004

I'm The Killer

AUTHOR POV

Nafasnya mulai tidak keruan. Hidungnya terasa pedih kerana air mulai perlahan-lahan memasuki hidungnya itu. Matanya cuba dibuka kecil. Pedih dan gelap. Nampaknya dia terperangkap di sini. Bekas lut sinar tersebut cuba diketuknya berkali-kali - berharap seseorang untuk menyelamatkannya. Tangan serta badannya diikat dengan rantai besi dan digantungkan pada sebuah tiang yang melintang. Badannya sekarang terendam di dalam bekas akuarium besar. Dia cuba membuka mulut - meminta pertolongan.

"T-to...long."

Krrekk~

Bunyi pintu dibuka menarik perhatiannya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Satu cahaya menerobos ke arah akuarium menyebabkan matanya silau. Dia sekali lagi cuba mengetuk-ngetuk bekas tersebut. Tiba-tiba, rantai besi yang diikat pada badannya ditarik ke atas membuatkan dia yang terikat bersama, turut ternaik ke atas. Akhirnya dia dapat menghirup udara semula. Dia tercungap-cungap - mencari nafas. Matanya masih lagi pedih kerana dia memaksa matanya untuk dibuka. Tanpa sengaja, anak matanya dapat menangkap bayangan yang datangnya dari cahaya tersebut. Seseorang yang dia sangat mengenali. Seseorang yang rapat dengannya.

"Ji...hyo."

Dipanggilnya dengan lemah kerana kepenatan berlawan di dalam air. Pada mulanya dia mengukirkan senyuman tapi selepas melihat lencana COP POLISnya ada pada tangan Jihyo, senyuman tadi mulai pudar. Jihyo pula tersenyum sinis.

"Kim Seokjin. Tak sangka pula yang kau ni polis. Kau ingat kau boleh tangkap aku dengan mudah? Tak boleh dan mustahil!"

"Jihyo, saya tak sangka yang awak dalang segala kerja ni. Awak kejam."

"Kau salah. Kau nak tahu perkara apa yang paling kejam? Kau...buatkan aku jatuh cinta. Polis dan penjahat mana boleh jatuh cinta."

Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"Aku tak tahu pun yang kau suka pada aku. Aku..."

Kata-kata Seokjin mati apabila melihat Jihyo mengisi peluru dalam pistol. Rupa-rupa barang yang dia keluarkan tadi ialah pistol. Air mata Jihyo mengalir perlahan.

"Aku...aku tak suka ada perasaan macam ni. Aku patutnya benci kau. Bukan suka. Aku patut hilangkan perasaan ni dengan...BUNUH KAU!"

"Jihyo,JANGAN!"

BBANNG!

 

 

 

 

 

 

SEOKJIN POV

"Woi,pondan. Bangunlah!"

Aku pandang sekeliling. Bilik aku. Bukan tempat yang kotor dan gelap tadi. Orang di depan aku,bukan Jihyo tapi Sandeul. Aku meraup muka aku. Syukurlah. 

"Pondan. Kau mengigau bising sangat. Aku dah cakap dah jangan baca buku pelik malam-malam. Kan padan muka."

Aku meluru ke arahnya lalu memeluknya gembira. Pipinya aku kucup banyak kali. Dia menolak aku.

"Thanks wegh! Kau dah selamatkan aku."

"Maknyah ni! Agak-agaklah! Kau mencemarkan pipi aku yang suci. Yuckk!"

Dia mengesat pipinya dengan t-shirt yang dipakainya. Geli agaknya. Dia berjalan menuju ke arah pintu sebelum keluar dari bilik aku. Aku hanya termenung memandang ke tingkap. Memikirkan mimpi tadi. Buku-buku yang aku pinjam dari perpustakaan, semua buku yang pernah dibaca Jihyo. Aku tak sangka yang aku akan mimpi sebegitu.

     Tapi kenapa aku perlu mimpi tentang Jihyo. Adakah mungkin kerana buku tersebut pernah dibaca Jihyo atau sebab aku terlalu mengesyaki Jihyo? Ah! Pening gila. Tapi kan...bagaimanakah agaknya kalau aku tak bangun tadi? Mungkin aku mati di dunia sebenar kerana mati terkejut. Kerana memang wujud pun kejadian seperti itu. Lucid dream dan Monkey dream. Mimpi yang sering orang terkena. Syukurlah kerana aku masih hidup.

"Woi! Cepat pergi sekolah lah! Dah pukul 8.30. Kau dah terlambat. Sempat lagi kau termenung."

Suara Jaehwan diluar mengejutkan aku.

"Sekolah? Oh! TIdak! Ken! Aku lupa!"

 

 

 

 

 

 

 

AUTHOR POV

"Nampaknya budak baru datang lambat ke sekolah. Woo."

