PROLOGUE - BUCKET LIST

One Wish Dimension

"Hwi...anakku sayang," air mata Soo young mengalir dipipinya. Dia mengusap rambut Hwiyoung dengan penuh kasih sayang. Kepala ibunya masih lagi dibalut dengan pembalut gauze. 

 

"mama...," tangan kanan Hwiyoung segera mengenggam tangan ibunya walaupun tidak berapa kuat. Tangan kirinya pula mempunyai iv drip yang masih tidak berhenti menitis air kedalam badannya. Matanya muka kabur melihat cahaya matahari, dia rasa tidak mampu mengekalkan kesedarannya. Rasa ngantuk mula menjemput mindanya yang mula berasa tenang. Selama ini dia tidak pernah rasa untuk tidur secukupnya kerana sibuk menyelamatkan apa yang penting untuk semua orang, sehingga mengabaikan waktu tidurnya dan keadaan kesihatannya sendiri. 

 

Ibu dan ayahnya masih duduk disisi Hwiyoung di atas bangku yang luas sambil menghadap matahari terbenam bersama-sama. Mereka tahu...mereka tahu anak mereka akan pergi selama-lamanya meninggalkan mereka disini. Melihat anak sendiri yang pergi dulu daripada ibubapa mereka sendiri adalah satu perkara perit bagi ibubapa yang menyaksikan dengan mata mereka sendiri. 

 

"Terima...kasih....tunaikan hajat Hwi," Hwiyoung melihat cahaya matahari yang kian lama kian hilang dari penglihatannya. Menghayati cahaya matahari bersama orang yang amat bermakna baginya ialah satu hajat yang akhirnya tercapai dalam salah satu bucket listnya untuk tahun ni. 

 

Kim Jong Soo, dapat rasakan kulit anaknya mula terasa sejuk. Dia menggengam erat tangan kiri anaknya yang masih ade iv drip. Air matanya mula menitik-nitik sambil melihat matanya anaknya yang tertutup rapat sambil tersenyum nipis. Anaknya dah tiada. Tiada dalam hidupnya. Anak yang selalu dia cuba lindung dari dunia kejam ini sudah tiada disebabkan dirinya sendiri. DISEBABKAN AYAHNYA SENDIRI. Dia menangis tiada henti bersama isterinya yang memeluk anaknya Hwiyoung, yang tidak lagi dapat memberi senyuman ceria kepada mereka selama-lamanya. 

 

 

---------™---------

 


~Hwiyoung POV~

 


Hrm......

 

Hrmm.......

 

Hrmmmm.........






Hrm??? 


Nanti kejap. Macam ade sesuatu tak kena sekarang ini. 

 

Aku merasa tengah berbaring disuatu tempat yang rata dan sejuk. Mata yang masih lagi tertutup mula membuka perlahan-lahan.

 

Aku mencelik. Mencelik lagi. Melihat ke kiri dan kanan. Atas dan bawah. Sekeliling. 

 


Ehh??

 


Aku berada diruangan putih. Segala-galanya putih. Tiada penghujung, tiada pintu keluar mahupun sesiapa disini.

 

Aku dah mati. Sepatutnya bukan ke aku dekat neraka? Yelah, aku ni pernah bunuh orang. Tidak ade api pun kat sini.

 

Aku pun terus bangun dari tempat baring aku tadi. Aku pun menjerit "OIIIII TAK ADA ORANG KE KAT SINI?"

 

Tiada yang menyahut panggilan aku. Entah berapa lama aku disini meninjau tempat ini tanpa tentu arah.

 

Satu tangan mula memegang kuat dari bahu aku. Terperanjat aku terus menepis dan menghadap orang dibelakangnya tadi.

 

"Kau....," aku melihat orang dihadapanku yang memiliki wajah serupa dengan aku. Aku tidak dapat nak mengatakan kata yang aku cuba katakan pada dia. Sibuk untuk membina ayat yang masuk akal sikit.

Orang dihadapan aku terus memotong fikiran aku. "Saya pun Hwiyoung, dari dimensi lain. Dan saya pun dah mati macam kamu," jawabnya.

 

"EHHHHH?!" aku teriak terkejut. 

 

"Tapi mati atas sebab lain lah. Haha...,"jawabnya lagi sambil tertawa kekok. 

 

"Kamu ade disini ada sebab," jawab orang asing yang mempunyai wajah aku mula berkata. 

 

Aku cuba bertenang. Hati terasa serabut. Aku ni dah mati ke belum ni? Mimpi ke? 

 

"Kejap. Kejap. Aku tak faham sekarang ni. Apa pulak sebab aku dekat sini?" 

 

Orang yang mempunyai wajah aku ini tersenyum sinis. Bila dia mula berkata...aku dapat rasakan sesuatu yang tidak sepatutnya aku dengar. 

 

"dimensi ini...kamu akan ganti tempat saya." katanya padaku. 


Aku tercengang melihatnya.

 

EHHHHHH?! 

 

 

---------~---------

 

A/N : So here, first chapter! Enjoyy! 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
WhiteRunes
Cliffhanger

Comments

You must be logged in to comment
minsikyeoja
#1
Chapter 1: so, mereka bertukar tempat la ke demensi lain hahaa menarik~~