003

I'm The Killer

CHOI SEUNG CHEOL

"Oh !"

Aku rasa seperti ada yang mengekori aku dari belakang. Tapi apabila aku pusing ke belakang,tak ada orang langsung. Aku mempercepat langkah menuju ke rumah. Kalau lah motor aku tak buat hal,mesti aku takkan rasa macam ni. Benci! Dah lah sekarang ni waktu malam. Aku masih lagi berpakaian sekolah sebab selepas aku balik dari sekolah,aku terus menuju ke kafe siber. Leka bermain,tak sangka dah nak malam. Nasib baik pakcik tu yang tegur aku. Kalau tak-

Tap! Tap! Tap!

Bunyi apa tu? Aku pusingkan kepala ke belakang tapi masih sama,tiada orang di belakang aku malah binatang lain pun tiada. Aku menggelengkan kepala. Aku kembali berjalan. Tali beg aku genggam erat.

"Choi. Seung. Cheol."

Aku memalingkan kepala ke belakang. 

Dush!

Aku jatuh terjelepok ke tanah. Oh my! Sakit gila tulang pipi aku. Aku memegang pipi aku. Darah yang mengalir keluar dari hujung bibir dengan segera aku lap. Pandangan aku yang tadi kabur kembali jelas lalu melihatkan aku kepada seseorang yang memakai topeng muka dan topi. Dia duduk bertinggung sambil memandang ke arah aku. Jarak aku antara dia tidak beberapa jauh. Anggaran dalam 3 meter jauhnya. Matanya masih tidak lepas memandang aku.

"Kau nak apa hah?!"

"Nak main satu permainan? Hide and seek?"

"Kalau kau nak main,pergi main kat tadika lah bodoh! Aku tak ada masa nak buang masa dengan kau."

Dia tergelak melihat aku yang melawan. Well. Siapa je yang tak kenal aku yang suka melawan? Aku Seungcheol lah. Choi Seungcheol. 

"Hahaha..tapi...tak best lah kalau macam ni."

Dia mengeluarkan pisau dari poketnya. Aku tersentak dan serta merta badan aku menggigil. Air liur yang aku telan terasa pasir. Dia mengeluarkan jarinya.

"Satu..."

Aku dengan segera bangun dan membuka langkah seribu. Aku langsung tak memandang belakang. Aku tahu yang dia sedang mengira lagi. Aku tak kira. Aku mesti selamatkan diri aku dari orang tu. Tapi...mana aku mahu lari? Aku seperti sesat. Oh ! Tu lah akibat takut sangat sampaikan jalan balik pun lupa dan sekarang,nyawa aku dalam bahaya. Aku berada di lorong yang tiada jalan. Aku cuba untuk memanjat tembok penghalang tu tapi susah,terlalu tinggi.

"Mati aku. Cheol. Fikirkan sesuatu."

Aku tak ada pilihan lain selain melawan dia. Tapi aku perlu bersembunyi dulu. Aku melihat kotak besar di pepenjuru lorong yang tersandar di tepi tembok. Aku dengan pantas menyorok di dalamnya. Aku mengeluarkan pen yang ada.

"Mungkin ni boleh membantu."

Aku mendengar bunyi seseorang bersiul. Aku menjadi semakin berdebar. Lagi berdebar daripada menunggu kertas exam matematik.

"Encik Choi. Di manakah awak?"

Stritttttt~~~

Bunyi pisau diseretkan ke dinding membuatkan aku jadi terasa perit. Sakit telinga aku mendengar. 

"Hurm. Nampaknya tak ada dekat sini."

Fuh~Dia dah pergi sebab aku mendengar bunyi tapak kasutnya yang bergerak meninggalkan tempat. Tempat itu menjadi sunyi seketika membuatkan aku yakin yang dia sudah keluar.

 

 

PEMBUNUH

"Hurm. Nampaknya tak ada dekat sini."

Aku tipu dia dan membuat bunyi tapak kasut berjalan meninggalkan tempat itu padahal itu hanyalah pita rakaman. Heh! Stupid boy. Aku duduk bertinggung di depan kotak tersebut sambil menunggu Seungcheol keluar. Aku duduk di situ tanpa membuat bunyi langsung dan boleh dikatakan yang tiada bunyi nafas dari aku. Pelik kan? Aku pro lah buat kerja macam ni.

 

 

CHOI SEUNGCHEOL

"Dah boleh keluar ke?"

Aku menolak pintu kotak itu lalu menjengahkan kepala aku keluar. Damn!

"Seung...cheol. Gotcha."

Aku dengan segera menolak orang itu jatuh dan aku menghempap badan orang itu. Dan dari situ berlaku pergelutan antara kami. Aku mengeluarkan pen dan menoreh ke arah pipi orang itu.

"Sakitlah bodoh!"

Dia menolak aku jatuh dan menghempap badan aku.

"Kata-kata terakhir?"

Pisau yang berkarat perlahan-lahan ditikam ke dalam perut aku. Sa...kit.

"Eomma."

Air mata aku mengalir laju. Aku teringatkan ibu di rumah. Ibu aku....dia lumpuh. Kalau aku tak ada,siapakah nak jaga dia? Ah! Seungcheol. Ni semua salah kau. Kau lebih penting dunia dari mak kau dan sekarang kau akan mati. Pembunuh tu meletakkan jarinya ke mulutnya.

"Shuhh~Jangan nangis. Jangan risau. Nanti aku akan bawa kau jumpa mak kau. Tapi sebelum tu...aku kena 'hantar' kau dulu."

Pisau tadi ditariknya keluar.

"ARGHHHHH!"

Dia menoreh muka aku.

"Ni untuk muka aku yang kau lukakan."

Aku cuba menolak tapi tak terdaya. Badan aku lemah. Dia berhenti menoreh.

"Dan ini untuk orang yang aku sayang tapi kau seksa dia."

Air mata aku mengalir deras. Maafkan aku mak.

 

 

KILLER

Aku berhenti menoreh mukanya yang...handsome? Ye ke? Siapa rasa dia handsome,angkat tangan sebab giliran kau selepas ni. 

"Dan ini untuk orang yang aku sayang tapi kau seksa dia."

Aku mengangkat pisau itu jauh dan menikam tepat ke lehernya. Berpancut darah keluar mengenai muka aku. Aku tersenyum sinis. Dan sekarang...aku perlu tunaikan hajat Seungcheol. Bukan dia kata nak jumpa mak dia kan? Aku tak jahat pun. Siapa suruh pergi siber kafe malam-malam. Kan dah kena bunuh. Salah dia juga sebab dah membuatkan orang yang aku sayang menderita.

"Makcik...sabarlah. Anak makcik datang nak jumpa makcik."

Aku tergelak sambil menyeret mayat Seungcheol. Cantik lantai sebab aku mop pakai Seungcheol. Warna merah pulak tu. Tampak elegen.

 

 

PARK JISOO

Dummm

Bunyi kilat membuatkan aku yang sedang tidur terbangun. Sebenarnya aku takut akan kilat. Sejak kecil lagi. Aku menarik selimut sampai ke muka. Badan aku menggigil bukan disebabkan sejuk tapi disebabkan takut dengan bunyi kilat.

"Adik abang jangan takut. Abang dekat sini."

"Jihyo takut kilat? Jangan takut sebab abang akan sentiasa di sisi Jihyo."

"Panggil je nama abang. Nanti abang akan datang dekat Jihyo. Abang janji."

Perlahan-lahan aku bangun dan menarik rapat kaki ke dada. Lutut aku peluk muka aku disembamkan. Aku membiarkan lututku basah disebabkan air mata yang keluar. Sekali-sekala bunyi kilat atau guruh yang kuat berbunyi,pantas tapak tangan menekup telinga aku. Badan aku menggigil ketakutan. Aku berharap sangat abang ada. Aku rindu akan abang.

"Abang...penipu. Jihyo panggil nama abang...tapi abang tak muncul. Abang...penipu."

 

 

JUNG HOSEOK

Dummm

Aku terjaga. Sakit gila kepala aku. Perlahan-lahan aku bangun dari pembaringan. Aku duduk memandang cermin. Sekali lagi aku mendengar bunyi guruh. Aku tetiba teringatkan Jihyo.

"Maafkan abang. Abang mungkir janji."

 

"Abang!"

Aku berlari mendapatkan Jihyo di dalam bilik.

"Jihyo."

"Abang."

Budak berumur 8 tahun berlari terkedek-kedek ke arah aku. Dia menarik tangan aku. Dia mencebik. Dapat aku lihat matanya yang memerah disebabkan menangis. Aku tersenyum ke arahnya.

"Adik abang jangan takut. Abang dekat sini."

"Jihyo takut."

"Jihyo takut kilat? Jangan takut sebab abang akan sentiasa di sisi Jihyo."

Jihyo mengangguk.

"Panggil je nama abang. Nanti abang akan datang dekat Jihyo. Abang janji."

Dia mengeluarkan jari pinky. Aku membuat pinky promise dengannya. Aku menarik tangannya untuk mengajaknya tidur.

"Abang teman Jihyo tau."

"Okey."

Aku mengosotkan rambutnya sehingga kusut masai sementara dia menunjukkan senyuman empat seginya kepada aku. Nampak gigi rongaknya. Kalau ditegur...hurm...memang merajuk sampai seminggu jawabnya.

"Jihyo tidur tau. Abang duduk dekat tepi,tengokkan Jihyo."

Jihyo mengangguk. Perlahan-lahan kepalanya dilentokkan di atas bantal bercorak kartun frozennya. Mukanya dihadapkan menghadap aku. 

"Tak boleh tidur?"

Jihyo menggeleng.

"Erm. Cuba Jihyo kira sampai sepuluh."

"Boleh ke?"

"Cubalah dulu."

"Satu...dua...tiga...empat...lima...e-"

Aku tersenyum. Dia sudah tertidur. Aku bangun dari kerusi malas dan bergerak ke arah Jihyo. Selimutnya aku tarik hingga ke paras dada. Aku mencium dahinya sebelum bergerak keluar dari bilik Jihyo.

"Good night."

 

 

"Maafkan abang,Jihyo."

 

 

AUTHOR

"Kim Mingyu. Mana kau nak pergi ni?!"

Heechul menyoal Mingyu. Dia menarik tangan Mingyu bagi menghalangnya. Dia menyentuh pipi Mingyu.

"Muka ni kenapa?"

"Jatuh."

Mingyu menjawab dengan dingin. Dia cepat-cepat memakai sweater birunya dan menuju ke pintu.

"Mingyu! Kau tak jawab lagi soalan abang!"

Mingyu menjeling abangnya.

"Selama ni kau ada kisah pasal aku ke? Aku hidup ke tak,kau tak pernah kisah and then tetiba sekarang kau ambil kisah,kenapa?"

Mingyu memegang tombol pintu dan memulasnya.

"Aku tak nak cari gaduh dengan kau. Jangan tunggu aku malam ni."

Dia menolak dedaun pintu dan keluar dari rumah.

"Kim Mi-....ah!"

Heechul meramas rambutnya. Mulutnya ditekup dan bibirnya dikemam. Dia mengeluh.

 

 

"Disebalik senyuman tersembunyi penderitaan di dalamnya. Perasaan manusia tiada sesiapa tahu melainkan tuhan. Manusia menyembunyikan perasaan mereka disebalik topeng muka yang dibuat mereka sendiri. Dan perasaan yang mereka tunjukkan selama ini hanyalah satu lakonan. Manusia sering menipu."

 

 

Authornim:Hey ya! Thanks sebab baca dan subscribe. Sorry kepada yang komen. Saya terharu dengan apa yang awak komen tapi saya blank nak balas apa. Thanks awak semua. Nantikan chapter seterusnya. ^^(please abaikan typo. Banyak sangat saya rasa.)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 4: update lah lagi ...tak sabar nak baca..fighting authornim!
Inajspirit #3
Chapter 4: Please update soon!!
Can't wait to read your story :)
Daisy6960 #4
Chapter 4: Cerita yang menarik :) Update lagi ye penulis....
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 3: wuishhh..ngerinya Seungcheol dibunuh.....tapi saya suka HAHAHAHHAHH//evil laugh//
kenapa Hoseok bersikap dingin dgn adik dia?? kesian Jihyo TT
Thanks 4 updating authornim!!! Hwaiting!
im waiting 4 the next mysterious chapter~~~
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 2: haish....jjinja? sape pembunuh ni??huhuhhhhuu // i feel u ketua jung... hahahha//
daebak! //thumbs up// penuh dengan misteri dan emosi... lol
keep updating! im so curious...
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 1: Daebak! Tak sabar nak baca chapter seterusnya.! fighting authornim!
ainkookie_99 #8
Wahh..mention nma kita..ahaha..wc..