Bab 6

Annoying couple
Please Subscribe to read the full chapter

Yujin terus meletakkan dulang air di atas meja dan dia terus ke dapur tanpa melihat Jimin.

Dia berasa malu dan bersalah. 

Jimin memandang Yujin sepintas lalu. Hatinya masih sebal dengan kejadian tadi.

Yujin terus berlalu ke dapur untuk menyediakan makan malam.

 

Sungwoon menepuk peha Jimin.

"Woi, kau berangan apa hah?!" Jimin tersentak.

"Sakit gila kau tepuk! Tak ada apa lah. Korang dah berapa kali pusingan?" ujar Jimin untuk menukar topik.

"Kitaorang dah pusingan ke 8 dah. Kau lah lambat sangat. Banyak roadblock ke apa?" Kai sengaja menyindir Jimin.

"Aha ada roadblock," ujar Jimin selamba sambil mengambil tempat di sebelah Sungwoon. Kai menjeling.

"Kau orang nih tak sah tak bertekak kalau berjumpa," Taemin menggeleng kepala. Jimin dah tersengih.

 

"Wei Min kenapa dagu kau ni dari tadi aku tengok merah semacam je?" soal Taemin sambil meraba-raba dagu Jimin. Jimin menepis.

"Kau kalau nak tanya tangan tuh jangan merayap-rayap macam tuh boleh?" Taemin tersengih.

"Adik kau lah ni Woon. Kelam kabut sangat sampai dagu aku dia langgar," terang Jimin. Sungwoon terus menoleh.

"Adik aku? adik aku buat apa dekat kau sampai dagu kau jadi macam tuh?" soal Sungwoon.

"Tadi mommy aku ajak adik kau makan sekali. Dia duduk sebelah aku then sudu dia jatuh dia tunduk ah nak ambil sudu tuh. Lepas tuh lama gila dia menunduk , mommy aku suruh tengok lah kenapa. Aku pun tengok lah tiba-tiba dia terus dongak kepala dia berlaga dengan dagu aku. Nih yang merah semacam dagu aku," terang Jimin lagi.

"Kuat jugak kepala adik kau tuh Woon. Habis hilang dah handsome Jimin," usik Kai. Taemin dah tergelak.

"Eleh kena sikit je tuh. Aku ni dah lali dengan kepala adik aku tuh. Memang keras kepala dia. Adik aku tuh tali pinggang hitam kot. Nasib kau lah Jimin kena dengan adik aku. Hahahahahaha," Sungwoon dah tergelak besar.

"Ni kira dah dua kali aku kena dengan adik kau. Dulu dia langgar aku dekat padang sekolah. Habis benjol kepala aku," rungut Jimin.

"Orang kata kalau asyik berlanggar tuh lah jodoh dia. Betul tak Woon?" celah Kai yang sedang khusyuk bermain.

"Tak hingin aku!" dengus Jimin.

"Kalau kau tersuka adik aku siap kau!" Sungwoon memberi amaran. Jimin tak mengendahkan. 

"Hm aku nak pergi dapur lah kejap," ujar Taemin sebelum berlalu ke dapur.

 

 

Laju sahaja tangan Yujin memotong bahan-bahan untuk memasak. Yujin tak kekok untuk berada didapur kerana dia sering menolong neneknya untuk masak. 

Sambil-sambil Yujin memotong sayur, matanya tertumpu pada skrin telefonnya. Rupa-rupanya dia sedang membuat panggilan video dengan Puan Ha.

"Bertuah abang kamu tuh eh suruh kamu masak untuk kawan-kawan dia." ujar Puan Ha yang menggeleng kepala bila Yujin mengadu kena buli dengan abangnya.

"Omma bila nak balik Korea? Kalau tak Yujin asyik kena buli je dengan oppa," Yujin sudah memuncungkan mulutnya.

"Hahahahaa aigoo kesian dia. Nantilah omma tanya appa bila nak balik sana ye," pujuk Puan Ha. Yujin tersenyum.

"Mana Sujin omma? Dah lama tak berbual dengan dia. Rindu pulak," Yujin memasukkan sayur-sayuran yang telah dia potong kedalam periuk.

"Sujin tak ada. Dia pergi rumah kawan baik dia. Tuh lah kamu kalau berjumpa asyik nak bergaduh je ni tak jumpa dah memasing rindu pulak dah. Tak faham betul omma," Yujin sudah tergelak. 

"Ha dah dah siapkan cepat makan malam tuh kang bising pulak abang kamu tuh. Omma ada kerja nak buat nih nanti omma call kamu lagi. Bye sayang." Yujin mengangguk.

Talian telefon terputus.

Yujin menyambung aktiviti memasaknya. Dalam dia leka memotong daun bawang tiba-tiba ada seseorang menegurnya dari belakang.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet