orang yang kenal Hwiyoung disini tahu Hwiyoung sebagai seorang yang kurang bercakap. 

 

 

"lambat 5 minit! Pergi tukar baju kat sane, " Jaeyoon menepuk belakang bahu dengan kata yang semangat pada Hwiyoung sebelum menyuruhnya ke bilik persalinan di sebelah dapur masak.

 

 

Selepas menyalin uniform kerjanya dan juga mask hitam disebabkan covid yang masih lagi merabak dikawasan bandar ini.

 

.

.

.

.

.

 

 

Tepat waktu 9 malam, Hwiyoung pun menanggalkan apronnya selepas habis mengemas dapur. Terus dilipat dan sangkut di tepi kerusi. 

 

 

Hwiyoung mengeluh penat ketika sedang berjalan menuju ke bilik persalinan untuk siap sedia pulang ke rumah.

 

 

Krik...

 

 

Hwiyoung membuka pintu perlahan sebelum masuk namun mendapati manager dia berdiri menunggu kehadirannya lalu duduk di bangku sebelahnya selepas melihat kehadiran Hwiyoung. 

 

 

"Hwiyoung sini jap," Manager Jae menyuruh dia duduk di bangku sebelahnya. 

 

 

Hwiyoung masih mendiamkan diri tapi tetap mendengar apa yang managernya kata. 

 

 

"Buka baju," kata Manager Jae, matanya tajam melihat Hwiyoung. 

 

 

"eehh?!," terkejut Hwiyoung. "M-Manager Jae ok ke? Apa manager nak buat dengan saya?" 

 

 

"jangan nak cakap ok, dan satu lagi, panggil Hyung Jae jer sebab dah habis waktu kerja." kata Manager Jae. 

 

 

Hwiyoung masih mendiamkan dirinya. Manager Jae tidak lagi bersikap mengalah lagi dalam perbualan kali ini. 

 

 

"kamu ingat saya tidak nampak kamu mengeluh sakit masa kerja tadi? Dari tadi kamu pegang perut kamu dan jalan perlahan-lahan sambil hantar pesanan customer. Tsk!! Mereka hari ini buli kamu teruk sangat ke? Meh kite jumpa doktor...,"

 

 

Bertubi-tubi soalan menuju ke Hwiyoung. Dia hanya terkedu di situ sambil melihat reaksi Manager Jae dari tadi. Dalam banyak-banyak orang yang Hwiyoung jumpa hanya Manager Jae dan Doktor Lee sahaja yang ambil peduli tentang kehidupannya.

 

 

Hwiyoung tersenyum sambil berkata “Saya ok je, cuma lebam sikit dekat perut," sambil mengambil ubat minyak panas dari Manager Jae. 

 

 

"hyung risau pasal kamu, Hwi. Kamu anak orang kaya tapi kena kerja dan dibuli. Keluarga kamu langsung tidak beri kamu duit sekolah mahupun keperluan perkakas sekolah kamh....," kata Manager Jae sambil melihat reaksi Hwiyoung sebelum menyambung semula katanya, "Hwi...kamu faham kan maksud hyung? Mereka tidak kisah pasal kamu, so...lebih baik kamu tinggalkan mereka,"

 

 

Hwiyoung tidak sangka pula Manager Jae beri cadangan seperti ini. Namun Hwiyoung tidak dapat buat apa-apa kerana dia telah berjanji dengan Hwiyoung Kecil untuk memulihkan hubungan keluarganya yang telah lama rosak. 

 

 

"Hyung...terima kasih sebab ambil peduli pasal saya dan saya rasa syukur juga sebab hyung juga bagi kerja pada saya disini sebab dekat negara ini tidak membenarkan budak sekolah bekerja," kata Hwiyoung lalu dia menyambung semula percakapannya, "tapi hyung, mereka keluarga saya. Rasa sayang saya pada mereka masih kuat. Bila perasaan ini kuat, saya tidak dapat nak buat apa-apa. Saya lemah, saya tidak pandai, saya diremehkan oleh semua orang, tiada orang inginkan saya ini. Sebab itu hyung, mulai hari ini saya akan berubah. Berubah menjadi lebih baik kerana saya ingin menguatkan dan mempertahankan rasa sayang saya pada keluarga saya dan juga orang sekitar saya. Saya rasa saya mampu jadi kuat dan tunjukkan pada dunia yang saya ini mampu jatuhkan segala-galanya," Hwiyoung mula tersenyum kecil namun katanya kuat dan didengari dengan lebih jelas dan terang. 

