Bab 2

Annoying couple
Please Subscribe to read the full chapter

Yujin melangkah masuk ke dalam banglo dua tiga tingkat itu. Apabila Yujin memasuki ruang dalaman banglo itu, dirinya disambut oleh dua pembantu rumah itu.

"Annyeonghaseyo" Yujin menunduk hormat pada kedua-dua pembantu rumah itu.

"Jangan tunduk hormat macam itu cik, hanya perlu ucap selamat je" ujar kedua-dua pembantu dengan senyuman manis. Yujin hanya tersenyum.

"Kenapa kamu tak suruh tetamu duduk?" ujar Puan Park yang baru sahaja menuruni anak tangga rumahnya menuju ke arah Yujin.

"Annyeonghaseyo.. Puan Park," Yujin menunduk hormat kepada Puan Park.

"Eh apa pula nih Yujin berpuan-puan nih. panggil Aunty je. Mari duduk dulu kita berbual-bual ya," ujar Puan Park sambil menarik lengan Yujin ke arah sofa. Yujin hanya mengikut sahaja.

"Hah sebelum tuh kamu berdua siapkan bilik belajar Jihun dan sediakan minuman untuk Cik Yujin ye," pesan Puan Park kepada pembantu-pembantunya.

 

"Hah Yujin, dah besar dah kamu. dulu kecil je masa aunty melawat awak dekat London dulu. Sekarang comel dah anak dara nih," puji Puan Park .

Pipi Yujin sudah merona merah. Malu bila dipuji seperti itu.

"Tak ada lah aunty. Yujin biasa-biasa je. Yujin tak secantik anak dara yang lain," Yujin cuba merendah diri.

"Ish mana ada. bagi aunty kamu comel dan lawa. Dulu-dulu aunty pun macam kamu juga tapi lepas kahwin baru aunty kuruskan badan. Hehehe nak pikat pakcik kamu tuh." Yujin sudah tersenyum melihat Puan Park. 

"Hah omma kamu ada balik sini? aunty dah lama tak contact dia. Last aunty jumpa pun masa musim sejuk dulu. Itupun sebab ada company trip ke London kalau tidak memang sampai sekarang lah aunty tak jumpa omma kamu." 

"Omma dah lama tak balik sini aunty sebab Appa tengah habiskan PHD. Mungkin winter ini mereka balik sini. Tak selalu saya dapat skype dengan omma sebab beliau pun busy dengan research terbarunya." Puan Park mengangguk tanda faham.

Dari tangga kelihatan kelibat Jihun sedang menuruni anak tangga. Puan Park memanggil Jihun.

"Hah Jihun, mari sini. Ni lah guru tuisyen kamu. sapa lah dia" Jihun menunduk hormat kepada Yujin. Dan Yujin juga membalas tunduk hormat.

"Hi, saya Ha Yujin. Just call me Yujin noona," Yujin menghulurkan tangannya. 

"Jihun. Park Jihun," jawab Jihun acuh tak acuh.

'Oh kau tak suka aku eh? siap kau nanti aku dera mental kau cukup-cukup,' desis hati Yujin dengan gelakan jahat.

"Okaylah Yujin. Aunty dah lewat nih. So kalau ada apa-apa just call me je ya. oh wait Jimin ada dekat rumah harini so kalau kamu nak apa-apa kamu panggil je dia ya."

"Oh Jimin?" ujar Yujin dengan muka blur.

<
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet