COzIMDA’BRIDE

PINOCCHIO'S BRIDE
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Hana..,”

“Hmm,”

“Betul ni?”

Angguk.

“Betul nak simpan ni?,”

Wajah di angkat dan sekali lagi dia mengangguk. “Betul la ni. Takkan main-main pulak,”

“Okay. It’s up to you. Jangan lari cari I malam-malam sebab takut pulak. Don’t got time with child play, you know,” selamba Jungkook bersuara dengan memeluk tubuh di atas sofa.

Hana pandang semula patung kayu ditangan. Comel. Nampak macam biasa aje tapi yang peliknya kenapa perasaan dia terasa macam luar biasa. Susah dia nak terangkan dengan kata-kata. Patung tu diletak kembali dalam kotak kayu asalnya sebelum dia bangun melangkah ke bilik.

 

***

 

Dekat luar bunyi guruh berdentum petanda hujan bakal turun malam ni. Suasana juga mulai dingin. Hana dah mula merekot di atas katil. Selimut yang tadinya menyelimuti tubuh sudah jatuh ke lantai.

‘Hana’

Ada suara yang berbisik ditelinganya tiba-tiba. Tidurnya mulai ternganggu lepas petir kuat menyambar langit.

‘Hana’

Sekali lagi namanya dipanggil. Matanya masih lelap. Cuma posisi baringnya diubah untuk mendapat tidurnya semula.

‘Hana. Bangun’

Dan kali ni begitu jelas di telinga. Hana tersentak dari tidur. Cepat-cepat dia bangun dan menebar pandang ke seluruh ruang bilik. Takut Jungkook menyelinap masuk ke biliknya senyap-senyap. Tapi seingat dia sebelum tidur tadi dia dah kunci pintu biliknya.

Kosong.

Cuma tingkap biliknya saja bergetar dek penangan angin kuat serta hujan lebat di luar. Hana mengaru kepala. Mimpi aje kut. Selimut di tepi katil ditarik semula namun dia terhenti tiba-tiba.

“Hana,”

Suara garau lelaki jelas kedengaran di hujung katilnya. Hana mengangkat wajah perlahan-lahan sebelum bertentang mata dengan empunya suara garau tu. Cahaya petir diluar yang sambung meyambung jelas menampakkan lelaki tu berdiri tegak di hujung katil

“Hello, Kim Hana,”

Hana membatu. Matanya bulat namun rahangnya perlahan-lahan jatuh disusuli dengan…

“HANNNNNNNNNNTTTTUUUUUUU!!!!!!,”

… jeritan ‘abadi’ yang panjang.

 

J

 

“Sewel!,”

Terasa macam baru kena panah petir tepat ke kepala. Hana dah mula tarik rambut. Jungkook masih mengeleng tak percaya. Boleh pulak dia gegar pintu bilik sebelah dah gaya nak roboh aje semalam.

“Betulllll laaa!!! Mana ada I tipu. Semalam memang ada hantu. Dia sengih macam ni..,” Hana menjuling mata ke siling sambil lagak sengih gaya seram.

Jungkook tepuk dahi. “You just dreaming, you know. Malam ni I tak kira, you tidur bilik sendiri.,”

“Ha?! Ala.. You teman la I. Mana boleh macam ni. Bukan jadi apa-apa pun semalam..,” Hana dah mula merayu.

“Takde apa jadi? Seriously??? You tak ingat ke??,” Jungkook dah gaya nak baham Hana. Gila betul budak seorang ni. Punya lah semalam…

 

“Jungkoook!! Hantu!! Hantu!! Bukak pintu!!,” Hana mengetuk pintu bertalu-talu.

Jungkook yang tersentak dari tidur mengaru kepalanya. Iphone di sebelahnya dicapai. 2.30 am. Dah kenapa pulak minah seorang ni? Tengah malam-malam buta menjerit sakan. Sewel gamaknya. Dia bangun terpisat-pisat menuju ke pintu.

“Apaha- Hoi!!,”

Belum pun sempat dia membuka luas pintu, Hana dah menerjah masuk ke bilik dan melompat ke atas katilnya sambil berselubung dengan selimut. Jungkook dah mula cekak pinggang.

“Cik Hana oi, buang tabiat ke malam-malam ni terjah masuk bilik orang? Tak sayang nyawa ke? Ada yang kena smackdown karang,” Jungkook membebel sendiri. Matanya yang terpisat-pisat di gosok perlahan. Hana tak memberi respon. Jungkook menjuling ke siling. Ada yang nak kena tebar buat roti canai ni. Selimut yang menyelubungi Hana di rentap kasar. Hana tarik semula.

“Jungkook, bagi I tidur sini malam ni, pleaseee,” Hana melutut di atas katil dengan gaya merayu tiba-tiba. Jungkook mengangkat kening sebelah.

“You buang tabiat ke? You? Dengan I ? Tidur satu bilik?..”

Hana mengangguk dan Jungkook mengeleng.

“No way, Hana. Go back to your room now,” Jungkook mengarah dengan nada tegas. Jangan nak buat pasal cik Hana. Aku ni lelaki. Sekali jadi harimau nanti, awak yang menyesal.

Hana masih degil. Bila perasaan takut bermaharajalela, segala bagai ego, malu kena tolak tepi dulu. Yang pasti malam ni dia tak perlu tidur bilik sendiri sebab takut hantu tadi muncul lagi. Seriau!

“No! I tidur sini malam ni. Kat karpet bawah tu pun tak takpe. I don’t care,” Hana capai satu bantal lalu di letak ke tepi katil yang beralaskan karpet bulu tu. Dia lantas baring tanpa pedulikan renungan Jungkook yang gaya macam nak tembus lantai. Jungkook dah hilang kata. Degil sungguh budak seorang ni.

“Fine! Up to you. Jangan kata I tak gentleman sebab you yang rela tidur kat bawah tu!,” Jungkook mula baring di atas katil kemudian menarik selimut menutupi tubuhnya. Mata cuba dilelapkan. Namun bila saat berganti saat, minit berganti minit dan jam berganti jam, matanya langsung tak boleh dilelapkan. Semua gara-gara bunyi dengkuran sumbang dari tepi katilnya. Jungkook mendengus. Kurang asam jawa, asam keping betul! Dia menjenguk ke tepi katilnya. Hana dah gaya atlet silat dengan gaya tidur hodoh. Terkangkang sakan!

“Adoyai dia ni…,” Jungkook mengeleng tak percaya. “Oi, bangun. Bising tau tak. Senyap sikit la. Orang lain pun nak tidur jugak,”

Hujung kakinya menolak perlahan kaki Hana supaya dia terjaga. Namun semuanya sia-sia. Hana tidur mati! Antara mahu atau tidak, terpaksa jugak dia bangun dan duduk mencangkuk menghadap Hana yang masih tidur lena. Dia mengeleng lagi. Buruknya la anak dara seorang ni tidur. Dengan kaki terkangkang sakan, air liur basi keluar macam air terjun. Macam mana la aku boleh pakat setuju kahwin dengan kau ni, Hana. Jungkook senyum nipis. Akal nakalnya mula timbul. Hidung Hana di picit lama. Hana berkerut dalam tidur dan menepis lemah tangan Jungkook. Jungkook ketawa kecil. Sekali lagi hidung Hana di picit. Kali ni Hana mendengus. Terasa tidurnya terganggu, posisi tubuhnya di alih menghadap kearah Jungkook tanpa sedar. Jungkook yang terkejut cepat-cepat mengalih duduknya. Belum pun sempat Jungkook mengalih posisi, tangan Hana mengenggam erat tangannya tanpa sedar. Jungkook tersentak.

“Hana, bangun. You genggam tangan I ni,” Jungkook menepuk perlahan bahu Hana yang masih dibuai lena.

“Ma..mama…,” Hana mengumam dalam tidur.

Jungkook mengangkat kening pelik. Rasanya dia tak silap dengar. “Mama?,”

“Ma..angah rindu…,” Hana mengigau dalam tidur. Kalau di renung dah gaya macam budak kecil. Jungkook menarik senyum nipis. Ada rasa kasihan timbul jauh disudut hatinya. Bahu Hana didodoi perlahan. Dan Hana mulai senyap semula. Cuma dengusan kecil kedengaran sesekali. Mata Jungkook juga mulai terasa berat. Namun genggaman Hana masih tidak lekang. Nak direntap takut Hana terkejut. Nanti apa pulak dia fikir. Tapi matanya betul aje nak terlelap. Jungkook mulai baring berbantalkan lengan kanan manakala tangan kirinya masih di genggaman Hana dan perlahan-lahan dia terlelap. Baru beberapa minit dia terlelap, terasa satu lingkaran di tubuhnya. Lehernya juga terasa seperti dihembus seseorang. Jungkook tersedar dan serentak itu juga dia terkejut. Hana yang tadi cuma mengenggam tangannya kini memeluknya erat. Gila!

Serentak itu jugak dia menolak tubuh Hana. Lalu melompat naik ke atas katil. Memang cari pasal! Tak boleh jadi. Kalau hari-hari macam ni, macam-macam boleh jadi. Kuss, semangat! Nasib peluk aje. Kalau lebih dari tu- gahhh!! Mintak jauh! Jungkook mengeleng berkali-kali tak percaya. Kali ni dia tekad. No women allowed!

“Muktamad!,”

Suara Jungkook memetir. Hana mencebik. Nampak gayanya terpaksa la jugak dia tidur sendiri malam ni. Tapi kalau hantu tu muncul lagi macam mana?

 

 

***

 

 

Lampu bilik dibiarkan terbuka. Selimut ditarik menutupi tubuh di atas katil. Malam ni dia terpaksa tidur di bilik sendiri. Namun bukan itu saja, Hana juga perlu duduk bersendirian untuk 3 hari sebab Jungkook ke luar kawasan untuk urusan kerja secara tiba-tiba. Mangkuk hanyun kuasa tiga betul! Aku ni dah la penakut. Boleh pulak dia telefon dah nak dekat tengah malam. Bagi la tahu awal-awal. Boleh aku roger Along mintak teman ke.. balik rumah Pa ke… Dah tengah malam macam ni, apa boleh buat? Hana mengeluh tanpa sedar.

“Hana,”

Mata yang baru terlelap, kembali terbuka menghadap tepat ke siling. Mangkuk hayun piring cawan sudu betul la! Hana menarik selimut ke muka. Mulutnya berkumat kamit mengulang ayat sama, ‘jangan kacau aku’ berkali-kali.

“Kim Hana,”

Sekali lagi. Tapi kali ni suara tu makin dekat seperti di sebelah katilnya. Hana dah mula berpeluh. Bukan sebab panas tapi sebab takut.

“Hana. Saya ni..Pinocchio,” suara tu memperkenalkan diri.

Hana terdiam. Pinocchio? Tak mungkin..Tak mungkin. Pinocchio tu patung. Ya! Patung kayu je. Bukan hantu.

“Kim Hana. Saya bukan hantu,”

Hana terasa bahunya disentuh disebalik selimut yang menutupi diri. Perlahan-lahan dia membuka. Dan di depannya, tersengih seorang lelaki yang berambut putih pendek, serta berpakaian serba putih sedang memandangnya dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Wajahnya bersih.

Hana terkedip. “A-awak n-ni siapa? Macam mana awak boleh masuk rumah ni?,”

“Saya?,” lelaki tu menuding kearah diri sendiri. “Awak yang bawak saya masuk sini. Saya Pinocchio. Atau boleh panggil V,”

“Hah?,” Hana mengaru kepala tak faham. Seingat dia yang dia bawak masuk ke dalam rumah ni tempoh hari adalah patung kayu Pinochhio. Mana mungkin patung boleh berubah jadi orang. Tak masuk akal langsung! Hello, tahun 2018 kut. “Awak gila ke?,”

Serentak itu, lelaki yang memperkenalkan dirinya V tu ketawa. “Kalau awak fikir logic, mungkin bunyinya gila. Tapi kalau awak ada akal fantasi, ianya mungkin realiti,”

Hana dah mengeleng tak faham. “Jadi, awak nak bagitahu saya yang awak ni patung kayu yang boleh bertukar jadi manusia. Macam tu?,”

V menjongket bahu. Saja mahu berteka teki. “Mungkin,”

Hana masih tak percaya. Matanya mencari patung kayu yang elok di susun di barisan meja studi di biliknya. Kosong. Patung tu hilang. Biar betul. Pandangannya bersilih ganti pada V dan kembali pada meja studi. “Biar betul,”

“Ya, sayalah Pinocchio yang awak kutip tempoh hari tu,” sengih lagi.

Hana mengurut pelipis. Susah dia nak percaya benda karut sebegini. “Okay. Jadi awak Pinocchio tu dan Pinocchio tu awak?,”

Angguk.

“Bukan hantu?,”

Geleng.

