Chapter 4: 60 Second is Enough

You're Not My Puppy

“Guanlin oppaaaa~ Best tak kat China?” tanyaku kepada Guanlin melalui aplikasi video call Snow. Sambil menukar filter cermin mata bulat yang besar dia memberitahu aku bahawa kat China best kalau ada aku. Aku hanya tersenyum mendengar kata katanya. Aku rindu Guanlin tetapi apakan daya, dia sibuk mengusahakan syarikat milik keluarganya itu. Aku tersenyum lagi apabila mengenangkan kali pertama dia confess kat aku di sekolah menengah dulu. Waktu tu hujan, Daniel sanggup carikan loket peninggalan arwah nenek aku di padang sekolah. Aku dah banyak kali cari tetapi tak jumpa juga jadi aku menangis. Dengan rambut dan badannya yang basah lenjun, Daniel memberikan aku loket nenek yang dia jumpa sambil berkata “Ambil loket ni macam kau ambil hati aku. Aku suka kau.”. Waktu tu aku terkejut. Esok dua dua tak datang sekolah sebab demam. Aku tersenyum. Eh? Kenapa aku bayangkan Daniel as Guanlin?

“Kenapa senyum?” tanya Guanlin kepadaku. Aku hanya menggeleng. “Takde apa laa,” kataku selamba. “Laparlah, nak makan*dialek Busan*,” kata Daniel sambil duduk di sebelah aku. Hampir tercabut jantung aku dibuatnya. “ Bukanke baru lepas makan?” tanyaku aneh sebab baru sahaja tadi menjamah makanan. Aii cepat betul lapar. “Daniel-ah, Annyeong~(Hello)” tegur Guanlin kepada Daniel melalui Snow apps. “Oh, nae annyeong (Goodbye)*dialek busan*” kata Daniel lalu menamatkan video call aku dengan Guanlin dan membawa lari phone aku. WHAT THE FISH?

“Irene-ah, play with me! Aku nak perhatian kau. Jangan berikannya kat orang lain* dialek Busan*,” kata Daniel dari jauh sambil memegang erat handphone aku di tangannya lalu memulaskan punat pintu dan berlari keluar. APAKAH? YAHH DANIEL SINI KAU!

Ahh penatnya! Aku dah tak nampak kelibat Daniel. Aku pun tak tau aku kat mana. Langkahku tak stabil, kepalaku pening dek suasana kota yang sesak dan orang ramai di sekeliling. Aku berasa sungguh dahaga lalu singgah di sebuah café. Aku memeriksa kocekku. Hanya ada 5000 won. Cukupkah untuk membeli air dan membasahi tekak yang kering ini.

Suasana café itu sungguh aman dengan muzik klasik Mozart yang menenangkan. Seorang Barista menyambut aku dengan mesra. Oleh sebab otak aku masih tak boleh fuction sebab penat, aku jadi blur dengan apa yang aku nak pesan. “Umm, err, aaa..” kataku sambil memegang loket nenekku kerana terkial kial nak buat keputusan. Barista itu dari tadi Cuma memerhatikan gelagat aku. “Untuk perempuan semanis awak, saya suggest Caramel Macchiato?” kata barista yang bernametagkan Hoon itu. Aku hanya tersenyum sambil mengangguk. Setelah siap menyiapkan aku Caramel Macchiato, dia memberikannya kepadaku. Aku menghulurkan 5000 won yang aku ambil dari kocek seluarku namun dia menolak. “Nahh, my treat,” kata barista lelaki itu sambil mengenyitkan matanya kepadaku. Seyes mata dia sangat lawa macam cat eyes gitu. Tetapi mata Daniel lagi comel. AISHHH WAKE UP IRENE! KENAPA DOK FIKIRKAN LELAKI DANIEL YANG TAK JELAS ASAL USUL TU?

Setelah keluar dari café itu, aku berjalan pulang ke rumah. Aku benci dengan diri sendiri. Seolah apa yang berlaku sekarang ini sungguh salah tetapi rasa sungguh benar. Ya. Aku tak pasti dengan diri aku lagi. Semuanya jadi serabut setelah pemergian Dannie dan tak pasal pasal aku terpaksa membela lelaki yang mengaku dirinya dulu Dannie, anjing peliharaan aku. Tak cukup dengan menumpangkan rumah kepada Daniel, Aku tipu dengan teman lelaki aku sendiri cakap yang Daniel tu adik aku. Dan sekarang.. sekarang.. aku memberhentikan langkahku. Beberapa titik air mata aku jatuh ke atas kasut sneaker aku. Aku tak kuat nak mengaku benda itu. Aku perempuan jahat.

