Lima

Mr. Annoying

Errr..kejap kenapa mamat ni ada dekat dalam bilik ni dan atas katil tu??? Soalan pandai apa ni mestilah dia tinggal sini. Otak tak boleh brain pula time time macam ni.

 

"Kau buat apa kat sini?!" Soal Park Jimin. Err alah alah dia ni ke tuan mudanya rasa nak pengsan sekejap boleh tak?. "Telinga tu tak bersihkan setahun ke aku tanya ni tak dengar!" Soal Park Jimin lagi dengan sedikit kuat. Duk mengelamun je perempuan ni. "Err emm err saya em......" Aara menjawab sedikit gagap kerana tidak menyangka tuan mudanya mamat kekwat semalam. "Err apa err gagap gagap pulak kau nihh" sergah Park Jimin. "Err saya pembantu baru dekat rumah ni!" balas Aara terkejut dengan sergahan Park Jimin sebentar tadi.

 

"Whatt??!! Seriously??!" Park Jimin maju ke hadapan untuk mendekati Hwang Aara disertakan dengan renungan yang tajam. Makin Park Jimin maju ke hadapan makin Hwang Aara berundur ke belakang. Eh eh mamat ni kenapa pula. Berundur berundur dan sehingga tiada ruang untuk Hwang Aara berundur. Dia telah dikepung oleh Park Jimin. "Awak ni dah kenapa!!" Jerit Aara. Gila agaknya mamat ni.

 

Tahu takut baru usik sikit dah gelabah perempuan ni.

 

"Aku nak tanya.. kau ni siapa nak uruskan hidup aku? Kau tak layak nak tentukan apa yang aku perlu buat..jadi kau boleh berambus dari sini!" kata Jimin sambil menunding jarinya ke arah pintu. Ini mesti kerja eomma la ni ambil pembantu segala bagai. Prinsip hidup Jimin dia paling pantang orang mengarahkan dia buat itu ini dan saat ini di depannya berdiri seorang perempuan yang berani-beraninya menyimbah air kepadanya untuk mengejutkan dia daripada tidur, bahkan sebelum ini tiada siapa yang berani untuk membuat begitu kepadanya.

 

"Apa masalah awak ni..saya telah ditugaskan untuk mengejutkan awak jadi salah saya ke?? dan saya juga telah ditugaskan untuk menjadi pembantu awak, walaupun pada mulanya saya ingatkan saya sama sahaja dengan pembantu rumah yang lain..tapi Puan Hyena berikan saya satu senarai dan dalam senarai tu kebanyakkan tugasan saya ialah menguruskan awak..faham??" Amik kau panjang lebar aku terangkan kat mamat seorang ni. "Jadi boleh tak 'Tuan Muda' ke tepi saya nak buat kerja ni" sambung Aara lagi dan mengambil tindakan menolak Jimin ke tepi untuk berlalu.

Namun lengannya ditarik kembali oleh Jimin dan menyebabkan sekali lagi dia dikepung.

 

"Eh perempuan kau dengar sini , aku tak perlukan sesiapa untuk mengatur uruskan hidup aku. Jadi aku nak bagi amaran kat kau jangan pernah sesekali campur urusan hidup aku!..Dan aku tak perlukan pembantu jadi kau boleh keluar dari rumah ni!!" Lantang Jimin memberi amaran kepada Aara agar hidupnya tidak diganggu. Aara sedikit terkejut dengan suara Jimin yang lantang itu. Namun Aara tidak mudah melatah dengan tindakan Jimin itu. Dengan beraninya Aara melawan renungan mata Jimin yang tajam itu.

 

"Maaf 'Tuan Muda' saya digajikan oleh Puan Hyena ,jadi majikan saya ialah Puan Hyena dia sahaja yang layak untuk memberhentikan saya. Jadi 'Tuan Muda' boleh ke tepi tak sebab saya ada banyak lagi kerja yang perlu diuruskan daripada melayan perangai Tuan Muda yang tak berapa nak betul ni...Tepilahh!". Dengan beraninya Aara menolak sedikit kuat Jimin ke tepi. Selepas itu dengan sepantas yang boleh Aara berlalu ke pintu.

 

"Aku tak habis cakap lagi..oiii!!" Jerit Jimin kepada Aara yang telah menuju ke pintu untuk keluar. Lama lama boleh jadi gila kalau bertekak dengan dia tu. Oh lupa pulak. "Tuan muda jangan lupa mandi ye. Yang tadi tu anggap sahaja sebagai siraman kasih sayang saya kepada Tuan muda" Aara memesan sambil tersenyum. "Omoo ke Tuan Muda ni memang jenis malas mandi , jangan malas malas Tuan nanti bukan setakat orang sekeliling taknak dekat , orang gila pun tak berani nak datang dekat. Saya pergi dulu ye.." Setelah itu pintu ditutup. Namun sempat lagi Aara mendengar jeritan Jimin.

 

"Kau memang nak kena dengan aku!!!"-Jimin.

 

Saat itu aku terasa nak gelak. Jangan ingat aku sesenang itu untuk dibuli ye ini Hwang Aara la. See the leg. Kau jangan nak see the leg sangat eh Aara buatnya dia mengadu kat Puan Hyena habis kau.Ada suara lain yang seakan membisik. Tidak mengapa dalam hidup kena ada confident level yang tinggi. ITU PENTING.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wanilee
Terima kasih kepada yang sudi membaca..walaupun rasanya macam takda pun org yg baca.......😌

Comments

You must be logged in to comment
maileo #1
Chapter 1: First time baca ff in malay. Lol but keep it up! Nak tahu sambungan hehehe