Chapter 17

Rantai Takdir Kita
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Bunyi ketikan jari di papan kekunci dan suara manusia berbual membincangkan soal kerja memenuhi segenap ruang di pejabat. Setiap pekerja memberi fokus seratus peratus kepada kerja masing-maing. Tiada seorang pun yang curi tulang atau berani untuk mencuba melakukan hal itu. Begitu juga dengan Kyungsoo yang ketika ini sedang bertungkus-lumus membuat kerjanya. Pandangannya langsung tidak dikalihkan daripada skrin komputer. Setelah agak sekian lama hanya duduk menegak di atas kerusi, Kyungsoo menggeliat bagi melonggarkan otot-otot badan yang sudah lenguh.

 

Jam di tangan dikerlingnya sebentar. 15 minit lagi sebelum waktu makan tengah hari tiba.

 

“Luhan, kau makan kat mana lepas ni?” soalnya kepada rakan sekerja yang duduk bersebelahan dengannya. Lelaki yang memiliki kulit putih itu serta-merta mengalihkan pandangannya untuk memandang Kyungsoo.

 

“Tak tahu lagi sebab Sehun tak cakap apa-apa lagi” jawab Luhan. Sehun merupakan suaminya yang turut bekerja di SkyHigh. Mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan beberapa bulan yang lalu. Luhan dan Sehun merupakan antara pasangan yang agak popular di syarikat mereka kerana masing-masing mempunyai rupa paras yang sangat tampan. Tidak peliklah jika ada beberapa kakitangan di syarikat itu yang menangis apabila mengetahui mereka bakal berkahwin.

 

Hampir bergegar juga satu syarikat apabila kecoh berita itu kerana semua begitu terkejut. Luhan dan Sehun sebelum ini memilih untuk merahsiakan percintaan mereka menyebabkan ramai yang terkejut dengan berita perkahwinan pasangan itu.

 

“Kenapa tanya? Tak makan dengan kekasih hati ke harini?” soal Luhan pula dengan senyuman nakal yang tersungging di mulutnya.

 

“Kekasih hati? Aku mana ada sesiapa” balas Kyungsoo sambil memukul lembut tangan Luhan.

 

“Beb, satu office ni dah kecoh kau dengan bos kita ada something. Tinggal korang nak announce je. Obvious sangat tau, beb. Dah seminggu ni lunch sama-sama. Kau tak tahu betapa ramai staff yang patah hati sebab kau yang dapat bos” usik Luhan lagi diiringi gelak kecil.

 

Kyungsoo yang mendengar kata-kata rakan sekerjanya hanya mampu terdiam. Dia seharusnya lebih berhati-hati memandangkan Kim Jongin bukan pekerja biasa sepertinya. Pasti ramai staf yang sibuk berbicara soalnya dan Jongin. Hal ini yang paling mahu dia elakkan. Dia tidak mahu menjadi buah mulut orang di pejabat apatah lagi soal hubungannya. Dia dan Kim Jongin saat ini masih belum ada apa-apa hubungan selain daripada hubungan majikan dan pekerja – atau mungkin hanya dia yang berfikiran seperti itu.

 

Sudah seminggu sejak dia meminta Jongin untuk membuktikan bahawa cinta lelaki itu hanya untuknya. Dan sejak itu juga hampir setiap hari Jongin akan mengajaknya makan tengah hari bersama. Walaupun dia cuba menolak namun, lelaki itu akan terus memaksa dan mengugut mahu menariknya sendiri di mejanya. Dia fikir dengan bertemu Jongin di luar pejabat, dia mampu mengelakkan diri daripada tertangkap daripada dilihat sesiapa namun kelihatannya tidak. Hari ini pula dia tidak keluar makan tengah hari dengan Jongin kerana lelaki itu mempunyai hal lain.

 

Dia dapat lihat usaha Jongin untuk mendapatkan hatinya semula namun, entah mengapa dia masih memerlukan masa untuk mempercayai lelaki itu.

 

“Mengelamun apa kau ni? Teringat kekasih hati ke?” usik Luhan dengan sengihan di wajahnya.

 

“Mana ada!” dengan bersungguh dia menafikan hal itu sambil menggelengkan kepalanya.

 

“Yelah tu, Kyungsoo. Jomlah lunch. Sehun cakap dia ada kerja sikit so tak sempat nak lunch dengan aku” ucap Luhan dan kemudian mereka berdua mula menapak menuju ke lif.

 

 

 

***

 

 

 

Ketukan di pintu biliknya kedengaran ketika Kyungsoo baru sahaja selesai memakai bajunya. Tanpa membuang masa lagi, dia terus membuka pintu biliknya. Kelihatan ibunya yang sedang berdiri di balik pintu untuk mengajaknya turun makan malam. Kyungsoo kemudiannya hanya membontoti langkah ibunya menuju ke ruang makan. Makan malam bersama keluarganya berlangsung seperti biasa. Tiada yang berbeza dengan hari-hari sebelumnya.