 

 

Manager Jae tercengang melihat kata-kata semangat dari Hwiyoung sendiri. Selama setahun dia melihat dan ambil tahu sikit tentang Hwiyoung, dia tidak pernah langsung melihat semangat api yang membara dimata Hwiyoung sekarang ini. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang besar akan berlaku pada waktu terdekat namun dia tidak tahu apa yang Hwiyoung rancangkan. 

 

 

"haihh....buat lah apa yang kamu rasa patut. Hyung dah penat beri nasihat pada kamu," kata Manager Jae sambil menggoyang kepalanya kiri-kanan. 

 

 

Hwiyoung hanya tersenyum kecil sahaja sebagai tanda balasnya pada Manager Jae. Lalu selepas kemas sedikit di lockernya, dia terus balik ke rumahnya selepas mengatakan bye pada Manager Jae dan juga rakan sekerjanya yang lain.

 

 

Sepanjang perjalanan balik ke rumah, di deretan kedai yang panjang, Hwiyoung ternampak sebuah kedai makan bernama Chess Cruise. Nampak macam biasa tapi ia dipenuhi macam-macam rahsia dari Underworld. 

 

 

Boleh dikatakan Chess cruise itu hanya nama kedai tapi nama sebenarnya lebih diketahui sebagai Organisasi CHESS merupakan organisasi yang 'neutral'. Mereka bagaikan polis Underworld yang bertindak mana-mana kumpulan atau nama yang lebih baik, 'Famiglia' yang melakukan aktiviti yang salah dari sisi undang-undang Underworld. Kesalahan seperti menjual atau menghidupkan sistem hamba, jual duit tipu, membuat pasukan rahsia untuk jatuhkan negara, mengancam ketenteraman kehidupan orang awam dan sebagainya.

 

 

Organisasi CHESS ini memastikan keseimbangan dunia Underworld dan memastikan Underworld tidak mempengaruhi dunia orang awam, kalau tidak, zaman gelap akan berulang lagi seperti 30 tahun yang lepas. Hampir sahaja dunia orang awam jatuh ke dalam tangan sebuah famiglia yang kejam dan gunakan kuasa diktaktor untuk kuasai segalanya. 

 

 

Buat masa ini, Hwiyoung tidak akan buat apa-apa perancangan untuk melibatkan dirinya dengan CHESS. Fizikalnya masih lagi lemah, dia kena bina badan untuk mampu berlawan. Melibatkan diri dengan Underworld seumpama membawa badan tanpa apa-apa persediaan untuk mati dalam 10 saat. Masuk sahaja dunia itu, benda yang dia perlu pertaruhkan ialah nyawanya sendiri. Sebab itu, sepanjang 3 bulan kehadapan, dia akan pastikan untuk menguatkan fizikal badannya semaksimum mungkin dan gunakan skill haker yang dia dapat dari Hwiyoung kecil untuk mengumpul apa-apa data yang bernilai sebelum masuk ke Underworld secara 'rasmi'. Semua orang tahu Leo iaitu hacker terkenal di Underworld, terkenal dengan sikap 'baik' kerana membantu Chess menangkap penjenayah yang melanggar undang-undang Underworld, namun dia masih tidak memasuki mana-mana famiglia. Sebab itu Leo merupakan orang tidak rasmi Underworld. 

 

 

Leo aka Hwiyoung kecil. 

 

 

Yup, skill hacker ini...Hwiyoung rasa seronok kerana dengan skill ini dia dapat tunggang-langgang hidup 'orang itu' dalam tahun ini. Bertambah pula idea untuk scam orang-orang Underworld telah pun membuak-buak keluar dari kepalanya. Bersedialah Underworld, ribut petir yang dipenuhi pasir akan melanda pada orang yang telah menghancurkan kehidupan Hwiyoung kecil tidak lama lagi.

 

 

Keesokan harinya, ada seorang lelaki datang ke kediaman keluarga Kim dipagi hari.

 

 

Taeyang dan Chani duduk bersebelahan  di sofa yang sama manakala tetamu yang tidak dikenali duduk bertentangan dengan mereka.

 

 

"Saya Zuho, tutor kamu." katanya. 

 

 

"eh?" serentak Taeyang dan Chani terkata. Reaksi badan mereka terus menjadi kaku seperti tidak percaya. 

 

 

Zuho memicit batang hidungnya sambil mengeluh. Kenapalah dia kena jadi tutor pada budak-budak hingusan ini. Pening. Pening sangat.

 

 

"saya ni dibayar oleh ayah kamu, Kim Jungsoo. Menjadi tutor kamu tentang Underworld. Kamu berdua memang kuat dan pandai menggunakan apa-apa senjata yang kamu pernah belajar dari ayah kamu, namun kamu tidak ada pengalaman tentang Underworld," jelasnya panjang. 

