SEMBILAN

H O P E

Author POV

Kakinya melangkah keluar dari kedai pakaian Fashionable dengan langkah yang teruja.Kawannya yang berdiri di sebelah kanannya dikerling sekejap.Dia mengeluh."Kenapa kau ni? Macam tak happy je?"Jisoo hanya diam membatu dan mempercepatkan langkahnya ke arah kereta Somi.

Somi mengejar Jisoo dan menekan punat hijau pada badan kunci keretanya.

Beep beep

But kereta dibuka dan Jisoo meletakkan beg-beg kertasnya di dalam.Somi melakukan yang sama lalu menutup kembali but kereta itu.Somi membuka pintu kereta lalu melabuhkan punggungya di tempat duduk pemandu.Jisoo yang sedang memakai tali pinggang keledar dikerling."Aku tau kau awkward tapi malam nilah peluangnya untuk kau bersosial sikit." Jisoo hanya diam membatu.Sekali lagi.

Enjin kereta dihidupkan setelah Somi selesai memakai tali pinggang keledar.Stereng diputar ke kiri bagi memulakan perjalanan.

"Kau pun sekarang dah dingin semacam je.Kau boleh la have fun masa party tu.Hilangkan stres kau.Tu la aku dah kata,tak payah bercinta dengan lelaki sweet talker ni.Dah sah la diorang tu playboy.Pandai bermain dengan kata-kata.Semua perempuan pon akan cair.Kan,Jisoo?"

Somi berpaling ke arah Jisoo seraya mengeluh.Sepanjang perjalanan yang dipenuhi bebelan Somi,Jisoo hanya membuang pandangannya ke luar tingkap."Kau dengar tak ni Jisoo!" Jisoo hanya mengangguk.Wajahnya dipaling ke arah Somi yang sedang fokus memandu.

"Aku tak suka cakap pasal semua ni lagi. Aku just nak move on je sekarang ni.Aku dah rasa hilang percaya kat lelaki." Jisoo kembali menoleh ke luar tingkap.Somi hanya menggelengkan kepalanya.Asal kau bahagia,Jisoo.

--------------------

Author POV

Sekali lagi Jungkook berdiri di hadapan cermin besar di dalam biliknya.Tuxedo yang sudah lama tidak dipakai kelihatan janggal di atas tubuhnya.Jungkook mengeluh lalu terduduk di birai katil.

Krekk

Pintu biliknya terbuka lalu tersembul kepala Wonwoo di muka pintu."Kau dah siap ke belum? Nanti Suga hyung dah sampai kau tak siap lagi.," Dia melangkah menghampiri Jungkook lalu mengambil tempat di sebelahnya."Dah siap la ni hyung..tapi.." Jungkook menggantungkan ayatnya,membuatkan Wonwoo hairan."Tapi apa?" Jungkook bangun dari duduknya.Dia berdiri di hadapan Wonwoo sambil mendepakan tangannya.

Wonwoo memandang adiknya dari atas ke bawah."Kenapa?"Jungkook mengeluh berat dan menghempaskan bahunya."Hyung tak rasa pelik ke? Kookie janggallah pakai sut macam ni.."

"La..tu je ke? Ingatkan apalah tadi.." Wonwoo bangun dari duduknya dan berpusing mengelilingi Jungkook.Matanya menilik tubuh badan Jungkook yang dilengkapi tuxedo itu.Akhirnya,dia berdiri semula di hadapan Jungkook."Aku rasa dah okay la ni..cuma.." Wonwoo menjarakkan mukanya dari Jungkook.Dia menggosok gosok dagunya seperti sedang memikirkan sesuatu.Jungkook hanya melihat perlakuan abangnya itu.

"Haish..apa ni hyung!"

"Ish..duduk la diam diam!"

Jungkook pasrah."Okay..done!" Wonwoo menolak Jungkook ke arah cermin.Mulutnya terlopong."Amacam? Cantikkan?" kata Wonwoo sambil berpeluk tubuh.

Kini,rambut Jungkook sudah didandan kemas oleh Wonwoo.Rambutnya disisir ke tepi,menampakkan dahinya yang flawless."thanks hyung.." Jungkook mendekati cermin dan membetulkan bahagian hadapan rambutnya.