“Nah phone kau, dah jangan nangis aku main main je. Aku ikut kau dari tadi sebab wajah kau risau bila cari aku..aku rindu bila kau beri aku perhatian macam tu..macam dulu,” suara Daniel bisik perlahan di telingaku dan badanku didakapnya dengan erat.

 

Caramel Macchiato terlepas dari tanganku dan jatuh di jalan. “Badd Boy,” lafazku perlahan. Aku menolak dekapan Daniel dan merampas phone aku dari tangannya lalu segera masuk ke dalam rumah. Aku meninggalkan Daniel keseorangan di luar rumah.


“Yo Irene, free x malam ni? Jom ah join kitorang,” kata Jaehwan salah seorang classmate aku. “Haah Irene, lagipun kita boleh celebrate birthday Lisa dan celebrate dapat highest group work marks,” sambut Daehwi. Emm.. aku.. emm.. “Jom ah..aku tau kau stress an?” kata Jaehwan dan disambut dengan anggukkan dari Daehwi. “Aku nak join,” kata Bae Jinyoung dari belakang. Terkejut aku. “Daebak! The Great Baejin pun join,” kata Daehwi seolah tidak percaya. “Jom ah Irene,” ajak Baejin sambil menepuk bahuku secara tiba2 membuatkan aku melatah. “Ya! Aku pergi!,” kataku kepada mereka. Di dasar dalam hati aku, aku ingin lepaskan segala perasaan aku malam ini dengan tegukan soju. Sejak aku menolak Daniel, aku bersikap dingin kepadanya. Dia cuba memujuk aku namun semuanya aku tepis. Sebelum semuanya jadi lebih teruk, lebih baik aku lupakan segalanya.

Pada malam itu, setelah habis shift, aku bersiap untuk meet dengan member. Daniel tak habis habis menanya aku mahu ke mana namun aku hanya berdiam diri. Aku segera memakai kasut aku dan memegang punat pintu untuk keluar namun langkahku diberhentikan oleh Daniel. Dia menarik lengan kananku dan tangan kanannya diletakkan di pintu untuk memerangkap aku dalam dakapannya. Matanya tajam memerhatikan aku. Riak wajahnya sangat serious. “Jangan keluar malam ni, aku risaukan kau,” katanya membuatkan aku sedikit berdebar. “Kalau kau taknak jadi Bad Puppy, Boleh tak kau ketepi?” kataku sambil menolak lengan Daniel. Aku keluar dari rumah dan terus menguncikan pintu. Malam ni je aku minta untuk lepaskan segala kesedihan dalam diri aku. Esok akan jadi lebih baik.

Sesampainya aku di tempat meet up, Lisa dari jauh telah melambai aku. Aku tersenyum lalu berjalan menuju ke arah Lisa. “Assaaa! Irene dah sampai!” kata Daehwi dengan girangnya. Aku melihat Lisa, Daehwi, Baejin, Jaehwan dan dua orang yang aku tak berapa kenal. Seorang lelaki dan perempuan. Kejap.. lelaki itu lelaki barista yang serve aku tempoh hari. Patutlah macam kenal. Perempuan tu pulak siapa agaknya? “Ni girlfriend aku, Mihyun,” kata Jaehwan sambil tersipu malu. “Ni member aku, dia nk ikut so korang okay kan sebab lagi ramai lagi meriah,” kata Baejin sambil memeluk bahu lelaki barista itu. “Kita pernah jumpa kan sebelum ni? Saya Hoon,” kata lelaki itu sambil tersenyum menampakkan sepasang matanya yang cantik bak kucing parsi. “Saya Mihyun,” kata perempuan itu juga sambil tersenyum. Cantik macam seorang puteri. Mana ntah Jaehwan cari stok stok puteri raja macam dia huhu. Tiba tiba aku rindu… emm.

