Dua

Mr. Annoying



Dia dah penat ke hulu ke hilir semua tempat dia pergi tiada kerja kosong.


"Huwaaaa!! Eomma kenapa susah sangat nak dapat kerjaaa!!" Jerit Aara dia kesah apa walaupun sekarang ni dia berada di stesen bas dan orang sedang memerhatikan dia. "Macam mana ni hishh tak boleh jadi ni aku kena minta tolong jaehwan..ahhhhh macam mana kau bole lupa Aara oii jaehwan kan ada cafe" bebel Aara sendirian dan menepuk dahinya kerana terlupa bahawa kawan baiknya Jaehwan mempunyai cafe.

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula mesej Jaehwan dan bertanyakan jika terdapat kerja kosong di cafenya.

 

"YAAA!! Kim Jaehwann" -Hwang Aara

"WAEEE!!"-Kim Jaehwan


Aara tergelak kerana cara jaehwan balas sangat kelakar siap dengan caps lock lagi tu. Orang di sebelahnya pandang agaknya budak ni tak betul tadi duk jerit jerit pastu cakap sorang sorang pastu sekarang ni duk gelak pulak.


"Jaehwannieee nak tanya ni 😄"-Hwang Aara

"Tanya je lah dah tahu dah kau kalau mesej aku mesti ada sebab"-Kim Jaehwan

"Hehe...emm kat cafe kau ada kerja kosong tak??????????????????????"-Hwang Aara

"Uishh banyak tanda tanya kau hahaha.. Ada....jadii....."-Kim Jaehwan

"Omggg..kerja apaaa aku nakkk!!"-Hwang Aara

"Jadi isteri aku HAHAHAHAHA"-Kim Jaehwan

"K. Bye.😑"'-Hwang Aara

Aara menutup telefonnya tak boleh harap betul kawan aku sorang ni. Mana lagi yang perlu aku jejaki untuk mencari kerja.

Fikir Aara fikir tarik nafas hembus tarik hembus fuhh. Okay kita pergi cafe jaehwan mana tahu dia ada ke kawan kawan dia yang lain yang boleh aku minta tolong kan ..baguss marii.



*Cafe Jaehwan*


Aara melangkah masuk ke cafe jaehwan dia memandang sekeliling mencari jaehwan si periuk belanga tu.

"Omooo!! Aara sinii" Aara menoleh ke arah di mana suara itu datang. Dia melihat Jaehwan yang berada di kaunter. Dan dia pergi ke arah kaunter.

"Yes Aara ssi nak order ke? Atau kau nak terima tawaran aku tadi huh??" tanya jaehwan sambil mengangkat angkat keningnya. Aara pandang kerek terhadap jaehwan. "Nasib kau ni kawan aku kalau tak dah lama dah haih" kata Aara disambut dengan tawa jaehwan.


Jaehwan mengajak Aara duduk di bangku yang disediakan. "Jaehwan kau takda ke kawan kawan kau yang lain yang ada kerja kosong?" Tanya Aara kepada Jaehwan. "Aku rasa kejap eh aku ingatkan balik kejap eh" kata jaehwan yang masih dalam mood guraunya.

"KIM JAEHWANNNN!!" Marah Aara kerana jaehwan tidak ambil serius. "Okay okay jangan lah marah marah nanti muka kau cepat tua umur baru 20 nanti nampak macam 40 hahahha" pujuk jaehwan.

"Kau tu tak serius aku tanya betul betul kau buat lawak pula..takkan takda kut siapa siapa yang kau kenal..kawan omma kau ke..kawan hyung kau ke..kawan appa kau ke?" Tanya Aara panjang lebar.

"Lagi kawan jiran sebelah rumah aku ke..kawan belakang rumah aku ke taknak tanya?" Tanya jaehwan dengan sisa tawanya.Aara menjeling jaehwan suka sangat la tak amik serius si jaehwan ni tau.

"Okay kali ni betul betul hari tu aku rasa omma aku ada kata yang kawan dia perlukan seorang maid untuk uruskan anak dia ke entah apa entah aku pun dengar2 macam tu je lah.." terang jaehwan.

"Maid? Emm boleh la tu asal ada kerja daripada tak ada langsung kan.." Aara yang kedengarannya dah pasrah tidak kisah kerja apa pun yang bakal diterimanya. Aara bertanyakan kepada jaehwan alamat dan no telefon kawan ommanya. Setelah jaehwan memberikannya maklumat dia pun beredar dan mengucapkan terima kasih kepada jaehwan.



*Di rumah*


"Omma rasa okay tak kalau Aara kerja sebagai maid ni?" Aara bertanya pendapat ibunya. Mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam.

"Omma sebenarnya tak kisah pun Aara yang penting kerja tu elok dan yang penting Aara boleh buat." Dengan nada yang tenang Puan Yena menjawab soalan Aara sebentar tadi.

"Whattt?? Noona nak jadi maid?? Kerja kat rumah pun tak teratur ada hati nak jadi maid" Jihoon adik kepada Aara tiba tiba menyampuk perbualan ibu dan kakaknya.

"Apaa cakap lagi sekali tak jelasss" Aara menarik rambut adiknya.

"Ahhh ommaa tolongg!! Noonaa sakitt" Jihoon meminta tolong kepada ibunya sambil berusaha untuk melepaskan tangan Aara yang berada di rambutnya.

"Aigoo kamu berdua ni sudah sudah lah asyik bergaduh je" Puan Yena meleraikan pergaduhan antara mereka.

Aara melepaskan rambut jihoon sambil membuat sign buat lagi kena siap kau. Jihoon menjelir lidah.

Makan malam sudah selesai.Sekarang Aara di dalam bilik sedang berfikir patut ke tidak dia kerja sebagai seorang maid. Tapi nak fikir kerja lain belum tentu dapat. "Okay muktamad esok aku call orang tu". Aara dah capai kata putus. Esok dia akan call orang itu dan akan ke alamat yang telah diberi kepadanya. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bersambung...

 

 

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wanilee
Terima kasih kepada yang sudi membaca..walaupun rasanya macam takda pun org yg baca.......😌

Comments

You must be logged in to comment
maileo #1
Chapter 1: First time baca ff in malay. Lol but keep it up! Nak tahu sambungan hehehe