Chapter 5: I Will Protect You

You're Not My Puppy

Aku membuka mataku perlahan. Hari dah pagi tetapi di manakah aku? Aduh, satu badan aku rasa sakit. Apa yang berlaku semalam? Eh? Kenapa aku diikat? Sini? Aku berada di bilik kosong di sebuah rumah usang? Apakah ini semua? Mana Hoon?!

 

Seseorang datang ke dalam bilik. Aku menarik lafas lega. Hoon melihat aku sambil menggenggam something di tangannya. “Hoon-ah, tolong lepaskan aku, kita lari dari sini, aku takut,” kataku kepada Hoon. Mungkin selepas aku pitam, kami kena kidnap. Aku membuat andaian sendiri. Hoon merenung aku tajam dengan sepasang matanya yang cantik. Dia bergerak ke arah aku namun tidak sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya. Aku menjadi tidak selesa dan takut.

Hoon mencengkam leherku erat dan menunjukkan rantai loket pemberian nenek aku. MACAM MANA DIA BOLEH? “Kenapa benda ni tak berkesan? Huhh?!” kata Hoon dengan kasar sekali dan leherku dicekiknya perlahan lahan. Aku tersentak dan takut. Air mataku mengalir di pipi. Aku tak dapat bernafas. “Mungkin aku kena bunuh kau kot, baru benda ni berkesan dan menjadi milik aku,” kata Hoon dengan dingin. Aku tak faham dengan apa yang dikatakan Hoon. Berkesan apa? Itu Cuma loket pemberian arwah nenek aku! Aku sayang sangat loket tu!

 

Pintu bilik kami dipecahkan. Aku hampir tidak percaya. Daniel menceroboh masuk dan menumbuk pipi Hoon dengan padu. Hoon membalas serangan Daniel dengan tendangan. Hoon membalas lagi dengan tumbukan menyebabkan pipi Daniel lebam. Daniel membalasnya dengan menendang menumbuk pipi Hoon lagi namun sempat dielak. Hoon berubah menjadi musang. Aku terkejut. Adakah dia pun macam Daniel? Animagus..? Hoon terus menggigit bahu Daniel menyebabkan bahu Daniel berdarah. Daniel cuba berubah namun tidak berjaya. Hoon mencakar belakang Daniel menyebabkan ada tompukan darah di bajunya. Aku tak sanggup melihat lagi. Daniel menendang perut Hoon kasar. Hoon terjatuh di ceruk bilik. Daniel menumbuk Hoon bertubi tubi menyebabkan Hoon menjadi lemah dan terbaring di sudut bilik walaupun pelbagai yang dilakukannya untuk menyerang kembali serangan Daniel. Daniel bangun dan menuju ke arah aku. Loket pemberian arwah nenek itu dipakaikan kembali di leher aku. “ Ambil loket ni macam mana kau ambil hati aku *dialek Busan*,” kata Daniel di telingaku. Ikatan aku di kerusi itu dileraikan. Aku segera memeluk Daniel.

“Irene-ah, aku suka kau sejak pertama kali aku lihat kau. Aku tak pernah tertarik dengan orang lain macam mana aku tertarik dengan kau. Aku nak jaga kau dan lindungi kau sampai bila-bila. Semuanya akan jadi baik baik saja. Percayalah aku *dialek Busan*,” kata Daniel lembut kepadaku.

 

“Aku.. aku pun sukakan kau Daniel! Aku rasa aku dah gila! Aku tak sepatutnya sukakan kau tetapi aku suka. Aku sukakan kau!” kataku kepadanya.

 

Ya. Aku dah luahkan segalanya. Aku dah ada Guanlin tapi masih sukakan Daniel. Daniel tu Cuma anak anjing yang aku bela je. Aku memang dah gila. Aku Cuma ikutkan hati aku pada waktu itu.

 

Daniel mendekati mukaku dan mencium bibirku. Aku membalas ciumannya dan mengeratkan dakapanku dengannya. Terdengar bunyi kayu kayu bergerak di belakang Daniel. Susuk tubuh Hoon manusia bangun dari ceruk bilik dan senjata api di koceknya diacukan di belakang kepala Daniel.

 

Aku meleraikan ciuman Daniel dan ingin menolak Daniel ketepi namun Hoon telah pun menarik punat pistol. BBANGG!!

 

Aku terkejut. Satu susuk tubuh jatuh di hadapanku. Peluru terkena kepadanya menyebabkan dirinya cedera parah. Darah mengalir laju keluar dari tubuhnya. Hoon menjadi takut, pistol di tangannya terjatuh ke bawah. Dia melarikan diri keluar dari bilik usang itu. Air mataku mengalir deras. Aku segera mendapatkan lelaki yang cedera itu.

 

Guanlin.

 

“Oppa..apa oppa buat kat sini?” air mataku mengalir deras. Daniel yang berada di sisiku mengambil phone Guanlin dan memberikannya kepadaku. “Call doctor cepat *dialek Busan*,” katanya kepadaku. Aku segera menelefon talian kecemasan.

 


 

“Oppa,oppa okay ke?” kataku risau bila terlihat Guanlin membuka matanya. Guanlin tertembak di bahagian lengan namun doktor kata tak usah risau kerana Guanlin akan beransur pulih. Guanlin melihat aku sambil tersenyum. “ Eyy.. kenapa muka kau sedih macam ni,” katanya sambil mengesat air mata yang jatuh di pipiku. “Yah! Oppa kata lagi beberapa hari oppa balik tetapi kenapa balik awal?” kataku geram dengannya. Kalaulah Guanlin tak balik awal, dia takkan cedera macam ni. “Oppa.. saja je..” katanya kepadaku seolah memendam suatu rahsia. “Apa yang saja je? Cakap cepat kat Irene!” kataku kepada Guanlin dengan tegas. Guanlin duduk dan sandar di katilnya seolah olah ingin menceritakan sesuatu. Dia merenung ke arahku dan senyumannya terukir. LAGILAH AKU TAK FAHAM PERANGAI SEORANG NI.

“Irene, kita kawan macam biasa je nak?” katanya membuatkan jantungku hampir terhenti. Takkanlah.. dah empat tahun aku dengan Guanlin dan tetiba dia nak putus? Apakah ini semua?! Aku mengerutkan dahiku. “Oppa, kalau pasal kiss tu, Irene minta maaf..Irene-“ kataku terhenti bila Guanlin meletakkan jari telunjuknya di bibirku. “ Oppa sayangkan Irene macam kawan baik, sebab itu oppa selalu ada dengan Irene..Oppa dah tahu semuanya,” katanya ringkas. “Ingat waktu first oppa jumpa Daniel? Oppa siasat pasal latar belakang lelaki itu dan dia bukan lelaki biasa.” Kata Guanlin membuatkan aku curiga.

“Lelaki itu lelaki jadian, oppa tahu bila siasat mengenai latar belakang syarikat oppa dan ada gambar Daniel di satu ruang lama di office Shanghai.. Daniel ataupun Eugeon memonopoli saham syarikat oppa sebab hampir semua modal merupakan daripada peninggalan kekayaan Putera Eugeon pada zaman dulu.. Putera Eugeon yang Irene ceritakan pada oppa dulu adalah Daniel dan Putera Jihoon itu adalah Hoon,” terang Guanlin dengan panjang lebar.

“Huh? Takkanlah,” kataku perlahan. “ Selepas oppa tahu Daniel anjing jadian, oppa masih risau jadi oppa video call Irene untuk pastikan semuanya selamat.. tetapi benda lagi complicated dari itu bila oppa siasat pasal Jihoon dan dendamnya, bila dapat tahu ada benda yang tak kena, oppa terus book flight balik dan track Irene melalui apps tracker yang kita download dulu tu,” katanya lagi.

“Tapi..tapi apa kaitan lagenda tu dengan Irene?” tanyaku aneh. Guanlin menunjukkan kepada loket pemberian arwah nenek aku. “Kau generasi ke 11 selepas kehilangan Raja Daniel dan menurut cerita, sumpahan Raja Daniel dan Putera Jihoon dapat dihentikan andai menjadi pemilik loket istimewa itu,” kata Guanlin lagi. “Maksud oppa macam dia tak bertukar menjadi anjing lagi?,” tanyaku inginkan kepastian. Guanlin mengangguk. “Bukan itu sahaja, hidupnya tidak abadi lagi dan dia boleh merasa kematian macam manusia biasa.. sumpahan living for eternitynya telah lenyap,” terang Guanlin lagi. Aku cuma mengangguk perlahan. “ Irene-ah, pergilah dengan Daniel, Oppa rasa dia lagi sesuai dari oppa sebab oppa rasa kita tak lebih dari kawan baik yang selalu support each other,” kata Guanlin sambil mengusutkan rambutku. Aku tersenyum.

 

Aku memberi ruang untuk Guanlin berehat. Kakiku menuju ke arah wad Daniel. Pintu dibuka dan aku masuk ke dalam. Daniel melihat aku dan bibirnya terukir senyuman. Vshape nya masih membuatkan aku cemburu. “Oh, dah sampai? Guanlin okay tak?*dialek busan*” tanya Daniel.

“Dia okay, awak okay ke?” tanyaku kepada Daniel.

“Kalau bagi poppo mungkin lagi cepat sembuh kot*dialek busan*,” katanya sambil tergelak ceria.

Dah pandai tease aku sekarang. Aku memberikan ciuman di pipinya membuatkan dia tersenyum sampai ke telinga.

“Oh, Daniel-ah,macam mana kau tahu aku ada kat rumah usang tu? And, camne kau boleh tahu accent Busan? Kalau betul apa yang Guanlin cakap, Hoon ani, Jihoon dengan awak adik beradik tetapi kenapa Jihoon tak cakap dialek Busan?” tanyaku berpadu padu kepada Daniel.

