Chapter 7

Rantai Takdir Kita
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Kyungsoo memerhatikan penampilannya buat terakhir kali melalui pantulan cermin satah sebelum melangkah keluar daripada biliknya. Mudah-mudahan bengkak matanya tidak terlalu ketara pagi ini. Malas dia mahu bersoal jawab dengan ibu bapanya di pagi hari jika disoal siasat mereka. Tidak mahu orang tuanya menghidu sebarang perubahan pada dirinya. Langkahnya diatur kemas menuruni tangga terus ke ruang makan. Kelihatan adik dan bapanya sudah sedia di meja makan. Ibunya pula masih di dapur membancuh kopi. Matanya disajikan nasi goreng panas yang pasti sedap hasil masakan ibunya yang elok terletak di atas meja. Kecur liurnya melihat sarapan pagi itu. Setelah ibunya melabuhkan punggung bersama mereka, barulah sarapan pagi bermula.

 

Kyungsoo terus berlalu ke tadika selesai sahaja bersarapan. Mindanya melayang entah ke mana sepanjang perjalanan ke tempat kerjanya. Sungguh dia benci akan perasaannya sendiri tika ini. Dia tidak mahu kembali menjadi dia yang dahulu. Entah berapa kali sudah dia memarahi diri sendiri tetapi sangkar memorinya tetap juga mahu memainkan peristiwa 8 tahun yang lalu. Tidak, dia harus menanam perasaan benci buat lelaki itu. Lelaki yang telah membuat dia berputus asa untuk membina hubungan baru kerana trauma lama masih belum pulih sepenuhnya. Satu nama yang seharusnya tidak pantas meniti di bibirnya dan dipuja puja. Dia masih miliki harga diri.

 

Perjalanan ke tempat kerjanya terasa singkat dek kerana fikirannya yang sedari tadi memikirkan perkara yang seharusnya tidak dia ambil pusing lagi. Sekiranya lelaki itu masih mahukannya, pasti dirinya sudah lama dicari lelaki itu. Namun, kenyataannya tidak. Jika tidak kerana bapanya, pasti dia masih tidak tahu keberadaan bekas suaminya itu kini. Benar-benar menyakitkan hati sahaja mengenangkan lelaki itu.

 

Kelihatan tadika itu sudah hampir penuh dengan pelajar-pelajar. Ada juga yang baru sahaja sampai dihantar oleh orang tua mereka. Dia hanya tersenyum manis kepada pelajar pelajar tadika apabila disapa mesra oleh mereka. Tanpa berlengah lagi, Kyungsoo terus ke bilik rehat guru untuk meletakkan beg sandangnya. Kemudian, dia berlalu ke ruang belajar memandangkan waktu pembelajaran dan pengajaran bakal bermula 10 minit lagi. Suasana riuh di dalam kelas sudah jelas kedengaran menerobos masuk ke telinganya.

 

"Semua, tolong duduk di tempat masing-masing. Jangan bising" arah Kyungsoo sambil melihat ke sekeliling kelas. Pelajar-pelajar yang berkerumun di belakang kelas perlahan-lahan kembali ke tempat duduk masing masing. Kelihatannya kehadiran hari ini turut penuh. Sebentar kemudian, guru tadika itu memasuki kelas untuk memulakan sesi pengajarannya. Seperti biasa, Kyungsoo akan berada di belakang kelas, memastikan anak-anak yang lain memberi sepenuh perhatian dan melakukan kerja yang diarahkan. Kebiasaannya, pagi begini mereka masih lagi mendengar kata. Jadi, tidak sukar untuk mengawal pelajar pelajar di situ. Namun, hal itu tidak akan sama ketika selepas rehat, di mana mereka sudah mempunyai tenaga setelah kekenyangan. Waktu itu, barulah kyungsoo terpaksa menggunakan tenaganya untuk memastikan mereka tidak bermain di sekeliling kelas.

 

Kyungsoo menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis melihat Seungkwan yang tersengguk-sengguk mendengar Puan Choi Sooyoung mengajar di hadapan kelas. Comel sungguh si cilik yang dalam keadaan mengantuk itu. Begitulah si kecil Seungkwan setiap pagi. Pasti tersengguk-sengguk bagai burung belatuk. Terkadang, terdetik di hatinya untuk memiliki anak sendiri. Pastinya indah memiliki keluarga kecil sendiri. Namun, dia cepat-cepat tersedar. Kenangan lama cukup mengajarnya untuk lebih berhati hati dalam memilih pasangan. Sebenarnya, dia sendiri belum bersedia untuk bersama dengan mana mana lelaki dalam hidupnya. Dia takut untuk mempunyai komitmen lagi dan tidak pasti sama ada masih adakah insan yang sudi menerima keadaannya ini. Dia pernah berkahwin di usia muda dan ditinggalkan. Masih layakkah dia untuk bergandingan dengan mana-mana pangeran? Dia gelak sendiri. Tidak mahu dia membina dongeng lagi jika akhirnya akan membawa kedukaan lagi. Cukuplah dia sudah menderita selama ini. Perhubungan yang pertama itu bakal menjadi yang terakhir dalam hidupnya.

 

Setelah diceraikan pagi itu pada 8 tahun yang lalu, dia terus berpindah semula ke rumah ibu bapanya. Sebaik sahaja dia menutup pintu rumah Jongin, dia mahu menutup pintu hatinya buat mana-mana lelaki untuk satu tempoh yang dia sendiri tidak tahu. Sebaik sahaja dia meninggalkan kawasan kondominium mewah milik Jongin, dia berazam untuk tidak membawa segala kenangan bersama lelaki itu dengannya. Semua itu telah ditinggalkan di rumah bekas suaminya. Bukan mudah untuk ibu bapanya menerima bahawa satu-satunya anak lelaki mereka telah dipermainkan. Baran bapanya mengambil masa lebih sebulan untuk surut sehingga hampir-hampir sahaja bapanya berhenti kerja daripada syarikat milik ayah Jongin. Namun, atas dasar persahabatan yang sudah lama terjalin, bapanya masih bertahan di syarikat itu.

 

Acap kali kata-kata maaf meniti di bibir ayahnya setelah dia ditinggalkan Jongin. Kata bapanya, dia menyesal kerana tindakan melulunya itu untuk mempersatukan Kyungsoo dan Jongin menyebabkan masa depan anaknya tergadai. Ibunya pula sering kali terlihat menitiskan air mata dalam diam kerana perkara yang amat digeruni wanita itu akhirnya benar-benar berlaku. Jika mampu dia putarkan masa kembali, dia pasti mahu mengubah takdir hidupnya. Tapi, dia sedar hal itu melangkaui kemampuan manusia biasa. Dia hanya mampu menerima dan menelan takdir yang telah tertulis untuknya. Hidup haruslah diteruskan. Sampai bila dia mahu mengenang kisah hidupnya yang lalu sedangkan perjalanannya masih panjang lagi. Biarlah kisah-kisah lalu dikuburkan di halaman halaman sebelumnya. Kini, dia berada di halaman baru, hidup baru dengan azam yang baru.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bhcy0506
#1
Chapter 1: My first attempt on reading a Malay mpreg kaisoo fic hehe! Gonna read more really soon! Good job for finishing! ♡
mpreggoland
#2
Chapter 21: uwaaaaaaaaaa dah habis T_T
happy ending! ending yg perfect sekali! *thumbs up*
thanks utk citer yg menarik ni! sy btul2 terhibur ^^
xsabar utk citer awk yg lain sbb sy suka cara penceritaan awk...
mpreggoland
#3
Chapter 20: Chapter 17: wah Jongin dah lamar Kyungie...terharu plak huhu
Selamat Hari Raya utk awk juga ^^
wonderfullbuble #4
Chapter 20: Sedihnya dah nak habis cerita ni. Best sgt cerita ni.. ?
Ha180502Na
#5
Chapter 19: omo saya boleh bayangkan taeoh punya bebel tu mcm mana AAAA comellnyeeeerrrrr ! btw , jongin, jgn hampakan kyungsoo please
mpreggoland
#6
Chapter 19: sy harap diorg kembali bersama...
mpreggoland
#7
Chapter 18: Taeoh sakit apa, yer?
nasib dia okay...
hope KaiSoo back together...i hope
mpreggoland
#8
Chapter 17: wah, awk update juga! thanks!
oo begitu citernya...hmm
Jongin ada peluang sbb Kyungsoo masih cintakan dia...i hope~