Episode 1 "Pengenalan"

Mr. Annoying

Bunyi yang membingitkan memenuhi ruang kelab tersebut bagi orang yang tidak biasa pasti berasa tidak boleh hidup di dalam keadaan sebegitu. Namun tidak bagi seorang manusia bernama Park Jimin iya dia sudah biasa dengan kehidupan seperti itu.
 

"Ayuhh kita partyyy wuhooo!!" Jimin bersuara agak kuat bagi melawan bunyi yang bingit itu. "Yaa kau tak kerja ke esok??" Tanya salah seorang kawannya Seungwoo. "Rilek la company tu bapak aku punya apa de hal..Alaa kau ni jangan risau harini aku belanja..kau order je okay?" Kata Park Jimin sambil meletakkan tangannya di bahu Seungwoo. "Serious ah kau ni..boekklaa wohoo partyyy!!" Balas Seungwoo. Maka mereka pun berhibur tak hingat dunia.


5.30 a.m

"Yaa bukak la pintu ni Jimin balik ni helloooo~~" kata Jimin dalam keadaan yang mabuk. *clack* bunyi pintu terbuka.

"Apa nak jadi dengan kau ni hah dah la balik lambat mabuk pulak tu..eh cuba la ubah sikit perangai tu.." orang yang bukakan pintu itu bersuara. Jimin yang sedang jalan terhuyung hayang menuju ke arah tangga tidak dihiraukan sekeliling apa yang dia tahu dia nak tidur. "Jimin aku cakap dengan kau ni dengar tak?!". Orang itu bersuara lagi.

"Aishhh bising je lah..boleh tak Jin hyung jangan sibuk dengan urusan Jimin..lantak la Jimin nak buat apa pun!" Jawab Jimin dengan nada sedikit tinggi.

"Oh jangan sibuk urusan kau habis tu masalahnya sekarang ni kau tu menyusahkan appa dengan omma..kau tahu tak appa dah bising yang kau tu buat tak endah je dengan urusan syarikat hah kau berclubbing tak ingat dunia balik lambat mabuk lepastu masuk lambat ke office..eh Jimin dengar sini aku cakap ni!" maka bermuqadimah la Jin di situ.

Jimin yang berlalu ke biliknya sambil mengajuk Jin membebel dengan gaya tangannya pot pet pot pet. "Tengok tu orang bercakap dengan dia dia buat tak endah je..taktau la aku dengan kau ni" kata Jin yang dah give up dengan perangai adiknya.


Cahaya terang yang menyilaukan matanya membuatkan Jimin terpaksa membuka matanya. Siapa pulak yang pandai pandai bukak langsir nii aku mengantuk lagi ni.

"Jimin ssi Puan Hyena suruh bangun katanya Jimin ssi dah lewat ke pejabat" kata pembantu rumah yang ditugaskan untuk membangunkan Jimin.

Jimin buat tak endah malah terus memejamkan matanya. "Jimin ssi bangunla nanti Puan Hyena bising" pembantu rumah itu bersuara lagi.

"Diamla aku ngantuk lagi ni kau ni bising la pergi la buat kerja kau sana jangan kacau aku!" Jimin bersuara lalu membaling sebiji bantal ke arah pembantu rumah tersebut.

"Sabar je lah aku dengan anak Puan Hyena seorang ni orang kejut elok elok dibalingnya bantal kat aku..lantak kau la dasar aishh sabar sabar" kata pembantu rumah tersebut dalam hati lalu beredar dari bilik itu.

Itulah masalah yang dihadapi setiap pembantu rumah yang ditugaskan untuk mengejutkan Park Jimin di pagi hari.


Hwang Aara POV


"Eomma pagiiiii!!!" Jerit Aara sambil memeluk ibunya dari belakang yang sedang menyiapkan sarapan.

"Aara tolong la jangan menjerit kat telinga eomma macam ni nanti boleh pekak telinga eomma tahu tak" kata Puan Yena

"Alaa eomma sekali sekala bukannya selalu..eomma harini Aara nak pergi cari kerja harap ada kerja boleh tolong eomma kan?" Beritahu Aara kepada ibunya walaupun dia tahu ibunya tidak mahu anaknya bersusah payah seperti dirinya.

Ayahnya sudah tiada jadi semua perbelanjaan dia dan adiknya dan kelengkapan rumah ibunya menanggung seorang diri jadi dia ingin meringankan sedikit beban yang ditanggung ibunya.

"Aara kan eomma dah kata tak payah la susahkan diri kamu tak apa eomma boleh lagi nak tanggung kita sekeluarga" kata Puan Yena sambil menyusun lauk lauk yang disediakan pada pagi itu.

Aara menarik kerusi dan duduk "tak apa lah eomma sekurang kurangnya Aara boleh tolong tampung untuk perbelanjaan sekolah jihoon" Aara memandang wajah ibunya dengan penuh rasa kasih sayang dia berasa kasihan kepada ibunya yang bersusah payah untuk membesarkan mereka adik beradik . Biarlah walaupun impian dia nak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terpaksa dilupakan buat seketika yang penting sekarang misinya mahu membantu ibunya Aara hwaitingg!!

"Hwang Aara!" Panggil Puan Yena dengan sedikit kuat kerana dia melihat Aara yang sedang mengelamun.

"Eh nae eomma" sahut Aara yang tersedar dari lamunan dia sebentar tadi. "Kata nak pergi cari kerja tapi eomma tengok duk mengelamun kat situ..ni eomma dah siapkan semua lauk lauk nanti jihoon balik dari sekolah dia tinggal panaskan je" pesan Puan Yena.

"Baiklah eomma..hati hati eomma pergi kerja wish me luck eomma.." pesan Aara pula kepada ibunya dan menghantar ibunya ke depan. "Kamu tu pun hati hati tau sayang anak eomma ni" kata Puan Yena sambil mengusap rambut Aara dan pergi.



"HWANG AARA HWAITINGGG!!" Jerit Aara.Marilah kita bersiap ayuh hahaha kang orang kata aku pelik pulak jerit jerit dekat depan rumah ni.

 

Maka bermula lah misi Aara untuk mencari kerja.






 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wanilee
Terima kasih kepada yang sudi membaca..walaupun rasanya macam takda pun org yg baca.......😌

Comments

You must be logged in to comment
maileo #1
Chapter 1: First time baca ff in malay. Lol but keep it up! Nak tahu sambungan hehehe