Chapter 1: If I leave you, will you forget me?
You're Not My PuppyPada suatu zaman dahulu, tersebutlah sebuah kisah di sebuah negara yang terpencil. Negara tersebut dikuasai oleh seorang raja yang sangat ditakuti. Raja tersebut dikurniakan dua orang anak dimana anak sulungnya dinamakan Eugeon dan anak bongsunya dinamakan Jihoon.
Nak dijadikan cerita, raja itu mahu menabalkan putera sulungnya menjadi raja kepada negara terpencil itu namun ditentang oleh anak bongsunya. Anak bongsunya pantang kalah, sejak kecil lagi dia disayangi oleh raja dan permaisuri dan dia mahu takhta raja dari abangnya itu. Oleh kerana putera JIhoon tak dapat yakinkan raja agar jadikan dirinya raja, dia mempunyai muslihat tersendiri.
Putera Jihoon mengajak Putera Eugeon memburu di hutan. Sedang meraka beristirehat, Putera Jihoon memberikan air kepada Putera Eugeon yang kepenatan. Apabila Putera Eugeon meminum air itu, sesuatu yang menakjubkan berlaku!
Perlahan lahan, dirinya berubah menjadi seekor anjing berwarna putih. Maka tersengih sokmolah Putera Jihoon apabila rancangannya telah berjaya. Putera Jihoon segera meninggalkan anjing putih itu bersendirian di dalam hutan dan menuju ke istana. Putara Jihoon segera memberitahu si raja bahawa abangnya putera Eugeon telah mati dibaham harimau. Si raja enggan mempercayainya lalu segera disuruh hulubalang istana menyiasat perkara ini.
Hari demi hari, putera Jihoon dibelenggu rasa bersalah. Dirinya sendiri tidak tahu andai abangnya itu masih hidup. Timbul segelumit penyesalan di dalam dirinya lalu tanpa berfikir panjang, putera Jihoon segera meminum air jampi yang telah membuatkan abangnya menjadi seekor anjing! Putera Jihoon ingin lari dari rasa bersalahnya. Amatlah duka cita si raja setelah mendapat tahu perkara yang sebenarnya. Kini kedua dua orang puteranya telah hilang dari hidupnya.
Aku mengukirkan sebuah senyuman.
Hikayat dongeng yang arwah nenek cerita masih segar dari ingatanku.
Hikayat itu yang diceritakannya kepadaku bersama adikku supaya kami tak berdengki antara satu sama lain.
Kini genap 11 tahun nenek meninggalkan aku namun setiap detik bersama nenek masih segar di memoriku.
Aku menggenggam erat loket milik arwah nenek.
Nenek memberikan loket itu pada ulang tahun ke 10 aku.
Aku meletakkan jambangan bunga lili di pusara nenek dan mendoakan yang baik baik untuk roh nenek.
“Arwah nenek mesti orang yang terpenting untuk awak, kan?” kata Guanlin sambil duduk di sebelahku.
Guanlin segera melekapkan kedua dua belah tangannya dan menutup matanya untuk berdoa untuk arwah nenek.
Aku tersenyum melihat gelagat teman lelakiku itu.
“Oppa, malam ni oppa temankan dinner sekali tak? Jebal~” kataku sambil menjuihkan bibir.
Aegyolah kononnya tu.
Guanlin hanya tergelak sambil melihat aku.
“Nae, oppa temankan awak, jangan risau” kata Guanlin membuatku tersenyum.
Aku membuka pintu apartmen aku dan membuka lampu.
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat rumahku bersepah macam kena pecah masuk!!
Aku segera mencari anjingku, Dannie yang aku tinggalkan di rumah.
Dannie merupakan anjing yang Guanlin belikan kepadaku agar aku tak berasa sunyi bila tinggal seorang diri.
Aku sayang dengan Dannie.
Dannie teman aku belajar sampai lewat malam, teman aku makan bila Guanlin sibuk dengan kerja, simply put Dannie just buat aku tersenyum.
Dannie hilang tetapi ada kesan kotoran di lantai, langsir terjatuh dan almari pakaianku selerak.
Guanlin memelukku.
“ It’s okay oppa dah call tuan rumah ni report apa yang berlaku. Dari apa yang oppa tengok, oppa rasa rumah kamu kena pecah masuk dengan Byuntae. It’s okay, oppa teman kamu malam ni.” kata Guanlin.
Guanlin segera membetulkan balik langsir rumahku yang terjatuh tadi.
Aku mengelap lantai yang kotor seterusnya melipat kain yang berselerak di bilikku.
“ Irene-ah, check kalau ada barang yang hilang, kita boleh laporkan esok” kata Guanlin kepadaku lalu menuju ke dapur.
“ Nae,” jawabku sambil memeriksa apa yang yang hilang.
Cuma anjingku dan baju oversize dengan jeans aku je yang hilang.
Pelik jugak.
Nak curi pun curi lah laptop ke, tablet ke, tv ke. Amatur kot pencuri tu.
Aku segera menuju ke dapur untuk memberitahu Guanlin.
Mukaku menjadi semakin suram apabila teringatkan Dannie.
Dannie bukan macam anjing biasa, bila dia dengan anjing yang lain, dia lebih banyak menyendiri dan hanya main dengan aku. Senyuman dia, seekan menyinari hidupku dan menceriakan lagi hariku.
Aku rindukan dia huhu.
Guanlin hanya tersenyum lalu dia memegang pipiku lembut.
“Esok lepas kuliah kita cari Dannie eh?” kata Guanlin lalu mengacau makanan yang dimasaknya.
Aku memeluk pinggang Guanlin erat.
Aku bersyukur sebab ada boyfriend yang ambil berat macam Guanlin.
THANKS SEBAB BACA FIRST CHAPTER NI HUHUHU LOVE YAHHHHH
ESOK TAKLEH UPDATE SBB NAK KENA HANTAR ADIK MAYBE HARI ISNIN OR SELASA AUTHOR-NIM UPDATE LAGIIII
SEJUJURNYA BEST KALAU ADA NAMJA CHINGU MACAM GUANLIN SORT LIKE OPPA STYLE
GUANLIN SEBAYA ADIK AUTHORNIM AND AND AND AND HE IS TOOO YOUNGGGGG!!
AKJDHASDHAKSHDLA
HOPE U GUYS ENJOY!
JANGAN LUPA SUBSCRIBE AND COMMENT
NK BAGI PENDAPAT KE, NAK SEMBANG DENGAN AUTHOR-NIM KE, NAK BAGI RESIPI KE, AUTHORNIM SENTIASA TERBUKA HATI :')
Comments