 

“Kyungsoo, lepas makan ni appa nak cakap sikit dengan kamu” ucap ayah Kyungsoo secara tiba-tiba. Dia hanya menganggukkan kepalanya dan pada yang sama dia turut tertanya-tanya perkara apa yang mahu dibincangkan ayahnya itu.

 

Selesai menjamu makan malam, Kyungsoo membantu ibunya mengemas meja makan seperti biasa. Setelah selesai semuanya, barulah dia menapak ke ruang tamu di mana ayahnya sedang khusyuk menonton televisyen. Dia memilih untuk melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan ayahnya. Sepi sahaja ruang di situ. Hanya kedengaran suara daripada televisyen memenuhi segenap ruang. Adiknya pula sudah lama menghilangkan diri ke dalam bilik setelah selesai makan malam. Tidak lama kemudian, kelihatan ibunya pula memasuki ruang tamu sambil menatang dulang. Secawan teh hangat diletakkan di hadapan ayahnya sebelum melabuhkan punggung di sisi Kyungsoo.

 

“Macam mana kerja so far?” soal ayahnya sambal menyisip teh buatan ibunya.

 

“Okay je. Tak ada masalah” jawab Kyungsoo jujur.

 

“Kamu dengan Jongin macam mana?” soalan ayahnya itu mengundang rasa terkejut yang hebat dalam diri Kyungsoo. Dia terus memandang wajah ayahnya yang masih tenang seperti tadi seperti tidak terkesan dengan soalan yang baru diutarakan.

 

“Apa maksud appa?”

 

“Appa tahu kamu kerja dengan Jongin” Kyungsoo kini benar-benar terkejut. Dia melihat ibunya yang berada di sisi.

 

“Macam ni, Kyungsoo. Jongin jumpa kami semalam. Dia datang minta maaf atas apa yang berlaku dulu” ucap ibunya pula. Kenyataan yang baru sahaja diucapkan ibunya benar-benar tidak disangkanya. Adakah ini bukti yang mahu ditunjukkan Jongin? Dengan datang menemui keluarganya?

 

“Firstly, Kyungsoo minta maaf sebab rahsiakan pasal Jongin. Kyungsoo takut appa marah dan suruh berhenti kerja. Then, pasal Jongin tu, dia memang datang nak minta maaf je ke?” soal Kyungsoo dengan suara yang perlahan. Senyap mengisi segenap ruang apabila ayahnya memilih untuk mendiamkan diri sebelum memulakan bicara.

 

“Dia ada bagitahu hajat dia untuk kembali pada kamu” ucap ayahnya serius. Ayahnya berjeda seketika sebelum meneruskan bicaranya.

 

“Kyungsoo, appa tak nak campur urusan kamu sebab appa rasa kamu dah cukup matang untuk buat keputusan sendiri. Sekarang ni, terserah pada kamu, kami turutkan sahaja. Tapi, tak bermakna appa dah maafkan Jongin sepenuhnya. Marah tu tak surut lagi. Appa hanya beri dia satu lagi peluang untuk dia buktikan” ucap ayahnya lagi. Kyungsoo yang mendengarnya benar-benar terkejut kerana reaksi ayahnya benar-benar di luar jangkaan. Lelaki tua itu kelihatan begitu tenang sahaja.

 

“Be… betul ke?” soal Kyungsoo sebelum merasakan pegangan tangan ibunya di lengannya sepert

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bhcy0506
#1
Chapter 1: My first attempt on reading a Malay mpreg kaisoo fic hehe! Gonna read more really soon! Good job for finishing! ♡
mpreggoland
#2
Chapter 21: uwaaaaaaaaaa dah habis T_T
happy ending! ending yg perfect sekali! *thumbs up*
thanks utk citer yg menarik ni! sy btul2 terhibur ^^
xsabar utk citer awk yg lain sbb sy suka cara penceritaan awk...
mpreggoland
#3
Chapter 20: Chapter 17: wah Jongin dah lamar Kyungie...terharu plak huhu
Selamat Hari Raya utk awk juga ^^
wonderfullbuble #4
Chapter 20: Sedihnya dah nak habis cerita ni. Best sgt cerita ni.. ?
Ha180502Na
#5
Chapter 19: omo saya boleh bayangkan taeoh punya bebel tu mcm mana AAAA comellnyeeeerrrrr ! btw , jongin, jgn hampakan kyungsoo please
mpreggoland
#6
Chapter 19: sy harap diorg kembali bersama...
mpreggoland
#7
Chapter 18: Taeoh sakit apa, yer?
nasib dia okay...
hope KaiSoo back together...i hope
mpreggoland
#8
Chapter 17: wah, awk update juga! thanks!
oo begitu citernya...hmm
Jongin ada peluang sbb Kyungsoo masih cintakan dia...i hope~