002

I'm The Killer

KETUA JUNG

Aku mencapai gelas yang berisi air mocha dan meminumnya dengan lahap. Aku mengeluh. Masalah. Masalah. Memang ah. Apa salah aku? Haish! Kepala aku yang tak gatal aku garu. Tangan kiri aku mencapai dokumen di atas meja lalu duduk. Ikatan tali leher dilonggarkan. Helaian demi helaian aku selak dan membacanya dengan teliti. Aku mencapai air mocha tadi dan meminumnya. Tangan kanan aku menekan punat merah di atas meja.

"Kim Seokjin,tolong masuk ke dalam bilik saya sekarang."

Aku melepaskan punat tersebut. Aku meletakkan dokumen tersebut di atas meja. Air mocha tadi aku teguk sehingga kehabisan. Aku membuang cawan mocha tersebut. Pintu bilik aku diketuk. Seokjin menjengulkan kepalanya dan meminta kebenaran aku untuk masuk.

"Masuklah."

Dia menunduk kepada aku lalu duduk di sofa yang berada di pepenjuru bilik. Tangannya dirapatkan dan pandangannya ditundukkan.

"Ketua ada apa panggil saya?"

Aku duduk di hadapannya. Dokumen tadi sempat aku capai lalu diserahkan ke tangan Seokjin.

"Saya nak awak siasat mereka semua ni. Mungkin mereka ada kaitan dengan semua ni."

 

 

SEOKJIN

Aku menyelak dokumen itu. Berkerut dahi aku. Hek?! Seriously? Mata aku memandang tepat ke arah Ketua Jung.

"Ketua,ni semua yang disyaki ke?"

"Yup! Ni semua mungkin ada kaitan dan tiada alibi yang kukuh."

Aku menyelak helaian demi helaian dan mata aku tertacap pada sebuah profile seseorang yang aku kenali.

"Park Ji soo."

 

 

WONWOO

Aku sekadar melihat saja perbuatan Seungcheol yang sedang memukul dua orang pelajar junior. Aku sekadar menemani Seungcheol dan Hansol di belakang sekolah ini. Aku duduk di tepi longkang sambil membaca buku. Bunyi erangan dari pelajar itu aku abaikan. Mata aku setia membaca buku tersebut.

"Jom."

"Hurm."

Aku bangun lalu bergerak mengikut jejak Seungcheol dan Hansol. Tiba-tiba kaki aku ditarik pelajar tadi.

"Tolong."

Aku duduk bertinggung sambil memandang tepat ke arah pelajar tersebut. Senyuman sinis terukir.

"Mian."

Aku menendang pelajar tersebut supaya dia mengalihkan tangannya dari memegang kaki aku. ! Kotor seluar aku dia buat. Aku menepuk-nepuk debu di seluar lalu bergerak keluar dari kawasan belakang sekolah. Aku terlanggar seseorang. Ji soo.

"Mianhaeyo."

Aku bergerak meninggalkan Jisoo. Aku menjeling seseorang yang dari tadi memandang aku. Budak baru nampaknya. Aku meletakkan tangan kiri ke dalam kocek. Lalu berjalan pergi meninggalkan mereka.

 

 

PARK JI SOO

"Ish! Sombongnya. Muka saja handsome tapi perangai macam cipan. Haih!"

Aku mengeluh. Buku-buku yang bertaburan di atas lantai aku kutip sebelum seseorang menghulurkan buku kepada aku.

"Nah!"

"Owh! Thanks."

Huluran buku aku sambut sambil mengukirkan senyuman. Aku meneliti muka budak tersebut. Tak pernah tengok rasanya.

"Awak budak baru ke?"

"Ah! Nae."

Aku menghulurkan tangan kananku kepadanya.

"Park Jisoo but please call me Jihyo."

Huluranku disambut.

"Kim Seokjin. Call me Jin."

Aku mengukirkan senyuman ke arah Seokjin.

"Awak memang suka buku macam ni eh?"

Novel berkulit hitam tanpa tajuk diberikan kepada aku. Aku menyambut buku itu. 

"Kenapa awak tanya?"

"Saja. Sebab setahu saya novel ni bergenre psycho."

Aku tergelak.

"Haah. Dari kecil saya minat novel macam ni."

Seokjin mengangguk tanda faham. Aku memandang seseorang di belakangnya. Senyuman aku serta merta pudar.

"Maafkan saya tapi saya kena pergi."

Aku berjalan meninggalkan Seokjin di belakang. Maafkan aku. Aku mengemam bibir aku sebelum berjumpa dengan orang tersebut ke laluan di taman.

"Apa kau nak?"

Badan aku ditolak kasar olehnya ke dinding. Tangan kanan aku dikunci tangannya di dinding. Dia berbisik kepada aku.

"Jauhkan diri kau dari dia."

Aku memandang tepat ke arah lelaki itu.

"Won,kau dah tak ada kaitan dengan aku. So,please jangan ganggu aku."

Aku cuba menolak tangannya dari menggenggam tangan kanan aku tapi susah. Genggamannya cukup kuat dari yang aku sangka menyebabkan pergelangan tangan aku sakit.

"Lepaskan lah bodoh!"

Dia memegang kuat rahangku lalu mendekatkan muka aku dengan muka dia.

"Kau ingat aku akan lepaskan kau?!"

"Wonwoo! Lepaskan dia!"

