Empat

Mr. Annoying

"Ehem..hellooo~~" Orang itu melambaikan tangannya di hadapan muka Aara yang sedang merenungnya. Aara tersedar daripada lamunannya. Erk Aara apa tenung orang sampai macam tu.

"Erk maafkan saya awak ini siapa?" Aara bertanya kepada orang itu. 

"Patutnya aku yang tanya kau..kau ni siapa? Terpacak kat depan pintu ni tutup mata bagai..buang tebiat ke apa..ke kau nak merompak hah?!. Baik kau cakap" Orang itu bersuara dan mencengkam lengan Aara.

"Auchh sakit laa lepaskanlahh!" Aara yang ingin melepaskan cengkaman yang berada di lengannya. Eii perangai tak padan dengan muka mamat ni.

"Tahu sakit aku tanya jawablah kau buat apa dekat sini?!" Orang itu yang masih tidak melepaskan lengan Aara dan bertanyakan soalan yang sama tujuan Aara datang ke sini.

"SAKITLAHH!!..Saya tanya awak dulu kan awak ni siapa.. nak kekwat sangat ni kenapa?!" Aara bertindak menggigit tangan orang itu. Nak kekwat sangat kan amik kau hah ingat lengan aku ni apa...kayu sesuka hati atuk nenek dia je

"Auchhh!!! Tak gunaa!! HEI PEREMPUAN!!" Orang tersebut melepaskan lengan Aara dan mengibas tangannya yang sakit digigit oleh Aara..dan satu bangunan boleh mendengar jeritannya.

"Apa yang bising bising ni??" Datang satu suara yang menegur.

"Puan maaf bertanya Puan Hyena ada tak?" Aara yang tidak mahu membuang masa terus bertanya walaupun orang yang digigit tangannya tadi sedang merenungnya dengan tajam.

"Saya Puan Hyena kenapa cik?" Puan Hyena membalas.

"Saya Hwang Aara yang menelefon Puan pada pagi tadi."

"Oh Aara ssi..mari masuk.." Puan Hyena menjemput Aara untuk masuk ke dalam. "Hah kamu Jimin kenapa tercegat lagi kat sini kata nak ke pejabat tadi.." Puan Hyena menegur Jimin yang masih berada di situ.

"Omma Jimin nak pergi pejabat dah tadi tapi terserempak dengan perempuan serigala jadian pula tadi...pergi dulu" Jimin memberikan pandangan maut terhadap Aara sebelum berlalu.

"Macam macam la..hah Aara ssi mari masuk saya akan terangkan kepada awak tentang skop kerja awak di rumah ini." Tutur Puan Hyena dengan lembut.

Puan Hyena menyambung dengan menerangkan skop kerja yang perlu Aara lakukan. Selesai menjelaskan Puan Hyena memberikan kertas tugasan yang perlu diteliti oleh Aara dan selepas itu Aara dibenarkan pulang dan akan memulakan kerjanya pada hari esok dan menurut Puan Hyena Aara digalakkan untuk tinggal di mansion ini bagi memudahkan kerja Aara. Kena bincang dengan omma ni.


Banyak kerja kau Aara oi. Tapi satu yang membuatkan Aara musykil dari tadi Puan Hyena duk sebut sebut nama Jimin siapa pula ni (*Aara terlupa bahawa dia baru sahaja berjumpa dengan Jimin*). Si Jimin ni takda life ke semua orang nak uruskan. Tengok kertas ni. Omoo kerja aku bermula pada jam 7.30 pagi. Patut pun Puan Hyena suruh aku tinggal di sana.

[ ] 7.45 a.m Kejut Tuan muda Jimin bangun
[ ] Sediakan pakaian ke pejabat
[ ] Kemaskan bilik tidur pada setiap hari kecuali sabtu dan ahad
[ ] Sediakan sarapan


Dan banyak lagi senarainya pening Aara dibuatnya ni. Dah besar gajah pun nak orang uruskan ke. Takpa Aara demi omma yang tercinta sanggup ku lakukan apa sahaja.


Skip.

Keeseokan harinya~~


Aara sudah sampai di mansion tersebut dan memulakan kerjanya. Orang selalu kata mulakan pagi anda dengan senyuman tapi sekarang ni 
Aara rasa nak makan orang. Mana taknya punya lah payah nak kejutkan orang ni. 

*Bilik Jimin

"Jimin ssi bangun lah dah dekat 10 minit saya kejut..Tuan tak bangun bangun jangan salahkan saya kalau orang mandi kat bilik air Tuan mandi atas katil ni. " Ujar Aara yang masih mengejutkan Jimin yang sedang diselubungi selimut tebalnya. Aara sudah tidak tahan. Menguji sangat kan nanti ya. Aara berlalu ke bilik air dan dia tercari cari sesuatu dan dia menjumpainya. Dia kembali ke ruang bilik.

"Jimin ssi saya bagi peluang ni tolong bangun" Jimin masih tidak berganjak. Tidur mati betul dia ni. Sabar Aara lagi sekali tak bangun juga baru kita guna cara lagi satu. "Jimin ssiii bangunlah nanti Tuan lambat ke pejabat" kejut Aara yang masih berlembut walaupun dalam hati dah terbakar. 

"Jangan kacau aku lah bising je.. aku nak tidur pun tak senang la" Jimin bersuara tetapi masih berselubung di dalam selimut. 

Ohh jangan kacau..senang je cara nak deal dengan orang macam ni. Aara menarik selimut Jimin dan.. 

Splashh~~

Ini makannya liat sangat kan nak bangun Jihoon pun tak seliat ni. Jimin kelam kabut bangun.

"SIAPA PULA YANG PANDAI PANDAI SIMBAH AIR NI!!" Kuat tekingannya. Aara yang pandang ke arah tingkap sedikit pun tidak berasa gerun. Jimin yang baru jelas dengan keadaan sekeliling memandang ke arah orang yang menyimbahnya. Jimin mengecilkan matanya.

 

"KAUU?!!!" Jimin menunjuk ke arah Aara.Aara berpaling.

"AWAKKK?!!!"....

 

 

 

 

 

 

 

Bersambung~~







 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wanilee
Terima kasih kepada yang sudi membaca..walaupun rasanya macam takda pun org yg baca.......😌

Comments

You must be logged in to comment
maileo #1
Chapter 1: First time baca ff in malay. Lol but keep it up! Nak tahu sambungan hehehe