Chapter 2: Knock Knock Knock At My Heart

You're Not My Puppy

Sepanjang kuliah dari kelas Dr Yoon sampailah Professor Ong, aku tak dapat tumpukan sepenuh perhatian pada kelas. Aku banyak memikirkan hal yang berlaku semalam. Macam mana pencuri itu aim nak pecah masuk rumah aku dan bukan orang lain? Kenapa ambil anjing yang Guanlin hadiahkan kat aku? Mana Dannie? Takkan dia lari kot? Kenapa baju dengan seluar aku je hilang? Ke ni semua disebabkan orang dengki kat aku? Kat kelas ni siapa yang dengki dengan aku? Aku melihat sekeliling. Bae Jinyoung sedang memerhatikan aku. WTH?! Takkan dia si penyangak tu kot?!

“Professor, Irene nampak macam lost,” kata Baejin membuatkan aq tersentak.

“Ha, dah sampai rumah tengah tengok pokemon ke Irene?,” gurau Professor Ong.

“Eh taklah, hihi,” jawabku sambil tersengih.

 

Aku menjeling ke arah Baejin. Dia hanya tersengih. Aku rasa bukan dia yang curi pakaian dan anjing aku sebab dia budak 4 flat kat kelas. Langgar peraturan university pun tak, takkan nak berani pecah masuk rumah aku.

 

Selesai kelas, telefon bimbitku berbunyi lalu aku segera mengangkatnya. “ Yeobosaeyo? Irene-ah, jom cari Dannie.. Oppa tunggu kat depan entrance universiti,” kata Guanlin di telefon. Aku tersenyum. Nasib baik Guanlin sanggup teman aku mencari Dannie. Aku akan mencari Dannie sampai dapat. “Nae, tunggu jap,” jawabku lalu segera menuju ke arah pintu.

Guanlin menemankan aku mencari Dannie. Dari taman permainan, lorong tepi jalan, dan kawasan terpencil sekitar rumahku. Dia juga banyak tanya orang ramai pasal Dannie tapi takde siapa pun yang tahu. Aku masih tak jumpa Dannie.

 

“Irene ah, oppa boleh belikan Dannie yang baru eh? Nanti oppa pergi Business trip kat China jadi oppa takde kat Korea selama 2 bulan, mesti nanti rindu..Irene mesti sunyi,” kata Guanlin sambil menjuihkan bibirnya. Aku hanya tergelak kecil. “ Takpelah oppa! Irene okay je, takpelah nanti mesti Dannie balik rumah sebab dia anjing yang pandai sebab oppa yang belikan!,” kataku sambil memicit lembut pipi Guanlin. Guanlin memberikan sebuah senyuman yang manis lalu mengucapkan terima kasih padaku. “ But still, call me when you need anything, I will do the best for you,” kata Guanlin membuatkan aku rasa dilindungi.

 

Jam aku berbunyi menandakan shift petang aku dah bermula. “Alamak, shift petang dah nak bermula, nk kena pecut ni,” kataku. Guanlin membelai rambutku. “Naik kereta oppa, oppa drift no worries,” kata Guanlin lalu menarik tanganku menuju ke kereta Ferrari hitam miliknya.

Aku pun memulakan shift aku di kedai 7e tu macam biasa, susun roti di rak dan kemas barang barang di rak sementara pelanggan takde. Aku dapat rasakan sepasang mata sedang memerhatikan aku dari luar kedai tetapi aku tak mengendahkannya. Aku menyambung kerjaku sampailah pintu premis berbunyi menandakan pelanggan sedang masuk. Aku segera bergerak ke kaunter bayaran. Pelanggan itu membuka pintu peti ais, dan memasukkan kepalanya ke dalam. Aku tak nampak sangat wajahnya kerana dia membelakangi aku cuma aku perasan bahunya agak sasa. Lelaki itu datang ke arahku sambil menggigit susu kotak. Dia meletakkan susu kotak itu di atas kaunter dan dengan perasaan kekok aku pun terus mengimbas kod harga. Susu ni susu kegemaran Dannie.Rindunya. Lelaki itu hanya memerhatikan aku. “ Err.. 1500 won,” kataku kepada lelaki itu. Lelaki itu bergerak ke belakang dan pergi meninggalkan aku macam tu je. Lagilah aku rasa pelik. Wadehel brader sorang ni. Ah! Kejap! Aku segera berlari menuju ke pintu untuk melihat pemuda itu sekali lagi namun dia dah hilang dari pandangan aku. Tadi tu.. bukan baju oversize aku ke yang dia pakai tadi?! Ehh? Whut? Maka bertambah lagi lah kebengongan dalam fikiranku ini.