Aku menjeling ke arah suara tersebut. Mata aku berair.

"Abang~"

Bushhh!

Wonwoo jatuh tersungkur. Aku berlari mendapatkan abang. Aku bersembunyi di belakang abang aku. Aku memegang erat lengan abang.

"Kau,siap kau Hoseok!"

Wonwoo mengelap darah di tepi bibirnya. Dia pantas bangun lalu meninggalkan kami berdua. Aku masih lagi menggigil ketakutan. Abang menjeling lengannya yang aku pegang. Serta merta aku lepaskan tangan aku dari memegang lengannya. Air mataku tadi keluar aku lap.

"T-terima kasih abang."

Dia memandang aku dengan renungan yang tajam. Aku menggigit bawah bibir aku disebabkan takut akan renungannya. 

"Jangan panggil aku abang lagi. Aku bukan abang kau."

Dia meninggalkan aku. Aku menangis dek mendengar kata-katanya. Aku tahu aku bersalah pada dia tapi kenapa sampai sekarang abang tak boleh maafkan Jihyo? Aku duduk bersandar di tepi dinding sambil memeluk lutut aku. Menangis melepaskan geram.

 

 

AUTHOR

"Apa?!"

Seokjin dan Dr.Lee tersentak mendengar suara Ketua Jung yang tinggi. Mereka memandang tepat ke arah Ketua Jung.

"Ketua! Apa dah jadi?"

"Seorang lagi pelajar ditemui mati. Nama dia Choi Seungcheol. Argh!"

Ketua Jung meramas rambutnya dek tertekan akan kes ini. Seokjin cuba mendapatkan Ketua Jung.

"Ketua okey?"

"Aku okey."

 

 

SEOKJIN

Aku hari ni berpakaian kot hitam bagi melawat keluarga Choi. Aku memerhati sekeliling. Ibunya sedang duduk lemah di atas kerusi roda menyambut tetamu. Aku menunduk ke arah Puan Choi. Dia memberikan senyuman yang tipis kepada aku. Aku bersimpati dengan dia. Aku menanggalkan kasut lalu masuk ke dalam. Aku melihat ramai kawan sekelas aku yang juga datang melawat Keluarga Choi. Aku berdiri di hadapan gambar Choi Seungcheol yang dikalungkan bunga. Aku tunduk hormat. Aku mengamati gambar tersebut. Aku baru teringat. Dia,Hansol dan Wonwoo yang memukul budak di belakang sekolah semalam. 

 

 

AUTHOR

"Memang patut dia mati!"

"Mingyu! Apa yang kau cakap ni?!"

"Kau diam ah Seokmin. Asyik pertahankan Seungcheol! Dia selalu pukul aku. Dia ingat aku ni patung dia ke apa? Memang patut dia terima balasan macam ni!"

Mingyu mendengus lalu meludah ke dalam longkang. Parut di mukanya masih tidak hilang lagi. Ingatannya masih mengingati apa yang mendiang lakukan pada wajahnya.

 

 

"ARGHH!"

Mata pen yang tidak berdakwat ditoreh ke pipi Mingyu sehinggakan mukanya calar serta berdarah. Mingyu menepis tangan Seungcheol lalu ditolaknya Seungcheol kasar. Dia cuba melarikan diri malangnya dirinya ditangkap oleh Hansol. Wonwoo sekadar melihat dari jauh. Boleh dikatakan memberikan sokongan moral. Lol. Seungcheol tersengih memandang Mingyu. Satu tumbukan dikenakan pada muka Mingyu.

"AHH!"

Mingyu menjerit kesakitan dek calarnya tadi ditumbuk oleh Seungcheol.

"Bukan kah aku dah bagi amaran jangan dekat dengan Sohye?! Tapi kau degil! Ni last amaran aku bagi kat kau sial!"

Seungcheol memberi isyarat buat Hansol supaya dilepaskannya Mingyu. Hansol menolak Mingyu ke tanah.

"Argh!"

"Tch! Lembik!"

"HAHAHAHA!"

Mereka pergi meninggalkan Mingyu yang penuh dengan perasaan benci kepada mereka semua tadi.

"Aku harap kau mati dengan terseksa Seungcheol. Aku doakan kau jadi macam tu!"

Mingyu jerit geram. Tanpa dia sedari,ada orang memerhatikan dia dari jauh.

 

 

BERSAMBUNG

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 4: update lah lagi ...tak sabar nak baca..fighting authornim!
Inajspirit #3
Chapter 4: Please update soon!!
Can't wait to read your story :)
Daisy6960 #4
Chapter 4: Cerita yang menarik :) Update lagi ye penulis....
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 3: wuishhh..ngerinya Seungcheol dibunuh.....tapi saya suka HAHAHAHHAHH//evil laugh//
kenapa Hoseok bersikap dingin dgn adik dia?? kesian Jihyo TT
Thanks 4 updating authornim!!! Hwaiting!
im waiting 4 the next mysterious chapter~~~
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 2: haish....jjinja? sape pembunuh ni??huhuhhhhuu // i feel u ketua jung... hahahha//
daebak! //thumbs up// penuh dengan misteri dan emosi... lol
keep updating! im so curious...
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 1: Daebak! Tak sabar nak baca chapter seterusnya.! fighting authornim!
ainkookie_99 #8
Wahh..mention nma kita..ahaha..wc..