Bab 5

Annoying couple
Please Subscribe to read the full chapter

 "So Jihun, ada apa yang awak tak faham sepanjang dua hari ini?" soal Yujin kepada Jihun.

"Faham tapi kan... " belum sempat Jihun menghabiskan ayatnya Yujin terus menyampuk.

"Tapi apa?" Jihun tersengih.

"Tapi noona ajar laju sangat. Hehehe. Lepas nih noona ajar perlahan sikit eh," terang Jihun.

"Noona ajar laju sangat eh? Oopss sorry. Noona excited sangat tuh yang laju je. Okay lepas nih noona ajar slow-slow eh?" ujar Yujin sambil mengemaskan buku-bukunya.

Jihun mengangkat jarinya tanda 'ok'

 

Tiba-tiba Jimin mengetuk pintu dan terus membuka pintu. Yujin sudah tidak keruan melihat Jimin yang tiba-tiba masuk.

"Jihun, mommy ajak turun makan," ujar Jimin dan terus keluar.

Jihun terus mempelawa Yujin. Yujin hanya menghantar Jimin keluar dengan pandangan mata yang sepi.

"Noona, jom makan sekali. Hari ini mommy yang masak. Rugi kalau noona tak makan sebab mommy masak sedap," melambung-lambung pujian Jihun kepada Puan Park.

Yujin terus mengangguk.

"Jom noona," Jihun terus menarik tangan Yujin.

 

Di meja makan, kelihatan Puan Park menghidangkan makanan bersama-sama dengan pembantu rumah. Encik Park dan Jimin sudah duduk ditempat masing-masing.

Jihun dan Yujin berjalan ke arah meja makan.

"Yujin, mari sini makan dulu. Kesian kamu dari pagi tak makan-makan lagi," pelawa Encik Park. Yujin menunduk malu.

"Hah Yujin mari sini. Jangan malu-malu sayang," Puan Park pula mempelawa Yujin.

Jihun terus menarik tangan Yujin. Jihun mengambil tempat bersebelah Puan Park. Dan hanya tinggal kerusi disebelah Jimin sahaja yang kosong.

'Alamak! Aku kena duduk sebelah Jimin ke? Aduhai, malu lah aku nak makan macam ni,' detik hati Yujin.

Yujin terus mengambil tempatnya disebelah Jimin. Ketika itu, jantungnya sudah berdengup kencang. Mau tak berdengup kencang kalau dah duduk semeja dengan crush dan yang paling bahagia duduk bersebelahan lagi.

 

"Hah tambah lagi Yujin. Banyak lagi nasi kamu tuh. Tak luak pun," tegur Puan Park.

Yujin tersenyum dan mengangguk.

Kelihatan Jimin begitu fokus dengan makanannya. Yujin berasa janggal. 

"Hah Jimin, diam je kamu dari tadi? selalu kamu yang bising dengan Jihun ni hah," tegur Puan Park. Jihun sudah tersengih.

"Mana ada mommy. Mommy masak sedap tuh yang Jimin menikmati makanan ini," jawap Jimin sambil mengunyah makanannya.

Tiba-tiba chopstick Yujin terjatuh ke bawah. Yujin yang kelam kabut terus menunduk ingin mengambil chopsticknya.

'Haishh! macam mana lah boleh jatuh? buat malu je,' getus hati Yujin sambil mengetuk kepalanya.

"Yujin, kamu tak apa-apa ke? Jimin tengok Yujin tuh kenapa?" Jimin ingin menurunkan kepalanya.

 

Yujin terus cepat-cepat menaikkan kepalanya tanpa sedar kepalanya berlanggar dengan dagu Jimin.   

"Ouchhh" Jimin mengaduh kesakitan. Tanpa sedar, terus terselak dahi Yujin yang berplaster. Jimin perasan dahi Yujin. Yujin terus memegang dagu Jimin.

"Sorry.. Sorry saya tak perasan awak," Jimin terus menepis tangan Yujin. 

"Kau ni memang kelam kabut lah!" Jimin terus bangun dari tempatnya. 

Puan Park terkejut melihat kelakuan anaknya itu.

"Jimin, kenapa kamu buat macam tuh. Kan Yujin dah minta maaf tuh. Hormat sikit tetamu," tegur Puan Park.

Jimin tak mengendahkan Puan Park.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet