❛FAQs❜

❛chaos&crazy❜ malay writing contest; WINNER ANNOUNCED!
FAQs
 
 
tertanya tanya ?
0
Q: Siapa juri?
A: Setakat ini hanya saya seorang. Mungkin akan ada addition judges tapi jangan berharap sangat. Jangan meletakkan expectation yang tinggi. Buat saja apa awak suka, yeah XD

Q: Kalau sponsor karma dapat apa?
A: Dapat mempromosikan diri anda setelah anda dilistkan dalam 'Hall Of Fame' (Famous gitu!)

Q: Hadiah Poster Cover tu apa?
A: Maksudnya, anda pilih mana-mana story anda yang nak saya buat poster untuk story tu. Saya akan buat free sempena hadiah kemenangan. Terpulang kepada anda sama ada nak guna atau tidak hadiah poster itu. Kalau tak ada story lain/ story tak cukup, penambahan karma akan diberikan.
 

Q: Apa kriteria-kriteria story yang awak suka?
A: Saya sangat suka fantasy (sebab tu prompt banyak fantasy hehe XD). tapi kalau tak fantasy pun tak apa. Saya suka ayat yang bersahaja, tak terlampau berat pembawaan bahasanya. Saya akan tambah suka kalau ada watak block b/exo/nct/seventeen dalam story.
 

Q: Adakah kami perlu siapkan story baru isi borang atau sebaliknya?
A: Sebaliknya. anda boleh isi borang dahulu sebelum menyiapkan entry. Tetapi Entry perlu disiapkan sebelum tarikh akhir.
 

Q: Bila tarikh akhir penyertaan?
A: Mungkin lama lagi dan akan makan masa beberapa bulan. Jangan risau, saya akan bagi masa yang banyak untuk anda!
 

Q: Kenapa markah readability sedikit?
A: Macam yang saya katakan, saya tidak menekankan readability, namun masih diambil kira. saya tidaklah searif reviewer untuk mencari kesalahan tatabahasa anda. jangan risau.
 

Q: Boleh tak kalau tak nak gunakan bonus?
A: Boleh. bonus dalam prompt hanyalah apa yang saya expect untuk ada dalam 'story', kalau tak ada tidak mengapa. tetapi markah akan kurang sedikit XD
 

Q: Apa tema AU! tu?
A: Nak terangkan macam susah pula. kena google hehe XD Tapi bahasa mudahnya, ia lebih kurang seperti tema. Contoh, MagicAU! korang boleh buat watak tu ada kuasa magic, atau macam Harry Potter. Contoh lagi WarewolfAU! ini mesti ramai tahu. seperti dua belas serigala jadian haha. Contoh lagi OfficeAU! korang boleh buat suasana tempat kerja dipejabat. Terpulanglah keunikkan anda!
 

Q: Macam mana dengan tema Music Video?
A: Okay, dibawah tema Music Video adalah video-video yang ada jalan cerita di setiap MV tu. Anda boleh buat cerita berdasarkan MV tu atau berdasarkan lirik lagu MV tu. ikut syarat-syarat prompt yang disediakan. everything is fine.
 

Q: Tema Poster pula?
A: Poster-poster yang saya guna adalah untuk portfolio saya (dah berzaman dah poster-poster tu XD) Jadi korang pilihlah mana-mana poster yang minat dah buat cerita berdasarkan poster tu.
 

Q: Boleh tak kalau nak buat dua entry dan kedua-duanya tema yang sama?
A: boleh. tema boleh sama tetapi prompt wajib yang berlainan.
 

Q: Boleh tak watak nak guna pelakon/ penyanyi solo?
A: boleh. tiada masalah.
 

Q: Berapa limit watak yang perlu ada?
A: infiniti. haha!
 

Q: Boleh guna Original Character (OC)?
A: Boleh. sila rujuk prompt. jika bahagian watak tulis 'pilihan anda' bermakna anda bebas memilih OC atau idol/pelakon/penyanyi.
 

Q: Boleh terangkan tentang kriteria bonus tu?
A: Bonus ada macam-macam bentuk setiap prompt. Kalau bonus minta untuk tambah watak Chanyeol, anda tidak semestinya perlu jadikan Chanyeol watak utama. Watak sampingan pakcik minum kopi baca surat khabar pun boleh. Jika Bonus minta objek lampu jalan, anda hanya perlu tambah objek di mana-mana sahaja dalam cerita. hanya dalam satu ayat pun tidak mengapa. Tetapi kalau dapat elaborate objek itu lebih menarik, point akan lagi banyak.
 

Q: Kenapa kami tidak boleh bebas pilih tajuk untuk tema poster?
A: sebab tajuk dah terpampang dalam poster macam mana nak bebas memilih XD
 

Q: Prompt apa yang awak ada high-expetation?
A: RoyalAU (#AU7), MagicAU! (#AU10), #MV2, #MV4, #MV7, #PO2 dan #PO5
 

Q: Perlu ke saya gunakan poster yang ada di Prompt tema Poster?
A: Tidak. Poster itu sekadar gambaran sahaja dan eksklusif untuk dijadikan prompts. Tidak adil lah jika anda menggunakan poster yang tersedia. Peserta yang buat prompt lain tiada poster pula. lagipun nanti ramai pula nanti peserta ada poster yang sama XD

 

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Pemenang sudah diumumkan, c&c writing contest menutup tirai! Bye!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 22: wow... saya tak letak harapan tinggi pun untuk karya ni, so saya agak terkejut hehe

terima kasih untuk akak sparklerose kerana menganjurkan pertandingan ini xD btw tahniah pemenang yang lain, dan cerita tempat pertama memang saya expect dia akan menang sebab cerita tu memang kelakar xD
k-hope
#2
Chapter 21: Good luck to all the finalis! Sori kak. Saya tak dapat siapkan cerita tu. TuT
haseungwon
#3
Chapter 21: Saya keliru sedikit. Maksudnya start 1/9 hingga 3 bulan seterusnya saya diberi masa untuk menyiapkan story saya ke?
Eli_Shane
#4
Hai. Dukacita saya maklumkan bahawa saya tidak dapat menyertai pertandingan kerana tidak sempat menyiapkan karya saya bertajuk 'Madam Minister'. Jadi saya berhasrat untuk mengundurkan diri. Terima kasih!
haseungwon
#5
Perubahan prompt. Perlu ke saya buat satu blog baru kak?
Username : haseungwon
Prompt : #AU4
Tajuk: Black and Red
Link cerita : https://www.asianfanfics.com/story/view/1326996
Link Blog : tunggu akak jawab
Watak: Park Woojin (wanna one), Kim Jiwon (oc)
Genre : fantasy, magis, romance
Jalan Cerita Ringkas :
"Kau takkan jumpa jalan keluar kalau kau masuk hutan tu. Aku beri amaran. Jangan. Masuk."

Disebabkan kedegilan Jiwon, dia akhirnya terperangkap di dalam hutan kerana tidak menjumpai jalan keluar. Keadaan menjadi lebih teruk kerana tanpa sengaja dia memasuki dunia vampire. Dapatkah dia menyelamatkan dirinya? 

"Kau siapa?! Manusia tak patut berada di sini!"

"Macam mana kau boleh tahu?'

"Heh! Aku vampire macam mereka semua. Bau darah manusia dan vampire berbeza. Tapi...kenapa aku bau sesuatu yang lain pada diri kau. Bau witch!"

"Tangkap dia!"

Kedatangan Woojin sedikit sebanyak membantu Jiwon tapi siapakah Woojin sebenarnya?

"Kaulah the Red. Mengikut apa yang tertulis pada kitab tu, hanya kau yang boleh selamatkan puak kami daripada the Black."

Apakah yang sebenarnya berlaku? Siapakah the Black dan dapatkah Jiwon membantu puak vampire daripada serangan the Black? Apakah kesudahannya?

"Kau takkan berjaya hapuskan aku!"

