Chapter 6

Rantai Takdir Kita
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

 

8 tahun kemudian…..

 

Suara kanak-kanak memenuhi segenap ruang di situ. Ada yang sedang rancak berbual sesama sendiri, entah apa tajuk yang diketengahkan dan menjadi perbualan mereka. Ada yang sedang leka bermain permainan yang disediakan pihak tadika seperti lego. Tidak kurang juga sekumpulan kanak-kanak perempuan sedang duduk membaca buku. Kemudian, matanya mendarat pula pada seorang kanak-kanak lelaki yang hanya duduk sendirian di sudut ruang main itu. Anak kecil itu hanya memerhati rakan-rakan yang lain lincah bermain. Dia jatuh kesian pula pada anak kecil berwajah polos itu.

 

Beginilah suasana di tadika itu setiap kali waktu rehat bertandang. Anak-anak di sini akan membuat riuh dengan suara-suara mereka tidak kurang juga pekikan yang dilontarkan. Sudah hampir seminggu Kyungsoo menjadi pembantu di tadika itu sementara menunggu panggilan kerja. Dia tidak mahu menyia-nyiakan waktu lapangnya dengan tidak berbuat apa-apa. Cukuplah dia sudah berehat hampir sebulan setelah berjaya menggenggam segulung ijazah. Tambahan pula, dia senang dengan kerjanya sekarang, melayan kerenah anak-anak kecil yang menyenangkan hati. Terlupa seketika dia akan segala masalah yang membelenggu diri.

 

Matanya sedari tadi tidak lepas dariapada memandang anak kecil yang sedang duduk sendirian itu. Sudah lama dia perhatikan gerak-geri anak yang diberi nama Kim Taeoh itu. Sepanjang pemerhatiannya selama hampir seminggu itu, Taeoh sering menyendiri seakan-akan tidak mahu bersahabat dengan sesiapa pun. Dia juga kelihatan lebih gemar bersendirian lebih senang melihat rakan-rakan yang lain berseronok. Lantas, Kyungsoo mendekati anak kecil itu sebelum melabuhkan punggung bersebelahan Taeoh.

 

“Kenapa tak main dengan kawan-kawan?” soal Kyungsoo lembut sahaja cuba menarik perhatian Taeoh.

 

Anak kecil itu hanya diam melihatnya sebelum kembali memandang rakan-rakan yang lain. Tiada sepatah pun perkataan yang keluar daripada mulut anak itu. Menggeleng pun tidak, mengangguk apatah lagi.

 

“Nak main dengan cikgu tak?” soalnya lagi namun tetap tiada jawapan. Taeoh masih lagi leka merenung anak-anak yang lain bermain. Kemudian, Kyungsoo mengarahkan anak-anak yang lain untuk berhenti bermain dan mula mengemas memandangkan waktu rehat sudah hampir ke penghujungnya. Kedengaran rungutan daripada beberapa kanak-kanak di situ tanda mereka masih tidak puas bermain. Tidak kurang juga ada yang menayangkan wajah cemberut. Mahu sahaja dia mencubit pipi anak-anak itu yang gebu. Geram sungguh.

 

Senyuman sentiasa menghiasi wajahnya sepanjang dia bekerja di tadika itu. Kerenah anak-anak di situ benar-benar melucukan hati sewaktu sesi pembelajaran berlangsung. Tambah-tambah lagi sekiranya selepas waktu rehat. Kebanyakan daripada mereka mula menunjukkan kebosanan. Tidak kurang juga yang sudah letih akibat bermain pada waktu rehat tadi. Tugas Kyungsoo di situ ialah sebagai pembantu, jadi dia akan memastikan anak-anak di situ melakukan kerja yang diarahkan guru. Meskipun agak penat, Kyungsoo tetap senang dengan kerja barunya itu.

 

Kemudian, pandangannya mendarat lagi pada Kim Taeoh yang hanya diam mewarna lukisan. Tidak seperti rakan-rakannya yang lain, berbual sesama sendiri. Kyungsoo jadi penasaran mengenai anak kecil itu yang jarang sekali membuka mulut. Apa lagi mendengar suara si cilik itu. Panggilan guru tadika itu, Choi Sooyoung mematikan lamunannya mengenai anak kecil itu. Kyungsoo terus menghayunkan langkahnya ke meja guru yang terletak di hadapan kelas.

 

“Kyungsoo, edarkan kertas ni kepada budak-budak” arah wanita yang dalam lingkungan usia akhir 20-an itu. Kyungsoo menganggukan kepalanya sebelum mengedarkan kertas-kertas itu kepada semua anak-anak. Mungkin kertas itu merupakan kerja sekolah yang harus disiapkan pelajar tadika.

 

Selesai sahaja waktu persekolahan, Kyungsoo mula membersihkan sekitar ruang kelas itu. Beginiliah rutin hariannya. Pulang sahaja pelajar-pelajar tadika ke rumah, maka bermulalah sesi kemas-mengemas tadika itu oleh Kyungsoo. Selesai memastikan ruang mainan dan belajar telah siap dikemas dan bersih, barulah Kyungsoo beredar untuk pulang ke rumahnya. Dia berlalu ke bilik yang terletak bersebelahan ruang belajar di mana tempat dia dan guru di situ berehat.  Dia menggalas beg sandangnya sebelum melangkah keluar daripada kawasan tadika. Earphone dikeluarkan daripada beg sandangnya kemudian diletakkan kemas di telinga. Lagu kegemarannya dimainkan.

 

Sebelum pulang ke rumah, dia akan singgah sebentar di sebuah kafe untuk membeli minuman. Kafe yang menjadi titik tolak perubahan dalam hidupnya, Everlasting Café. Meskipun kafe ini banyak meninggalkan kenangan buatnya, tempat ini tetap menjadi kegemaran Kyungsoo. Selesai memesan White Chocolate Mocha yang sentiasa menjadi kegemarannya sedari dulu, dia melangkah keluar daripada kafe itu dan terus pulang ke rumah. Sebaik sahaja dia melangkah ke dalam rumah, bau masakan ibunya terus menusuk ke dalam hidung. Tanpa berlengah lagi, dia terus membersihkan badan memandangkan perutnya sudah rancak berbunyi minta diisi.

 

Kemudian, dia t

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 21: uwaaaaaaaaaa dah habis T_T
happy ending! ending yg perfect sekali! *thumbs up*
thanks utk citer yg menarik ni! sy btul2 terhibur ^^
xsabar utk citer awk yg lain sbb sy suka cara penceritaan awk...
mpreggoland
#2
Chapter 20: Chapter 17: wah Jongin dah lamar Kyungie...terharu plak huhu
Selamat Hari Raya utk awk juga ^^
wonderfullbuble #3
Chapter 20: Sedihnya dah nak habis cerita ni. Best sgt cerita ni.. ?
Ha180502Na
#4
Chapter 19: omo saya boleh bayangkan taeoh punya bebel tu mcm mana AAAA comellnyeeeerrrrr ! btw , jongin, jgn hampakan kyungsoo please
mpreggoland
#5
Chapter 19: sy harap diorg kembali bersama...
mpreggoland
#6
Chapter 18: Taeoh sakit apa, yer?
nasib dia okay...
hope KaiSoo back together...i hope
mpreggoland
#7
Chapter 17: wah, awk update juga! thanks!
oo begitu citernya...hmm
Jongin ada peluang sbb Kyungsoo masih cintakan dia...i hope~