Tiga

Mr. Annoying

"Park Jimin!! Bangunn omma kata bangunn"

Puan Hyena yang sedang berada di bilik Jimin untuk mengejutkannya. Puan Hyena menyelak langsir dan menuju ke arah Jimin yang sedang diselubungi dengan selimut lalu dia menarik selimut itu.

"Park Jimin jangan sampai omma naik angin macam macam angin karang datang..bangunn!!" Puan Hyena yang sudah hilang sabar dengan perangai anaknya yang seorang ni.

"Ahh omma Jimin mengantuk lagi ni..5 minit pleasee~~" balas Jimin dalam keadaan mamai. Lalu menarik kembali selimut yang ditarik oleh Puan Hyena sebentar tadi. Puan Hyena bertambah geram dengan perangai si Jimin.

"Takda 5 minit nya kamu punya 5 minit jadi 50 minit bangun sekarang atau omma heret kamu..bangun" Puan Hyena menarik tangan Jimin supaya anaknya yang seorang ini bangun. Akhirnya Jimin mengalah dia bangun dan menuju ke bilik air dan bersiap.

Jimin yang menuruni tangga dengan muka masam diperhatikan oleh ommanya yang sedang bersarapan. Jimin menuju ke arah meja makan dan menarik kerusi lalu duduk.

"Ni dah kenapa muka macam tertelan asam jawa ni..kamu tu bukan budak kecil lagi nak buat perangai macam tu" tegur Puan Hyena.

"Ubah la sikit perangai tu.." satu suara menyampuk. Jimin menoleh melihat hyungnya yang sudah selesai bersarapan. "Matang sikit umur tu dah 24 tahun jangan perangai macam budak tak matang" sambung Jin lagi. Jin bangun dan meminta diri untuk ke pejabat. Jimin beri pandangan tidak puas hati terhadap hyungnya.

"Sudah sudah la tengok hyung kamu tu..betul juga kata hyung kamu.
bila kamu nak bersikap matang dan ambil serius dalam urusan pejabat?" Puan Hyena menyoal Jimin.

"Omma boleh tak jangan cakap perkara yang sama berulang kali..Jimin penat lah..Jimin pergi pejabat dulu" Jimin bangun meninggalkan ommanya yang hanya menggelengkan kepala boleh migrain kalau bercakap dengan anak dia yang seorang ini.

Di dalam sudut hati seorang emak Puan Hyena ingin melihat anaknya berubah.


Mungkin satu hari.



Hwang Aara POV


*lebih kurang macam ni la rumahnya

Kini Hwang Aara sedang berdiri di hadapan rumah modern yang sangat besar dan cantik. Dia tidak tahu pula bakal majikan dia ni seorang yang kaya harap harap dia tak akan menimbulkan sebarang masalah apabila bekerja di sini. Maklumlah perangai orang kaya macam mana kan.

Terdapat pondok kecil di sebelah kanan pagar rumah itu mungkin pondok untuk pengawal keselamatan rumah itu la kut. Aara menuju ke arah pondok itu untuk menanyakan jika alamat yang diterimanya itu betul atau tidak.


"Tumpang tanya betul ke alamat ini?" Aara menunjukkan telefonnya kepada pengawal keselamatan yang berada di situ. Pengawal keselamatan tersebut mengambil telefon Aara dan melihat alamat yang dimaksudkan oleh Aara.

"Betul Cik inilah rumahnya..Ada urusan apa ya cik?" Pengawal keselamatan yang kelihatan sudah agak berumur itu bertanya pula kepada Aara. Dan memberikan semula telefon Aara.

"Oh saya Aara datang untuk berjumpa dengan Puan Hyena saya sudah menelefonnya" Aara menjawab pertanyaan pengawal keselamatan tersebut. "Oh kalau begitu masuklah" pengawal keselamatan tersebut membukakan pagar menggunakan alat kawalan. "Okay kamsahamnida ahjussi" Aara menunduk hormat dan memberikan senyuman.

Aara berjalan masuk baginya rumah ini sangat besar jalan untuk ke pintu utama rumah ini saja mengambil masa yang lama. Di tengah tengah laman rumah itu terdapat air pancut yang sangat cantik dan di sepanjang jalannya di tepi tepinya terdapat pokok pokok yang kecil mewujudkan suasana yang sangat nyaman baginya. 

Hwang Aara terpegun melihat kecantikkan rumah tersebut bukan rumah tapi mansion ya sebuah rumah yang sangat besar. Kini Aara sudah berada di hadapan pintu utama mansion tersebut. Dia mengelabah apabila memikirkan bagaimana dia akan berhadapan dengan bakal majikannya. Adakah bakal majikannya itu seorang yang cerewet? Harapnya tidak begitu. Okay Aara bertenang tarik nafas hembus pejamkan mata cool jangan panik. Aara kemudiannya membuat senaman tangan dengan menggoncangkan tangannya sambil mata yang masih tertutup.



"Ehemmm.." satu suara berdehem di hadapan Aara. Membuatkan aktiviti yang dilakukan oleh Aara terberhenti. Aara membuka matanya. Kalau sebentar tadi dia terpegun melihat mansion ini sekarang dia sedang terpegun melihat orang yang sedang berdiri dihadapannya. Matanya yang nak kata macam sepet macam la tapi macam tak macam ye jugak. Apa kau bebel pulak ni hwang aara oii. Dan muka nya memang tersangat la helokkk..



Erk siapa pulak ni?.


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wanilee
Terima kasih kepada yang sudi membaca..walaupun rasanya macam takda pun org yg baca.......😌

Comments

You must be logged in to comment
maileo #1
Chapter 1: First time baca ff in malay. Lol but keep it up! Nak tahu sambungan hehehe