Jujur aku masih celaru dan terkejut dengan semua peristiwa ini.

“Aku tahu kau ada kat rumah usang tu sebab aku guna hidung aku track kau. Aku ingat bau perfume kau dan … okay sorry aku pecahkan tingkap bilik untuk keluar cari kau..aku dapat tahu kau dalam bahaya.. perasaan aku cakap macam tu… kalau sebab dialek Busan pula, aku selalu dengar kau telefon mak dan adik kau yang tinggal di Busan waktu aku jadi anjing perliharaan kau dulu.. aku suka dialek itu lalu aku mimic dialek itu perlahan lahan.. Woojin kan nama adik kau? Aku nak jumpa keluarga kau satu hari nanti *dialek busan*,” sambungnya lagi kepadaku.

Dia memegang erat tangan aku.

“Aku cintakan kau sepenuh hati aku dan aku tahu kau juga ada rasa yang sama, jadi.. jadi Permaisuri puteri aku? *dialek Busan*” katanya membuatkan pipiku berona merah.

“Eung,” kataku perlahan sambil mengangguk tanda setuju.

Daniel tersenyum lalu pipiku dipegang oleh kedua tapak tangannya walaupun berbalut dengan bandage.

“Squishynya kau ni *dialek Busan*” katanya kepadaku.

“Kau nak apa huh?,” tanyaku.

“Jilat muka kau boleh? *dialek Busan*” kata Daniel kepadaku sambil tersenyum comel.

“Kau bukan anjing peliharaan aku lagi, kau boyfriend aku, sila behave,” kataku kepadanya disusuri gelak tawa kami.


HELLO GAISSSSSS

OKAY FINAL CHAPTER DONE!!

CAMNE? BEST X CERITA NI? 

SUDILAH SUBSCRIBE AND COMMENTS

MUAH MUAH MUAH MUAH~

HAHAHAHAHA

NAK X AUTHOR-NIM BUAT SAMBUNGAN CERITA NI? MCM SEQUEL? 

NAK X? :3

Daniel bila jadi Dannie

KKEUT~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
vaguememory
#1
Chapter 6: NAK SEQUEL AAAAAAAAA
vaguememory
#2
Chapter 5: wow comwlnyaaaa daniel time jadi puppy. Nak je aku cukur dia punya bulu wahahahah. Muka nesen wehh plus comel. Simple tapi aku faham jalan cita dia wehhh. eue
vaguememory
#3
Chapter 4: Wow tak sangka weh daehwi hang punya anak okno. Aku terkejut. Bila kawin ni brooo aigoo. Btw omg qnq irene, awt hang angau kat daniel awat curang dgn guanlinnnnn??? #jangantiruperangaiirene
vaguememory
#4
Chapter 3: Kalau aku pilihh satu paragraph gituu. Wehh buat la dialek busan tu dialek utagha. Sian hang kena tulis dialek busan setiap kali daniel dok cakap cakap xD

Btw lol baru tahu si irene dari busan woo.
vaguememory
#5
Chapter 2: Kalau aku masuk rumah hantu en, aku macam Hwasa mamamoo, aku belasah hantu tu sampai hantu tu jerit kesakitan. wkwkwkwkw

Sumber,
Yeomachinmoo showtime o/

Btw, comel je baju Irene yg daniel pakai aum grr
vaguememory
#6
Chapter 1: Hi authornim. Kata boleh bagi resipi en? Kat sini saya nk bagi resipi cara cara nk masak air.

Bahan bahan yang diperlukan adalah air dan cerek dan tempat masak iaitu dapur api.

Mula mula, tuang air dari pili ke dalam cerek. Lepas tu letak cerek atas dapur api. Bukak api jangan lupa lpas letak cerek.

Then tunggu sampai cerek bunyi and menggelegak. Then angkat cerek dialas dgn sapu tangan ke meja dan biarkan air sejuk.

Selamat mencuba!
kingbeta
#7
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
bigbangtanboys
#8
jjinjja...sumpah! cerita ni comel nak mampus. awak, serius saya suka cerita ni. awak buatkan saya rasa yang daniel dalam cerita ni memang comel tahap gaban. saya suka part yang bila irene balik ke rumah dan daniel tunggu untuk irene. huwah! saya suka sangat2 cerita ni. ^^
lilylunalove
#9
Chapter 5: Ya tohan muka Dannie the puppy tu sebijik gila dengan Daniel the Wanna One >.<
girly_
#10
Chapter 4: Jahat betul daniel curi fon Irene ! huh! >.< irene plak cam dh angau kt daniel.. soo... mcm mn dgn guanlin nnti T.T.... jaehwan ade gf? oh, i can't imagine it. hahaha!
btw, rajinkan update ye.. tak sabar nk bc yg seterusnya... asdfghjkl !!!