 

 

"heh...pengalaman apa lagi? Underworld tu penuh dengan orang gangster. End of story," Chani bersahaja cakap terus terang pada Zuho. 

 

 

"CHANI!," Taeyang 

 

 

"tak salah kan?," jawabnya. 

 

 

 

Mata Zuho merenung tajam pada Chani. Apa yang dia baca dalam fail yang diberikan oleh Jungsoo amat berlainan. Dia ingat Chani ni jenis yang dengar cakap orang..? Hah! Sikap dia memang sebijik macam ayahnya masa muda. Terlalu confiden pada mulut tapi bukan pada skill. Tch! Disebabkan pengaruh ayahnya di Underworld, dia terpaksa jadi tutor anaknya. 

 

 

Zuho mengeluarkan pistol dari poket seluarnya yang dia sering bawa selalu. Lalu menghalakan tepat pada Chani. Walaupun mereka duduk bertentangan dan jarak antara dua sofa dan meja, Chani merasakan pistol itu berada dekat didahinya. Meremang satu badan Chani. Dia berasa nyawanya terancam. Walaupun pistol dipegang oleh Zuho menghala pada Chani, Taeyang berasa dia pun berasa takut tidak mengatakan apa-apa. Melihat Zuho yang sangat serius apa yang dia kata tadi menyebabkan Taeyang dan Chani menggeletar ketakutan. Mereka berasa nyawa mereka terancam sekarang ini. Ini lah contoh pertama mereka dapat rasa tentang Underworld. 

 

"jangan ambil hal remeh tentang Underworld, dunia tu kejam," kata Zuho. Kemudian dia sambung berkata lagi, "saya tak kisah lah kamu nak dengar atau tidak, sekali lagi kamu melawan dan tidak dengar penjelasan saya, saya tidak kisah tembak mana-mana anggota badan kamu asalkan kamu tidak mati macam katak je," kata Zuho dengan senyuman lebar. Tangannya masih memegang pistol kemudian diletakkan di atas pehanya agar adik-beradik kembar ini nampak pistol ni wujud sepanjang dia beri penjelasan. "faham tak?" 

 

 

"YES, SIR!!!," teriak Chani dan Taeyang serentak. Mereka terus duduk menegak dan kaki mereka mula rapat seperti duduk diatas pelamin. 

 

 

Zuho lagi sekali lagi menjelaskan lagi pada adik-beradik kembar tak seiras ini. "So, saya ni guide kamu berdua agar tidak memalukan keluarga Kim di Underworld. Melibatkan diri dengan Underworld bagaikan bagi nyawa kamu pada orang yang kamu sendiri tidak kenal, So saya juga pastikan kamu tidak mati memalukan. Nak mati, buatlah cara kamu. Nak hidup, dengar apa yang saya cakap sepanjang belajar di dunia Underworld," katanya tanpa peduli reaksi dari Taeyang dan Chani. 

 

 

"faham tak?" 

 

 

"FAHAM!!!" 

 

 

---------~--------

 

 

Hwiyoung mengosok matanya yang masih lagi ngantuk. Bangun dari katilnya sambil buat regangan ototnya masih belum lagi membina. Dia bangun lewat hari ini kerana buat senaman malam semalam bersungguh-sungguh. Nasib baik lah hari ini sabtu, tiada sekolah. Dia nak tidur tapi apa yang membangunkan dia dari tidurnya ialah bunyi teriakan tiada henti dari ruang tamu. Dari tadi dengar teriakan 'FAHAM!!' sahaja.

 

 

'apa yang berlaku dekat ruang tamu tu,' kata hati Hwiyoung sendiri. Lagi pun dia berasa haus, jadi dia ambil keputusan untuk pergi ke dapur untuk mendapatkan segelas air sambil melihat apa yang berlaku di ruang tamu. 

 

 

Hwiyoung mendapati tiada siapa di dapur. Apa yang dia tahu kalau tiada pembantu rumah di dapur mahupun disekitar rumah ini, maksudnya ada tetamu khas datang ke rumah. Pembantu rumah tidak boleh duduk disekitar mahupun mendengar tetamu khas berkata. Salah satu peraturan pelik bila berkaitan dengan dunia Underworld. 

 

 

Zuho melihat seorang budak lelaki memakai pijamas memegang segelas air keluar dari dapur ke ruang tamu. Dia tidak menerima apa-apa file ataupun informasi tentang budak lelaki ini. 

 

 

"siapa ni?" kata Zuho yang merenung tajam pada adik-beradik kembar tak seiras dihadapannya. Pistol yang ada dipehanya segera disembunyikan perlahan-lahan. 