Jenis : Twoshot
Gunakan Bonus? : Ya
Code: Melaka
aquariusxpisces
#6
Chapter 20: TuT *speechless*
haseungwon
#7
Kak~~...boleh tak kalau saya nak tukar prompt? *senyum nampak gigi* hanbeonman juseyo~~~(-3-)
Love2Love
#8
sername : Love2Love
Prompt : #AU3
Tajuk : The Unnoticed Mate
Link cerita : https://www.asianfanfics.com/story/view/1345067/
Link Blog : https://www.asianfanfics.com/blog/view/1253727
Watak : hyunwoo (MONSTA X) , IU, Lucas (NCT), BI (iKON)
Genre : dark, light angst, werewolf, fantasy
Jalan Cerita Ringkas :
Dunia ini adakala ia menyenangkan dan ia juga menyakitkan bagi segelintir manusia. Tersenyum ? Dia lupa bagaimana ingin melakukannya. Ketawa ? Dia lupa bagaimana rasanya. Baginya, dunia ini sangat kejam dan tiada kebahagian yang akan dia rasa dalam kehidupannya. Tiada seorang pun yang mengetahui kehadiran dirinya di sekolah itu. Dia bagaikan angin yang tidak dapat dilihat namun kehadirannya tetap dirasai oleh sesetengah orang sahaja.
Dunianya penuh dengan darah dan sajungan. Hanya sahaja dia ialah bakal alpha yang akan menerajui sebuah pack bernama The Dark Blood. The Dark Blood antara pack yang paling digeruni kerana kekejaman mereka terhadap lawan mereka dan rogue. Bunuh ? Bagaikan permainannya yang dimainkan hampir tiap-tiap hari. Hormat ? Dia sangat menghormati ahli-ahli packnya tidak kira pangkat mereka.
Jenis : Twoshot
Gunakan Bonus? : Ya
Code : Johor
k-hope
#9
Username :k-hope
Prompt : #P04
Tajuk: Just One More
Link cerita :https://www.asianfanfics.com/story/view/1338495/
Link Blog : https://www.asianfanfics.com/blog/view/1252616
Watak: Jeon Jungkook , Na Yowon (IU), Ong Seongwoo
Genre : Tragedy, Friendship, Slight Angst, Romance, Fantasy
Jalan Cerita Ringkas :
“God…please give me just one more chance to meet her again. Just one more...”

Jeon Jungkook menyedari sesuatu yang ajaib dan mistik berlaku kepada dirinya. Sepatutnya dia sudah mati akibat kemalangan kereta tersebut tapi apa yang sedang berlaku ialah masa kembali ke 40 hari yang lepas.

“I miss you so much.”

Na Yowon pelik akan perubahan yang sedang berlaku ke atas suaminya, Jeon Jungkook. Dirinya yang dulu sering dingin terhadap Yowon berubah mendadak kepada lemah-lembut dan penyayang. Hati Yowon semakin ditebuk serba salah kerana dia sedang mencurangi suaminya dalam diam. Lebih teruk lagi kekasih gelapnya ialah kawan baik suaminya.

“I know about it…but I don’t care. I just wanna love you more and more.”

Ong Seongwoo telah menjadi kawan Jungkook sejak di bangku tadika lagi. Susah dan senang mereka bersama. Namun, umur kian menginjak. Hatinya mulai mengukir nama si bintang hati. Jiwanya terseksa kerana telah mencintai wanita kepada kawan baiknya itu.

“I’m sorry. It is my fault, not yours.”

Dapatkah Jungkook memulihkan semula keadaan rumah tangganya dalam masa 40 hari? Apakah yang akan terjadi selepas 40 hari itu? Adakah penamat yang gembira ataupun sedih serta tragik?

Jenis : Twoshot
Gunakan Bonus? : Ya
Code: Melaka
haseungwon
#10
kak TuT tarikh tutup semakin dekat tapi saya tak sempat update story saya...kenapalah form 4 sangat sibuk TuT