Chapter 1: If I leave you, will you forget me?

You're Not My Puppy

Pada suatu zaman dahulu, tersebutlah sebuah kisah di sebuah negara yang terpencil. Negara tersebut dikuasai oleh seorang raja yang sangat ditakuti. Raja tersebut dikurniakan dua orang anak dimana anak sulungnya dinamakan Eugeon dan anak bongsunya dinamakan Jihoon.

Nak dijadikan cerita, raja itu mahu menabalkan putera sulungnya menjadi raja kepada negara terpencil itu namun ditentang oleh anak bongsunya. Anak bongsunya pantang kalah, sejak kecil lagi dia disayangi oleh raja dan permaisuri dan dia mahu takhta raja dari abangnya itu. Oleh kerana putera JIhoon tak dapat yakinkan raja agar jadikan dirinya raja, dia mempunyai muslihat tersendiri.

Putera Jihoon mengajak Putera Eugeon memburu di hutan. Sedang meraka beristirehat, Putera Jihoon memberikan air kepada Putera Eugeon yang kepenatan. Apabila Putera Eugeon meminum air itu, sesuatu yang menakjubkan berlaku!

Perlahan lahan, dirinya berubah menjadi seekor anjing berwarna putih. Maka tersengih sokmolah Putera Jihoon apabila rancangannya telah berjaya. Putera Jihoon segera meninggalkan anjing putih itu bersendirian di dalam hutan dan menuju ke istana. Putara Jihoon segera memberitahu si raja bahawa abangnya putera Eugeon telah mati dibaham harimau. Si raja enggan mempercayainya lalu segera disuruh hulubalang istana menyiasat perkara ini.

Hari demi hari, putera Jihoon dibelenggu rasa bersalah. Dirinya sendiri tidak tahu andai abangnya itu masih hidup. Timbul segelumit penyesalan di dalam dirinya lalu tanpa berfikir panjang, putera Jihoon segera meminum air jampi yang telah membuatkan abangnya menjadi seekor anjing! Putera Jihoon ingin lari dari rasa bersalahnya. Amatlah duka cita si raja setelah mendapat tahu perkara yang sebenarnya. Kini kedua dua orang puteranya telah hilang dari hidupnya.

 

Aku mengukirkan sebuah senyuman.

Hikayat dongeng yang arwah nenek cerita masih segar dari ingatanku.

Hikayat itu yang diceritakannya kepadaku bersama adikku supaya kami tak berdengki antara satu sama lain.

Kini genap 11 tahun nenek meninggalkan aku namun setiap detik bersama nenek masih segar di memoriku.

Aku menggenggam erat loket milik arwah nenek.

Nenek memberikan loket itu pada ulang tahun ke 10 aku.

Aku meletakkan jambangan bunga lili di pusara nenek dan mendoakan yang baik baik untuk roh nenek.

 

“Arwah nenek mesti orang yang terpenting untuk awak, kan?” kata Guanlin sambil duduk di sebelahku.

Guanlin segera melekapkan kedua dua belah tangannya dan menutup matanya untuk berdoa untuk arwah nenek.

Aku tersenyum melihat gelagat teman lelakiku itu.

 

“Oppa, malam ni oppa temankan dinner sekali tak? Jebal~” kataku sambil menjuihkan bibir.

Aegyolah kononnya tu.

Guanlin hanya tergelak sambil melihat aku.

“Nae, oppa temankan awak, jangan risau” kata Guanlin membuatku tersenyum.

 

Aku membuka pintu apartmen aku dan membuka lampu.

 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat rumahku bersepah macam kena pecah masuk!!

Aku segera mencari anjingku, Dannie yang aku tinggalkan di rumah.

Dannie merupakan anjing yang Guanlin belikan kepadaku agar aku tak berasa sunyi bila tinggal seorang diri.

Aku sayang dengan Dannie.

Dannie teman aku belajar sampai lewat malam, teman aku makan bila Guanlin sibuk dengan kerja, simply put Dannie just buat aku tersenyum.

Dannie hilang tetapi ada kesan kotoran di lantai, langsir terjatuh dan almari pakaianku selerak.

 

 

Guanlin memelukku.

“ It’s okay oppa dah call tuan rumah ni report apa yang berlaku. Dari apa yang oppa tengok, oppa rasa rumah kamu kena pecah masuk dengan Byuntae. It’s okay, oppa teman kamu malam ni.” kata Guanlin.

Guanlin segera membetulkan balik langsir rumahku yang terjatuh tadi.

Aku mengelap lantai yang kotor seterusnya melipat kain yang berselerak di bilikku.

 

“ Irene-ah, check kalau ada barang yang hilang, kita boleh laporkan esok” kata Guanlin kepadaku lalu menuju ke dapur.

“ Nae,” jawabku sambil memeriksa apa yang yang hilang.

Cuma anjingku dan baju oversize dengan jeans aku je yang hilang.

Pelik jugak.

Nak curi pun curi lah laptop ke, tablet ke, tv ke. Amatur kot pencuri tu.

Aku segera menuju ke dapur untuk memberitahu Guanlin.

 

Mukaku menjadi semakin suram apabila teringatkan Dannie.

Dannie bukan macam anjing biasa, bila dia dengan anjing yang lain, dia lebih banyak menyendiri dan hanya main dengan aku. Senyuman dia, seekan menyinari hidupku dan menceriakan lagi hariku.

Aku rindukan dia huhu.

Guanlin hanya tersenyum lalu dia memegang pipiku lembut.

“Esok lepas kuliah kita cari Dannie eh?” kata Guanlin lalu mengacau makanan yang dimasaknya.

Aku memeluk pinggang Guanlin erat.

Aku bersyukur sebab ada boyfriend yang ambil berat macam Guanlin.


 

THANKS SEBAB BACA FIRST CHAPTER NI HUHUHU LOVE YAHHHHH

ESOK TAKLEH UPDATE SBB NAK KENA HANTAR ADIK MAYBE HARI ISNIN OR SELASA AUTHOR-NIM UPDATE LAGIIII

SEJUJURNYA BEST KALAU ADA NAMJA CHINGU MACAM GUANLIN SORT LIKE OPPA STYLE 

GUANLIN SEBAYA ADIK AUTHORNIM AND AND AND AND HE IS TOOO YOUNGGGGG!!

AKJDHASDHAKSHDLA

HOPE U GUYS ENJOY! 

JANGAN LUPA SUBSCRIBE AND COMMENT 

NK BAGI PENDAPAT KE, NAK SEMBANG DENGAN AUTHOR-NIM KE, NAK BAGI RESIPI KE, AUTHORNIM SENTIASA TERBUKA HATI :')

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
vaguememory
#1
Chapter 6: NAK SEQUEL AAAAAAAAA
vaguememory
#2
Chapter 5: wow comwlnyaaaa daniel time jadi puppy. Nak je aku cukur dia punya bulu wahahahah. Muka nesen wehh plus comel. Simple tapi aku faham jalan cita dia wehhh. eue
vaguememory
#3
Chapter 4: Wow tak sangka weh daehwi hang punya anak okno. Aku terkejut. Bila kawin ni brooo aigoo. Btw omg qnq irene, awt hang angau kat daniel awat curang dgn guanlinnnnn??? #jangantiruperangaiirene
vaguememory
#4
Chapter 3: Kalau aku pilihh satu paragraph gituu. Wehh buat la dialek busan tu dialek utagha. Sian hang kena tulis dialek busan setiap kali daniel dok cakap cakap xD

Btw lol baru tahu si irene dari busan woo.
vaguememory
#5
Chapter 2: Kalau aku masuk rumah hantu en, aku macam Hwasa mamamoo, aku belasah hantu tu sampai hantu tu jerit kesakitan. wkwkwkwkw

Sumber,
Yeomachinmoo showtime o/

Btw, comel je baju Irene yg daniel pakai aum grr
vaguememory
#6
Chapter 1: Hi authornim. Kata boleh bagi resipi en? Kat sini saya nk bagi resipi cara cara nk masak air.

Bahan bahan yang diperlukan adalah air dan cerek dan tempat masak iaitu dapur api.

Mula mula, tuang air dari pili ke dalam cerek. Lepas tu letak cerek atas dapur api. Bukak api jangan lupa lpas letak cerek.

Then tunggu sampai cerek bunyi and menggelegak. Then angkat cerek dialas dgn sapu tangan ke meja dan biarkan air sejuk.

Selamat mencuba!
kingbeta
#7
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
bigbangtanboys
#8
jjinjja...sumpah! cerita ni comel nak mampus. awak, serius saya suka cerita ni. awak buatkan saya rasa yang daniel dalam cerita ni memang comel tahap gaban. saya suka part yang bila irene balik ke rumah dan daniel tunggu untuk irene. huwah! saya suka sangat2 cerita ni. ^^
lilylunalove
#9
Chapter 5: Ya tohan muka Dannie the puppy tu sebijik gila dengan Daniel the Wanna One >.<
girly_
#10
Chapter 4: Jahat betul daniel curi fon Irene ! huh! >.< irene plak cam dh angau kt daniel.. soo... mcm mn dgn guanlin nnti T.T.... jaehwan ade gf? oh, i can't imagine it. hahaha!
btw, rajinkan update ye.. tak sabar nk bc yg seterusnya... asdfghjkl !!!