Enam

Mr. Annoying

Selang beberapa minggu~~

 

Confident level yang tinggi tu penting ye…puihh

 

Sekarang ni ambik kau Hwang Aara disuruhnya kau macam-macam sampai naik penat Aara nak melayan perangai gila dia tu.

 

“Hwang Aara amik kan kasut aku…jangan salah pilih!”

“Hwang Aara aku nak air kopi Americano”

“Hwang Aara…!!”

“Hwang Aara…!!”

 

Arghhhh!!! Boleh kena tekanan perasaan kalau hari hari macam ni.. ini kes tak puas hati pasal kejadian hari tu punya pasal la ni. Aara merehatkan dirinya di dalam bilik setelah seharian penat membuat kerja. Sekarang Hwang Aara telah menetap di rumah agam ini bagi memudahkan kerjanya. Itu pun dia tidak sampai hati hendak meninggalkan eommanya memikirkan adiknya pun masih bersekolah. Eomma pun bersetuju sahaja semasa dia bertanyakan soal ini. Tambah eomma lagi dia tidak mahu melihat Aara bersusah payah bangun awal pagi tunggu bas untuk ke tempat kerja. Lagi pula waktu cuti boleh sahaja Aara pulang ke rumah. Rindu pula Aara kepada eommanya. Sejak tinggal di sini lagi bertambah kerjanya disebabkan mamat annoying + gila tu. Pantang tengok Aara bersenang lenang sikit mula lah disuruh itu ini.

 

Tok tok tok… bunyi pintu bilik diketuk.

 

Siapa pula malam buta ni main ketuk ketuk pintu. Dengan malasnya Aara bangun untuk membuka pintu. Buka sahaja pintu , terjengul muka orang yang paling Aara benci. Lain kali jangan disebut sebut pasal orang tu terdetik dalam hati pun jangan , kan dah muncul depan pintu ni. Dengan muka kereknya heh.

 

“Tuan Muda nak apa lagi, waktu bekerja saya telah tamat pada beberapa jam lepas , jadi kalau Tuan Muda nak apa-apa esok sahaja saya layan okay” Aara memang jenis cakap sahaja kalau dia berasa tidak puas hati. Lagi pula sekarang waktu untuk dia berehat. Tidak salah bukan. Aara bertindak ingin menutup pintu semula. Namun cepat cepat ditahan oleh Jimin.

“Banyak hodoh muka kau , aku nak kau ikut aku sekejap” ditarik lengan Aara untuk keluar dari bilik tersebut. Aara ditarik sehingga ke ruang tamu.

“Kau duduk sini” Aara ditolak untuk duduk di sofa. Selepas itu Jimin dilihat ke hulu ke hilir , pening kepala Aara menengoknya.

“Tuan Muda nak apa ni , dari tadi saya tengok tuan ke kiri ke kanan pening lah saya tengok. Kalau takde apa apa baik saya masuk tido lagi bagus” Aara bersuara. Terhenti seketika apa yang dilakukan oleh Jimin.

“Buat apa tidur awal awal? Esok bukan hari kau off ke???” Jimin menyoal Aara sambil menjongketkan sebelah keningnya.

“ Ye memang esok adalah hari saya cuti , disebabkan saya cuti la saya kena tidur awal sebab apa semestinya takda kena mengena langsung dengan Tuan Muda” Geram pula Aara dengan Jimin ni. “ Jadi boleh tak Tuan Muda straight to the point apa tujuan panggil saya malam buta ni jangan nak belok kiri kanan” sambung Aara lagi. Dijelingnya Aara selepas itu Jimin mengeluarkan telefon bimbitnya dan seperti sedang mencari sesuatu.

“Apa pendapat kau??” Jimin menunjukkan sesuatu di dalam telefonnya.

“Kenapa dengan diaorang??” Soal Aara pelik.

“Diaorang semua ni calon calon untuk menjadi PA aku di pejabat.. kalau kau tak tahu PA tu apa PA tu Personal Assistant”. Memang nampak macam aku ni bengap sangat ke taktahu PA tu apa . Aara mendengus geram.

“Jadi…. Tuan Muda nak saya buat apaaa????”. “Pilihkan untuk aku” dicampak telefonnya kepada Aara.

Apa kejadahnya nak suruh aku pilih untuk dia pulak ni. Dah kata yang dia ni bukan betul sangat pun sengaja nak cari pasal dengan aku malam buta ni.