Kami makan bbq di sebuah restoran terkemuka di daerah itu. Kami berseronok dan bercerita mengenai diri masing masing. “Jom kita main satu game!” kata Jaehwan dengan ceria. “Game apa?” sambut Daehwi dengan muka tak sabar. Jaehwan mengangkat bahunya tanda tak pasti game apa yang ingin dimainkan. Ceh, acah je mamat ni aku babap kang. “Soju confession!” kata Lisa memberikan cadangan. “Ohh.. bagus gak game tu! Aku pernah main dengan geng Sungwoon, diorang pernah ceritakan benda lucu waktu sekolah tadika, seronok dohh,” kata Baejin. Aku ikutkan saja.

Botol soju diputarkan dan menunjukkan ke arah aku. “Irene ah, kau ada suka someone ke sekarang? Cepat jawab or kau kena minum soju ni!” kata Daehwi. “Emm..,” aku tak tahu nak cakap apa. Ada satu confession yang aku ingin beritahu tetapi aku masih belum bersedia jadi aku minum soju tu. “Eyye.. aku tak expect kau minum Soju tu sebab satu campus tau kau couple dengan Guanlin..buat apa nak rahsia lagi,” kata Jaehwan sambil disusuri dengan gelaknya yang galak. Aku hanya tersengih. Seterusnya terkena pada Lisa. “ Lisa-ah, kau rasa siapa paling handsome antara 4 orang lelaki kat meja ni? Or kau kena minum sojuuu~” kata Jaehwan disusuri dengan tumbukan manja dari Mihyun. “Hoon handsome, aku suka style dia” jawab Lisa malu malu. “Heol! Daebak! Tak pernah lagi visual aku dikalahkan” kata Baejin sambil melihat Hoon. Kami semua ketawa sahaja. Botol diputarkan dan kini tertunjuk ke arah Daehwi. “ Apa perasaan kau terhadap Eunhee (ex girlfriend Daehwi) or kau kena minum sojuu” tanya Baejin. Baejin pula baru couple dengan Eunhee tetapi kalau tak silap aku Daehwi tak pernah dendam sebab bagi dia semuanya salah dia. Daehwi merupakan seorang yang mulia Cuma Eunhee tak nampak semua tu. Daehwi banyak membantu dalam groupwork kami. Dia pandai tetapi Eunhee hanya nampak lelaki 4 flat poyo ni je. Kisah diorang tragik jugak lah. Somehow aku terasa relate dengan Eunhee. “Tak, aku dah lupakan dia,” kata Daehwi tersenyum lalu soju digapainya dan minum. “ Yah, kau takyah minum kot,” kata Jaehwan kepada Daehwi. “Oh takyah ek?” kata Daehwi sambil tergelak. Kami juga ikut tergelak. Kami bermain sampai lewat malam. Jaehwan dan Lisa mabuk jadi mereka pulang dahulu. Aku, Baejin, Daehwi dan Hoon pula pergi ke satu pusat karaoke. Daehwi yang ajak sebab dia rasa nak nyanyi lagu.

Sah. Mamat Daehwi ni still takleh lupakan Eunhee. Semua lagu yang dia pilih semua lagu sedih bhaii. Baejin pilih lagu rancak. Eloklah dua dua ni aku piat telinga sorang sorang baru tau. “Kau taknak nyanyi ke?” tanya Hoon kepadaku. “Emm.. aku.. aku.. tak berapa pandai nyanyi kot,” kataku tergagap gagap. “ Cubalah, mana tahu kau boleh masuk Produce 101 season 3 ke nanti,” katanya membuatkan aku tersenyum. Aku pilih lagu Eyes, Nose, Lips dari Taeyang. Lagu ni legend kot. Aku masih ingat Guanlin mainkan piano di bilik music dan aku nyanyikan lagu ini. Dia puji suara aku sedap. Apabila aku menyanyi, entah kenapa semua memori aku dengan Guanlin bertukar menjadi Daniel. Guanlin menjadi Daniel. Pecut Ferrari dengan Daniel, makan Patbingsu lepas sekolah dengan Daniel, semuanya Daniel. Air mata aku mengalir deras. Aku rasa aku dah tak dapat menahan perasaan aku. Aku hampir jatuh tetapi Hoon sempat sambut aku. “ Korang sambung dulu,” kata Hoon lalu membawa aku keluar dari bilik karaoke itu. Dia memberikan aku secawan kopi panas lalu aku meminumnya perlahan lahan. “ Kau okay tak ni?” kata Hoon kepadaku. “Aku.. okay..” kataku perlahan. Namun pandanganku menjadi kabur dan kepala aku pusing sangat. Aku dah tak boleh berfikir dengan waras lagi, semuanya jadi kelam. Aku rasa aku pitam di depan Hoon.


