Annoying couple

Please Subscribe to read further chapters

Description

Ha Yujin, seorang gadis yang berbadan besar dan berperwatakan ceria. Dia baru sahaja menamatkan zaman persekolahannya. Sementara menunggu keputusan kemasukan ke universiti, dia menjadi guru home tutor untuk mengisi masa lapangnya. Yujin mempunyai seorang abang yang bernama Ha Sungwoon. Ibubapa Yujin menetap di London bersama adiknya yang paling bongsu Sujin sementara Yujin dan abangnya tinggal di Seoul bersama datuk dan neneknya.

Park Jimin, rakan baik kepada Ha Sungwoon. Seorang yang ego dan bencikan perempuan yang berbadan besar. Jimin mempunyai adik lelaki yang baru berusia 12 tahun. Keluarga Jimin mempunyai perniagaan pusat beli-belah dan Jimin berkerja sebagai staf biasa di syarikat ayahnya. 

Sejak zaman persekolahan lagi, Yujin sudah lama menyukai Jimin namun Yujin tidak berani untuk meluahkan perasaanya dek kerana dia sedar dirinya tidak secantik rakan-rakan sebayanya. Sehinggalah suatu hari Yujin mengajar adik Jimin dan Yujin telah meluahkan perasaannya. Namun adakah Jimin dapat menerima perasaan Yujin? Adakah Yujin dapat menerima Jimin selepas ditolak?

 

'Yah Yujin-ah, kau ni asyik makan je mana badan tuh tak naik? cuba bersenam sikit.' bebel Sungwoon kepada Yujin

'Alah oppa nih. mana ada Yujin makan banyak. Yujin dah start diet lah,' ujar Yujin sambil memuncungkan mulutnya.

'Diet apa kalau dah makan dekat tiga pinggan,' ujar Sungwoon tergelak. 

'Nenekkk......' jerit Yujin

 

'Jimin oppa....' ujar Yujin kepada Jimin.

'Sorry aku sibuk. kalau kau nak bercakap hal adik aku nanti je,' jawab Jimin acuh tak acuh.

'dan lagi satu jangan panggil aku kalau tak ada hal mustahak," keras sahaja bunyinya. Jimin berlalu pergi.

 

Foreword

Park Jimin

Seorang yang ego tinggi dan memandang rendah terhadap

perempuan yang bertubuh besar. Berkawan baik dengan Sungwoon, Taemin dan Kai.

Dikenali sebagai F4 masa zaman sekolah menengah. Dikenali sebagai member paling sengal.

 

Ha Yujin, adik kepada Ha Sungwoon. Perwatakan ceria dan gila-gila serta pelajar terbaik di sekolah. 

suka bergaduh dengan Sungwoon.

Hanya mempunyai seorang rakan baik, Kim Jennie disekolah.

Cuba menurunkan berat badan untuk menawan hati Jimin.

 

Kim Jongin (Kai)

Seorang yang peramah dan ceria. Pemain bola keranjang popular di sekolah 

menengah dulu. Kerap bertikam lidah dengan Jimin

 

Ha Sungwoon

Abang kepada Yujin. Seorang yang kuat menyakat adiknya tetapi dia amat sayangkan

satu-satunya adik dia. Berkawan baik dengan Kai, Jimin dan Taemin.

 

Lee Taemin

Seorang yang suka berahsia tetapi suka menolong rakan-rakannya bila dalam kesusahan.

Suka berkawan dengan Yujin. 

 

 

ALL PICTURE CREDIT TO GOOGLE 

and 

BEAUTIFUL POSTER FROM (just click the banner) :

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet