001

I'm The Killer

JUNG HOSEOK

"Kiri...Kanan...Okey! Clear!"

Aku cuba untuk merangkak masuk ke dalam kelas dari pintu belakang tapi nasib memang tak menyebelahi aku.

"JUNG HOSEOK!"

'Mati kau Hoseok.'

Aku melihat Jongin di tempat duduk hadapan. Dia sedang menyorakkan aku. Memang tak guna punya kawan. Aku pantas bangun dan melontarkan senyuman terpaksa ke arah cikgu.

"Hai cikgu."

"Apa kamu buat tadi?"

"Oh! Saya...saya kutip duit saya jatuh tadi."

"Pandai lah awak. Berdiri luar kelas sekarang!"

"Tapi cikgu."

"Tak ada tapi!"

Aku mencebik. Aku menunduk malu seraya keluar dari kelas. Malu gila. Semua dalam kelas ketawakan aku. Benci lah! Aku berdiri di luar kelas dengan membawa beg aku di atas kepala. Haih! Cikgu ni memang kejam.

 

 

***

 

AUTHOR

Kreakkk

Bunyi seretan kayu pemukul besbol kedengaran kuat dek diseret di atas jalan tar. Malam itu sunyi. Hanya ditemani sinaran bulan dan cahaya dari tiang lampu yang agak uzur. Kejap ada kejap tak ada.

Plakkkk

Bunyi kotak-kotak terjatuh menarik perhatian Si Pembunuh. Maka,Si Pembunuh pun tersenyum sinis. Dia bersiul sambil berjalan ke arah timbunan kotak yang terjatuh tadi. 

"I know you're there. Just go out or you will die."

"Tak nak keluar? Memang degil."

Si Pembunuh mengugut mangsa untuk keluar dari tempat sembunyinya. Si Pembunuh kembali bersiul. Dia berjalan ke arah kotak-kotak itu sambil mengetuk dinding batu-bata tersebut. Si Pembunuh tersenyum sinis.

"Heh! I can hear your breath."

Pakk!

Si Pembunuh membuka penutup tong sampah besar. Senyuman terukir. Dia menyeringai.

"Gotcha!"

 

 

AUTHOR

Ting...tong~

Suzy membuka headphone yang dipakai lalu menutup mp3 yang sedang dimainkan. Dahinya berkerut mendengar bunyi loceng rumahnya. Maklumlah yang ibu bapanya baru keluar dari rumah,takkan pula dah pulang. Hurm. Dia dengan terpaksanya turun ke tingkat bawah untuk membuka pintu.

"Kejap!

Suzy memekik dari tingkat atas supaya orang itu menunggu kerana dari tadi orang itu galak menekan loceng rumahnya tanpa henti.

"Hish! Menyusahkan orang betul."

Suzy memakai sweater lalu turun ke bawah. Dilihat pintu bilik abangnya,Baekhyun masih berkunci. Dia mengeluh. Dia terfikir ke mana menghilang abangnya. Dia menggaru kepalanya. Tombol dipulas manakala tangan kirinya menolak dedaun pintu. Dia pelik. Orang tiada. Dia memandang kiri dan kanan. Tapi,dia perasan akan sesuatu. Sebuah kotak besar diikat dengan reben merah terletak di muka depan pintu rumahnya. Dia sekali lagi menggaru kepalanya.

"Hello. Ada orang tak?"

Pelik. Tiada yang menjawab. Mungkin disebabkan Suzy lambat untuk membuka pintu,orang itu telah pulang;fikir Suzy. Dia membaca tag pada hadiah tersebut. 'Byun Suzy'

"Hadiah untuk aku?"

Dengan segera dia membuka ikatan reben itu dan membuka penutup kotak hadiah tersebut. Dia terkejut lalu jatuh terjelepok ke lantai. Dia menjerit ketakutan. Mulutnya ditekup manakala air matanya mengalir laju.

"A-abang."

Yup. Apa yang dia nampak itu ialah abangnya atau lebih tepat lagi kepala abangnya yang dibalut dengan baik di dalam kotak hadiah. Anggota badan yang lain? Tak tahu hilang ke mana. Suzy terpandang tulisan di belakang tag. 

'Nikmati kematian kau.'

"Apa maksud di-"

Kata-katanya tersekat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang. Pernafasannya menjadi tidak tentu arah. Dia memegang lehernya. Terasa bahang di tekak. Hidungnya pula terasa pedih. Air matanya mengalir makin laju dek berasa sakit. Dia menjerit meminta tolong tapi sayangnya tiada yang mendengar kerana rumahnya agak jauh dari taman perumahan. Kira-kira 1km jauhnya. Pandangannya menjadi kabur tapi menangkap bayang seseorang. Orang yang dia sangat kenali.

"Tolong."

Orang itu tersenyum sinis.

"Goodbye."

Pandangannya gelap dan nafas terhenti. Selamat tinggal,Byun Suzy.

 

 

KIM TAEHYUNG

Aku meletakkan beg di atas kerusi. Aku melihat ramai yang mengumpat. Nak dapat dosa ke? Haih! Apa nak jadilah budak zaman sekarang ni. Aku menggeleng kepala aku lalu mengeluarkan buku teks Kemahiran Hidup yang tebal. Yeah! Memang tak dinafikan yang buku teks ni lah yang paling tebal antara buku teks yang lain. Menambahkan beban betul. Belajarnya sedikit saja. Aku bersiul lalu mengeluarkan gula-gula getah dari poket. Perlahan-lahan aku membuka pembalutnya tapi habis dibaham oleh Hoseok di hadapan.

"Yah! Aku punya lah."

Aku memukul lengannya dek geram dengannya. Huhu. Selamat tinggal gula-gula getah. Aku menjeling Hoseok.

"Apa? Rileks lah Taehyung. Nanti aku ganti kau punya gula-gula getah eh? Jangan merajuk."

Dia menggosok-gosok dagu aku ibarat macam kucing. Aku menepis tangannya. Annoying gila. Aku duduk di kerusi. Malas nak layan perangai Hoseok. Hoseok melabuhkan punggungnya sebelah aku. Dia berbisik di telinga aku.

"Ish. Apa? Jangan dekat sangatlah. Geli."

Hoseok mencebik. Merajuk lah tu.

"Ada cerita apa?"

Dia kembali tersenyum selepas aku menunjukkan minat dengan bahan yang nak diumpatkannya. Haih! Memang tak jauh beza kau dengan mak cik,Hoseok. Dua-dua kaki mengumpat. 

"Kau dah dengar cerita pasal adik-beradik Byun?"

"Dah. Pasal yang diaorang mati tragik tu kan? Alaa. Tu benda sama yang berlaku pada Sungjae hyung bulan lepas. Ingat tak?"

"Okey. Aku...tak ingat. Hahaha. Dah lah. Tadi kau yang tak nak mengumpat tapi sekarang beria pula kau nak buat."

Aku membuat muka menyampah ke arah Hoseok. Aku benci dengan perangai dia. Haih!

 

 

KIM SEOKJIN

"Jumpa apa-apa tak?"

Aku menggeleng. Semua bahan bukti telah aku kumpulkan tapi...tiada satu pun yang boleh bawa masuk ke dalam kes sebab tiada darah mahupun cap jari dari pembunuh. Cuma cap jari mangsa yang ada. Aku pelik. Sungguh teliti kerja pembunuh ini. Dan aku tahu kes ini ada kaitan dengan dendam dan kes ini juga hampir sama dengan kes Valentina Killer. Kenapa Valentine Killer? Sebab kes pembunuhan itu dilakukan pada hari Valentine. Aku berjalan ke arah Ketua Inspektor.

"Ketua Jung,saya rasa yang kes ini ada kaitan dengan kes Valentine Killer. Ketua rasa tak macam tu?"

"Saya pun rasa macam tu. Oleh itu,saya nak awak menyamar sebagai pelajar di Junghwa Highschool. Pergi siasat di sekolah itu."

Aku terkejut. Aku tak silap dengar bukan? Aku mengorek telinga aku. Aku memandang muka Ketua Jung yang berkedut itu.

"Ketua,saya tak salah dengar bukan?"

"Yup. Awak tak salah dengar,Kim Seokjin."

Aku meraup muka aku dengan tapak tangan aku. Kim Seokjin,matilah kau.

 

 

AUTHOR

"Sorry."

"Ish! Sombongnya. Muka saja handsome tapi perangai macam cipan. Haih!"

Jihyo mengata habis-habisan terhadap orang itu. Maklumlah dia meminta maaf tapi hampa sebab orang itu mengabaikannya. Buku-bukunya yang bertaburan di atas lantai dikutip.

"Nah!"

"Owh! Thanks."

Huluran buku disambutnya perlahan. Senyuman manis dilontarkan.

"Awak budak baru ke?"

"Ah! Nae."

Jihyo menghulurkan tangan kanannya.

"Park Jisoo but please call me Jihyo."

Hulurannya disambut.

"Kim Seokjin. Call me Jin."

Jihyo mengukirkan senyuman ke arah Seokjin.

"Awak memang suka buku macam ni eh?"

Novel berkulit hitam tanpa tajuk diberikan kepada Jihyo. Jihyo menyambut bukunya.

"Kenapa awak tanya?"

"Saja. Sebab setahu saya novel ni bergenre psycho."

Jihyo tergelak. 

"Haah. Dari kecil saya minat novel macam ni."

Seokjin mengangguk tanda faham.

"Maafkan saya tapi saya kena pergi."

Jihyo berjalan meninggalkan Seokjin di belakang.

"Aku rasa aku patut mulakan penyiasatan aku. Sekolah ni memang pelik sejak aku mula-mula masuk."

Dia teringatkan seorang pelajar bernama Wonwoo dengan muka emotionless. Jelingan lelaki itu membuatkan Seokjin terasa takut. 

 

 

AUTHOR

"Dah dapat kesan punca kematian Byun Suzy?"

Ketua Jung menyoal Dr.Lee iaitu doktor forensik. Dr.Lee menyerahkan dokumen kepada Ketua Jung. Dia memeluk tubuhnya sambil berjalan berlegar-legar di hadapan Ketua Jung. Dia memberi penerangan kepada Ketua Jung.

"Apa yang saya dapati,mangsa mati selepas terhidu racun yang dipanggil racun arsenik."

"Racun arsenik?"

"Yup. Dan pada mulanya,saya mengesyaki yang mangsa diracun melalui makanan tapi sangkaan saya salah kerana hanya bahagian saluran pernafasannya yang dipenuhi racun. Perutnya pula tiada langsung kesan racun. Jadi,dapat saya simpulkan yang dia menggunakan serbuk racun arsenik bagi merosakkan sistem pernafasan mangsa."

Tok..tok

Pintu bilik dikuak. Mereka berdua serentak berpaling ke arah pintu tersebut bagi melihat orang yang datang.

"Boleh saya masuk?"

"Masuklah,Seokjin."

Seokjin melangkah masuk ke dalam bilik forensik. Dia menyapa Dr.Kim dengan menunduk tanda hormat. Dia kembali ke posisi berdiri tegak. Ketua Jung memanggil Seokjin.

"Seokjin,ada dapat apa-apa bukti?"

Seokjin pantas menggeleng. 

"Saya cuma nak memberitahu yang anggota badan Byun Baekhyun yang lain sudah ditemukan. Saya cuba menelefon Ketua Jung tapi Ketua Jung tak menjawab panggilan saya. Jadi,saya terpaksa datang ke sini."

"Oh! Maafkan saya. Tapi,apa-apa pun terima kasih."

Yah yah yah boombayah~

Ketua Jung tersengih disebabkan bunyi ringtone telefonnya berdering. Nampak sangat peminat Blackpink. 

"Hello."

"Ketua! Ada kes telah berlaku lagi."

"Apa?!"

 

BERSAMBUNG

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 4: update lah lagi ...tak sabar nak baca..fighting authornim!
Inajspirit #3
Chapter 4: Please update soon!!
Can't wait to read your story :)
Daisy6960 #4
Chapter 4: Cerita yang menarik :) Update lagi ye penulis....
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 3: wuishhh..ngerinya Seungcheol dibunuh.....tapi saya suka HAHAHAHHAHH//evil laugh//
kenapa Hoseok bersikap dingin dgn adik dia?? kesian Jihyo TT
Thanks 4 updating authornim!!! Hwaiting!
im waiting 4 the next mysterious chapter~~~
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 2: haish....jjinja? sape pembunuh ni??huhuhhhhuu // i feel u ketua jung... hahahha//
daebak! //thumbs up// penuh dengan misteri dan emosi... lol
keep updating! im so curious...
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 1: Daebak! Tak sabar nak baca chapter seterusnya.! fighting authornim!
ainkookie_99 #8
Wahh..mention nma kita..ahaha..wc..