“Tapi boleh buat magik ke? Hidung awak boleh jadi panjang kalau menipu?,”

V senyum sebaris. “Rahsia,”

Hana tergelak kecil. Rasanya dia mulai percaya. Mungkin.

V duduk dihujung katil sambil membuang pandang ke luar tingkap bilik Hana. Bulan penuh malam ni. Agak terang di langit. “Tapi saya cuma kekal macam ni pada waktu malam selepas tengah malam dan akan kembali ke bentuk asal setelah matahari terbit. Jadi, boleh saya jadi kawan malam awak, Kim Hana?,”

Hana tersentak. Lambat-lambat dia mengangguk setuju.

Dan malam tu, lama mereka berdua berbual sehingga Hana tak sedar bila dia terlelap sendiri. Tapi sejak hari tu, dia tak sabar menunggu tengah malam tiba.

 

 

***

 

“Jadi, berapa umur awak sepatutnya?” Hana menyoal V. Malam tu dah masuk malam ketiga V muncul. Dan selalunya mereka akan berbual dan menonton movie di televisyen. Walaupun cuma filem lama yang Jungkook rekod di tv, tapi masih boleh mengisi waktu mereka.

V tak menjawab terus. Dia cuba memikir. “25 tahun mungkin,”

“Eh? Tua setahun dari kitaorang la!,” Hana sedikit teruja. “Saya dan Jungkook sama umur. Kami 24 tahun. Baru kahwin 3 minggu lepas,”

“Kahwin?,” V menyoal. “Tapi kenapa-,”

“Tidur asing-asing?,” Hana menyambung soalan tu. Bertih jagung di bawa ke mulut dulu. “Kitaorang kahwin kontrak je. Win-win situation,”

V cuma diam walau dalam kepalanya dah bermacam soalan timbul. “Maknanya awak tak cintakan dia la?,”

Hana geleng. “Tak. Dalam kontrak pun kitaorang tak boleh bercinta. Dan tak perlu nak sibuk hal masing-masing pun. Cukup sekadar suami isteri atas kertas,”

V mengalih pandang pada kaca tv. Dia cuba focus namun kepalanya merewang ke tempat lain.

“Kalau satu hari nanti along kahwin, jangan lupa adik kesayangan seorang ni,” adik yang muda setahun darinya tu tersengih.

“Along muda lagi la. Tak nak la kahwin muda-muda ni. Tak best,” dia ketawa perlahan.

“Alah along ni.. ya sangat la tak nak kahwin tu,” adiknya mencebik tak percaya.

Dia mengangguk. “Yela. Mana syok kahwin muda ni,”

“Tapi adik dengar Pa dah atur jodoh along. Betul ke?,”

Dia mengangkat kening sebelah. “Mana kau tu? Ma bagitau la tu,”

Adiknya Cuma sengih sebaris. Tau sangat dia anak mak yang seorang ni. Semua benda dia boleh korek dengan Ma. Budak seorang ni boleh dikatakan tukang pemberita berjaya dalam keluarga.

“Mana ada,” dia menidak soalan adiknya.

“Tipu. Tengok. Hidung along dah merah. Maksudnya Along tipu. Along sukakan?,” Adiknya menyakat lagi. Dia cuma ketawa kecil.

“V,”

Panggilan Hana buat dia tersentak tiba-tiba.

“Apasal dia je? Filem ni boring eh? Ni taste Jungkook. Dia suka tengok citer-citer lama macam ni. Katanya klasik. Ada seni,” Hana memberitahu.

“Saya tahu tu,”

“Hah? Mana awak tahu?,” Hana menyoal pelik.

V yang tersedar cepat-cepat mengalih topik. “Ada kartun Disney tak? Saya rasa nak tengok animasi la,”

Hana mengangguk lalu mengangkat remote kawalan mengubah pilihan filem di kaca tv. Soalan Hana tadi dibiar tak berjawab. Dan mereka kembali kushyuk menonton filem Frozen dari Disney sehingga Hana terlentok sendiri.

 

 

**

Jungkook menarik tali leher yang dah rasa macam terjerut di leher. Kasut ditangal satu persatu.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Seasony
#1
Hai awak :) Saya host Chaos&Crazy contest.
Pemarkahan untuk contest dah nak bermula, jadi boleh saya tahu story ni dah habis atau belum? :)
haseungwon
#2
Hi...goodluck. btw, saya rasa awak lupa letak tag malay^^