 

 

Sebelum Chani nak cakap, Taeyang terus menghalangnya. Dia tidak mahu menambahkan keadaan mereka ada sekarang ni bertambah buruk. "err...dia Hwiyoung adik kandung kami," lalu dia cuba mendekati sikit pada Zuho kerana tidak mahu Hwiyoung dengar apa yang dia kata pada Zuho. "dia tidak tahu apa-apa pasal Underworld...," bisik Taeyang lagi pada Zuho kemudian duduk menegak semula di sofanya bersebelahan Chani. Chani merungut geram kerana Taeyang menghalang dia bercakap. 

 

 

"apa?," Zuho terkejut. Apa Kim Jungsoo buat ni? Dia tidak cakap pula dia ada 3 orang anak?! Anak kandung pula tu! Apa yang dia dan semua orang dengar dekat Underworld tahu yang dia ada anak angkat yang dipungut sebab atas rasa kesian tapi anak itu duduk ditempat lain. Tidak tahu pula budak pijamas dihadapannya ini anak kandung malah duduk bersama abang kembarnya. Matanya merenung semula pada budak yang bermuka bengap ditepi ruang tamu. 

 

 

Hwiyoung memegang erat gelas dipegangnya. Dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi selain mencuba menyerlahkan reaksi wajah bengapnya. Walaupun dia sekarang ini di dimensi lain, melihat tutornya Zuho dihadapannya...nostalgia. Kalau boleh dia nak peluk dan menangis namun dia tahu, Zuho di dimensi ini mana tahu pasal dia. Dia tidak tahu Zuho dimensi lain sepatutnya tutor Hwiyoung dan Hwiyoung tiada abang kembar tidak seiras. Apa yang boleh dia buat sekarang ini, biarkan sahaja. Di dimensi ini, Zuho dihadapannya ialah tutor pada abang kembarnya, Taeyang dan Chani...bukannya dia. 

 

 

"hi?," kata Hwiyoung yang cuba memulakan perbualan dengan Zuho dihadapannya. 

 

 

"nama?," 

 

 

"huh?," 

 

 

"saya tanya nama kamu siapa?" 

 

 

"err...Kim Hwiyoung," 

 

 

"umur?" 

 

 

"16 tahun," 

 

 

"apa yang kamu pandai?," 

 

 

"entahlah...encik pula siapa?,"

 

 

"tutor abang kamu, Zuho...," 

 

 

"ho...macam tu. Encik tutor ni pula pandai apa?" senyuman kecil mula muncul diwajah Hwiyoung. Dia cabar Zuho. 

 

 

'budak ni kan...,' kata hati Zuho. Pandai pula budak ni bermain kata dengannya. 

 

 

"semua mata pelajaran. Ada apa-apa lagi nak tanya??," kata Zuho dengan lembut tapi nada akhirnya terasa keras. Ayatnya menunjukkan 'challenge' pada Hwiyoung yang tidak takut padanya. 

 

Hwiyoung tahu apa yamg dimaksudkan oleh Zuho, tapi untuk hari ini...lebih baik mengundur. Dia tidak boleh membiarkan imej bengap dan dungu Hwiyoung terbongkar. Maka dia terus berlakon mengeletar ketakutan.  "oh...Tak! Tak! Itu je saya nak tanya. Err....m-maaf menganggu. Bye...," dengan itu Hwiyoung segera meninggalkan ruang tamu menuju ke arah biliknya. 

 

 

Zuho merenung Hwiyoung lagi sehingga dia menghilang dari penglihatannya. Dia ada belajar ilmu tentang penipuan sepanjang dia hidup di Underworld. Budak Hwiyoung ini, dia ni berpura-pura nampak takut dan bengap namun setiap percakapannya penuh keyakinan. Tiada rasa takut mahupun mengeletar seperti abang kembarnya tadi bila Zuho merenung tajam pada Hwiyoung. Dia rasa dia pula yang diuji oleh Hwiyoung dalam perbualan tadi. Dia berasa terdedah dan sepertinya Hwiyoung sendiri dapat membaca tentang dirinya tetapi dia tidak mampu. 

 

 

'aku kena siasat budak bernama Kim Hwiyoung ni,' kata hati Zuho. 

 

 

 

---------~---------

A/N : I'm back with new character introduction!! Saya tidak update sebelum ni sebab saya struggle membuat cerita latar belakang sistem Underworld supaya reader senang nak faham. Ia agak mencabar tapi akhirnya saya dapat melengkapkannya. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
WhiteRunes
Cliffhanger

Comments

You must be logged in to comment
minsikyeoja
#1
Chapter 1: so, mereka bertukar tempat la ke demensi lain hahaa menarik~~