"Kau ni pun satu.Kata nak pergi event besar,tapi still dengan rambut cendawan dia tu.." Wonwoo menjeling siling.Jungkook hanya tersengih seperti kerang basi.

"Jungkook! Yoongi hyung dah sampai dah tu! Cepat sikit!" Kedengaran omma terpekik dari arah dapur.Jungkook segera berlari menuju ke pintu utama."Goodluck!" Wonwoo memerhatikan Jungkook yang sudahpun berlalu pergi.

--------------------

Kereta BMW X6 berwarna putih berhenti di hadapan pintu utama.Dua orang jejaka tampan melangkah keluar dari kereta sambil membetulkan suit dan mask masing-masing.Mereka berjalan beriringan di atas karpet merah yang terbentang dan beberapa pasang mata - terutamanya wanita ,memandang tepat ke arah mereka.Mereka seakan terpana dengan penampilan mereka.Jungkook berasa awkward kerana banyak mata sedang melihat ke arahnya.

Setibanya mereka di lobi utama,kelihatan ramai pasangan yang mengenakan kostum yang elegan dan semestinya mahal.Mereka terus mengatur langkah menuju ke lif untuk ke tingkat 3."Min Yoongi!" Suga memalingkan mukanya dan tersenyum.Dua orang jejaka lengkap bersuit putih dan hitam menghampiri Suga yang sedang menunggu lif turun.

"Kau apa khabar sekarang?Lama tak jumpa kau!" lelaki tinggi lampai itu memulakan bicara."Aku okay je,macam biasa la..Seokjin.Macam mana kau kenal aku?Aku dah pakai mask dah ni .."

"Ala..aku tengok belakang kau pun aku kenal lah..Kau tu pendek.." Ketawa mereka berpadu.Jejaka disebelah Seokjin berdehem.Seokjin tergelak kecil."Eh,lupa pulak.Ni business partner aku yang baru,Kim Mingyu."

Mingyu menghulurkan tangannya untuk bersalam.Kedua-dua mereka bersalaman dan mula berborak mengenai business.Jungkook yang tidak mahu tahu apa-apa melilaukan matanya ke sekitar lobi utama.Masih ramai jemputan yang baru hadir walaupun sudah pukul 9.45.

Kemudian,mata Jungkook tertumpu pada satu susuk tubuh yang amat dikenalinya.

--------------------

Jisoo POV

Aku membetulkan kembali mask yang sedikit senget kerana Somi yang memandu seperti racer f1 tadi.Nasib umur aku panjang.Aku melangkahkan kakiku keluar.Kami berdua terus berjalan menuju ke lobi utama.Aku sememangnya tergamam kerana tempat itu betul betul cantik dan ekslusif.Selama aku hidup,mana pernah aku masuk tempat macam ni.Kiranya aku ni macam rusa masuk kampung la.Bila aku tengok jemputan yang datang, naik segan pulak aku.Mana taknya,semua pakai dress, suit yang mahal.Aku ni pulak pakai baju yang biasa je.

"Woi Jisoo.." Somi memanggil nama aku."Kenapa kau tercegat kat situ.Event dah nak mula la..ppali.." Somi menarik tanganku membuatkan aku terdorong ke hadapan.Kami bergegas menuju ke lif.Pada saat itu,aku terpandang seorang mamat ni tengah pandang aku.Kenapa? Aku nampak pelik ke? Aku segera memandang dress berwarna biru muda yang aku pakai sekilas sebelum melangkah masuk ke dalam lif.

Saat pintu lif tertutup,lelaki itu tersenyum ke arahku.

--------------------

Author POV

Segenap ruang ballroom bergema dengan bunyi tepukan dari para hadirin setelah ucapan perasmian oleh Suga berakhir.Suga kembali berdiri di sebelah Jungkook yang sedang menikmati cocktailnya.Pengerusi majlis kembali mengetuai acara.

"Para hadirin yang dihormati,sekarang tibalah acara tari menari yang akan dilangsungkan di ballroom ini.Diminta semua memilih pasangan menari masing-masing." Pengacara majlis meninggalkan pentas dan tugas pemain piano bermula.Irama merdu dan romantis yang dihasilkan oleh bunyi piano terus membuatkan para hadirin serta pasangan secara automatik memulakan tarian.Suga sudah hilang di sebalik ratusan hadirin yang sudah asyik dibuai melodi indah.Mata Jungkook melilau ke sekeliling kawasan ballroom bagaikan mencari sesuatu atau lebih tepat lagi seseorang.Akhirnya,dia menemui apa yang dicari.

Jisoo POV

Aku dah mula bosan dengan event ni walaupun ianya eksklusif,tapi aku rasa semua ni tak sesuai dengan aku.

Mana pulak Somi ni..aku dah la lost ni.Dia boleh lak hilangkan diri.Hish..

"Rimas betullah pakai mask ni.Naik berpeluh muka aku." Aku segera menanggalkan mask lalu mengipas-ngipaskan mukaku.Apasal tempat ni rasa panas.Huh..relax Jisoo.Baik aku cari tempat yang lapang sikit.

Aku kembali mengenakan mask di mukaku.Baru sahaja aku membuka langkah,pergelangan tanganku dipegang oleh seseorang.

Author POV

"Sudi tak awak menari dengan saya?" pelawa Jungkook kepada Jisoo.Jisoo tergamam.Dia memerhatikan wajah lelaki yang berada di hadapannya dengan tekun.Namun, sukar baginya untuk mengecam siapa individu ini.

Eh! Ni macam mamat kat lif tadi!

"Saya tak pandai menari." Jisoo melepaskan pergelangan tangannya daripada genggaman Jungkook."Awak nampak tak selesa kat sini.Jom ikut saya," Jungkook meraih tangan Jisoo dan membawanya masuk ke dalam lif.Butang lif ditekan menuju ke rooftop.

Jungkook melangkahkan kaki ke kawasan rooftop sambil mendongak ke langit yang dihiasi indah dengan bintang.Dia memandang ke arah Jisoo yang berada di belakangnya.

"Marilah.." Jungkook membawa Jisoo ke tengah kawasan rooftop.Jisoo yang bingung segera meleraikan pegangan Jungkook."Kita buat apa kat rooftop ni?"

"Saya nak awak menari dengan saya."Jungkook mengeluarkan smartphonenya dari poket suitnya dan memilih lagu yang sesuai untuk dimainkan.Alunan piano yang merdu memenuhi ruang rooftop tersebut sehingga atmosferanya menjadi tenang dan romantis.Jungkook meletakkan smartphonenya di atas kotak yang terdapat di situ.

Jisoo yang hanya memerhatikan gerak geri Jungkook sedari tadi tersentak apabila Jungkook meraih kedua belah tangannya." Kan saya dah cakap saya tak pandai menari.."Jungkook mengendahkan kata-kata Jisoo lalu dia meletakkan tangan Jisoo ke atas kedua-dua belah bahunya.Tangannya pula diletakkan di sekeliling pinggang Jisoo.

"Awak ikut je step saya. Nanti lama-lama awak terbiasa la." 

Mereka mula menari mengikut alunan piano tersebut.Jisoo berasa malu dengan dirinya sendiri.Mana taknya, dah dekat sebelas kali Jisoo asyik terpijak kaki Jungkook dan sebelas kali jugaklah dia mintak maaf.Jungkook hanya mampu tersengih melihat sifat clumsy Jisoo.

Setelah beberapa kali tersalah step, akhirnya Jisoo berjaya menari mengikut irama muzik.Mereka berdua tersenyum menikmati malam yang indah itu dengan menari di bawah bintang dan bulan.Sedang asyik mereka menari, gelang tangan Jisoo tersangkut pada tali mask Jungkook.Jisoo memberhentikan langkah tarinya dan cuba melepaskan gelang tangannya yang tersangkut itu.Disebabkan Jisoo merentap lengannya dengan kuat,mask yang dipakai Jungkook terlerai.

"Awak?!" Jisoo tergamam.Jungkook hanya tersenyum kekok.Belum sempat Jungkook membuka mulut,Jisoo sudah berlari meninggalkannya.Jungkook mengeluh kecil dan tertunduk.Tiba-tiba,dia ternampak gelang tangan Jisoo di hujung kasutnya.Jungkook mengambil rantai tangan itu lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya.Dia segera mencapai smartphonenya yang berada di atas kotak lalu berlari,mengejar Jisoo."Jisoo! Tunggu!"