 

Setelah habis shift, aku terus balik ke rumah. Dengan perasaan tidak teragak agak lagi aku terus memasak sebungkus Spicy Samyang Ramyeon sebab aku lapar. Sedang aku menjamah mi segera pedas itu, terdengar ketukan di rumahku. Mungkin Guanlin agaknya sebab dia risaukan aku kkk padahal dekat dalam kereta tadi tak habis habis suruh aku supaya jangan risaukan Dannie sebab dia nak belikan yang lain. Aku menolak tawaran Guanlin sebab Dannie bukan macam anjing yang biasa. Aku rasa gembira bila dengan Dannie. Aku terus membuka pintu walaupun bibirku masih merah dek penangan Samyang yang pedas itu.

 

Seorang lelaki terus meluru masuk sebaik sahaja aku membuka pintu. Ini..bukan lelaki yang pakai baju oversize aku pagi tadi ke?! Macam mana baju aku boleh ada kat dia? Apa kaitan dia dengan pencuri semalam? Ke dia yg pecah masuk rumah aku?!

 


HELOO GAISSSSSS

SORRY UPDATE LAMBAT SIKIT SEBAB HANTAR ADIK PASTU TETIBA WIFI TAKLEH CONNECT PULAK SAKIT JANTUNG ADMIN DIBUATNYA

THANK YOU SEBAB SUBSCRIBE COMMENT AND UPVOTE TU YG RASA TERSENTUH PULAK SEBAB AUTHOR TAKDE KEYAKINAN NK START WRITE UP BALIK TAPI KORANG BAGI SUPPORT TQ SO MUCH SWEET HEARTTSSSS 

 

KALAU KORANG MASUK RUMAH HANTU, KORANG JENIS YANG MACAM MANA?

A) JENIS MELONTARKAN HIGH NOTE SEMASA MENJERIT MACAM JISUNG

B) JENIS MENYANYI LAGU CERIA MACAM BAE JINYOUNG

C) JENIS RASA TERLAMPAU BANYAK DOSA DAN MEMINTA MAAF MACAM DAEHWI 

D) JENIS MELATAH DAN CAKAP BAHASA DIALEK MACAM DANIEL 

E) JENIS JATUH CINTA DAN TANPA SEGAN SILU MEMUJI SI HANTU MACAM JINHWAN 

HAHAHAHA AUTHOR B DAN E HAHAHAAHAHAHAHA <3 KECUALI HANTU TU BADUT JADI ADMIN SERAM HUHU

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
vaguememory
#1
Chapter 6: NAK SEQUEL AAAAAAAAA
vaguememory
#2
Chapter 5: wow comwlnyaaaa daniel time jadi puppy. Nak je aku cukur dia punya bulu wahahahah. Muka nesen wehh plus comel. Simple tapi aku faham jalan cita dia wehhh. eue
vaguememory
#3
Chapter 4: Wow tak sangka weh daehwi hang punya anak okno. Aku terkejut. Bila kawin ni brooo aigoo. Btw omg qnq irene, awt hang angau kat daniel awat curang dgn guanlinnnnn??? #jangantiruperangaiirene
vaguememory
#4
Chapter 3: Kalau aku pilihh satu paragraph gituu. Wehh buat la dialek busan tu dialek utagha. Sian hang kena tulis dialek busan setiap kali daniel dok cakap cakap xD

Btw lol baru tahu si irene dari busan woo.
vaguememory
#5
Chapter 2: Kalau aku masuk rumah hantu en, aku macam Hwasa mamamoo, aku belasah hantu tu sampai hantu tu jerit kesakitan. wkwkwkwkw

Sumber,
Yeomachinmoo showtime o/

Btw, comel je baju Irene yg daniel pakai aum grr
vaguememory
#6
Chapter 1: Hi authornim. Kata boleh bagi resipi en? Kat sini saya nk bagi resipi cara cara nk masak air.

Bahan bahan yang diperlukan adalah air dan cerek dan tempat masak iaitu dapur api.

Mula mula, tuang air dari pili ke dalam cerek. Lepas tu letak cerek atas dapur api. Bukak api jangan lupa lpas letak cerek.

Then tunggu sampai cerek bunyi and menggelegak. Then angkat cerek dialas dgn sapu tangan ke meja dan biarkan air sejuk.

Selamat mencuba!
kingbeta
#7
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
bigbangtanboys
#8
jjinjja...sumpah! cerita ni comel nak mampus. awak, serius saya suka cerita ni. awak buatkan saya rasa yang daniel dalam cerita ni memang comel tahap gaban. saya suka part yang bila irene balik ke rumah dan daniel tunggu untuk irene. huwah! saya suka sangat2 cerita ni. ^^
lilylunalove
#9
Chapter 5: Ya tohan muka Dannie the puppy tu sebijik gila dengan Daniel the Wanna One >.<
girly_
#10
Chapter 4: Jahat betul daniel curi fon Irene ! huh! >.< irene plak cam dh angau kt daniel.. soo... mcm mn dgn guanlin nnti T.T.... jaehwan ade gf? oh, i can't imagine it. hahaha!
btw, rajinkan update ye.. tak sabar nk bc yg seterusnya... asdfghjkl !!!