Sindir Jimin sambil dia mengambil nama Seokjin. Joshua yang tadi terpinga-pinga menunggu arahan dari Jimin terus meluru ke arah seseorang yang sedang menyorong basikal ke dalam kawasan sekolah.

"Park Jisoo."

Mendengar saja namanya dipanggil, kepalanya segera ditundukkan. Nampaknya jodoh dia dengan denda memang kuat. Tak dapat nak dipisahkan. Seperti isi dan kuku lah katakan. Seokjin yang dari tadi menjadi pemerhati tersentak apabila Jimin berdehem. 

"Jangan termenung pula. Pergi berdiri sana. Angkat kerusi atas kepala. Tunggu sampai cikgu disiplin sampai. Don't cheat!"

Jimin mengingatkan kedua-dua pelajar tersebut. Seokjin memandang Jisoo dengan senyuman yang kelat. Dia masih lagi teringat dengan mimpinya itu. Namun lamunannya terhenti apabila Jisoo memulakan perbualan.

"Nampaknya awak seperti baru pertama kali kena denda bukan?"

Secara automatik, mata Seokjin memandang Jisoo apabila soalan itu ditujukan. Mata Jisoo bengkak. Mungkin sebab menangis. Fikir Seokjin.

"H-haah."

Seokjin mengangguk perlahan. Suasana janggal mulai menemani mereka sebelum Seokjin cuba untuk mencari topik semula.

"Jihyo...awak pula?"

"Saya? Kerap kali kena. Kalau tak kena tu, namanya ajaib."

Balas Jisoo sambil diselit tawa pada penghujung kata. Seokjin sekadar mendengar sambil memberi reaksi faham dengan jawapan Jisoo. Tiba-tiba matanya terdorong melihat seseorang yang melompat dari pagar - memasuki sekolah. Seseorang yang dia sangat kenal.

"Yah! Jung Hoseok! Mana kau nak lari?"

Hoseok memberi pandangan tajam. Walaupun dia sekarang ni memakai penutup muka namun kelibatnya senang untuk dicam oleh semua kawannya termasuk Seokjin. Tapi tak lupa juga pengawas.

"Aku tahu mesti kau nak mengelat. Pergi join budak dua orang tu."

Jimin menulis nama Hoseok sebelum menolaknya ke arah Seokjin dan Jisoo. Jisoo menundukkan kepalanya. 

"Hoseok, kau okey tak?"

Seokjin menyoal kerana pelik melihat Hoseok memakai topeng muka. Hoseok mengangguk perlahan.

"A-aku...okey."

Suaranya serak menjawab pertanyaan Seokjin. Hoseok berdiri di sebelah Seokjin dan memulakan dendanya. Seokjin melihat dengan muka kesian.

"Kalau kau tahu yang kau demam, kenapa kau datang juga. Nanti makin teruk jadinya."

"Aku tahu tapi aku kena juga datang."

Mata Hoseok dilarikan ke arah Jisoo yang masih menunduk memandang tanah. Dia kembali memandang ke hadapan.

"Aku.."

Hoseok terbatuk. Jisoo yang tadi menunduk terus memandang ke arah Hoseok. Hoseok memegang dadanya. Terasa sakit.

"Oppa. Gwenchana?"

Jihyo cuba mencari sesuatu dari dalam beg Hoseok. Satu botol ubat dikeluarkan. Air bekal Jisoo diberikan kepada Hoseok. Dua pil ubat diserahkan ke tangan Hoseok. Hoseok segera makan ubat tersebut. Seokjin hanya memerhati. Mukanya berkerut melihat situasi di depannya.

"Korang berdua ni, dah lama kenal ke?"

 

 

BERSAMBUNG

 

 

913 patah perkataan

Hai korang. Nak beritahu, rajin-rajinkan diri tu untuk komen. Rindu nak baca komen korang. Sedih apabila cerita ni macam tak dapat sambutan je. -3- By the way,harap korang dapat support cerita saya yang lain. Bye \\\\\(^o^)///////

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 4: update lah lagi ...tak sabar nak baca..fighting authornim!
Inajspirit #3
Chapter 4: Please update soon!!
Can't wait to read your story :)
Daisy6960 #4
Chapter 4: Cerita yang menarik :) Update lagi ye penulis....
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 3: wuishhh..ngerinya Seungcheol dibunuh.....tapi saya suka HAHAHAHHAHH//evil laugh//
kenapa Hoseok bersikap dingin dgn adik dia?? kesian Jihyo TT
Thanks 4 updating authornim!!! Hwaiting!
im waiting 4 the next mysterious chapter~~~
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 2: haish....jjinja? sape pembunuh ni??huhuhhhhuu // i feel u ketua jung... hahahha//
daebak! //thumbs up// penuh dengan misteri dan emosi... lol
keep updating! im so curious...
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 1: Daebak! Tak sabar nak baca chapter seterusnya.! fighting authornim!
ainkookie_99 #8
Wahh..mention nma kita..ahaha..wc..