“Dah kenapa pula saya yang kena pilih? Yang nak bekerja dengan diaorang tu nanti Tuan Muda bukan? Jadi lebih baik Tuan Muda sendiri yang memilihnya” Aara menyerahkan kembali telefon. “Hell Nooo!” dah kenapa pula main main neraka pulak ni. Wei aku dah mengantuk tahap ke angkasa sana. “ Aku tak kira aku nak kau yang pilih…justeru itu aku nak kau ikut aku ke sesi temu duga esok” sambung Jimin lagi. Kan aku dah kata jarang sangat brain dia ni nak berhubung. Apa kena mengena aku yang pembantu rumah ni nak pergi pilih PA untuk dia. Sangat sangat la tidak masuk akal. “Esok tepat pukul 8 pagi kita gerak…dah kau boleh masuk tidur” selesai sahaja Jimin memberi arahan , Jimin berlalu dari situ.

 

Jangan harap Aara nak ikut arahan dia. Gerak la sorang sorang esok , jangan kata sebelum pukul 8 pukul 7 Aara dah keluar. Memang Aara dah bercadang nak keluar esok nak pergi ke Café Jaehwan lepas tu nak balik rumah jenguk eomma. Jadi takde faedahnya kalau Aara ikut si Tuan Muda dia tu. Lagi pula Aara sudah memaklumkan pada Puan Hyena. Puan Hyena memang membenarkan pekerjanya keluar pada hari cuti.

 

*Keesokan paginya*

 

Kalau nak dibandingkan muka Aara dengan asam jawa , asam jawa pun surrender dengan Aara. Nak tahu apa jadi…mari tb sikit.

 

Tepat pukul 7 pagi , Aara dah bersiap siap nak keluar. Aara membuka pintu bilik , buka sahaja pintu bilik Aara terjenguk jenguk kut la tiba tiba terserempak satu lembaga yang tidak sepatutnya bertembung dengan Aara. Okay line clear. Maklumlah hari ni hujung minggu jadi semua orang sedang enak tidur. Aara memulakan langkah menuju ke pintu utama. Sesampai sahaja di pintu utama , sekali lagi Aara menoleh ke kiri dan ke kanan. Okay line clar. Sambil mengundur ke belakang lagak gaya macam orang nak merompak pun ada. Sejurus sahaja keluar , dengan perlahan lahan pintu ditutup kononya taknak bagi orang dengar.

“Nak pergi mana ni?” tiba tiba ada suara seakan berbisik di telinga Aara yang sedang menutup pintu itu. Disebabkan terkejut dengan suara itu Aara menjerit.

“Makkk ada hantu cina!!!” sampai terduduk Aara depan pintu dengan mata tertutup.

“Oii kau kenapa?? hantu cina apanyaa” Aara membuka matanya dengan perlahan lahan. Ehh…. “Tu..Tu..Tuan Muda buat apa dekat sini?” tergagap gagap Aara bertanya. Macam mana dia ada kat sini. “Tanya orang kau tu buat apa kat sini? OHHH aku tahu kau nak lari kan..jangan nak mengada. Nasib baik hari ni aku tergerak hati nak bangun awal rupa rupanya ada muslihat” kata Jimin.

Masa ini la nak tergerak hati bagai..paru-paru? buah pinggang? Taknak tergerak sekali. Kalau tak selama ni aku kejut macam bom nak jatuh pun jangan harap nak bangun awal. Huhhh.

-End Tb-

 

Sekarang Aara dah selamat berada di dalam kereta milik Jimin. Mestilah kereta Jimin takkan kereta pak guard depan rumah tu pulak wei. Hehe.

 

“Mana boleh Tuan Muda buat saya macam ni , tahu tak saya dah ada rancangan sendiri hari ni tahu takk! masa ni la saya nak luangkan masa untuk diri sendiri tapi Tuan Muda dengan sesenang hatinya meleburkan segala galanya. Tuan muda tahu tak yang say….ummm” belum sempat Aara menyambung bebelannya Jimin bertindak menekup mulut Aara dengan tangannya.

“Wei diam lah bising tahu tak , banyak bunyi pulak kau ni.” Selepas itu dilepaskan tangannya dari mulut Aara. “Pakai seatbelt tu jangan banyak bunyi..aku kiss karang baru tahu. Cukup baik aku diamkan pakai tangan”. Membulat mata Aara mendengar apa yang dikatakan oleh Jimin.

Amboi banyak handsome muka dia nak kiss anak orang , ini lah yang dinamakan ciri ciri playboy sedunia. Tanpa banyak bunyi lagi Aara menarik seatbelt. Karang bebetul dia buat mati kejung aku kat sini. Dan mereka pun memulakan perjalanan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wanilee
Terima kasih kepada yang sudi membaca..walaupun rasanya macam takda pun org yg baca.......😌

Comments

You must be logged in to comment
maileo #1
Chapter 1: First time baca ff in malay. Lol but keep it up! Nak tahu sambungan hehehe