Bab 1

Annoying couple
Please Subscribe to read the full chapter

Yujin sedang menikmati sarapan pagi bersama dengan nenek dan datuknya. Kebiasaanya, Yujin akan menolong neneknya menyediakan sarapan pagi bersama-sama dengan pembantu rumah. Walaupun datuknya selalu memarahi neneknya untuk membiarkan pembantu rumah menyediakan makanan, namun neneknya lebih selesa menyediakannya sendiri. 

"Hermmm... sedapnya! Masakan nenek memang terbaik! nikmatnya kalau makan macam nih hari-hari," ujar Yujin memuji masakan neneknya.

"Baru tahu ke nenek kamu memang pandai masak? Sebab itu lah atuk sayang sangat dengan nenek kamu. Betul tak chagi?" puji Encik Dongseok kepada isterinya.

"Ish awak nih. Dah tua-tua tak payah lah nak berchagi sangat. Malu depan cucu Encik Han oi.. Hahh Yujin, kalau sedap tambahlah lagi nanti kamu kelaparan pulak nak mengajar anak orang," ujar Puan Miryeon.

"Arasseoyoo nenek. Yujin makan dulu yaa," Yujin meminta izin untuk menambah makanannya.

"Eh kejap mana abang kamu ni tak turun-turun? Tahulah hari ini cuti tapi jangan lah dah tengah hari baru nak bangun. Itulah malam keluar lepas tuh balik lewat. Nanti pagi dah bangun lewat. Macam mana lah kalau dah kahwin nanti, aigoo-yahhh," bebel Puan Miryeon kepada cucunya itu.

"Ala biasalah oppa, nenek. Bukan tak tahu dia tuh. Sejak balik dari London memang asyik keluar malam je. Bukan nenek tak tahu dia memang suka melepak dengan group F4 dia tuhhhhh," ujar Yujin sambil letak tangan dibahu mata juling ke atas.

"Group F4 dia tuh pun ada yang kamu minat kan, hah siapa tuh Jimin kan? Dulu balik sekolah asyik cerita pasal dia je kan. Sekarang nih dah tak minat lagi ke?" ujar Puan Miryeon.

"Dah tak minat!" pendek sahaja jawapan Yujin.  

Yujin sengaja berkata sebegitu padahal dalam hatinya sudah berbunga-bunga mendengar nama Jimin. Mana boleh dia melupakan cinta pertamanya sejak zaman persekolahan dahulu. 

Tetapi Yujin hanya mampu menyimpan perasaannya itu kerana dia tahu Jimin seseorang yang tidak ambil kisah dengan perempuan yang berbadan besar sepertinya. Lama Yujin mengelamun.

Tanpa sedar, Sungwoon sedang berjalan berjingkit-jingkit dibelakang Yujin.

 

'Eleh berangan-berangan pun dekat 3 mangkuk nasi jugak dia bedal. Macam mana lah nak kurus kalau sekali makan macam tak ada hari esok, ish ish adik siapa lah tu,' bisik hati Sungwoon.

"1,2,3.... HAH! BERANGAN BERANGAN!" sergah Sungwoon.

"Oh mak kau terpelanting jauh masuk hati Jiiii...." tiba-tiba Yujin melatah dek sergahan Sungwoon it

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet