Epilog

Rantai Takdir Kita
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Bunyi jam loceng yang berbunyi menganggu lena manusia yang sedang lena diulit mimpi di atas katil. Jongin yang terdengar jam loceng membingitkan itu dengan pantas mengambil jam loceng itu sebelum menekan punat untuk mendiamkan benda kecil itu. Matanya masih belum dicelikkan kerana perasaan mengantuk masih kuat menguasai diri. Setelah menutup jam loceng itu dia mahu kembali lena sambil memeluk insan yang sedang tidur di sebelahnya. Jongin mencelikkan matanya melihat Kyungsoo yang seperti tidak terganggu sedikitpun dengan bunyi nyaring daripada jam loceng sebentar tadi. Lelaki itu kelihatan tenang sahaja seperti tiada apa-apa yang mengganggu lenanya.

 

‘Penat barangkali’ detik hatinya. Perasaan bersalah menyerbu diri Jongin kerana membiarkan ‘isteri’nya itu berjaga sehingga tengah malam menunggunya pulang daripada kerja. Kebelakangan ini, Jongin sering pulang lewat malam memandangkan syarikatnya sedang menjayakan sebuah projek besar. Sudah berulang kali dia memesan kepada Kyungsoo untuk tidak menunggunya namun, Kyungsoo tetap sahaja berdegil. Setiap kali dia pulang ke rumah, pasti matanya akan menangkap susuk tubuh Kyungsoo yang sedang menahan kantuk menunggunya di ruang tamu. Apabila melihat perangai Kyungsoo yang satu itu, hatinya selalu terdetik betapa bertuahnya dia dapat memiliki Kyungsoo sekali lagi sebagai pendamping hidupnya.

 

“Terima kasih, sayang” ucapnya perlahan dengan suara serak-serak menandakan dia baru bangun tidur sambil menatap wajah Kyungsoo. Kim Jongin tidak tahu berapa juta kali dia harus mengucapkan terima kasih kepada Kyungsoo sebagai balasan kerana lelaki itu sudi memberinya satu lagi peluang kepada hubungan mereka. Dia juga amat berterima kasih kerana Kyungsoo menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ‘isteri’ dan ibu kepada Taeoh dengan begitu baik sekali. Hubungan mereka juga ada pasang surutnya selama mereka berkahwin namun, semuanya dapat dijalani bersama memandangkan mereka berdua sudah cukup matang untuk menanganinya.

 

Sudah tiga tahun mereka melayari bahtera perkahwinan dan sepanjang itu hanya satu perkataan yang mampu menggambarkan perasaannya. Bahagia. Ya, dia begitu bahagia dengan kehidupannya kini. Kehidupannya terasa seperti sudah lengkap. Tiada apa yang mahu dimintanya lagi. Senyuman menghiasi wajahnya melihat Kyungsoo yang kelihatan begitu sempurna di matanya. Kyungsoo sedikit pun tidak berubah seperti perkahwinan mereka dahulu. Lelaki itu akan sentiasa memasak untuknya dan Taeoh malah, masakan Kyungsoo berlipat kali ganda enaknya sekarang. Kemudian, tangannya mengusap lembut wajah insan yang sentiasa bertakhta di hatinya.

 

“Kenapa senyum-senyum ni? Muka saya kelakar ke tengah tidur?” soal Kyungsoo sambil menggosok-gosok kedua-dua belah matanya seperti yang sentiasa dia lakukan setiap kali bangun tidur.

 

Kelihatannya, Jongin sudah terlalu terbuai dengan keindahan yang berada di hadapannya ini sehingga tidak tersedar Kyungsoo sudah pun terjaga. Mereka berdua kini sedang baring mengiring sambil menghadap satu sama lain. Jongin masih lagi menatap wajah Kyungsoo yang baginya sentiasa menawan dan cukup untuk membuatkan jantungnya berdegup pantas seperti kali pertama dia melihat lelaki itu 11 tahun yang lalu. Getaran itu masih sama seperti dia mula-mula jatuh cinta kepada Kyungsoo.

 

“Saya tengah berfikir betapa bertuahnya saya sebab jadi manusia pertama yang sayang lihat sebaik sahaja sayang buka mata setiap pagi” ucap Jongin sambil tersenyum manis mengundang tawa Kyungsoo.

 

“Ada-ada jelah awak ni. Mimpi apa malam tadi? Dahlah saya nak pergi buat breakfast. Awak pergi siap-siap dan jangan lupa kejut Taeoh” arah Kyungsoo sebelum bangkit dari katil menuju ke dapur.

 

Inilah rutinnya setiap hari semenjak dia berkahwin dengan Kim Jongin 3 tahun lalu. Paginya akan bermula dengan dia berperang di dapur menyiapkan sarapan pagi buat suami dan anaknya, Taeoh. Kyungsoo sudah pun berhenti kerja 2 tahun lepas atas nasihat Jongin dan dia hanya menurut sahaja. Kelihatan Taeoh yang sudah lengkap berpakaian untuk ke sekolah menapak menuju ke meja makan ketika dia sedang menghidang sarapan pagi yang sudah siap dimasak.

 

“Pagi, Taeoh” ucap Kyungsoo.

 

“Pagi, omma” ucap Taeoh. Anak itu sendiri yang mahu menggelarnya ‘omma’ setelah dia dan Jongin dipersatukan. Kyungsoo hanya mampu tersenyum bangga setiap kali Taeoh memanggilnya dengan gelaran itu. Kadangkala, dia masih meragui adakah dia sudah menjadi orang tua yang baik buat Taeoh?

 

Kemudian, dia mula berlalu untuk membuat omelette, sarapan wajib keluarga kecil itu. Namun, entah mengapa dia terasa mual apabila bau telur itu mula menusuk ke dalam hidungnya tetapi dia cepat-cepat mengawal ekspresi wajahnya apabila terasa pinggangya dirangkul seseorang dari belakang. Dia tidaklah berasa terlalu terkejut kerana dia sudah tahu benar gerangan yang suka mengganggunya di dapur.

 

“Jongin, duduk kat meja makan. Saya nak hidang ni” ucap Kyungsoo yang cuba melepaskan rangkulan suaminya yang sudah lengkap berpakaian pejabat.

 

“Alah, nak manja-manja dengan sayang pun tak boleh” jawab Jongin dengan nada yang berbaur rajukan. Kyungsoo hanya tergelak mendengar hal itu seterusnya menggelengkan kepalanya. Jongin kadangkala berperangai lebih manja dengannya berbanding Taeoh.

 

“Nanti awak lambat sampai office. Pergi duduk makan dengan Taeoh tu”

 

“Yelah” akhirnya Jongin mengalah. Barulah senang Kyungsoo mahu menyudahkan kerjanya di dapur. Omelette yang baru siap itu dibawa ke meja makan di mana suami dan anaknya sudah sedia menunggu untuk memulakan santapan pagi. Sarapan pagi mereka berjalan seperti biasa dengan Kyungsoo yang masih lagi cuba menahan mual yang semakin menyesakkan.

 

“Sayang, are you okay?” soal Jongin yang sedari tadi perasan akan kelainan pada raut wajah Kyungsoo. Lelaki itu seperti tidak senang duduk dan hanya menjamah sedikit sahaja makanan sedari tadi.

 

“Hah? Okay jelah” jawab Kyungsoo sambil tersenyum mahu meyakinkan suaminya bahawa dia tidak apa-apa. Dia tidak mahu suaminya khuatir akan dirinya. Bukan dia tidak tahu sikap overprotective Jongin yang semakin menjadi-jadi semenjak mereka berkahwin ini.

 

Setelah masing-masing selesai mengisi perut dengan sarapan, Jongin dan Taeoh bangkit menuju ke pintu utama rumah mereka. “Take care, sayang” pesanan yang sentiasa diucapkan Jongin setelah memberi sebuah ciuman di kepalanya sebelum berangkat ke pejabat. Kyungsoo hanya meganggukkan kepalanya sebelum melambaikan tangan ke arah suami dan anaknya sehingga mereka hilang di balik pintu.

 

 

 

***

 

 

 

Sudah seminggu berlalu dan masih tiada perubahan. Dia sering berasa mual setiap pagi dan tidak enak badan sejak kebelakangan ini. Dia mahu memastikan adakah firasatnya ini betul atau tidak namun entah mengapa dia terlalu takut untuk mengetahuinya. Untung sahaja suaminya masih tidak mengetahui perubahan pada dirinya semenjak kebelakangan ini. Dia masih lagi ragu-ragu haruskah dia menggunakan alat ujian kehamilan yang sentiasa tersimpan rapi di dalam laci mejanya itu? Bersediakah dia untuk menerima keputusannya? Dia sendiri tidak tahu adakah dia mengharapkan kehadiran nyawa baru dalam tubuhnya atau tidak.

 

Akhirnya, Kyungsoo menapak ke arah meja kecil yang berada di sudut biliknya lalu mengambil beberapa jenis alat ujian kehamilan yang tersimpan di dalam laci meja itu. Dengan langkah yang diiringi degupan jantung yang semakin laju berdetak, Kyungsoo menapak masuk ke dalam bilik air. Dia hanya mengikut arahan yang tertulis di dalam setiap kotak alat ujian kehamilan itu. Ini bukanlah kali pertama dia menggunakan alat itu sepanjang 3 tahun perkahwinannya dengan Kim Jongin. Setelah selesai, Kyungsoo menanti dengan penuh debaran di dada. 5 minit terasa seperti bertahun lamanya. Sesungguhnya, dia sendiri tidak dapat menebak keputusan apa yang diharapnya.

 

Setelah yakin 5 minit telah berlalu, dia mengambil salah satu alat ujian kehamilan yang terletak elok di atas sinki. Tidak puas dengan keputusan alat itu, dia melihat kesemua alat ujian kehamilan yang dia gunakan tadi dan semuanya menunjukkan keputusan yang sama. Debaran di jantung kian terasa setelah otaknya berjaya memproses kenyataan yang baru sahaja dilihat. Dia kemudiannya berlalu keluar daripada bilik air dan melabuhkan punggung di atas katil empuknya. Masih berlegar-legar di mindanya akan keputusan kesemua alat ujian kehamilan sebentar tadi.

 

Positif.

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bhcy0506
#1
Chapter 1: My first attempt on reading a Malay mpreg kaisoo fic hehe! Gonna read more really soon! Good job for finishing! ♡
mpreggoland
#2
Chapter 21: uwaaaaaaaaaa dah habis T_T
happy ending! ending yg perfect sekali! *thumbs up*
thanks utk citer yg menarik ni! sy btul2 terhibur ^^
xsabar utk citer awk yg lain sbb sy suka cara penceritaan awk...
mpreggoland
#3
Chapter 20: Chapter 17: wah Jongin dah lamar Kyungie...terharu plak huhu
Selamat Hari Raya utk awk juga ^^
wonderfullbuble #4
Chapter 20: Sedihnya dah nak habis cerita ni. Best sgt cerita ni.. ?
Ha180502Na
#5
Chapter 19: omo saya boleh bayangkan taeoh punya bebel tu mcm mana AAAA comellnyeeeerrrrr ! btw , jongin, jgn hampakan kyungsoo please
mpreggoland
#6
Chapter 19: sy harap diorg kembali bersama...
mpreggoland
#7
Chapter 18: Taeoh sakit apa, yer?
nasib dia okay...
hope KaiSoo back together...i hope
mpreggoland
#8
Chapter 17: wah, awk update juga! thanks!
oo begitu citernya...hmm
Jongin ada peluang sbb Kyungsoo masih cintakan dia...i hope~