HOLA GUYSSS

AUTHOR NIM SIBUK DENGAN DAFTAR KOLEJ SUBJEK SEMUA UNTUK SEMESTER BARU NI HA

BELUM APA APA LAGI DAH DITENGGELAMI OLEH ASSIGNMENT YANG BANYAK HUHUHUHUHU

KEPADA YANG COMMENT, AUTHOR NIM SUNGGUHLAH TERHARU BACA COMMENT KORANG SEMUA.. YANG NAK TERGELAK PUN ADA.. THANK YOU SBB BUAT HARI AUTHOR NIM LEBIH CERIA AILOVECHUOLLS

KEPADA YANG TAK SUBSCRIBE JANGAN SEGAN SILU BERBUAT DEMIKIAN DAN COMMENTLAH APA APA PASAL CERITA INI HOHO

QUESTION OF THE DAY:

KORANG SUKA LAGU WANNA ONE YANG MANA AND SEBAB APA? :3

ENJOY READING OKAY!

CHAPTER 5 IS FINAL AND AUTHOR NIM AKAN CUBA UPLOAD DALAM HUJUNG MINGGU NI ATAU MINGGU DEPAN OKAYS <3

DAEHWI IS AUTHOR-NIM PUNYA DAUGHTER OKAYS ; U ; 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
vaguememory
#1
Chapter 6: NAK SEQUEL AAAAAAAAA
vaguememory
#2
Chapter 5: wow comwlnyaaaa daniel time jadi puppy. Nak je aku cukur dia punya bulu wahahahah. Muka nesen wehh plus comel. Simple tapi aku faham jalan cita dia wehhh. eue
vaguememory
#3
Chapter 4: Wow tak sangka weh daehwi hang punya anak okno. Aku terkejut. Bila kawin ni brooo aigoo. Btw omg qnq irene, awt hang angau kat daniel awat curang dgn guanlinnnnn??? #jangantiruperangaiirene
vaguememory
#4
Chapter 3: Kalau aku pilihh satu paragraph gituu. Wehh buat la dialek busan tu dialek utagha. Sian hang kena tulis dialek busan setiap kali daniel dok cakap cakap xD

Btw lol baru tahu si irene dari busan woo.
vaguememory
#5
Chapter 2: Kalau aku masuk rumah hantu en, aku macam Hwasa mamamoo, aku belasah hantu tu sampai hantu tu jerit kesakitan. wkwkwkwkw

Sumber,
Yeomachinmoo showtime o/

Btw, comel je baju Irene yg daniel pakai aum grr
vaguememory
#6
Chapter 1: Hi authornim. Kata boleh bagi resipi en? Kat sini saya nk bagi resipi cara cara nk masak air.

Bahan bahan yang diperlukan adalah air dan cerek dan tempat masak iaitu dapur api.

Mula mula, tuang air dari pili ke dalam cerek. Lepas tu letak cerek atas dapur api. Bukak api jangan lupa lpas letak cerek.

Then tunggu sampai cerek bunyi and menggelegak. Then angkat cerek dialas dgn sapu tangan ke meja dan biarkan air sejuk.

Selamat mencuba!
kingbeta
#7
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
bigbangtanboys
#8
jjinjja...sumpah! cerita ni comel nak mampus. awak, serius saya suka cerita ni. awak buatkan saya rasa yang daniel dalam cerita ni memang comel tahap gaban. saya suka part yang bila irene balik ke rumah dan daniel tunggu untuk irene. huwah! saya suka sangat2 cerita ni. ^^
lilylunalove
#9
Chapter 5: Ya tohan muka Dannie the puppy tu sebijik gila dengan Daniel the Wanna One >.<
girly_
#10
Chapter 4: Jahat betul daniel curi fon Irene ! huh! >.< irene plak cam dh angau kt daniel.. soo... mcm mn dgn guanlin nnti T.T.... jaehwan ade gf? oh, i can't imagine it. hahaha!
btw, rajinkan update ye.. tak sabar nk bc yg seterusnya... asdfghjkl !!!