Chapter 8

Rantai Takdir Kita
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Suasana riuh di dalam kelas ketika anak-anak murid di situ bertungku lumus menyiapkan origami berbentuk burung dan hati. Setelah Puan Sooyoung menunjukkan cara untuk menghasilkan origami tersebut, pelajar-pelajar tersebut mula menghasilkan origami masing-masing. Setiap pelajar kelihatan bersungguh mahu menghasilkan origami yang sempurna dan cantik. Ada yang menggeleng kepala kerana origami yang dihasilkan kelihatan aneh dan ada yang meloncat kegembiraan melihat hasil usahanya menjadi. Kyungsoo hanya menggelengkan kepalan melihat gelagat mereka.

 

Kemudian, dia mencari Taeoh yang sedari tadi tidak kelihatan. Pandangannya terhenti di belakang kelas di mana Taeoh hanya memandang kertas origami yang diedarkannya tadi. Dia kemudiannya mendekatkan diri kepada anak kecil itu.

 

“Taeoh, kenpa tak mula lagi buat? Tengok, kawan awak ramai yang dah siap. Awak tak nak buat ke origami cantic macam tu? Awak nak buat bentuk apa? Meh, cikgu ajarkan” Kyungsoo cuba memujuk anak kecil itu. Jika tidak, pasti Taeoh tidak akan mula membuat origami. Namun, hampa. Anak kecil imut itu hanya static sahaja di tempat duduknya.

 

“Taeoh, cepat bagitau cikgu nak buat bentuk apa. Nanti kalau dah siap, Taeoh boleh tunjuk dekat Omma dengan Appa kamu. Mesti diorang suka dan sayang Taoeh” ucap Kyungsoo lagi.

 

“Betul Appa akan suka dan sayang Taeoh kalau Taeoh buat ni?” soal Taeoh mengundang senyum di wajah Kyungsoo kerana akhirnya anak itu mahu mendengar katanya. Dia segera menganggukkan keplaanya.

 

“Saya nak buat bentuk love, cikgu. Saya nak Appa tahu yang saya sayang Appa” ujar Taeoh dengan wajah yang polos.

 

Tanpa membuang masa, Kyungsoo segera mengambil sehelai kertas origami lalu menunjukkan demo kepada Taeoh. Anak kecil itu melihat setiap pergerakan tangannya dengan tekun sebelum membuatnya sendiri. Kyungsoo tersenyum puas melihat Taeoh begitu tekun membut origami berbentuk hati. Dia kemudian berlalu melihat pelajar-pelajar yang lain.

 

Seketika kemudian, Puan Sooyoung mengarahkan semua pelajar kembali ke tempat duduk masing-masing untuk sesi pembentangan hasil origami yang dihasilkan sebentar tadi. Pelajar-pelajar yang sebentar tadi berkumpul di meja guru dan di belakang kelas segera berlari – lari anak kembali ke tempat duduk sendiri sambal tersenyum puas dengan hasil origami mereka.

 

“Taeoh, cikgu nak kamu ke depan dan ceritakan kamu buat origami bentuk apa” arah guru itu sambal tersenyum manis kea rah Taeoh.

 

Kyungsoo segera mendapatkan Taeoh yang masih tidak berganjak daripada tempat duduknya.

 

“Taeoh, tu cikgu panggil. Kamu ke depan ya sekejap. Bagitau kat kawan-kawan kamu buat love ni untuk Appa dan Omma kamu” pujuk Kyungsoo sambil menarik lembut tangan anak kecil itu yang hanya menundukkan muka sedari tadi. Semua fokus kini pada Taeoh yang hanya static di tempat duduknya.

 

“Nanti cikgu bagi kamu gula-gula kalau kamu ke depan” pujuk Kyungsoo lagi. Taeoh memandang wajahnya seakan-akan mahu kepastian lalu Kyungsoo menganggukkan kepalanya. Taeoh pula lambat-lambat bangkit dari kerusi dan berjalan ke hadapan, di mana Puan Sooyoung sudah sedia menunggu.

 

“Bagitau kat kawan-kawan, ni bentuk apa” arah Puan Sooyoung.

 

“Ini love. Taeoh buat love ni untuk Appa sebab Cikgu Kyungsoo kata kalua Taeoh buat ni, Appa akan happy. Taeoh nak Appa happy” ujar Taeoh dengan suara yang agak perlahan namun cukup un

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bhcy0506
#1
Chapter 1: My first attempt on reading a Malay mpreg kaisoo fic hehe! Gonna read more really soon! Good job for finishing! ♡
mpreggoland
#2
Chapter 21: uwaaaaaaaaaa dah habis T_T
happy ending! ending yg perfect sekali! *thumbs up*
thanks utk citer yg menarik ni! sy btul2 terhibur ^^
xsabar utk citer awk yg lain sbb sy suka cara penceritaan awk...
mpreggoland
#3
Chapter 20: Chapter 17: wah Jongin dah lamar Kyungie...terharu plak huhu
Selamat Hari Raya utk awk juga ^^
wonderfullbuble #4
Chapter 20: Sedihnya dah nak habis cerita ni. Best sgt cerita ni.. ?
Ha180502Na
#5
Chapter 19: omo saya boleh bayangkan taeoh punya bebel tu mcm mana AAAA comellnyeeeerrrrr ! btw , jongin, jgn hampakan kyungsoo please
mpreggoland
#6
Chapter 19: sy harap diorg kembali bersama...
mpreggoland
#7
Chapter 18: Taeoh sakit apa, yer?
nasib dia okay...
hope KaiSoo back together...i hope
mpreggoland
#8
Chapter 17: wah, awk update juga! thanks!
oo begitu citernya...hmm
Jongin ada peluang sbb Kyungsoo masih cintakan dia...i hope~