 

Wargh..etteoke!! Kenapa dia? Macam mana aku tak perasan ni? Aduh..malu..Kini,Jisoo sedang berlari menuju ke lif.Sebaik saja pintu lif terbuka,dia terus meluru masuk ke dalam.Butang nombor 3 ditekan berulang kali.Jisoo mengeluarkan smartphoneku lalu menelefon Somi.

"Ish! Angkatlah Somi..."

--------------------

Matanya melilau ke segenap ruang ballroom itu.Akhirnya,kelibat Somi berjaya dikesan di bar.Jisoo terus meluru ke arahnya.Lengan Somi digenggam erat.

"Weyh! Aku call kau banyak kali.Kenapa kau tak angkat?!" "Hah?Apa kau cakap Jisoo aku tak dengar la.." Jisoo mengeluh berat lalu membawa Somi ke tempat lain.Muzik rancak di ruangan ballroom itu membataskan pendengaran mereka.Entah kenapa ballroom itu bertukar kepada kelab malam pula.

"Kau nak apa Jisoo?Aku baru nak minum..ergh.." "Ish..dahlah minum tu.Nanti dah pengsan baru nak stop ke? Dahlah jom balik!" Jisoo terus menarik tangan Somi menuju ke arah lif."Kenapa nak balik ni Jisoo..aku tak habis enjoy lagi.." Somi yang terhuyung hayang macam sotong gurita itu tidak diendahkan.

"Jisoo!" Jisoo berpaling ke belakang.Kelibat Jungkook kelihatan membuatkan dia melajukan langkah kakinya ke dalam lif.Butang pintu lif ditekan berulang kali.Akhirnya pintu lif tertutup.Jisoo mengeluh lega.

Jungkook POV

"Jisoo!" Aku terlihat kelibatnya menuju ke arah lif bersama Somi.Dia berpaling ke arahku tapi langkahnya semakin laju.Akhirnya,dia hilang dari pandanganku.Gelang tangannya aku genggam erat. "Haish.."

--------------------

Author POV

Beberapa minggu telah berlalu.Pada waktu malam di kedai runcit.

Jisoo sedang meletakkan tin-tin minuman ke dalam peti sejuk. Dia menyusunnya dengan teliti mengikut jenama dan warnanya.Tiba-tiba..

"Jisoo.." Dia berpaling ke belakang.Matanya membulat.

 

 

Jungkook.

 


Berilah peluang kepada diri untuk rasa bahagia.


 

Hai! Saya just nak mintak pendapat korang ttg fanfic ni..apa yg perlu diperbaiki.(Sila komen di bawah)

sorry for the very slow update.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nanadjiyongie_01
[HIATUS NOTICE]
Maaf sangat sangat kat korang semua yang mungkin tunggu saya update 😭 tapi buat masa sekarang ni saya tak sempat nak update apa apa. Minta maaf sangat-sangat 💜

Comments

You must be logged in to comment
Darborjes #1
Chapter 10: Next please.........................
k-hope
#2
Chapter 9: Semuanya perfect kak. Saya dah baca sampai bab 9. Saya suka sangat citer ni. One day, saya harap sgt dapat collab dgn akak. Hehehe.
sunshine_blue
#3
yeahhh!!! Dah update!!*Dance Dance with me~~
sunshine_blue
#4
Chapter 5: omoo..boleh tahan gak penceritaan awak ni..tambah2 pula aku ni peminat black pink,BLINK lah katakan...btw,bila ada masa update tau,tak sabar nak tau apa yg jadi lepas ni..hwaiting authornim~~
bigbangtanboys
#5
Chapter 3: Kak...I'm waiting for the next chapter...hehehe...puas sye pikir tu lirik apa...dan bru sye tau yg I DONT KNOW xD...ingatkan tu lagu svt..rupanya exo..hohoho
aquariusxpisces
#6
Chapter 2: haih mungkin myungsoo akan kecewakan jisoo pulak......
Kesyieka_Qimieka
#7
Chapter 1: Biasalah tu setiap kali dengan orang baru mesti rasa dia lah satu-satunya..
Nice author.. Cepat update nye ya!